Sistem tender terbuka kerajaan PH lebih baik, kata persatuan kontraktor Bumiputera

Sistem tender terbuka yang diamalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jauh lebih baik daripada kerajaan terdahulu, kata Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff seperti dipetik Sinar Harian, semalam. Beliau menyifatkan pengagihan kontrak secara terbuka dan saringan lebih telus kerajaan PH memberi peluang yang adil kepada kontraktor di negara ini, sehinggakan tidak timbul isu kontraktor Bumiputera terpaksa gulung tikar.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

“Sekarang kontraktor hanya perlu masuk tender dan sekiranya memenuhi spesifikasi yang betul, peluang mereka untuk dapatkan projek pasti cerah. “Saya rasa mereka (kontraktor) lebih selesa dengan dasar baharu kerajaan sekarang yang mengamalkan konsep terbuka.”Banyak peluang dan projek diberikan kepada kontraktor kecil khususnya kelas G1 dan G2 di semua negeri dan daerah termasuk kawasan pedalaman,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa lebih banyak tender akan dibuka untuk dimanfaatkan semua kelas kontraktor. “Penambahbaikan yang dibuat kerajaan kini dapat memberi manfaat kepada semua kelas kontraktor apabila projek besar dipecah-pecahkan kepada kecil.“Jadi, semua kelas kontraktor dapat bahagian masing-masing mengikut kepakaran dan kemahiran yang mereka miliki,” katanya sambil menambah sistem tender terbuka juga berjaya mengekang sikap tamak sesetengah kontraktor yang mahu membolot semua projek. – Roketkini.com

Pengenalan tulisan Jawi bukan agenda Islamisasi

DAP sentiasa mengambil pendekatan dialog dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit, sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Setiap pihak diberi ruang untuk melontarkan pandangan mahupun saranan demi mencapai kesepakatan bersama yang kemudiannya dijelaskan kepada umum. Langkah ini juga yang diambil DAP dalam meredakan polemik berkaitan isu pengenalan tulisan jawi dalam tiga muka surat buku teks mata pelajaran Bahasa Malaysia Darjah Empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

DAP merupakan parti berbilang kaum yang mempunyai keahlian daripada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dan Orang Asli. Menjadi tugas untuk DAP juga, yang kini sebahagian daripada kerajaan persekutuan, menjelaskan kepada penyokongnya mengenai sesuatu isu atau dasar yang dibawa oleh parti dan dalam konteks ini – kerajaan. Polemik pengenalan tulisan jawi ini sedikit mengusarkan masyarakat Cina dan India. Ini berlaku berikutan terdapat dakwaan bahawa ia kononnya adalah agenda Islamisasi.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Pun begitu, para cendiakawan dan ahli akademik menegaskan sebaliknya. Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Dr Mohd Faizal Musa dalam artikel bertajuk ‘Mayat Jawi yang belum dikafan dan muruku ikan Popo’ di portal berita FMT pada 8 Ogos lalu menjelaskan secara terperinci tentang asal usul jawi serta penggunaannya. Jelas Dr Faizal: “Tulisan Jawi digunakan oleh raja-raja Melayu kepada penjajah dalam surat-menyurat mereka. Malahan hikayat lama yang tepu unsur kehinduan seperti Sri Rama pun menggunakan tulisan Jawi. Hikayat Hikamat mengenai seorang Melayu masuk Kristian pun ditulis dalam Jawi. Saya menyimpan berpuluh novel dan erotika lagi lucah dekad 1940an-1960an yang ditulis dalam tulisan Jawi.”

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Dengan penjelasan itu, maka tidak seharusnya timbul dakwaan bahawa tulisan jawi adalah agenda Islamisasi. Ini kerana tulisan jawi (abjad sepertimana ABC) digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan rakyat negara ini sehinggalah kerajaan mengambil keputusan untuk menukar penggunaan tulisan jawi kepada rumi pada 1963. Penjelasan yang sama juga cuba dibawa oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berhubung polemik berkenaan. Tujuan beliau murni, iaitu untuk menjelaskan bahawa pengenalan tulisan jawi bukanlah agenda Islamisasi seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Namun, penjelasan Shu Qi disalah tafsir dan diambil di luar konteks oleh pihak yang sengaja mahu menambah dan menghidupkan lagi bara perkauman. Usaha beliau dalam menjernihkan polemik ini harus dipuji dan disokong. Mengherdik dan mencaci atas alasan contoh yang diberikan beliau itu tidak sesuai hanya akan menambahkan lagi prasangka dan curiga. Kata-kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang wajar dijadikan renungan: “Orang Cina, Melayu dan India takut satu sama lain dan hidup dalam ketakutan. Kita mesti mempunyai keyakinan untuk membina Malaysia yang hebat bersama-sama.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Kita berada dalam keadaan di mana orang Melayu takut orang Cina dan Cina takut Melayu. Dulu, DAP dituduh cuba menghancurkan orang Melayu dan sekarang DAP dituduh mengkhianati orang Cina.“Kita perlu keluar dari (perspektif) ini. Budaya kita tidak boleh hilang begitu mudah … Jika hanya tiga muka surat (pengenalan tulisan Jawi) boleh membuat budaya Cina hilang, maka saya fikir ada yang tak kena.” – Roketkini.com

Rakyat Malaysia disaran faham peranan dan pengorbanan ATM

Saya telah menulis panjang lebar tentang peranan Angkatan Tentera dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka, serta salah faham orang ramai tentang tugas ketenteraan. (https://www.liewchintong.com/2019/07/13/tentera-sebagai-pendekatan-terakhir/) Pada masa aman, Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir. Salah faham awam yang diperlihatkan melalui tulisan Koon Yew Yin (http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/) adalah amat dikesalkan. Inilah salah faham yang perlu diperbetulkan, sepertimana salah faham mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh (http://www.dailyexpress.com.my/news/137210/review-role-of-armed-forces-harris/)

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar keturunan dan kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera, untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera, dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan Angkatan Tentera demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia. – Roketkini.com *Kenyataan media Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada hari Selasa 13 Ogos 2019 di Kuala Lumpur

DAP prihatin kebajikan polis

Kenyataan media Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng

Polis DiRaja Malaysia (PRDM) telah menerima 150 buah kerusi pejabat baru sumbangan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng. Pada 6 Disember 2019, Lim telah menyerahkan sebuah kerusi pejabat kepada Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah sebagai simbolik penyerahan 150 buah kerusi baru yang telah diterima oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. Turut bersama Ahli Parlimen Kepong ialah pengerusi Amanah Kepong Dato’ Mohd Noor Ali Akbar dan pengerusi Bersatu Kepong Dato’ Mazlan Hashim.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Sejumlah 150 buah kerusi tersebut akan diagihkan kepada Balai Polis Kepong, Balai Polis Jinjang dan lain-lain tempat. Dalam ucapannya Lim berkata, beliau sangat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota polis. “Saya sangat mengambil berat terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota polis yang bekerja dari siang ke malam tanpa mengira waktu. “Bahkan, pegawai penyiasat atau lebih dikenali dengan panggilan IO sering kali dikehendaki berada di pejabat sehingga lewat malam mahupun awal pagi,” katanya dalam satu majlis ringkas di IPD Sentul.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Justeru, beliau berkata, kerusi pejabat yang selesa dan berkualiti amat mustahak bagi anggota polis yang bertugas. Lim berharap dengan kerusi yang baru ini dapat menaikkan semangat dan motivasi polis di kawasan Parlimen Kepong. Dato’ Mohd Noor Ali Akbar dan Dato’ Mazlan Hashim turut berkata, Pakatan Harapan Kepong sentiasa menjaga kebajikan PDRM dan akan memberikan bantuan peruntukan dari segi infrastruktur dan peralatan kepada PDRM bagi menaik taraf perkhidmatan awam. – Roketkini.com

DAP cabar Omar buat laporan polis, kemuka bukti

DAP membuat satu laporan polis terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berhubung dakwaan membawa masuk warga China ke negara ini. Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, dakwaan pemimpin UMNO itu tidak berasas dan fitnah jahat bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap DAP. “Kenyataan beliau tidak bertanggungjawab apabila menuduh DAP membawa masuk warga China selain memberi kad pengenalan Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Kenyataan ini tidak benar kerana DAP tidak pernah pada bila-bila masa melakukan perkara yang dituduh itu. Oleh itu, laporan dibuat bagi membolehkan polis mengambil tindakan tegas ke atas Omar,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, semalam. Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di George Town, Pulau Pinang. Rayer yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang turut mencabar Omar untuk membuat laporan polis dan mengemukakan bukti jika yakin dakwaannya itu bukan palsu.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Sekiranya dia ada bukti, sepatutnya dia buat laporan polis untuk siasatan terhadap tuduhan ini. Jika tidak benar dakwaan tersebut, maka kita berharap dia diambil tindakan tegas kerana tuduhannya itu serius. “Jika dia tak ada bukti, berhenti mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau ada (bukti), kami cabar (dia) buat laporan polis,” katanya. Omar dalam perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO mendakwa DAP kononnya membawa pelancong India dan China untuk mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP junjung Perlembagaan

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP adalah sebuah parti yang berpegang prinsip kepada demokrasi dan menentang sekerasnya perkara yang bertentangan dengan perlembagaan. “(Tuduhan) Itu jahat sekali hasut rakyat untuk rakyat saling benci membenci, ini palsu saya minta seluruh negara buat laporan polis ke atas orang jahat (Omar). “DAP tak akan buat jahat, tindakan akan diambil jika ada ahli bertindak demikian. Ini permainan perkauman yang jahat sebagai menghalang DAP berkhidmat mewakili suara rakyat berbilang kaum,” katanya seperti dipetik portal berita berkenaan. – Roketkini.com