RUU IPCMC wajar lalui proses rundingan awam sebelum diluluskan

Saya merujuk kepada laporan media bahawa Kerajaan Malaysia telah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 di Dewan Rakyat pada 18 Julai 2019.  Saya menyambut baik langkah ini yang membuktikan iltizam politik Kerajaan Malaysia untuk akhirnya menjadikan penubuhan IPCMC suatu realiti selepas 14 tahun ianya disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

RUU IPCMC yang dibentangkan nampaknya telah mengguna pakai hampir kesemua syor-syor Suruhanjaya Diraja tersebut berkenaan dengan badan pemantau polis, termasuklah berkenaan dengan keanggotaan dan kuasa badan tersebut. Namun demikian, adalah terlalu awal untuk menentukan sama ada RUU tersebut menepati keperluan sebuah badan pemantau bebas yang benar-benar berkesan.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Oleh kerana RUU tersebut dibentangkan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, ia memberi peluang kepada rakyat, masyarakat madani dan pemegang taruh lain untuk memberi maklum balas mereka terhadap RUU tersebut. Kerajaan wajar mengadakan sesi rundingan awam dan maklum balas mengenai RUU tersebut, dan bersedia untuk mempertimbangkan apa-apa kritikan atau cadangan penambahbaikan ke atas RUU itu.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Saya percaya bahawa RUU IPCMC ini seharusnya melalui proses rundingan awam ini supaya ia dapat mewujudkan sebuah badan yang benar-benar bebas dan dapat memantau tindakan dan keputusan pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Saya juga ingin menggesa Kerajaan Malaysia supaya memperhalusi syor-syor Suruhanjaya Diraja tersebut berkenaan dengan kebajikan anggota polis bagi menentukan sama ada syor-syor tersebut telah dilaksanakan dalam masa 14 tahun sejak ia diketengahkan.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Antara syor-syor yang dibuat adalah berkenaan dengan tempat kediaman polis, kenderaan polis, elaun khas kehidupan di bandar-bandar besar dan merangka perancangan karier bagi semua anggota polis. Sebelum ini juga, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah menzahirkan hasrat untuk memastikan kebajikan anggota polis yang kebanyakan berpendapatan sederhana diberi perhatian oleh Kerajaan, setimpal dengan pengorbanan pasukan keselamatan itu.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Dalam kita memberi tumpuan kepada IPCMC, kita juga tidak harus melupakan tentang isu kebajikan pihak polis. Ini dapat mewujudkan suatu pasukan polis yang unggul dan menghormati hak asasi manusia, dan menjalankan tugas mereka dalam keadaan kebajikan mereka terjaga. – Roketkini.com *Syahredzan Johan adalah Setiusaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Undi 18 dan pendidikan politik

Tahniah rakyat Malaysia kerana berjaya membuat satu lagi sejarah bersama – menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Pindaan Perlembagaan adalah suatu yang sukar berlaku sejak 2008 kerana tiada kerajaan yang menguasai Dewan Rakyat melebihi majoriti dua pertiga. Begitu juga pada kali ini. Namun usul ini berjaya juga dilaksanakan kerana pembangkang turut bersama-sama menyokongnya. Pada mereka yang sangsikan #YouthPower, inilah antara buktinya – rupa-rupanya begitu dasyat kuasa anak muda ini, mampu menyatukan Dewan Rakyat!

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Pindaan Perlembagaan ini yang juga disekalikan dengan pendaftaran pengundi secara automatik bakal menyaksikan pertambahan 7.8 juta pengundi baru atau peningkatan sekitar 50 peratus daripada jumlah pengundi sedia ada, iaitu 14.9 juta orang. Jika PRU ke-15 dijalankan dalam tempoh empat tahun dari sekarang, kemungkinan mereka yang kini berusia 14 tahun bakal menjadi pengundi pada masa itu. Maka apakah langkah kita untuk mempersiapkan bakal pengundi kita ini agar mereka membuat keputusan yang terbaik untuk negara?

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Barangkali inilah masanya untuk kita bercakap tentang pendidikan politik. Akan tetapi, sebagaimana dengan pendidikan seks, pendidikan politik juga antara subjek yang seakan tabu untuk dibincangkan. Kedua-dua subjek ini ada persepsi yang sangat negatif. Seolah-olah apabila anak-anak kita diajarkan dengan pendidikan seks, maka akan berleluasalah pembuangan bayi dan jika kita mendidik anak kita dengan pendidikan politik, mereka akan saling berpecah-belah dan caci-mencaci. Hal ini sangatlah aneh kerana matlamat kedua-dua pendidikan ini adalah untuk mengatasi masalah yang kita khuatirkan itu.

Asal persepsi

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Reaksi songsang ini menunjukkan masyarakat kita tidak memiliki konsep yang betul mengenai dua bentuk pendidikan ini. Persepsi kita dibentuk hanya daripada tanggapan kasar terhadap berita-berita sensasi di media massa. Kita memilih untuk tidak memeriksa bagaimana mata pelajaran ini dilaksanakan di sekolah di negara-negara demokrasi maju yang lain. Jangan-jangan apabila kita bersikap demikian itu menunjukkan cara sebenar kita dalam berpolitik. Kita merasakan politik adalah tentang jatuh-menjatuh serta saling membenci. Sedangkan ini bukanlah tujuan kita berpolitik. Kita berpolitik kerana mahu mendapatkan keputusan yang terbaik buat masyarakat terbanyak. Apakah sebenarnya pendidikan politik ini harus kita mulakan dengan diri kita terlebih dahulu?

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Jadi, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan pendidikan politik? Berdasarkan disiplin Sains Politik, pendidikan politik secara mudahnya ditakrifkan sebagai pembinaan keupayaan seorang warga untuk terlibat dalam proses membuat keputusan pada tingkat yang berbeza, baik dalam politik formal mahupun tidak formal. Ia termasuk pemahaman bagaimana kerajaan berfungsi dan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat, serta kemahiran berfikir kritis untuk menilai pandangan yang berbeza.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Maka, pendidikan politik ini seringkali ditindan-tindih dengan pendidikan sivik, pendidikan kenegaraan, pendidikan moral serta pemikiran kritis. Ada juga yang menyatakan bahawa pendidikan sejarah serta kajian tempatan juga sebahagian daripada pendidikan politik. Malah banyak pengkaji meletakkan matlamat pendidikan itu sendiri, selain daripada menyediakan pelajar untuk menyertai dunia pekerjaan, juga memiliki fungsi politik iaitu membentuk warga yang bertanggungjawab – sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dengan jelas menyatakan:

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.” Nah, ertinya telah dinyatakan dengan jelas mengenai tujuan politik dalam pendidikan negara kita. Namun persoalannya, jika pembelajarannya telah dibuat, apa perlunya pendidikan politik ini ditimbulkan lagi?

Kecelikan Politik

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Pendidikan politik bukan menyuruh pelajar kita menghafal sejarah parti politik atau pemimpin-pemimpinnya (walaupun sedikit sebanyak ini yang dilakukan sebelum ini) tetapi lebih penting adalah bagaimana membina kemahiran berfikir serta mengartikulasikan idea mereka. Pendidikan politik juga bertujuan untuk mendidik pelajar dengan semangat demokrasi; merayakan kemajmukan pandangan, menghargai perbezaan serta menghormati keluhuran Perlembangaan.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Pendidikan politik tidak harus menjurus pelajar untuk menyanjung atau memuja mana-mana parti mahupun pemimpin tertentu tetapi pada masa sama masih berlaku adil terhadap sumbangan serta bakti mereka. Malah, matlamat pendidikan politik adalah untuk membebaskan rasa kebergantungan (dependency) ini yang merupakan saki baki nilai neo-feudalisme yang masih melekat dalam diri kita.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Pendidikan politik juga harus menekankan penggunaan rasional dalam menimbang hujah serta pandangan. Hanya dengan ini, anak-anak kita dapat membezakan antara retorik dan logik. Mereka juga mesti memahami aspirasi negara – bukan parti pemerintah – contohnya melalui pengertian Rukun Negara (yang kadang-kala pada kita hanyalah hafalan mentera semasa perhimpunan mingguan di sekolah). Secara mudahnya, pendidikan politik inilah yang bakal menghasilkan warga yang matang ataupun dalam disiplin Sains Politik sering dirujuk sebagai political literacy (kecelikan politik).

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Maka saya sangat setuju dengan pandangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini bahawa sekolah bukan tempatnya untuk berpolitik (kepartian) tetapi memperkenalkan mekanisme demokrasi bagi membolehkan warga hidup secara bersama dengan aman. Oleh itu, pendidikan politik di sekolah tidak semestinya dengan pengenalan mata pelajaran baru. Ia boleh sahaja dengan pemantapan mata pelajaran sedia ada. Apa yang penting adalah melahirkan bakal pengundi atau warga yang matang dalam berpolitik. Bukankah kematangan ini yang banyak dipersoalkan oleh kita terhadap anak-anak muda? – Roketkini.com *Sheikh ‘Umar Bagharib Ali alah Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh; Pengerus jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi’ dan Ketua DAPSY Johor *Atikel ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini.

Antara fitnah dan fakta – oleh Muhammad Zir

27 MEI – Orang Melayu yang menyertai DAP adalah pengkhianat bangsa. Ini fitnah. DAP mahu menghancurkan bangsa Melayu. Ini juga fitnah. Selepas apa yang disebut sebagai tsunami politik pada pilihan raya umum 2008, sejarah Malaysia seolah-olah sedang ditulis semula. Apa tidaknya, zaman 1940 – 50-an dahulu, kita dihantui dengan sentimen perkauman, komunis, cauvinis dan agama – walau ada sedikit sebanyak kebenarannya, terlalu banyak pula berbalut fitnah. Kini, ia kembali seperti zaman-zaman gelap itu.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Sekarang, penghinaan UMNO-Barisan Nasional ke atas DAP hanya bertujuan mencipta persepsi buruk masyarakat kepada DAP, dengan impian untuk terus berkuasa. Tidak lebih dari itu. Kita tidak hairan, malah boleh maafkan, jika UMNO tidak tahu atau tidak memahami prinsip serta perjuangan DAP. Tetapi kita tidak dapat memaafkan mereka kerana bukan sahaja mereka menyalahtafsirkan, malah sengaja memesongkan fakta tentang prinsip, perlembagaan dan perjuangan DAP. Sungguh pun memberi pandangan itu hak semua pihak tetapi hak tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk menfitnah. Hak untuk mengkritik tidak sama dengan fitnah. Inilah yang sedang dilakukan oleh UMNO.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“ Utamakan rakyat Malaysia” adalah slogan DAP. Ini merupakan satu kaedah untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi untuk semua. ‘Semua’ bermaksud seluruh rakyat Malaysia tidak terkecuali walau satu ras bangsa sekali pun. Ia adalah jati diri Bangsa Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan, integriti dan harga diri (karamah insaniah ). Kesemua perkara dalam prinsip perjuangan DAP adalah sah dan tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP menjunjung tinggi dengan maksud, tidak langsung ingin menyentuh atau merubah pada mana-mana bahagian yang telah termaktub dalam Perlembagaan yang telah kita sepakati sejak merdeka lagi.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

UMNO pun mengaku menjunjung Perlembagan. Memang kata-kata ini amat indah bunyinya, tetapi apa yang membezakan matlamat UMNO dengan matlamat DAP? Adalah menjadi satu fakta umum bahawa perjuangan UMNO hanya mengutamakan bangsa Melayu. Kita amat sedar dan menerimanya kerana pada awal dasar ini digubal (sekitar tahun 1940-an), sememangnya masuk akal, logik dan relevan, jika melihat keadaan masyarakat Melayu pada zaman itu. Ia sudah menjadi satu keperluan – kita terima.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Tetapi sedarkah UMNO, zaman telah berubah. Bangsa Melayu sudah bertambah bijak, semakin ramai berpendidikan, semakin ramai yang menjadi profesional dan pakar dalam pelbagai bidang. Agenda UMNO yang asalnya memperjuangkan Melayu ini juga akhirnya pada masa ini hanyalah slogan untuk membeli undi orang Melayu, tetapi realitinya Melayu menjadi mangsa kerakusan politik UMNO. Justeru, siapa dapat menafikannya? Buktinya, semakin ramai orang Melayu menyertai PAS, PKR dan DAP. Malah dalam UMNO sendiri, ada antara mereka yang kecewa kerana menganggap UMNO sudah lari dari matlamat asalnya. Mungkin mereka ini sedang berfikir sama ada mahu kekal dengan UMNO atau mencari wadah baru yang benar-benar berjuang untuk keadilan, kemakmuran bersama serta kestabilan sebenar.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

DAP sewaktu ulang tahun penubuhannya yang ke-40 telah meminda perlembagaannya dengan menukar ideologi sosialisme demokratik (yang berteraskan pemiliknegaraan sumber-sumber negara) kepada demokrasi sosial yang lebih terbuka kepada sistem pasaran bebas tanpa mengorbankan hak dan peluang rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin untuk terlibat sama dalam arus perubahan. Lihat lah bagaimana DAP menyesuaikan prinsip perjuangannya dengan keperluan zaman dan kehendak masyarakat. DAP belajar dari pengalaman pahit dan manis, dan menyedari bahawa masyarakat lah yang mematangkan perjuangan DAP. Parti itu tidak malu untuk berubah, malah ia semakin bersedia untuk memikul amanah rakyat Malaysia dengan lebih bermaruah.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Dalam masyarakat demokrasi yang matang, sepatutnya UMNO mengajak DAP atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat untuk berdialog atau berbahas untuk mencari penyelesaian terbaik bagi rakyat. Tetapi ramai pemimpin UMNO yang tidak faham atau pura-pura tidak tahu tentang amalan demokrasi ini.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Yang terus mereka lakukan ialah menyebarkan fitnah dan fakta-fakta palsu. Mereka momokkan DAP di depan khalayak Melayu, iaitu jika DAP memerintah, nasib bangsa dan bahasa Melayu serta agama Islam akan pupus. Ini hanya lah fitnah. Kerja keji ini dilakukan semata-mata kerana mereka takut orang Melayu sedar bahawa amalan demokrasi sebenar di semua peringkat serta amalan yang berteraskan keadilan, hak dan peluang saksama akan sama-sama menguntungkan orang Melayu dan kaum-kaum lain.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Ini juga tidak menghairankan kita kerana semua tahu bahawa kerja fitnah-memfitnah ini adalah budaya amalan UMNO sejak beberapa dekad lalu apabila segelintir pemimpin mereka mula sedar “untung” yang boleh dikaut jika orang Melayu “memejamkan mata” terhadap salah guna kuasa, penyelewengan dan kronisme. Memang menyedihkan kerana UMNO pada asalnya bukan begitu. Bukan budaya asal UMNO untuk fitnah-memfitnah. Bukan budaya Melayu untuk berlagak sombong dan merampas hak orang lain. Tetapi sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, dan berjaya menjadikan segelintir pemimpin UMNO kaya-raya, mereka mula lupa daratan. Demi kuasa mereka mula membuat fitnah.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Jangan silap, budaya UMNO bukan bermakna budaya Melayu. Jangan sesekali menyamakan budaya buruk UMNO dengan bangsa Melayu. Budaya Melayu terkenal dengan adab dan sopannya. Dalam UMNO pun ada yang benci kepada budaya buruk itu. Sekali pun UMNO mendakwa ia parti yang mewakili kaum Melayu, bukan semua orang Melayu ahli UMNO. Ini fakta. – Roketkini.com

PH tetap teguh, penuhi mandat sehingga habis penggal

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Isnin, 7 Oktober 2019)

Tiga sidang Parlimen sebelum ini iaitu pada Oktober tahun lalu dan pada Mac serta Julai tahun ini dibayangi dengan laporan media yang bersifat spekulatif berkenaan khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berdepan dengan penyingkiran menerusi undi tidak percaya di Parlimen, yang didakwa akan melibatkan sekumpulan ahli Parlimen Pakatan Harapan.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Sesi Persidangan Parlimen yang berlangsung selama 36 hari bermula hari ini sehingga Disember terlepas daripada gangguan “usul tidak percaya” terhadap Mahathir seperti yang digambarkan dalam laporan media bersifat spekulif berkenaan, bukan kerana tidak ada mereka yang “gatal-gatal” mahu merancang atau mereka-reka teori konspirasi berkenaan, tetapi kerana teori konspirasi “usul undi tidak percaya” khayalan ini telah gagal dibuktikan sepanjang tiga sidang Parlimen yang lepas, membuatkan pihak yang menyebarkannya kelihatan mengarut dan bodoh. Ini tidak bermakna bahawa Pembangkang tidak berharap untuk melihat kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya berpecah, dan melakukan bermacam-macam cara untuk merealisasikan impian mereka itu.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Melihat kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya menjadi lemah dan berpecah selepas hanya beberapa bulan adalah perkara yang sentiasa diimpikan oleh UMNO dan PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2019, namun ia tidak berlaku dan kerajaan gabungan DAP, PKR, Bersatu dan Amanah tidak berpecah, Pembangkang terus mencari-cari keretakan dan kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan, malah membesar-besarkan keretakan dan kelemahan yang sebenarnya tidak wujud dalam kerajaan gabungan ini.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pun begitu, empat parti gabungan Pakatan Harapan bukan sahaja telah terselamat daripada pelbagai serangan sepanjang beberapa bulan pertama mentadbir Putrajaya. Dua hari daripada hari ini, kerajaan PH akan menandakan 17 bulan kejayaan mentadbir secara lancar dan PH berhasrat untuk memenuhi mandatnya sehingga ke akhir penggal ini selama lima tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2023.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Apabila rancangan keji untuk mencetuskan perpecahan dalam kerajaan Pakatan Harapan gagal, parti-parti pembangkang akhirnya menerima hakikat bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan mentadbir sehingga habis penggal ini — di mana mereka sepatutnya mempersiapkan diri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 — mereka kembali menyusun gerak dengan harapan dapat menyaksikan perpecahan kerajaan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 dan kembali berkuasa di Putrajaya.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Perkara ini mencetuskan penyebaran secara berleluasa ucapan kebencian dan berita palsu sejak beberapa bulan lalu untuk mencetuskan perpecahan antara kaum dan agama dengan mempergunakan isu yang membabitkan 3R secara maksimum — dengan politik toksik yang cuba menciptakan ilusi bahawa kerajaan Pakatan Harapan kononnya di ambang perpecahan.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Pemukiman Pakatan Harapan selama dua hari di Shah Alam menjelang perbahasan belanjawan di Parlimen telah menjadikan Pakatan Harapan lebih kuat, lebih bersatu dan lebih padu sehingga sukar untuk Pembangkang melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Harapan sama ada di luar atau di dalam Parlimen. Oleh itu, hentikanlah semua teori konspirasi bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan berpecah semasa perbahasan Belanjawan 2020 dari Oktober hingga Disember kerana Pakatan Harapan berazam untuk kekal sebagai kerajaan sehingga tamat penggal ini.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Ada antara mereka yang berharap Kongres Maruah Melayu semalam akan menjadi pemangkin kemusnahan perpaduan Pakatan Harapan, namun perkara yang sebaliknya pula yang berlaku. Menjadi sesuatu yang teramatlah pelik, apabila Kongres Maruah Melayu yang membincangkan permasalahan tentang politik, ekonomi, agama dan pendidikan ini, gagal untuk membincangkan masalah paling besar — maruah Malaysia yang tercalar ekoran digelar sebagai sebuah kleptokrasi global selama hampir sedekad dan penyebaran berleluasa ucapan kebencian dan berita palsu bertujuan untuk mewujudkan perpecahan dan konflik antara kaum dan agama.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Kejadian di mana Malaysia digelarkan sebagai sebuah kleptokrasi global ini adalah satu faktor terbesar yang menjatuhkan maruah orang Melayu dan Malaysia, namun ia tidak sekelumit pun dibangkitkan dalam kongres berkenaan. Saya berharap Kongres Maruah Melayu ini mampu merintis jalan untuk menjadi sebuah kempen yang melibatkan semua rakyat Malaysia bagi mencapai Zaman Kegemilangan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf antarabangsa berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti dan membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia adalah kisah kejayaan daripada pertemuan empat tamadun hebat di dunia — Melayu/Islam, Cina, India dan Barat — dan bukannya gagal ekoran konflik peradaban.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Kita tidak patut terus diheret dengan isu khayalan yang diciptakan oleh pihak yang mereka-reka dan menyebarkan berita palsu dan ucapan kebencian, sebaliknya terus maju ke hadapan ke arah sebuah Malaysia Baharu, bersaing dengan negara-negara lain dan mengelak daripada terus-menerus bercakaran sesama sendiri tentang isu-isu yang direka-reka. Namun, persoalan-persoalan ini masih belum dijawab dengan tuntas.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Bagaimanapun, terdapat satu perkara yang pasti. Mereka yang berharap bahawa Kongres Maruah Melayu akan membantu memusnahkan kerajaan Pakatan Harapan sedang berasa teramat kecewa, kerana rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau wilayah perlu terus bersatu, setia dengan prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara, bersifat patriotik, matang, mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf antarabangsa dan tidak berputus asa untuk menetapkan semula dasar pembinaan negara bagi mencapai impian Malaysia Baharu. – Roketkini.com

Lupakah Zainal Kling tentang semangat pembentukan Malaysia 1963?

Oleh Brolin Nicholsion

(Ketua DAPSY Serian dan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Adun Padungan)

Kenyataan Ketua Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling yang mengatakan “Malaysia untuk Melayu” membuat beliau lupa akan semangat pembentukan Malaysia 1963 di mana negara ini telah didirikan atas semangat perpaduan di mana orang Melayu, Cina, India, Dayak, Orang Ulu, Kadazan, Bajau dan seluruh rakyat Malaysia yang lahir selepas 1957 bersatu membentuk sebuah Negara yang bernama Malaysia.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Selepas 60 lebih tahun, bangsa Dayak, Cina, India dan yang lain ditindas, dilayan seperti warganegara kelas ketiga namun itu tidak melunturkan semangat mereka untuk memanggil Malaysia sebagai tanah air mereka. Ini boleh dilihat dari pengorbanan jaguh sukan negara seperti Kanang Anak Langkau, Nicol David, Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Tan Cheng Hoe, Datuk Ong King Swee dan ramai lagi telah membuktikan mereka gembira dan bangga mengibarkan jalur gemilang di pentas dunia dan kita lebih maju jika semua kaum bersatu. Walaupun kaum-kaum ini dilayan seperti kelas kedua dan ketiga, mereka tetap berjuang untuk Malaysia yang lebih baik.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pada 9 Mei 2018, tarikh ini seperti memberi harapan baru untuk semua kaum bersama-sama dengan bangga memanggil Malaysia sebagai negara mereka kembali selepas menjadi bahan ejekan sebagai negara kleptokrasi yang paling teruk di dunia.

Namun harapan itu seakan-akan meleset dan sukar untuk dicapai kerana penyakit yang dialami selama 60 tahun lebih seakan-akan lebih parah bila banyak yang menidakkan hak-hak kaum-kaum ini. Adakah ini Malaysia Baharu yang diimpikan oleh mereka yang memanggil Malaysia sebagai tanah air mereka atau kita kembali ke Malaysia yang kita kenal seperti dulu. Jangan hairan sekiranya suara untuk keluar Malaysia oleh rakyat Sabah dan Sarawak semakin kuat didengari sekarang. Pemimpin ulung Iban yang juga individu penting menyokong penubuhan Malaysia, Mendiang Tun Jugah Barieng ada menyebut dalam pepatah Iban terhadap pembentukan Malaysia “Anang Malaysia baka tebu, manis bak pun, tabar ujung” yang bermaksud janganlah Malaysia ibarat tebu, manis di pangkal tetapi tawar di hujung.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Saya mengimpikan Malaysia yang bukan lagi berpaksikan agama dan bangsa terhadap satu dengan yang lain. Walaupun harapan itu kelihatan kecil, saya akan tetap berharap dan masih setia memanggil Malaysia ini “Negaraku”. – Roketkini.com