Mengapa Malaysian Malaysia?

Malaysian Malaysia atau Malaysia milik rakyat Malaysia adalah prinsip asas Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ia bererti DAP menolak ketuanan kaum atau racial supremacy. Ia bermakna DAP menolak dasar dan amalan yang hanya mengutamakan sesuatu kaum, agama atau gender, serta mengabaikan yang lain, kerana itu adalah diskriminasi. Ia tidak bermakna DAP menolak hak sah mana-mana kaum atau agama. Sebaliknya, DAP meraikan kepelbagaian kaum dan agama yang menjadi asas utama pembentukan Malaysia, sejak Malaya merdeka pada 1957 kepada pembentukan Malaysia pada 1963, dan kekal hingga ke hari ini. DAP akur dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Kebebasan, keadilan, kesaksamaan, muhibah dan solidariti. Itulah intipati Malaysian Malaysia, iaitu ia bukan milik sekumpulan elit kleptokrat, bukan segelintir pemuka agama, bukan segolongan demagog kaum. Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia, termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau, Bidayuh, Murut, Bajau, Orang Ulu dan sesiapa sahaja yang menjadi warganegara Malaysia. Ideologi DAP adalah sosial demokrasi, iaitu fahaman yang berevolusi daripada sosialisme demokratik, yakni sosialisme yang menolak komunisme dan menerima jalan Parlimen. Maksudnya sosial demokrasi menerima pasaran tetapi membolehkan campur tangan kerajaan bagi memastikan hak pekerja dan pengguna serta warga sentiasa dilindungi dan diutamakan. Ini juga merupakan asas Malaysian Malaysia.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Setahun selepas DAP ditubuhkan, ia mengumumkan Perisytiharan Setapak pada 1967 yang antara lain menegaskan bahawa: “DAP komited kepada idealisme sebuah negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis, berdasarkan kepada prinsip-prinsip keadilan kaum serta kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan kepada institusi demokrasi berparlimen.“Kami percaya bahawa usaha boleh digerakkan untuk mendapat sokongan majoriti besar rakyat pelbagai kaum di Malaysia untuk mencapai tujuan ini, dan kami akan menganggapnya sebagai matlamat utama untuk menggerakkan sokongan tersebut… “Kami mengulangi pendirian bahawa DAP mahu dipimpin oleh perspektif dan aspirasi rakyat Malaysia. Kami tidak akan membiarkan diri kami dipesongkan daripada jalan pilihan ini sama ada oleh golongan kanan reaksioner dan perkauman, atau golongan kiri anti-Malaysia yang dipengaruhi anasir asing. Kami juga tidak akan membenarkan mana-mana satu daripada kedua-dua kumpulan ini untuk memanipulasi diri kami.”

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Daripada asas-asas ini, DAP pada awal era penubuhannya menggariskan matlamat perjuangan yang antara lain bercita-cita untuk:

Berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak sosialisme demokratik di Malaysia;
Memaju dan melindungi kekuatan dan kemerdekaan negara Malaysia;
Memelihara negara Malaysia yang demokratik berasaskan hak mengundi dewasa sejagat rakyat Malaysia;
Menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada; menubuhkan satu susunan ekonomi yang memberikan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat dan pulangan ekonomi setimpal dengan usaha dan kemahiran mereka; memastikan kehidupan yang memuaskan dan keselamatan sosial kepada golongan tua dan kurang upaya; dan
Menyemai semangat perpaduan negara, bermaruah dan berdikari di kalangan rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka dengan perasaan untuk berikhtiar dalam mewujudkan satu masyarakat yang makmur, stabil dan saksama.
Jelas bahawa inilah pegangan DAP sejak lebih 50 tahun lalu. Tiada bersifat buruk atau berniat jahat, semata-mata berjuang atas dasar solidariti rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama. Semuanya diperjuangkan demi Malaysia, dan bukan untuk unsur-unsur lain yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Mengapa DAP diserang hebat?

Sejak 1966 hingga 2008, DAP sering menjadi momokan UMNO dan sekutu-sekutu perkaumannya. Ia biasanya dipinggirkan ke sudut politik kaum Cina; dengan membiarkan MCA menyerangnya habis-habisan untuk menjadikannya gelanggang Cina melawan Cina. Mengapa begitu? Untuk memastikan ideologi dan amalan DAP tidak dapat menembusi minda dan hati Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kerana jika idea DAP diterima oleh Melayu dan Bumputera, kemungkinan besar politik kaum dan keagamaan sempit tidak akan relevan lagi. Ini adalah kerana sosial demokrasi bakal memenuhi keperluan sosial dan ekonomi rakyat.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Yang akan menjadi keutamaan, tumpuan dan pemberian sosial demokrasi adalah keperluan rakyat, dan bukannya mengikut warna kulit atau anutan agama. Itulah keadilan atau fairness, dan prinsip keadilan ini juga menjadi dasar semua agama termasuk Islam. Malah Islam sendiri menolak kezaliman serta diskriminasi kaum dan agama. Selepas pilihanraya umum 2008 yang membangkitkan pengaruh pembangkang, pelbagai fitnah dilemparkan terhadap DAP hingga ke saat ini. Semuanya dilakukan untuk memastikan orang Melayu dan Bumiputera takut dan benci terhadap DAP. Mereka tidak rela melihat DAP melaksanakan amalan demokrasi dan membuka peluang-peluang ekonomi untuk semua pihak, termasuk golongan Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan rendah dan miskin di seluruh negara.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Pengakuan Mahathir

Musuh lama DAP, iaitu Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sibuk berkempen untuk DAP. Tanpa mendapat liputan daripada media arus perdana, Mahathir serta kepimpinan Bersatu bersama Pakatan Harapan giat berceramah dan member penerangan tentang DAP di bandar dan luar bandar seluruh Semenanjung dengan kehadiran ribuan orang. Dalam beberapa ceramah dan sidang medianya, bekas Perdana Menteri itu tidak malu untuk mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang sengaja memburuk-burukkan DAP pada suatu masa dahulu.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Saya sendiri sedikit sebanyak menyumbang kepada reputasi buruk DAP. Saya menggambarkannya sebagai sebuah parti jahat yang mahu menguasai Malaysia dan tidak mengambil berat tentang nasib orang Melayu,” katanya, menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya dahulu merupakan amalan biasa dalam kempen politik. Kini giliran Perdana Menteri Najib Razak pula mengulangi fitnah lama tentang DAP. Sama ada Mahathir ikhlas atau sekadar kepentingan politik semasa, hanya beliau sendiri yang tahu. Bagi DAP, kerjasama politik adalah demi rakyat Malaysia semata-mata. Jika satu hari nanti Mahathir atau sesiapa sahaja rakan politik masakini mahu kembali kepada retorik lama mereka, ia tidak akan menjejaskan DAP yang tetap berpegang kepada prinsip Malaysian Malaysia.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

PAS membela DAP

Sewaktu era Pakatan Rakyat di mana DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR sepanjang 2008 – 2013, kesemua parti komponen bersatu untuk mempertahankan antara satu sama lain, walaupun sesekali berlaku percanggahan dan perbezaan pendapat. Pada April 2013, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama bagi menghadapi PRU ke-13. Kenyataan tersebut antara lain menyatakan bahawa: “Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat 5% sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan,kebenaran, intergriti dan demokrasi untuk semua.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Oleh itu, Manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau tidak menolak hak mana mana bangsa, agama ataupun jantina. Marilah kita bersatu melawan kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam Negara yang berlarutan lebih 50 tahun.”

Ada orang DAP keliru

Malangnya, masih ada segelintir orang DAP sendiri yang keliru tentang Malaysian Malaysia. Mungkin tanpa sedar mereka juga telah dipengaruhi propaganda UMNO dan BN, biasanya yang dihamburkan oleh MCA dan Gerakan. Mungkin kerana hampir semua akhbar berbahasa Cina kini dikuasai BN. Pada Februari lalu, empat pemimpin DAP Melaka keluar parti. Mereka memberi alasan tidak puas hati kerana DAP kini bekerjasama dengan Mahathir, dan marah dengan kerjasama DAP – PAS sewaktu era Pakatan Rakyat.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Memang ganjil tindakan mereka kerana mereka tidak menyuarakan apa-apa bantahan sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat, malah sanggup bekerjasama dan berkempen bersama dengan PAS sepanjang tempoh tersebut. Tidak cukup dengan itu, semalam (12 Mac 2017) lebih 100 ahli akar umbi DAP Melaka mengumumkan keluar parti. Portal berita Malaysiakini.com memetik bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang, sebagai berkata tindakan mereka adalah kerana DAP “menyimpang daripada prinsip Malaysian Malaysia”, dan “menjual maruah Cina”.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Bagi golongan ini, Malaysian Malaysia adalah “maruah Cina”. Nampaknya mereka keliru dengan asas dan prinsip Malaysian Malaysia. Mereka mungkin tidak sedar alasan seperti inilah menyebabkan ada kalangan rakyat Malaysia yang menganggap DAP adalah parti untuk orang Cina, seolah-olah sama seperti MCA. Walau apa pun, sesiapa sahaja berhak mempertahan atau mengkritik prinsip Malaysian Malaysia asalkan faham apa itu Malaysian Malaysia. Jika sekadar mahu mengutuk atau memutarbelit tanpa memahaminya, atau pura-pura tidak faham, maka itu hanya fitnah. Dan fitnah amat buruk akibatnya. – Roketkini.com