‘Pentadbiran Najib yang langgar undang-undang, kenapa pula salahkan PH?’

Adun Pasir Pinji, Howard Lee, mendakwa bekas perdana menteri, Najib Razak memberi respons mengelirukan, tidak jujur dan bohong mengenai isu wang bayaran balik GST – yang didakwa beberapa pihak telah ‘dirompak’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Menurut beliau, Najib dan pengikutnya menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedangkan kerajaan yang ditadbirnya – sebelum kalah PRU14 – telah gagal untuk membuat pembayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Angka tidak menipu. Laporan (PAC) menunjukkan pada 30 April 2018, hanya RM450 juta yang tinggal dalam Akaun Hasil Disatukan semasa PH mengambil alih kuasa, dan ini berlaku meskipun semua kutipan GST telah dimasukkan terus ke Akaun Hasil Disatukan. “Laporan itu juga menunjukkan pada 30 Mei 2018, hanya RM150 juta berada dalam Tabung Bayaran Balik GST, sedangkan jumlah tuntutan bayaran balik GST adalah bernilai RM19.4 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Jelas Howard, tindakan pentadbiran terdahulu itu menyalahi Seksyen 54(2) Akta GST 2014 yang menetapkan semua kutipan GST perlu diakaunkan terlebih dahulu dalam Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik GST. “Apa yang dilakukan pentadbiran Najib adalah terang-terangan melanggar peruntukkan dalam Akta GST – yang mana telah digubal, dibentangkan di Parlimen dan diluluskan oleh pentadbirannya sendiri. “Tiba-tiba, dia nak salahkan kerajaan PH yang telah selesaikan masalah yang ditinggalkan pentadbirannya pula, dengan melakukan pembayaran semula tuntutan bayaran balik GST kepada pembayar cukai?” ujarnya yang juga Ketua DAPSY Kebangsaan.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam surat kepada PAC pada Oktober lalu berkata tindakan menyalurkan terus kutipan GST ke Akaun Hasil Disatukan kerajaan persekutuan adalah suatu tindakan yang menyalahi undang-undang. Menurut beliau, tindakan itu melanggar Seksyen 7 Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Seksyen 54 Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014. Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka dalam kenyataan semalam berkata PAC telah mengesahkan bahawa kutipan GST mesti diletakkan dalam Akaun Pembayaran Balik GST mengikut Seksyen 52(2) Akta GST 2014.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Najib dan kerajaan yang lalu tidak mematuhi peruntukan ini kerana wang yang dikutip daripada GST telah diakaunkan secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan. “Najib telah cuba mempertahankan tindakan ini dengan menggunakan Seksyen 54(5) Akta GST 2014, yang memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengarahkan pemindahan wang daripada Akaun Pembayaran Balik GST ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan. “Justifikasi ini sememangnya tidak sah kerana wang yang dikutip daripada GST mesti dibayar ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST terdahulu sebelum dipindahkan ke Kumpulan Wang Hasil Disatukan, bukannya secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan,” tegasnya. – Roketkini.com