DAP parti mesra orang muda

Tidak mustahil suatu hari nanti DAP juga akan mempunyai seorang calon yang berusia seawal 18 tahun, kata Adun Ketari, Young Syefura Othman. Ini kerana, katanya, DAP sudah sekian lama membuka ruang kepada orang muda untuk menceburi politik dan memberi mereka peluang untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat. “Anak muda (dari DAP) yang berusia 26 tahun sudah menjadi wakil rakyat. Ini bermakna, DAP memberi peluang untuk anak muda menjadi pemimpin, wakil rakyat.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

“Jadi, tidak mustahil kita (DAP) akan ada wakil rakyat (seawal) umur 18 tahun,” ujarnya pada forum “Make A Change Let’s Do It Together” di Putrajaya, hari ini. Selain Young Syefura yang lebih mesra dipanggil Rara, Kerk Chee Yee juga merupakan antara pemimpin muda DAP yang diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Kerk memenangi kerusi DUN Kota Melaka pada usia 26 tahun dan dilantik sebagai Exco Komunikasi, Multimedia, Belia dan Sukan Melaka, sekaligus menjadikan beliau sebagai Exco termuda di negara ini.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Isu berkaitan pengundi hangat dibicarakan sejak akhir-akhir ini selepas Rang Undang-undang meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan umur minimum mengundi diturunkan kepada 18 tahun diluluskan di Dewan Rakyat, kelmarin. Usul berkenaan turut mencadangkan penurunan had umur calon pilihan raya seawal 18 tahun serta pendaftaran pengundi secara automatik. – Roketkini.com