Kit Siang gesa UM henti sasar aktivis pelajar, tarik balik laporan polis

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Oktober 2019 Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Abdul Rahim Hashim patut menarik semula laporan polis yang dibuat pihak universiti dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes, sebaliknya beliau sepatutnya mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk menangani isu yang berbangkit.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan hak pelajar untuk berdemonstrasi, namun berpandangan bahawa majlis konvokesyen bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan protes berkenaan. Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak berniat untuk masuk campur dalam hal berkenaan. Maka, sebarang protes yang berlaku dalam majlis konvokesyen universiti atau hal yang berkaitan sepatutnya ditangani selari dengan semangat ini — bukan dengan cara yang keras yang akan memburukkan nama baik Universiti Malaya.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam kenyataannya berhubung kejadian tersebut — di mana graduan kejuruteraan, Wong Yan Ke telah melakukan protes semasa majlis konvokesyen universiti dan “tindakan yang tidak adil” terhadap Edan Kon Hua En yang dinafikan haknya daripada menghadiri majlis konvokesyennya — mengaitkan protes oleh aktivis pelajar tersebut dengan rasa tidak puas hati yang terpendam lama berhubung beberapa dakwaan “kesalahan dan salah tindakan” Naib Canselor Abdul Rahim Hashim.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Protes berkenaan berkemungkinan didorong oleh perasaan tidak puas hati komuniti pelajar berikutan banyak kesalahan dan salah tindakan naib canselor UM,” kata Setiausaha PKAUM, Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz dalam satu kenyataan. Tegas PKAUM, mereka menyokong hak untuk Wong menyuarakan rasa tidak puas hati, tetapi tidak bersetuju dengan platform graduan itu gunakan untuk berbuat demikian kerana ia mencemarkan majlis konvokesyen yang dihadiri graduan lain dan ahli keluarga mereka.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Kegagalan Abdul Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum di kalangan warga UM yang berbilang kaum dengan melibatkan diri dalam Kongres Maruah Melayu telah mencemarkan kepimpinannya di universiti berkenaan. – Roketkini.com

Azwanddin mohon maaf pada pemimpin DAP, kes saman fitnah selesai

Seorang pemimpin NGO pro-pembangkang hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok berhubung kejadian rusuhan di Subang Jaya pada Disember tahun lalu. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memfitnah Teresa kononnya Menteri Industri Utama itu mempunyai kaitan dengan pemaju One City Development yang dikatakan mempunyai kaitan dengan rusuhan berkenaan.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Saya membuat penyebaran permohonan maaf ini melalui media secara tiada paksaan dan menghormati keputusan dan perintah mahkamah yang mulia selari dengan prinsip saya dan JMM yang mendokong keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang,” katanya Azwamddin. Selain permohonan maaf, Teresa juga menuntut bayaran RM130,000 untuk penyelesaian kes di luar mahkamah. Azwanddin turut bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Azwanddin turut membuat permohonan maaf kepada timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong dalam kenyataan yang sama.Pada 28 Ogos lalu, Azwanddin dan Chin Tong sudah mencapai persetujuan untuk menye lesaikan secara baik di depan hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar. – Roketkini.com

MP DAP sambut baik penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya yang diluluskan Dewan Rakyat, semalam. Menurut beliau, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu membuktikan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap perjalanan pilihan raya yang bebas dan adil. “Ia (Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya) membolehkan ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) untuk meneliti dan memastikan kebertanggungjawaban Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Pembaharuan oleh kerajaan PH ini adalah sebuah langkah keterhadapan bagi memperkasakan kebebasan dan ketelusan SPR,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Selain Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya, Dewan Rakyat turut meluluskan tiga lagi Jawatankuasa Pilihan Khas iaitu; Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan; Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa serta Jawatankuasa Pilihan Khas Sains, Inovasi dan Alam Sekitar.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Jawatankuasa itu bertujuan memudah cara, menambah baik dasar kerajaan supaya menjadi lebih cekap dan pada akhirnya memberikan pengesahan kepada tindakan dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Jawatankuasa Pilihan Khas itu juga berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya untuk mengambil keterangan, fikiran dan pandangan mengenai apa-apa yang berkaitan dengan bidang tugas yang dinyatakan dalam terma rujukan jawatankuasa berkenaan. Ia juga tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Mengulas lanjut, Naib Pengerusi DAP Melaka itu berkata, pelbagai langkah telah dilaksanakan kerajaan PH sejak mengambil alih Putrajaya bagi memastikan perjalanan pilihan raya bebas dan adil termasuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat tuduhan serius serta salah laku ahli SPR. “Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya bagi mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan terhadap proses dan sistem pilihan raya,” ujarnya. – Roketkini.com

Kit Siang bertemu PM, bincang isu nasional

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pendidikan Politik DAP merangkap Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menerusi hantaran di Twitter.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Sdr Kit Siang bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pagi ini, dan berbincang panjang lebar tentang isu-isu nasional.“Pakatan Harapan dipimpin dan dipandu oleh mereka yang mahu melihat Malaysia berjaya, cemerlang dan hebat sebagai sebuah negara!” ciapnya. – Roketkini.com

Kit Siang jawab ‘pelawaan’ bekas PM dengan sindiran tajam

Lim Kit Siang tidak melayan ‘pelawaan’ Najib Razak untuk pemimpin veteran DAP itu menyertai UMNO.bAhli Parlimen Iskandar Puteri itu sebaliknya bertindak memulang buah paku keras dalam bentuk sindiran kepada bekas perdana menteri itu. “Hanya kleptokrat yang tidak siuman akan memohon untuk menyertai sebuah parti yang masih tidak membersihkan imej kleptokrasi globalnya.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Najib perlu tahu yang saya tidak akan mempelawa beliau untuk menyertai DAP, kerana pelawaan seumpama itu membangkitkan persoalan tentang integriti dan kewarasan kedua-dua pihak yang mempelawa dan yang menerima pelawaan itu,” katanya dalam hantaran hari ini. Kit Siang sebelum ini mendakwa Ahmad Zahid Hamidi kembali menerajui UMNO setelah enam bulan bercuti kerana mahu menyelamatkan Najib yang kini dilihat semakin hilang kawalan ke atas parti itu. – Roketkini.com

‘DAP junjung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan’

Tentu ada yang tertanya-tanya mengapa DAP, yang sering dimomokkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak lawan, masih mahu mendekati orang Melayu serta budayanya, malah menganjurkan majlis bagi menghargai sumbangan mereka. Bagi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, jawapan bagi persoalan itu mudah; DAP tidak pernah memusuhi atau membenci orang Melayu mahupun budaya Melayu. “Mungkin ada yang bertanya, mengapa tiba-tiba seorang wakil rakyat DAP seperti saya mahu meraikan Aidilfitri bersama dengan penggiat seni dan sastera?

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“Apatah lagi kalau ikut dakyah seteru politik kami, sayalah bencana yang paling besar dalam negara buat orang Melayu. “Mengapa saya, yang dikatakan musuh orang Melayu, mahu meraikan mereka yang bergiat dalam seni dan sastera Melayu pula? “Jawapannya mudah. Kami dalam parti DAP tidak pernah memusuhi atau membenci orang Melayu mahupun budaya Melayu,” katanya pada majlis “Rumah Terbuka Aidilfitri Meraikan Penggiat Seni dan Sastera” di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur, semalam.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, turut menegaskan bahawa DAP menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. “Pada masa yang sama, kami juga junjung hak mana-mana orang untuk mengajar dan belajar bahasa-bahasa lain. Inilah asas negara kita. Ini yang kami pegang teguh,” tambahnya. – Roketkini.com

Teresa harap majikan sokong langkah kerajaan PH naikkan gaji minimum

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) digesa supaya menyokong langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menaikkan gaji minimum kepada RM1,200 bagi pekerja di 57 kawasan bandar bermula tahun depan. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, langkah berkenaan tidak memberi beban besar kepada majikan, malah selaras dengan kos sara hidup tinggi di bandar serta kadar inflasi semasa.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Saya berharap MEF boleh memahami dan menyokong langkah yang diambil kerajaan PH untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,200 pada tahun 2020. “MEF seharusnya maklum bahawa kenaikan gaji ini akan meningkatkan kuasa beli rakyat dan seterusnya memangkin pembangunan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Pada 18 Disember lalu, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,200 di 57 bandar di seluruh negara bermula pada 1 Januari 2020. Bandar raya utama yang terbabit ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Bharu.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Kementerian Sumber Manusia juga menzahirkan komitmen untuk terus menyemak kadar gaji minimum bagi memastikan ia sejajar keperluan semasa dan selaras hasrat mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan PH. Langkah berkenaan bagaimanapun tidak mendapat sambutan positif daripada Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan. – Roketkini.com

Kit Siang sokong usaha kerajaan PH iktiraf sumbangan Sasterawan Negara

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyokong penuh keputusan Kerajaan Pakatan Harapan memperkenalkan elaun penghargaan RM5,000 sebulan kepada Sasterawan Negara sebagai mengiktiraf sumbangan mereka. Beliau turut berharap usaha dalam memartabatkan seni dan sastera Melayu tidak akan terhenti di situ. “Ini tanggungjawab kita bersama dalam membina sebuah negara bangsa Malaysia.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Saya benar-benar berharap malam ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih rapat di antara pihak kami dengan penggiat seni dan sastera seperti anda semua,” katanya pada majlis “Rumah Terbuka Aidilfitri Meraikan Penggiat Seni dan Sastera” bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Mazmi Kamal; Pengurus Besar ITBM, Sakri Abdullah; Presiden PENA, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad; Setiausaha Agung PENA, Saifullizan Yahaya.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan elaun penghargaan RM5,000 sebulan kepada tujuh Sasterawan Negara sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam perkembangan kesusasteraan tanah air. Menurutnya, pemberian itu juga sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi mereka dalam memainkan peranan penting membina Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan yang menyatupadukan negara.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 sebulan seorang (berjumlah RM35,000 dari bulan Julai hingga Disember 2019) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pembiayaan Elaun Penghargaan bulanan bagi tujuh Sasterawan Negara mulai Jun 2019. “Bayaran bulanan RM5,000 akan diteruskan pada tahun-tahun yang seterusnya,” katanya. – Roketkini.com

MESTECC pantas tangani gejala kesihatan di Pasir Gudang – Bee Yin

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kementeriannya bertindak pantas dalam menangani isu gejala kesihatan yang berlaku di Pasir Gudang, Johor. Menurut beliau, ratusan pegawai kerajaan dari pelbagai jabatan telah bertungkus lumus mengambil bacaan kualiti udara di daerah tersebut sejak hari pertama insiden berkenaan dikenal pasti. “Saya hendak katakan di sini bahawa tindakan (dari kementerian) tidak lambat, tetapi kita tidak dapat lagi mengenal pasti punca spesifik,” katanya pada sidang Parlimen, hari ini.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Sejak 20 Jun, katanya, sebanyak 172 premis industri telah diperiksa, di mana 98 kompaun telah dikeluarkan, 46 notis arahan dan sembilan premis telah ditahan operasi, manakala sebanyak dua syor tindakan mahkamah telah dikeluarkan. Kementerian bersama-sama Kerajaan Negeri Johor juga katanya, telah merangka enam tindakan segera seperti berikut:

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Memperkasakan pemantauan kualiti udara di Pasir Gudang dengan mewujudkan Stesen Pengawasan Gas Pencemar Toksik Otomatik (real time gas detector) melalui pembangunan stesen pengawasan udara;
Pembelian alat pengukuran gas toksik bergerak seperti GASMET untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan;
Membangunkan sistem bagi menganalisis dan menentukan daya dukung (carrying capacity) udara di kawasan perindustrian Pasir Gudang;
Memandangkan Pasir Gudang telah menjadi hub industri terpenting di Johor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang juga akan diwujudkan bagi meningkatkan pengawal seliaan dan penguatkuasaan di kawasan ini;
MESTECC melalui JAS akan mewajibkan beberapa tindakan pematuhan baharu kepada premis industri di kawasan Pasir Gudang yang antara lain menetapkan agar premis industri memasang alat pemantauan pelepasan secara berterusan (Continous Emission Monitoring System – CEMS); dan
MESTECC akan mengadakan program sekolah angkat oleh industri terutamanya untuk sekolah berisiko tinggi yang dekat dengan kilang kilang, di mana kemudahan seperti alat pengesan gas dan alat pembersih udara dibekalkan oleh pihak industri kepada sekolah angkat.
Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa kononnya kerajaan seolah-olah lambat bertindak menangani isu berkenaan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Kajian terperinci diperlukan

Bee Yin yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP turut membangkitkan cabaran yang dihadapi kementerian dalam mengenal pasti punca sebenar gejala kesihatan di Pasir Gudang yang menurutnya berbeza dengan apa yang berlaku dalam insiden pencemaran Sungai Kim Kim. “Pertama, punca pencemaran di Sungai Kim Kim dan lokasi mangsa-mangsa adalah berpadanan dengan air dispersion model yang men-simulasi penyebaran gas mengikut hala tuju dan kelajuan angin. “Tetapi untuk insiden ini, lokasi kes-kes adalah sangat jauh antara satu sama lain dan simulasi menunjukkan lokasi mangsamangsa tidak dapat pin-point kepada satu punca pencemaran.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Tambahnya lagi, bahan kimia yang dikesan dalam sampel darah dan urin mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berpadanan dengan punca pencemaran Acrolynitrile, namun dalam insiden Pasir Gudang ujian toxikologi setiap 85 sampel daripada 42 pelajar adalah negatif. “Ketiga, pelajar-pelajar pada awal insiden Sg Kim Kim menunjukkan simptom apabila bacaan alat pengesan gas adalah tinggi. “Manakala untuk insiden kali ini, kebanyakan pelajar menunjukkan simptom sesak nafas dan loya walaupun bacaan hari sebelum ataupun pada masa yang sama pada lokasi yang sama adalah normal,” ujarnya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Mengulas lanjut, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri berkata, kajian saintifik yang lebih terperinci diperlukan termasuk mengkaji faktor daya dukung (carrying capacity) bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan. “Walaubagaimanapun, untuk membuat kesimpulan yang konklusif, kajian carrying capacity diperlukan dan ia akan mengambil masa 6 minggu untuk diselesaikan,” ujarnya. Jelas beliau, terdapat 2,005 kilang berlesen di Pasir Gudang dan 250 darinya adalah kilang berasaskan bahan kimia.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

“Oleh itu, boleh dikatakan persekitaran udara di Pasir Gudang adalah tepu dan sebarang anamoli akan memberi kesan kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan penghidap asthma. “Tambahan lagi, kekurangan zon penampan (buffer zone) antara kilang kimia dengan sekolah juga menjadi cabaran,” katanya. Katanya lagi, pemantauan berterusan akan dijalankan dan sebanyak 11 sekolah akan dibekalkan dengan alat pengesan gas bagi tujuan kualiti udara. – Roketkini.com

Bee Yin ikrar tutup semua kilang haram di Pasir Gudang

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan operasi bersepadu bagi mengesan dan menutup semua kilang haram di Pasir Gudang, Johor. Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, orang ramai juga diminta untuk melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) jika terdapat sebarang maklumat mengenai aktiviti kilang haram di daerah tersebut.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Dalam masa satu bulan ini, kita akan laksanakan operasi bersepadu untuk tutup semua kilang-kilang haram di Pasir Gudang. “Saya juga ingin meminta ahli-ahli dewan dan rakyat di Pasir Gudang untuk melapor kepada Jabatan Alam Sekitar jika ada maklumat tentang kilang-kilang haram. “Kita akan pergi dan tutup kilang-kilang (haram) ini,” tegasnya pada sidang Parlimen, hari ini.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Beliau berkata demikian menjawab kebimbangan kononnya kerajaan seolah-olah lambat bertindak menangani isu berkenaan. Mengulas lanjut, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri berkata, beliau akan sentiasa turun padang bagi memantau keadaan di Pasir Gudang. “Saya akan pergi Pasir Gudang setiap minggu, saya harap dapat pergi bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang (Hassan Abdul Karim),” katanya.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Tambahnya lagi, operasi pemeriksaan, pemantauan serta penguatkuasa oleh kementerian dan jabatan yang berkaitan telah meningkat sejak insiden pencemaran Sungai Kim Kim. “Selepas insiden Sungai Kim Kim, operasi penguatkuasaan meningkat 300 peratus… pemeriksaan, pemantauan serta penguatkuasa telah ditingkat. “Tetapi apa yang kita perlu adalah anjakan paradigma, seperti kita perlu ada stesen otomatik, jalankan kajian daya dukungan,” ujarnya. – Roketkini.com