Mengubah tabiat berfikir bagi membangun bandar berdaya tahan

Anda mungkin tertanya, kenapa seorang dari sektor pertahanan dijemput berucap di hadapan ahli-ahli Pertubuhan Arkitek Malaysia. Mungkinkah sebab Ahli-ahli Parlimen yang lain semuanya pulang ke kawasan masing-masing, dan kebetulan saya ada kerana saya tiada kawasan untuk pulang berkhidmat? Boleh jadi. Namun saya rasa pihak penganjur mengetahui bahawa saya secara peribadi sangat berminat dengan isu-isu berkaitan bandar dan persekitaran terbina. Malah sebenarnya saya sedang berbual bersama Azmar Ahmad dan teman lama saya Tan Loke Mun apabila undangan yang tidak diduga ini disampaikan. Saya bertemu mereka untuk mendapatkan sokongan PAM bagi beberapa pertandingan melibatkan ruang awam dan bangunan, yang saya mahu jalankan di beberapa bandar di Johor.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Saya berpendapat bahawa para arkitek harus seboleh mungkin dilibatkan dalam proses mereka dan konseptualisasi ruang awam dan binaan awam, dan sebab itulah saya sedang berusaha menjalankan beberapa pertandingan demi mendapatkan idea untuk ruang dan binaan awam. Melibatkan para arkitek yang bangga dengan ruang serta binaan awam yang direka, dibayangkan dan dibina oleh mereka sendiri adalah satu cara yang bagus untuk memperbaiki ruang dan binaan awam. Demi mencapai dan mengekalkan hubungan ini, sektor awam, terutamanya pihak berkuasa setempat serta Jabatan Kerja Raya, harus bersedia untuk melibatkan para arkitek seboleh mungkin apabila membangun ruang dan binaan awam.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Masyarakat kita perlu menghargai profesionalisme dan daya-kreatif para arkitek. Cara bagaimana ruang dan binaan awam dibentuk dan dicipta tidak seharusnya dibiarkan sahaja kepada pemimpin politik, pengkhidmat awam, pemaju swasta atau mana-mana pihak berkepentingan lain. Malah arkitek sebenarnya berada dalam kedudukan yang baik untuk bercakap bagi pihak masyarakat setempat, serta semangat zaman mereka. Dalam banyak sudut, selain daripada baris kata pada buku-buku, ketamadunan terbina dalam bentuk bandar dan bangunan.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Malaysia kini berada dalam suatu era baharu. Perubahan itu terjadi pada Mei 2018. Sepanjang dua dekad lampau, sudah ramai yang mencuba untuk menghentikan barah yang membusuk dan menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran. Hayat politik saya sendiri, sebagai seorang anak Kuala Lumpur yang bertanding di Pulau Pinang pada 2008, merantau ke Johor pada 2013 dan bertanding di kerusi paling rumit di Ayer Hitam untuk menggembleng sokongan akar rumput; semuanya itu adalah demi untuk Selamatkan Malaysia.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Namun sejak Mei 2018, kerjanya kini adalah untuk membina Malaysia Baharu. Secara tuntas, para arkitek di negara ini mempunyai peranan yang amat besar dari segi itu; dengan membangun bandar-bandar serta binaan demi masa depan kita bersama. Seperti yang sering saya sebut, kita harus mengambil sikap bahawa usaha membina-semula Malaysia adalah projek dua puluh tahun. Apa yang kita lakukan sekarang, keputusan yang kita ambil sekarang, harus dilaksanakan dalam rangka minda 20 tahun.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Peranan arkitek dalam hal ini sangat penting. Kita memerlukan sebuah visi baharu untuk urbaniti negara. Kebanyakan rakyat Malaysia kini tinggal di bandar-bandar – 76 peratus setakat ini, dan menjelang tahun 2050, 90 peratus daripada kita akan tinggal dalam kondisi-kondisi urban. Bandar-bandar kita kini tidak cekap-tenaga, dan dalam hal itu, kita mungkin dapat menyusunnya dengan lebih baik. Kita juga menerima kesan buruk akibat pemintasan bandar (urban sprawl). Ia menjejaskan sumber melalui proses perpaipan, pemasangan kabel grid elektrik, infrastruktur komunikasi, jalanraya dan sebagainya. Senarainya panjang.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Berahi masyarakat terhadap hartanah ‘landed’ suburban, perasaan bahawa semua orang perlu memiliki rumah, dan obesesi terhadap kenderaan persendirian yang dipandu berseorangan sangat-sangat membebankan alam sekitar dan membawa kepada guna sumber secara tidak cekap. Bukan senang untuk mengubah idea yang telah berakar dalam minda masyarakat sejak dekad 60-an. Sebelum itu, ramai yang menetap di kampung-kampung, manakala yang tinggal di bandar hidup di rumah kedai yang sempit, dikongsi beberapa keluarga. Di atas rumah, di bawahnya kedai. Jejak karbon, sifar.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Kita juga harus barangkali memeriksa idea semasa tentang pelingkungan (zoning). Kita membahagiakan aktiviti manusia kepada sektor-sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan perumahan. Namun dalam banyak segi, ini mempertingkatkan jejak karbon, dan tidak menguranginya. Kita wajar memikirkan semula ruang awam secara menyeluruh; jika kita harus tinggal, bekerja dan beriadah di dalamnya dengan rasa yakin dan selesa. Saya tidak kata kita perlu memutarkan kembali waktu. Namun sudah tiba masanya untuk berfikir tentang bagaimana untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk tinggal hampir ke pusat-pusat bandar supaya mereka lebih hampir kepada peluang pekerjaan dan tidak perlu mengharungi kesesakan lalulintas berjam-berjam demi berulang-alik ke tempat kerja.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kita harus mempertimbangkan semula idea kononnya semua orang mesti memiliki rumah. Selalunya untuk memiliki hartanah di pusat bandar adalah di luar kemampuan rakyat biasa, manakala mereka yang mampu memiliki selalunya tidak tinggal pun di rumah itu. Mereka malah selalunya tidak berminat pun menyewakannya. Pasaran sewaan kita tidak dilindungi dan dikawal untuk menjadikan langkah menyewakan sebagai satu pilihan yang menarik. Selalunya, unit-unit ini dibeli untuk tujuan pelaburan, atau lebih tepat lagi, untuk tujuan spekulatif.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Masyarakat secara keseluruhannya, akan kerugian dalam hal mengewangkan perumahan. Mereka yang bekerja di tengah bandar terpaksa membuang masa berjam-jam lamanya berulang-alik ke tempat kerja dari perumahan suburban melalui kesesakan jalan raya. Oleh itu kita harus berfikir untuk membangun perumahan awam dan swasta yang baik di kawasan pusat-pusat bandar untuk disewakan kepada orang muda. Secara serius saya katakan, bukan semua orang perlu memiliki rumah. Tetapi semua orang memerlukan tempat berteduh.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Suatu lagi obsesi yang harus ditinggalkan ialah keyakinan bahawa kononnya pemilikan kereta adalah ukuran kemajuan nasional, dan kejayaan peribadi. Penggunaan kereta panduan perseorangan sebenarnya membebankan negara. Saya sering (separuh) bergurau bahawa adalah lebih baik membayar orang ramai untuk menaiki bas daripada memberi subsidi kepada penggunaan petrol mereka. Dari sudut itu, cara kita mengatur dasar adalah penting. Tanpa menyediakan pengangkutan awam yang baik, menarik-balik subsidi petrol hanya akan menghukum golongan M40 marjinal yang akhirnya akan terpaksa memilih untuk menunggang motosikal, dan seterusnya meningkatkan bilangan kemalangan jalan raya.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Anehnya, rakyat Malaysia kini memikirkan tren, apabila mereka memikirkan tentang pengangkutan awam. Malang sekali, wujud prejudis hari ini bahawa bas adalah untuk kegunaan orang miskin dan pekerja asing. Hakikatnya, adalah lebih jimat untuk menguruskan bas berbanding tren, dan bas mampu mengangkut lebih ramai penumpang serta fleksibel dari segi destinasi.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Apa yang bijak untuk dilakukan ialah mencampurkan mod pengangkutan massa. Tren, bas, bas transit dan sebagainya boleh saling melengkapi satu sama lain dengan mudah. Kita harus menghindar daripada pemikiran bahawa memandu kereta adalah suatu keperluan. Sebagai sebuah masyarakat, kita patut mencipta suatu situasi di mana pengangkutan awam ‘multimodal’ berasaskan bas akhirnya menjadikan pemanduan kereta suatu kemewahan dan bukan keperluan. Sebuah negara yang maju adalah negara di mana mereka yang kaya dan berada di kelas pertengahan menggunakan pengangkutan awam.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Izinkan saya menghubungkan apa yang telah saya ucapkan dengan soal pertahanan, portfolio saya. Bandar-bandar yang disusun atur dengan elok adalah bandar-bandar yang berdaya tahan. Bandar yang mesra-iklim lebih mampu mendepani bencana alam dengan lebih daya tahan. Bandar yang mengatur dirinya dengan lebih baik dan menawarkan pengangkutan yang cekap dan boleh diharap serta mobiliti juga mampu untuk bertindak terhadap kecemasan seperti serangan pengganas dengan lebih baik.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Malaysia telah menikmati aman damai sejak Perjanjian Hatyai ditandatangani pada tahun 1989. Ramai masih berfikir bahawa jika berlaku sebarang pertempuran, ia hanya akan berlaku di dalam hutan. Namun seperti yang telah kita saksikan dalam tragedi Marawi di Filipina, konflik bersenjata harini berkemungkinan tinggi berlaku di kawasan urban. Kita harus bersedia untuk menangani pertempuran secara tidak konvensional pada masa akan datang.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Justeru itu, marilah kita menyusun bandar-bandar kita, supaya Malaysia mampu berdaya tahan dari segenap segi. – Roketkini.com *Ucapan oleh Liew Chin Tong di Majlis Makan Malam Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) pada 29 Jun 2019, di Petaling Jaya.