MP DAP sambut baik keputusan SPR

Saya merujuk kepada soalan parlimen saya bertarikh 1 Julai 2019. Saya mengalu-alukan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembalikan pelantikan wakil-wakil parti politik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP). Pada tahun 2011, terdapat 5,720 PPP yang dilantik oleh SPR untuk membantu dalam urusan pendaftaran pemilih. Tetapi, pada tahun 2017, hanya tinggal 205 PPP sahaja kerana SPR yang lama tidak mahu melanjutkan atau membuat pelantikan yang baru, terutamanya dari kalangan wakil parti politik.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Kesannya, ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah untuk mendaftar sebagai pemilih semasa pilihan raya umum yang lepas. Mereka terpaksa pergi ke pejabat pos atau pejabat SPR semasa waktu bekerja. Terdapat juga situasi di mana borang pendaftaran tidak mencukupi. SPR juga telah memberikan data terkini mengenai pendaftaran pemilih dalam jawapan mereka kepada soalan saya. Pada tahun 2018, jumlah pemilih yang berjaya didaftarkan ialah seramai 216,705 pemilih. Untuk suku pertama tahun 2019 (Jan – Mac), jumlah pendaftaran hanyalah seramai 26,136 pemilih.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Kadar pendaftaran pemilih sebegini adalah terlalu rendah jika dilihat bersama dengan jumlah pemilih yang masih belum mendaftar. Pada ketika ini, dianggarkan terdapat lebih 4 juta pemilih yang layak tetapi masih belum mendaftar, iaitu melebihi 20% daripada jumlah pengundi yang layak. Selain itu, usul untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun bakal dibentangkan di parlimen minggu ini. Jika diluluskan, perkara ini akan memberi kelayakan mengundi kepada 3.8 juta belia, dan oleh ini meningkatkan lagi jumlah pemilih yang tidak berdaftar.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Maka, saya mengalu-alukan keputusan SPR untuk mengembalikan pelantikan PPP dari kalangan wakil parti politik. Keputusan ini ialah satu langkah positif untuk memudahkan urusan pendaftaran pemilih dan mengelakkan perdaftaran secara tergesa-gesa pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya. SPR juga menyatakan bahawa mereka sedang mengemas kini Standard Operating Procedure sebelum pelantikan tersebut dapat dilaksanakan. Perkara ini adalah penting untuk memastikan proses pendaftaran pemilih tidak dimanipulasi atau disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Sememangnya, pelaksanaan sistem pendaftaran automatik adalah langkah terbaik untuk jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, sementara kita menunggu pelaksanaan sistem perdaftaran automatik, SPR dan semua pihak perlu membantu mendaftarkan pemilih supaya mereka boleh menunaikan hak mengundi apabila tiba masanya. – Roketkini.com *Khoo Poay Tiong adalah Ahli Parlimen Kota Melaka

‘Hanya yang rasuah atau melindungi perasuah takut dengan pengisytiharan harta’

Pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melakukan pengisytiharan harta sejak lapan tahun lalu tanpa mengalami sebarang masalah atau risiko terhadap diri dan keluarga mereka, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau yang pernah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata demikian mengulas kebimbangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pengisytiharan harta kononnya akan mengundang bahaya kepada wakil rakyat dan keluarga mereka.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

“Ini adalah tidak benar dan sama sekali salah kerana pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan aset mereka sejak lapan tahun lalu tanpa sebarang masalah atau risiko terhadap diri mereka dan keluarga mereka,” kata Guan Eng dalam kenyataan. Beliau turut menempelak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menuduh kononnya amalan pengisytiharan harta adalah ‘impian DAP’ dan merupakan idea komunis serta sosialis. “Pengisytiharan harta bukan konsep komunis atau sosialis, malah ia tidak diamalkan pun oleh kebanyakan negara komunis atau sosialis.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Ia (pengisytiharan harta) adalah berdasarkan undang-undang, etika dan nilai bagi mewujudkan institusi-institusi yang berintegriti dan membanteras rasuah dalam kerajaan dan masyarakat. “Hanya yang rasuah atau melindungi perasuah takut dengan pengisytiharan harta,” ujarnya. Malah, Guan Eng mendakwa, tindakan PAS menolak amalan isytihar harta adalah untuk melindungi pemimpin pembangkang yang terlibat dalam skandal 1MDB.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Dengan melakukan demikian, PAS telah hilang teras moral dan etikanya dan tidak ada sebab lagi untuk menyokong sebuah parti yang telah menunjukkan ketidakcekapan mereka dalam menguruskan ekonomi dan mentadbir sebuah negeri. “Ini dibuktikan dengan tindakan PAS yang telah menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri gagal yang bankrap, sehingga gagal membayar gaji penjawat awamnya sendiri,” tambahnya. – Roketkini.com

‘Kemenangan saya bukti jelas DAP parti semua kaum, agama’ – Sheikh Umar

Sheikh Umar Baghrib Ali menganggap kemenangannya sebagai Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Johor sebagai bukti bahawa DAP adalah parti untuk semua bangsa dan agama. “Saya naik walaupun bukan Cina dan latar belakang pendidikan saya ialah Islam. Ini masanya untuk kita tunjukkan bahawa DAP untuk semua rakyat Malaysia,” katanya seperti dipetik portal The Malaysian Insight. Malah, katanya, penyertaan beliau ke dalam DAP selepas meninggalkan dunia aktivis PAS telah sedikit sebanyak memadam kepercayaan orang ramai bahawa DAP kononnya parti Cina.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Beliau turut berharap DAPSY dapat diterima golongan muda daripada semua kaum dan agama. “Kebanyakan media menonjolkan saya Melayu pertama (memegang jawatan itu) tetapi saya berharap DAPSY akan dapat lebih banyak sokongan dan penerimaan golongan muda daripada semua kaum dan agama.” “Sebenarnya dari awal pun, bila saya sertai DAP sebagai bekas aktivis PAS dan latar belakang pendidikan saya Islam, ia boleh dikatakan sebagai satu titik perubahan penting,” ujarnya.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Tambahnya yang juga Adun Paloh, tugas berat menanti beliau untuk mengemudi DAPSY Johor, kerana sayap DAP itu kini mempunyai peranan yang lebih besar selaku parti kerajaan. “Pertama sekali, kita tahu tugas DAPSY ialah memupuk pemimpin generasi depan. Ini jalan yang akan kita teruskan.” Sheikh Umar dilantik menjadi Ketua DAPSY Johor yang baharu setelah mendapat 31 undi dalam pemilihan sayap pemuda DAP itu, semalam. Beliau menewaskan pencabarnya, Marina Ibrahim yang memperoleh dua undi. – Roketkini.com

Orang Melayu boleh masuk Hizbul-A’mal Ad-Dimuqratiy

Hujung minggu sudah, Exco Johor Sheikh Omar Ali berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Johor. Tajuk-tajuk utama portal berita, memaparkan beliau sebagai “Melayu pertama” jadi ketua pemuda DAP di Johor. Beliau menewaskan Marina Ibrahim, juga seorang Melayu. Sheikh Omar mantan penuntut Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri, sebelum menjadi graduan usuluddin. Terlihat bergambar dengan murabbi tarbiah PAS, Sheikh Omar ini bukan calang-calang orang dalam Persatuan Mahasiswa Islam Uni Malaya. Almarhum Ustaz Yahya Othman itu naqib usrahnya.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Antara lain, gambar bersama Ustaz Yahya itu menjadi andalan hujah kawan-kawan ketika Sheikh Omar dilantik masuk menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) beberapa purnama lalu. Serangan hadir bertali-arus, hanya kerana beliau seorang ahli politik dari parti DAP. Hanya kerana Sheikh Omar meninggalkan PAS dan memilih DAP, habis dituduhnya kafir harbi. Tunjuk gambar usrah, tertutuplah mulut jahat mereka. Sebelum Sheikh Omar, DAP sudah pernah menyaksikan ketokohan allahyarham Fadzlan Yahya sebagai ketua DAPSY negeri Perak.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Fadzlan Yahya menang kerusi DUN Pasir Bedamar pada 1982 dan terus menjadi wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal sebelum menang pula di DUN Lahat, pada 1990. Terkenal dengan pidatonya, beliau meninggal dunia pada September 2016. Pada PRU14, DAP menghantar 10 calon Melayu. “Uih, ramainya,” kata sebahagian yang tidak kurang terkejut memikirkan bagaimana DAP boleh ada 10 calon Melayu. Itu belum diberitahu bagaimana pada 1974, DAP mempunyai 38 calon Melayu. “Wow! Biar betul,” kata anda, tidak percaya. Sabar dulu. Pada 1978, DAP menghantar 57 calon Melayu.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Nama-nama seperti Ibrahim Singgeh, Salleh Nakhoda Hitam, Daeng Ibrahim Othman, Ahmad Nor antara ramai yang menghiasi senarai kepimpinan DAP ketika itu. Kembali ke era ini, kesemua 10 calon DAP yang dipertaruhkan pada PRU lalu menang belaka, kecuali seorang. Tengku Zulpuri menang di Raub dan jadi timbalan menteri. Dr Abdul Aziz Bari, Norhizam Hassan Baktee, Zairil Khir Johari dan Sheik Omar Ali masing-masing turut menang dan jadi EXCO kerajaan negeri. Yang lain-lainnya juga menang dan jadi Adun di kawasan masing-masing.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Justeru apabila muncul tajuk berita berbunyi “Melayu tiada pilihan selain Bersatu, PKR dan Amanah”, saya sedikit terganggu. Apa orang Melayu tidak boleh memilih untuk masuk DAP? Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika memberi respons kepada pemberita tentang pelawaan Dr Mahathir Mohamad supaya orang Melayu menyertai parti Bersatu barangkali lupa kepada DAP. Tapi tak apa, ia membuka ruang untuk memberi pencerahan. Pada zaman Malaysia Baharu ini, sepatutnya perlu wujud lebih banyak wadah pilihan untuk menyatakan pendirian politik. Bukan setakat UMNO atau PAS, atau PKR, Amanah mahupun Bersatu. Politik Malaysia pasca tersungkurnya UMNO tidak wajar terus tersekat dalam memilih satu antara dua. Yang demikian itu pemikiran politik Malaysia Tua.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Sebenarnya DAP boleh saja menjadi pilihan orang Melayu. Sepertimana ia dipilih oleh Syeikh Omar Ali, Syahredzan Johan, Young Syefura Othman dan ramai lagi. Itu pun ramai yang kata “tapi DAP ramai Cina”. Dah kenapa Melayu macam kamu tak masuk? Ya, sebenarnya orang Melayu punya pilihan untuk menyertai DAP. Kalau namanya terlalu Inggeris, atau pemimpinnya terlalu Cina, nah, saya perkenalkan Hizbul-A’mal Ad-Dimuqratiy. Mungkin kalau namanya Arab, maka lerailah keresahan Melayu untuk mengetahui apa itu DAP di sebalik tirai momok politik yang ditebarkan UMNO selama ini. – Roketkini.com *Izmil Amri adalah bekas pengarang Roketkini. Tulisan ini kali pertama disiarkan di portal The Malaysian Insight.

Malaysia Baharu terjejas kerana skandal 1MDB, rasuah zaman BN

Skandal 1MDB yang dicetuskan pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah membawa malapetaka besar kepada rakyat, khususnya generasi akan datang. Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, pentadbiran kini memerlukan tempoh beberapa tahun, malah beberapa dekad untuk menyelesaikan masalah tersebut. “Keputusan bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 telah menyelamatkan generasi akan datang daripada terpaksa menanggung kesan buruk yang besar akibat daripada skandal global mega 1MDB dan salah laku rasuah pentadbiran terdahulu.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Namun, generasi Malaysia kini terpaksa menanggung akibat daripada skandal global 1MDB dan salah laku rasuah sebelum ini. “Pun begitu, kita sekurang-kurangnya mampu menyelamatkan generasi akan datang daripada mengalami nasib seperti rakyat Venezuela ketika ini. “Venezuela, yang dahulunya merupakan 20 negara terkaya di dunia dan mampu menyediakan pendidikan serta perkhidamatan kesihatan percuma kepada rakyatnya, kini melarat, miskin, terkebelakang, dan bankrap,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Justeru itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, rakyat Malaysia tidak harus melupakan kesan yang ditinggalkan oleh skandal 1MDB serta kegiatan rasuah melibatkan pentadbiran terdahulu. “Namun kita harus sentiasa ingat tentang bala bencana yang telah berjaya dielakkan dengan keputusan bersejarah PRU14. “Pilihan raya adalah peringatan berterusan bahawa kita tidak ada masa untuk dibazirkan bagi membetulkan semula dasar pembinaan negara mengikut Perlembagaan Malaysia dan prinsip Rukun Negara,” ujarnya. – Roketkini.com

Guan Eng yakin populariti Tok Guru Nik Aziz atasi ‘penyangak’

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Najib Razak lebih popular berbanding arwah bapanya. Menurut Guan Eng, beliau yakin Allahyarham Nik Aziz yang lebih mesra disapa Tok Guru lebih terkenal berbanding seorang “penyangak”. “Sungguhpun anak kandung keluarkan kenyataan begini, saya tak bersetuju.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Saya yakin (populariti) pemimpin tersohor Nik Aziz atasi penyangak (Najib) bila-bila masa,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas sebuah klip video ceramah Nik Abduh yang dikongsi Najib di media sosialnya, di mana pemimpin PAS itu dirakamkan berkata bahawa populariti bekas perdana menteri itu kini mengatasi Allahyarham Nik Aziz. Setakat Februari, Najib telah dihadapkan ke mahkamah sebanyak enam kali dengan 42 pertuduhan jenayah. – Roketkini.com

‘Pengambilalihan 4 lebuh raya bertol untungkan rakyat, itu pun Najib tak faham?’

Pada zaman Barisan Nasional, pihak konsesi tol untung besar manakala dengan cadangan pengambilalihan 4 lebuhraya bertol oleh kerajaan Pakatan Harapan, pihak kerajaan, pembayar cukai dan pengguna lebuhraya yang beruntung Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan di dalam Parlimen bahawa pengambilalihan 4 lebuh raya bertol – LDP, SPRINT, SMART dan KESAS akan memberikan manfaat besar kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pihak Kerajaan dan pembayar cukai akan jimat lebih daripada RM5.3 bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol. Pihak pengguna lebuh raya pula akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun atau lebih kurang RM2 bilion sepanjang hayat konsesi tol. Tambahan lagi, model pengambilalihan ini tidak akan melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan kerana kos pengambilalihan sebanyak RM6.2 bilion serta kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar tol sekarang.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba mempertikaikan jawapan Menteri Kewangan dengan hujah dalam Facebook bahawa ‘rakyat yang tanggung penuh bayaran balik hutang serta faedah kos RM6.2 bilion untuk beli 4 tol itu. Kerajaan tak bayar satu sen pun.’ Nampaknya, Datuk Seri Najib sudah hilang keupayaan untuk mengira. Takkan Datuk Seri Najib tak tahu bahawa sekiranya konsesi lebuh raya ini tidak diambil alih oleh pihak kerajaan, pengguna lebuh raya akan tetap membayar kutipan tol yang lebih tinggi kepada pihak konsesi yang membolehkan syarikat lebuhraya ini terus menikmati keuntungan yang besar?

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Tambahan pula, kerajaan masih perlu membayar sekurang-kurangnya RM5.3 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol semasa sehingga akhir hayat konsesi. Jumlah ini juga akan menyumbang kepada keuntungan besar syarikat konsesi. Sebaliknya, dengan cadangan pengambilalihan kerajaan Pakatan Harapan, walaupun pengguna membayar caj kesesakan yang lebih rendah daripada kadar semasa, kutipannya adalah sudah mencukupi untuk membiayai kos pengambilalihan.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Datuk Seri Najib juga cuba mengelirukan rakyat dengan kata bahawa “caj tol, yang dijenamakan semula menjadi caj kesesakan, terus dikutip selepas konsesi tamat. Maksudnya plaza tol tak akan roboh. Kekal di sana untuk selama-lamanya.” Untuk makluman rakyat Malaysia, apabila kerajaan BN dulu ‘merobohkan’ plaza tol, beliau telah meluluskan bayaran pampasan berbilion-bilion ringgit kepada pihak konsesi lebuh raya. Ini bermaksud hanya keuntungan pihak konsesi diutamakan. Yang rugi adalah pihak pembayar cukai yang terpaksa menanggung pampasan yang begitu tinggi. Itulah antara sebabnya kerajaan BN perlu menyeksa rakyat dengan kutipan cukai GST yang begitu tinggi, untuk menampung kos operasi kerajaan yang melampau.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Jika pampasan tidak dibayar pun, tempoh konsesi lebuh raya dilanjutkan berpuluh-puluh tahun, seperti lebuh raya PLUS dari tahun 2018 sehingga 2038 supaya pihak pengguna lebuh raya akan terus membayar tol kepada pihak syarikat konsesi. Di bawah cadangan yang baru, selepas tempoh konsesi lebuh raya asal tamat, caj kesesakan akan dikurangkan sekali lagi dengan signifikan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya. Caj ini tidak akan mengandungi sebarang unsur keuntungan. Sekiranya caj kesesakan tidak dikutip, kos tersebut masih perlu ditanggung oleh pihak kerajaan dan pembayar cukai secara amnya.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Semasa kerajaan Barisan Nasional berkuasa, terutamanya semasa pentadbiran Datuk Seri Najib, beliau telah berkali-kali menegaskan bahawa ‘kerajaan tidak mampu mengambil alih lebuh raya’, ‘kerajaan akan mengalami kerugian besar’, ‘kadar tol tidak boleh dikurangkan’ dan ‘kos pengambilalihan adalah berpuluh-puluh atau beratus-ratus bilion ringgit’. Tapi sekarang, kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan secara jelas bahawa kerajaan mampu mengambil alih lebuh raya bertol dengan tawaran RM6.2 bilion ini; kerajaan tidak akan mengalami sebarang kerugian, malah akan menerima penjimatan melebihi RM5.3 bilion; dan kadar tol atau caj kesesakan dapat dikurangkan dengan signifikan.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Dengan jelas, kerajaan Barisan Nasional dulu hanya mementingkan keuntungan konsesi lebuh raya swasta, manakala kerajaan Pakatan Harapan mementingkan kepentingan rakyat dan pembayar cukai. Usaha pengambilalihan ini merupakan langkah pertama merealisasikan janji Pakatan Harapan untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat. Sehingga kedudukan kewangan negara membaik pulih pada masa depan, kerajaan akan terus meneroka cara penyelesaian untuk meringankan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. – Roketkini.com *Kenyataan media oleh Ahli Parlimen Damansara dan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.

Lupakah Haji Hadi akan ikrar perangi rasuah, kezaliman?

Berguling pemimpin komunis seperti Lenin, Stalin, Mao Zedong, Kim Il-Sung, dan Fidel Castro di dalam kubur mereka membaca kenyataaan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang menyamakan mereka dengan sosialis seperti Jawaharlel Nehru (India), Nelson Mandela (Afrika Selatan), Clement Attlee dan Harold Wilson (UK), Willy Brandt (German Barat), Olof Palme (Sweden), Robert Hawke (Australia), dan Norman Kirk (New Zealand). Takkanlah Presiden PAS sebegitu jahil sekali sehingga tidak dapat membezakan dua kumpulan pemimpin yang berbeza ini sehingga boleh menuduh yang pengisytiharan harta itu adalah satu konsep komunis dan sosialis yang dirancang oleh DAP.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Seperti yang telah dikatakan oleh Presiden DAPSY Saudara Howard Lee; Mesir, Maghribi, Palestin, Yaman, dan Libya semuanya adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan pada masa yang sama mempunyai peruntukan yang mewajibkan pengisytiharan harta. Adakah negara-negara ini komunis ataupun sosialis? Saya yakin Hadi tidak akan mengatakan yang negara-negara ini juga telah dipengaruhi DAP ataupun kini bukan lagi sebuah negara Islam kerana telah menjadi sebuah negara komunis ataupun sosialis — jelaslah ini menjadi bukti kecuaian Hadi terhadap kebenaran sesuatu fakta yang menjadi ciri utama kepimpinan Hadi dalam PAS dan pakatan PAS-UMNO/BN.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kecuaian dalam terhadap fakta dan prinsip dalam kalangan pimpinan PAS telah mencapai satu tahap yang sangat teruk sehingga anak Arwah Tok Guru Nik Aziz sendiri berani mengatakan yang kleptokrat tersohor Datuk Seri Najib Razak lebih popular di kalangan rakyat berbanding dengan arwah ayahnya yang merupakan bekas Mursyidul Am PAS. Pemimpin PKR Anwar Ibrahim juga telah menyekolahkan Hadi apabila beliau menjelaskan yang Umar Abdul Aziz juga telah mengiytiharkan harta beliau dan seluruh ahli keluarganya sesudah menjadi khalifah Umayyad yang ke-lapan demi memastikan ketelusan.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Ini merupakan contoh ke-tiga kecuaian Hadi dalam mencari kebenaran yang dikaburi dengan obsesi beliau untuk mencari kesalahan dan memburuk-burukkan DAP — semuanya kerana DAP menolak pencalonan Hadi sebagai bakal PM Pakatan Rakyat untuk PRU13 pada bulan Mei 2013. Saya boleh berikan contoh ke-empat kecuaian Hadi. Semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan pada bulan Mei 2014, Hadi berkata DAP telah mempertahankan PAS pada tahun 1978 apabila kerajaan Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional yang menyebabkan kekecohan dalam negeri tersebut.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Beliau berkata, BN yang berkerjasama dengan PAS ketika itu, tidak berbuat apa-apa langsung untuk membantu mereka. Hadi telah berkata: “Hanya DAP yang membantu kami ketika itu dan kami berterima kasih kepada mereka untuk itu. “Walaupun terdapat perbezaan di antara kita berkenaan dengan perkara-perkara seperti alkohol, khinzir, hudud, dan isu halal, kita juga mempunyai persamaan, untuk bersama menentang rasuah, kezaliman, dan untuk berjuang demi keadilan untuk semua rakyat.”

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Tetapi, Hadi kini sudah berubah. Beliau sudah lupa mengenai kepentingan untuk melawan rasuah, kezaliman, dan perjuangan demi keadilan untuk semua. Kini beliau menjadi jaguh kerjasama PAS-UMNO, yang kini diketuai oleh Datuk Seri Zahid Hamidi — yang mencipta sejarah dalam sistem kehakiman negara dengan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah — dan kerjasama PAS dengan Barisan Nasional yang baru sahaja melantik seorang kleptokrat tersohor sebagai Pengerusi Badan Penasihat mereka! – Roketkini.com *Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

MoF: RM925 juta dana berkaitan 1MDB sudah dikembalikan setakat ini

Sebanyak RM925 juta dana berkaitan 1MDB dikembalikan setakat ini kepada Kementerian Kewangan, hasil usaha pihak berkuasa negara. Pihak berkuasa negara, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Peguam Negara, berserta dengan kerjasama pihak berkuasa luar negara, sedang meneruskan usaha agar dana yang diselewengkan dapat dikembalikan untuk membayar balik hutang 1MDB berjumlah lebih RM51 bilion, termasuk faedah pinjaman akan datang, yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Setakat ini, jumlah keseluruhan dana berkaitan 1MDB yang berjaya didapatkan kembali adalah berjumlah RM925.1 juta (termasuk RM6.1 juta yang dipulangkan kepada Yayasan 1MDB) dalam mata wang pelbagai denominasi. Organisasi dan parti-parti politik Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA, dan SUPP telah menerima dana yang berpunca daripada 1MDB. Kini akaun bank parti-parti politik tersebut telah pun dibekukan oleh SPRM, dalam usaha mendapatkan kembali dana tersebut.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Harus ditekankan bahawa jumlah RM6.1 juta yang diterima kembali oleh Yayasan 1MDB adalah daripada pelbagai pihak. Akan tetapi, Yayasan 1MDB belum lagi menerima sebarang bayaran daripada Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi). Baru-baru ini, SPRM telah mengambil tindakan membekukan akaun bank Kojadi yang berkenaan. Pada 16 Ogos 2012, satu perjanjian Financial Grant antara Yayasan 1MDB dan Kojadi untuk jumlah sebanyak RM15 juta telah ditandatangani.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Jelas sekali, Kojadi dipengaruhi oleh parti politik MCA. Campur tangan MCA dalam urusan Kojadi disahkan sendiri oleh Pengerusi Kojadi, Datuk Ng Peng Hay, yang juga seorang bekas Adun MCA dari Melaka. Kojadi perlu mengambil iktibar daripada usaha berani Pengerusinya untuk memulangkan semula wang kepada Yayasan 1MDB demi membersihkan nama Kojadi.

Pada akhir bulan Jun, Pengerusi Kojadi menyatakan beliau dihalang oleh Presiden MCA daripada usaha memulangkan RM15 juta kepada Yayasan 1MDB. Pada 3 Julai 2019, SPRM telah membekukan akaun bank Kojadi yang berkenaan. Pada 9 Julai, Pengerusi Kojadi digantung jawatannya oleh Lembaga Pengarah Kojadi akibat tindakan beliau yang jujur. Komitmen Pengerusi Kojadi untuk melakukan perkara yang betul dengan berusaha memulangkan wang kepada Yayasan 1MDB, sungguhpun berhadapan dengan pelbagai tindakan ke atasnya, harus dipuji.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Harus ditegaskan bahawa dana berjumlah RM925 juta di atas tidak termasuk hasil jualan Kapal Equanimity kepada Genting Malaysia Bhd sebanyak USD126 juta (kirakira RM527.4 juta). Hasil jualan tersebut telah diterima sepenuhnya pada 23 April 2019 dan kini disimpan di dalam Sheriff’s Stakeholder Account (dalam sebuah syarikat guaman terkemuka di Malaysia) untuk tempoh tiga bulan bagi tujuan penyesuaian dengan tuntutan perbelanjaan penyelenggaraan kapal yang akan ditentukan melalui Perintah Mahkamah.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Baki hasil jualan setelah ditolak jumlah perbelanjaan yang terlibat dijangka akan didepositkan ke dalam Recovery Account milik 1MDB atau Kementerian Kewangan pada bulan Ogos 2019. Bila diterima USD126 juta ini kelak, wang dana ini akan digunakan untuk melunaskan sebahagian daripada hutang 1MDB. – Roketkini.com

Nie Ching lawat SK Bukit Bangkong (A), sampaikan sumbangan buku

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semalam, melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) yang mempunyai 60 peratus murid Orang Asli suku Mah Meri. Menurut beliau, lawatan tersebut bagi menghargai Kumpulan Pelangi Publishing Group yang menyumbang buku kerja dan buku cerita kepada 40 sekolah Orang Asli di seluruh Malaysia, termasuk sekolah berkenaan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Nilai yang disumbangkan oleh Kumpulan Pelangi adalah lebih daripada RM75,000 dengan 12,096 buah buku. “Sumbangan buku ini meliputi buku-buku bagi pelajar tahap satu iaitu buku rujukan dan buku cerita yang akan menjadi koleksi pusat sumber sekolah untuk kegunaan semua murid. “Tambahan itu, saya telah meminta Kumpulan Pelangi menyediakan buku-buku kerja serta buku-buku rujukan bagi murid darjah 6 sekolah ini sebagai sumbangan saya kepada murid-murid sebagai persediaan peperiksaan UPSR,” ujarnya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Beliau berkata, usaha kerjasama dengan syarikat Pelangi merupakan usaha perkongsian awam-swasta (PPP) yang amat digalakkan. “Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pelangi Publishing Group atas inisiatif ini,” ujarnya. Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP juga berpeluang membacakan buku cerita kepada murid sekolah dan merasmikan projek madu kelulut di sekolah berkenaan. “Terima kasih kepada semua pihak termasuk Guru Besar Encik Azman, Pegawai JPN dan PPD, YB Tuan Borhan ADUN Tanjung Sepat, YB Ronnie Liu ADUN Sg Pelek yang telah menerima kunjungan,” ujarnya. – Roketkini.com