Quratul Ain : Dari Aktivisme ke Lapangan Politik

Oleh FATIH HASSAN NORDIN

9 Mei 2018 menyaksikan tarikh keramat yang menyaksikan perubahan lanskap politik Malaysia-UMNO-Barisan Nasional(BN) tumbang setelah 60 tahun memerintah.

Pakatan Harapan berjaya menakluk Putrajaya bagi membawa negara ke landasan yang betul selepas dimalukan komuniti global dengan pelbagai gelaran khususnya kleptokrasi global susulan skandal 1MDB.

VIDEO: 别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Gabungan yang ditubuhkan pada 22 September 2015 itu, memberi sinar baharu kepada rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup tinggi susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan UMNO-BN.

Setelah kemenangan itu tercapai muncul istilah Malaysia Baharu bagi menunjukkan kelahiran semula Malaysia, selepas lebih enam dekad dinaungi sebuah parti yang semakin hari semakin jauh daripada relaiti kehidupan rakyat terbanyak.

Rakyat daripada pelbagai latar kaum, budaya dan agama cuba mengisi baratif Malaysia Baharu termasuk antara lain memberi makna Malaysia Baharu sebagai penolakan total pemerintahan UMNO-BN yang menggunakan aparat negara bagi menghalalkan segala kegiatan rasuah yang mereka lakukan.

VIDEO: 【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Bagi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Quratulain Atiqah Norzahirul Malaysia Baharu adalah manifestasi terhadap kejayaan rakyat dalam menghidupkan semula makna demokrasi di negara ini.
“Pada pilihan raya kali ini, rakyat akhirnya telah membuktikan bahawa kuasa rakyat kuasa keramat,suara rakyat suara keramat,’katanya ketika diwawancara.

“Kemenangan itu bukan hanya milik Pakatan Harapan malah sebagai tanda amaran kepada kerajaan dahulu, sekarang dan masa akan datang, kalau anda buat masalah rakyat boleh ubah kerajaan. Ia bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

VIDEO: 刘特佐父亲4800万存款遭政府充公!警爆出充公幕后的真相了!

刘特佐父亲4800万存款遭政府充公!警爆出充公幕后的真相了!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Malah menurutnya istilah itu juga bermaksud bahawa pentadbiran kerajaan kini perlu mengendahkan tuntutan rakyat yang menjadi sebahagian mekanisme semak dan imbang kepada pemerintah.
“Kalau kita lihat apabila kerajaan pakatan harapan keluarkan idea baru atau dasar baru rakyat masih sangat vokal dalam memberikan pandangan. Pada fasa-fasa tertentu yang akan datang, kerajaan Pakatan Harapan akan tarik ‘hand brake’ untuk teliti apa yang disuarakan rakyat dan tidak melaksanakan sesuatu sesuka hati,” ujarnya.

VIDEO: 法庭允许政府充公刘特佐父亲银行资金

法庭允许政府充公刘特佐父亲银行资金

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

DAP anti-Islam/ Melayu? Lagi dan lagi?

Jenuh melayan persoalan ‘DAP anti-Islam, anti-Melayu’ itulah kata-kata yang tak terucap tapi terpancar di wajah Quratul saat diajukan soalan sedemikian.
Apatah lagi beliau yang merupakan ahli DAP, membawa perwatakan gadis muslimah yang lengkap bertudung dan penuh dengan adab serta sopan santun orang Melayu.

VIDEO: 【SRC案】银行家再揭案情!刘特佐在说谎,形容他是骗子!

【SRC案】银行家再揭案情!刘特佐在说谎,形容他是骗子!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Pun begitu, di sebalik hela nafas tanda meluat terhadap persoalan itu, beliau masih tenang menjawab.
‘Dulu masa mula-mula itu saya pernah dengar. tapi bila saya mendekati mereka yang berada dalam DAP perkara itu tidak terjadi pun. Kalau kami anjurkan bersama-sama mereka sensitif dengan rakan-rakan yang sama sertai program.

“Contohnya kalau program itu melibatkan orang Islam kami akan cari tempat yang dekat dengan suaru. Kalau lah betul DAP anti-Islam tidak akan sejauh itu sensitiviti orang DAP apabila mahu menjayakan sesuatu program. Jadi tindakan melabel ini perlu dihentikan,” ujarnya.
Quratul yang merupakan seorang peguam terlatih dan banyak menyertai serta menganjurkan program DAP, juga menolak dakwaan bahawa parti itu kononnya melebihkan kepentingan sesuatu kaum sahaja.

VIDEO: 最新消息【纳吉给阿鲁甘达的花红简直让人不可思议】所有人都愤怒了!纳吉居然给出这样的理由!

最新消息【纳吉给阿鲁甘达的花红简直让人不可思议】所有人都愤怒了!纳吉居然给出这样的理由!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

“Semasa saya bersama rakan-rakan DAP melakukan kerja bersama, saya tidak dilihat lain, saya tidak dilayan lain, saya tidak dilihat istimewa atau pun dilayan secara istimewa.

“Maksudnya apabila kita buat kerja, kita gerak bersama-sama, kita berbincang bersama dan tidak ada apa-apa perbezaan dan perbandingan berdasarkan latar belakang,” ujarnya.

Pemimpin muda dalam Malaysia Baharu

VIDEO: 最新劲爆【纳吉拨4亿7000万巨款给了他们?】原来他们也有份!

最新劲爆【纳吉拨4亿7000万巨款给了他们?】原来他们也有份!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Pakatan Harapan tidak hanya membuatkan kita berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tertua di dunia, malah membuat kita berbangga apabila menerima menteri termuda pertama di Malaysia.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan individu termuda di negara ini yang dilantik sebagai menteri, bagi menerajui Kementerian Belia dan Sukan.Kesediaan kerajaan Pakatan Harapan memberikan ruang dan peluang kepada anak muda untuk menjadi sebahagian daripada Kabinet mendapat pujian orang ramai.DAP sendiri tidak mahu ketinggalan apabila mempertaruhkan muka-muka muda belaka bagi bertanding di kerusi Parlimen dan DUN.

VIDEO: 纳吉炮轰国防部长是小丑!遭网民们神回打脸!纳吉的部长个个都是人才!

纳吉炮轰国防部长是小丑!遭网民们神回打脸!纳吉的部长个个都是人才!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Usaha ini membuahkan hasil dan menyaksikan antaranya Lim Yi Wei berjaya mempertahankan kerusi DUN Kampung Tunku.

“Saya memang menghormati DAP apabila melihat mereka memberi ruang kepada anak muda untuk meningkatkan keupayaan diri mereka, malah memberi peluang untuk kerja-kerja pembadayaaan dan pemerkasaan anak muda.

VIDEO: 纳吉指责林吉祥应该道歉,遭林吉祥一句话打脸!

纳吉指责林吉祥应该道歉,遭林吉祥一句话打脸!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

“Sebagai contoh baru-baru ini DAP memberi ruang dan peluang kepada pemimpin muda untuk bertanding kerusi DUN dan Parlimen,” katanya yang merujuk Wong Siew Ki yang bertanding pada pilihan raya Kecil Balakong.Malah kita ada menter-menteri DAP yang dilantik dalam kalangan pemimpin muda,” ujarnya.

Beliau turut memuji kerajaan Pakatan Harapan yang menurutnya memberi ruang kepada pemimpin wanita untuk menyerlah seperti yang dapat dilihat menerusi perlantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

VIDEO: 蓝卡巴星爆出这风波 若严重纳吉将被判监禁20年!

蓝卡巴星爆出这风波 若严重纳吉将被判监禁20年!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Namun bagi Quratul pemerkasaan golongan wanita tidak harus tertumpu kapada pencarian pemimpin semata-mata, sebaliknya harus lebih menyeluruh meliputi golongan biasa dan pertengahan.

“Pemberdayaan kaum wanita bukan hanya perlu ditumpukan kepada tahap kepimpinan tetapi perlu secara menyeluruh. Wanita daripada kalangan rakyat biasa juga perlu diperkasakan,” katanya.

VIDEO: 【国阵当了反对党竟将嚣张做这件事】如今遭林立迎举报了!他们都有难了!

【国阵当了反对党竟将嚣张做这件事】如今遭林立迎举报了!他们都有难了!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Beliau memberi contoh Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang diasakan kerajaan Selangor dalam mengadakan pelbagai program bagi memperkasakan wanita.

Menyertai DAP
Quratul menyertai DAP di tengah-tengah suasana politik perkauman dan agama yang semakin menjadi-jadi. Beliau pada awalnya tidak menyatakan hasrat untuk menyertai parti yang sering dimomokkan dengan pelbagai dakwaan karut oleh UMNO itu kepada ahli keluarganya, perkara itu dijelaskan kepada ibu bapanya setelah beliau mengisi borang dan secara rasmi menjadi ahli DAP.

VIDEO: 最新大爆料【首相署慕查希出面揭发1MDB在7年内】“赞助”5700万给巫统党员去这个地方!

最新大爆料【首相署慕查希出面揭发1MDB在7年内】“赞助”5700万给巫统党员去这个地方!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

“Mereka sokong tapi biasalah mereka akan sentiasa ingatkan kita siapa diri kita. Cara pembawaan diri. Kalau kita mahu hormat orang, kita perlu hormat diri sendiri. Jadi perlu ada jati diri yang kuat bila berhadapan dengan orang,” ujarnya.

Beliau turut sempat menceritakan pengalaman selama hampir lima bulan menjadi ahli majlis di Zon 5, Petaling Jaya.

“Sebelum ini saya hanya membantu saudari Wong Siew Ki (Adun Balakong) di belakang tabir. Kini sejak menjadi ahli majlis saya perlu menyesuaikan diri mendengar masalah penduduk setempat,” katanya.

VIDEO: 人赃并获!警员律师甚至是副检察司索贿释放非法外劳被反贪会逮捕!

人赃并获!警员律师甚至是副检察司索贿释放非法外劳被反贪会逮捕!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Namun tugas sebagai ahli majlis tidak tertumpu kepada mendengar masalah atau mengawal selia sistem perparitan semata-mata.
“Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kamilah menguruskan dasar namun tugas ini jarang orang nampak. Jadi bagus untuk beritahu kepada umum bahawa tugas ahli majlis ini bukan hanya untuk mendengar masalah, rasmikan program, buat program tapi juga mengenai keterlibatan mereka dalam proses pembuatan dasar,” ujarnya yang sehingga kini masih bergiat aktif mencurahkan tenaga di Dapur Jalanan KL, pada setiap hujung minggu.

VIDEO: 国防部长末沙布发怒了破口回击纳吉“小丑论”

国防部长末沙布发怒了破口回击纳吉“小丑论”

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Quratul Ain : Dari Aktivisme ke Lapangan Politik

Oleh FATIH HASSAN NORDIN
9 Mei 2018 menyaksikan tarikh keramat yang menyaksikan perubahan lanskap politik Malaysia-UMNO-Barisan Nasional(BN) tumbang setelah 60 tahun memerintah.

Pakatan Harapan berjaya menakluk Putrajaya bagi membawa negara ke landasan yang betul selepas dimalukan komuniti global dengan pelbagai gelaran khususnya kleptokrasi global susulan skandal 1MDB.

Gabungan yang ditubuhkan pada 22 September 2015 itu, memberi sinar baharu kepada rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup tinggi susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan UMNO-BN.
Setelah kemenangan itu tercapai muncul istilah Malaysia Baharu bagi menunjukkan kelahiran semula Malaysia, selepas lebih enam dekad dinaungi sebuah parti yang semakin hari semakin jauh daripada relaiti kehidupan rakyat terbanyak.
Rakyat daripada pelbagai latar kaum, budaya dan agama cuba mengisi baratif Malaysia Baharu termasuk antara lain memberi makna Malaysia Baharu sebagai penolakan total pemerintahan UMNO-BN yang menggunakan aparat negara bagi menghalalkan segala kegiatan rasuah yang mereka lakukan.
Bagi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jay (MBPJ) Quratulain Atiqah Norzahirul Malaysia Baharu adalah manifestasi terhadap kejayaan rakyat dalam menghidupkan semula makna demokrasi di negara ini.
“Pada pilihan raya kali ini, rakyat akhirnya telah membuktikan bahawa kuasa rakyat kuasa keramat,suara rakyat suara keramat,’katanya ketika diwawancara.
“Kemenangan itu bukan hanya milik Pakatan Harapan malah sebagai tanda amaran kepada kerajaan dahulu, sekarang dan masa akan datang, kalau anda buat masalah rakyat boleh ubah kerajaan. Ia bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.
Malah menurutnya istilah itu juga bermaksud bahawa pentadbiran kerajaan kini perlu mengendahkan tuntutan rakyat yang menjadi sebahagian mekanisme semak dan imbang kepada pemerintah.
“Kalau kita lihat apabila kerajaan pakatan harapan keluarkan idea baru atau dasar baru rakyat masih sangat vokal dalam memberikan pandangan. Pada fasa-fasa tertentu yang akan datang, kerajaan Pakatan Harapan akan tarik ‘hand brake’ untuk teliti apa yang disuarakan rakyat dan tidak melaksanakan sesuatu sesuka hati,” ujarnya.
DAP anti-Islam/ Melayu? Lagi dan lagi?
Jenuh melayan persoalan ‘DAP anti-Islam, anti-Melayu’ itulah kata-kata yang tak terucap tapi terpancar di wajah Quratul saat diajukan soalan sedemikian.
Apatah lagi beliau yang merupakan ahli DAP, membawa perwatakan gadis muslimah yang lengkap bertudung dan penuh dengan adab serta sopan santun orang Melayu.

Pun begitu, di sebalik hela nafas tanda meluat terhadap persoalan itu, beliau masih tenang menjawab.
‘Dulu masa mula-mula itu saya pernah dengar. tapi bila saya mendekati mereka yang berada dalam DAP perkara itu tidak terjadi pun. Kalau kami anjurkan bersama-sama mereka sensitif dengan rakan-rakan yang sama sertai program.
“Contohnya kalau program itu melibatkan orang Islam kami akan cari tempat yang dekat dengan suaru. Kalau lah betul DAP anti-Islam tidak akan sejauh itu sensitiviti orang DAP apabila mahu menjayakan sesuatu program. Jadi tindakan melabel ini perlu dihentikan,” ujarnya.
Quratul yang merupakan seorang peguam terlatih dan banyak menyertai serta menganjurkan program DAP, juga menolak dakwaan bahawa parti itu kononnya melebihkan kepentingan sesuatu kaum sahaja.

“Semasa saya bersama rakan-rakan DAP melakukan kerja bersama, saya tidak dilihat lain, saya tidak dilayan lain, saya tidak dilihat istimewa atau pun dilayan secara istimewa.

“Maksudnya apabila kita buat kerja, kita gerak bersama-sama, kita berbincang bersama dan tidak ada apa-apa perbezaan dan perbandingan berdasarkan latar belakang,” ujarnya.

Pemimpin muda dalam Malaysia Baharu

Pakatan Harapan tidak hanya membuatkan kita berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tertua di dunia, malah membuat kita berbangga apabila menerima menteri termuda pertama di Malaysia.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan individu termuda di negara ini yang dilantik sebagai menteri, bagi menerajui Kementerian Belia dan Sukan.
Kesediaan kerajaan Pakatan Harapan memberikan ruang dan peluang kepada anak muda untuk menjadi sebahagian daripada Kabinet mendapat pujian orang ramai.DAP sendiri tidak mahu ketinggalan apabila mempertaruhkan muka-muka muda belaka bagi bertanding di kerusi Parlimen dan DUN.