Rais Yatim pun mahu Zakir Naik keluar Malaysia

Pemimpin veteran negara, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan keadaan negara ini harmoni, namun berubah selepas penceramah kontroversi Zakir Naik hadir menetap di negara ini.“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum (beragama) Hindu pula dikacaunya dengan memperkecilkan mereka. “Zakir sedang berperanan bahaya batu api,” luah bekas menteri itu di laman Twitter, hari ini.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Zakir, yang dikehendaki oleh kerajaan India atas dakwaan ekstremisme dan pengubahan wang, dilihat sejak akhir-akhir ini mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menimbulkan kegusaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Tambah Rais, hubungan Malaysia dan India juga “muram” sejak kehadiran penceramah itu ke negara ini. “Amat baik dia dipulangkan saja ke India. Kerana dia, hubungan Malaysia dan India juga muram. Kita ada banyak kerja lain lagi,” ujarnya.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Bangkit isu kontroversi Zakir Naik ke Kabinet Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran telah membangkitkan tentang kenyataannya Zakir Naik yang menimbulkan kontroversi dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.“Kami sudah menjelaskan pendirian kami iaitu tindakan harus diambil dan Zakir Naik tidak sepatutnya dibenarkan lagi untuk tinggal di Malaysia.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Perdana Menteri mengambil perhatian terhadap kebimbangan kami. Kami serahkan kepada beliau untuk mempertimbangkan pendirian itu dan untuk menentukan secepat mungkin apa yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan,” ujar mereka dalam kenyataan, hari ini. – Roketkini.com

Bukan warganegara Malaysia tak layak persoal kesetiaan anak watan

Sebagai seorang anak jati Malaysia generasi kelima, saya rasa hairan kenapa seorang ‘penumpang’ yang diburu oleh kerajaan negara asalnya boleh bermaharajalela di Malaysia setelah mengeluarkan hujah-hujah yang mempersoalkan kedudukan anak watan rakyat jati tanah air kita tercinta.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Sebagai seorang yang menagih status pemastautin tetap, Dr. Zakir Naik tidak patut melemparkan tuduhan yang tidak berasas dan berbaur prejudis terhadap rakyat Malaysia. Terkini, ucapan beliau yang mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India menunjukkan kejahilan beliau tentang perpaduan rakyat di negara ini.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Apa jenis pendakwah lah yang tergamak menanam kebencian antara agama dan keturunan, lebih-lebih lagi di negara yang memberikannya tempat tinggal dan perlindungan. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang agama dan keturunan. Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara telah sekian lama melindungi hak-hak beragama tersebut.

https://www.facebook.com/DapTaiping/videos/vl.473542063485455/728139850940238/?type=1

Tuduhan yang beliau lemparkan ini adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan. Mulanya, adalah jahil untuk beliau menghina masyarakat India di negara ini yang menurutnya lebih percaya dengan perdana menteri India berbanding Malaysia. Tidak cukup dengan itu, beliau mengumpamakan masyarakat Cina sebagai ‘tetamu’ dan perlu ‘pulang’.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Saya ingin menegaskan bahawa sebuah negara berdaulat seperti Malaysia tidak patut lagi terperangkap di dalam situasi seperti ini. Sudah tiba masanya untuk Zakir Naik pulang ke negara asalnya secara sukarela bagi menghadapi dakwaan-dakwaan terhadap beliau. Saya berharap agar beliau tidak lagi dibenarkan mengadakan sebarang syarahan dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum serta ketenteraman awam di negara ini.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Sementara beliau masih berada di sini, saya menggesa supaya pihak polis mengambil tindakan segera menyiasat percakapan Dr Zakir Naik yang jelas berniat mengganggu-gugat ketenteraman awam dengan hujah serta pendekatannya yang rasis dan menghasut.

Di sinilah kami dilahirkan,

Ke sinilah kami pulang.

Yang harus pulang namanya Zakir,

Terpulanglah jalan kaki atau naik kapal terbang.

Tetamu jahil dan perosak tetap kami usir,

Apa lagi penggigit tangan yang memberi makan. – Roketkini.com

*Kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Terima ugutan bunuh, Syahredzan buat laporan polis

Peguam Syahredzan Johan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini berhubung ugutan bunuh yang diterimanya menerusi mesej peribadi di laman sosial Facebook, semalam. Beliau percaya, ugutan itu adalah reaksi kepada kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung ucapan penceramah kontroversi Zakir Naik yang menimbulkan kemarahan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Saya buat laporan polis kerana saya telah menerima mesej yang pada saya merupakan suatu ugutan bunuh.“Saya harap ia hanyalah mesej yang didorong oleh emosi, dan bukannya berniat untuk mengapa-apakan saya, tetapi saya tetap harap pihak berkuasa akan melakukan siasatan,” katanya kepada Roketkini.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Syahredzan yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri menerima mesej ugutan berbunyi: “Kau usir Zakir Naik, aku akan cari kau sampai dapat dan aku akan pisahkan kepala babi kau tu dari badan kau. Ini sumpah kau demi agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau berani cubalah.” Terdahulu, Syahredzan dalam kenyataannya menggesa agar status penduduk tetap (PR) Zakir Naik ditarik balik selepas dia dilihat berterusan mengeluarkan “kenyataan yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum”.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Pembatalan status PR beliau bukan atas alasan kesalahan-kesalahan penggubahan wang haram yang dihadapinya di India atau dakwaan yang mengaitkannya dengan keganasan, yang kesemuanya belum dibuktikan. “Tetapi atas sebab kenyataan-kenyataannya yang memprejudiskan ketenteraman awam, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” jelas Syahredzan.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Kenyataan Zakir Naik turut mengundang kritikan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan. “Tiada tempat langsung untuk kenyataan seumpama ini, daripada sesiapa pun, apatah lagi seorang bukan warganegara,” katanya di Twitter semalam. Bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim pula mengkritik lebih keras dengan meminta agar Zakir “dipulangkan saja ke India” – Roketkini.com

Dana seni: sokongan atau kawalan kerajaan?

Seni, apa jua bentuk dan definasinya, tidak akan pupus tanpa dana kerajaan – ia akan terus hidup selagi lagu didendangakan, rangkap puisi dilantukan dan wayang gambar dimainkan. Pun begitu, perkembangan seni memerlukan dana yang mencukupi bagi melicinkan proses penciptaan sesuatu karya, apatah lagi dalam dunia moden yang mencabar pada hari ini. Namun, “dana” yang dianggap bantuan atau subsidi apabila dihubungkan dengan perkataan “kerajaan”, umumnya membawa konotasi yang negatif.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Dana kerajaan dalam bentuk bantuan dan subsidi sering dikaitkan dengan syarat sokongan politik dan garis panduan yang ketat sehingga menganggu-gugat kandungan kreativiti yang ingin dihasilkan. Ini adalah antara beban yang dibimbangi akan terpaksa dipikul para seniman tulen sekiranya ditawarkan sejumlah wang ringgit daripada kerajaan. Kartunis, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, bagaimanapun cuba menawarkan alternatif lain terhadap permasalahan tersebut. Beliau mencadangkan suatu bentuk dana bersifat sokongan yang tidak mengongkong, malah menggalakkan lagi percambahan karya seni.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Bercambah ini ertinya berbagai jalur dan juga pelbagai ekspresi dibenarkan (untuk dipersembahkan). Saya lihat, seni tumbuh banyak, tapi tak bercambah. “Contohnya, kalau semua tanam kangkung, kangkung saja. Kalau kita pergi makan di restoran, semua jual Tom Yam, tak ada jual makanan lain,” katanya selaku panelis pada forum ‘Adakah Seni Akan Pupus Tanpa Dana Kerajaan’ anjuran Roketkini di Kuala Lumpur, kelmarin.Tambah Zunar, yang 9 buah karyanya diharamkan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), lambakan dana bersifat bantuan atau subsidi dan bukannya sokongan menyebabkan percambahan seni tidak rancak dan sekaligus terbantut.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Lebih parah, katanya, situasi itu mewujudkan keterasingan antara seni dan isu-isu berkaitan masyarakat. “Akibat tak bercambah, ia (seni) gagal membawa isu-isu dalam masyarakat. Seni tidak harus berakhir di situ. Banyak isu-isu dalam masyarakat (yang perlu diangkat),” tegasnya. Turut berkongsi pandangan yang sama adalah seorang lagi panelis, Takahara Suiko yang merupakan penggiat seni muzik kontemporari dan pengasas kugiran The Venopian Solitude.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Seperti yang saudara Zunar katakan tadi, bukan soal kepupusan tetapi perkembangan seni itu sendiri – sepantas mana seni itu berkembang (dengan sokongan kerajaan),” ujarnya. Beliau turut memberi contoh kesungguhan kerajaan Korea Selatan dalam menyokong seni hiburan di negara Asia itu dengan penyaluran pelbagai bentuk dana sehingga jenama atau industri K-pop (Korean pop) berkembang dan diterima, malah mencetuskan fenomena di negara-negara Barat. “Tahun ini, Blackpink (kumpulan K-pop) perform dekat Coachella (festival seni muzik terkemuka), dan ia direalisasikan atas bantuan kerajaan Korea Selatan,” katanya.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Beliau turut berkongsi kisah kesulitan penggiat seni tempatan yang bergelut untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan mengadakan persembahan di luar negara sehingga mengakibatkan mereka terlepas peluang untuk mengembangkan pengaruh dan bakat di luar lingkungan Malaysia. “Band Couple (kugiran underground tempatan yang popular pada pertengahan tahun 90-an) dapat jemputan jelajah di US (Amerika Syarikat) selama sebulan bersama sebuah kugiran terkenal. “Apa yang diperlukan mereka cuma RM20,000 untuk tampung perbelanjaan tambang ke US untuk empat orang anggota. Tetapi apa yang menyedihkan ketika itu tidak ada bantuan kerajaan,” ujarnya.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Penggerak seni rupa, Nur Hanim Mohamed Khairuddin pula berpendapat, persoalan tentang keperluan dana untuk seni berkait rapat dengan skala pembikinan sesuatu karya yang mahu dihasilkan oleh seseorang seniman. Bagi Pengurus Besar Person Of Remarkable Talent (P.O.R.T) itu, dalam skala yang besar, dana mampu melancarkan penghasilan seni dan membawa ia ke tahap yang lebih baik. “Dalam bidang seni rupa, kalau kita sebut tentang seni kontemporari, ia bukan sekadar melukis di atas kanvas lagi, skalanya sudah besar dan bahan (material) yang digunakan terlalu canggih.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

“(Oleh itu) kosnya akan bertambah, jadi perkara-perkara ini perlu diambil kira. Dengan adanya pendanaan, maka akan membantu untuk melancarkan lagi penghasilan seni ke tahap yang lebih baik,” ujarnya. Finas gagal? Bagi pengarah filem, Al Jafree Md Yusop, kesilapan dalam pengagihan dana kepada mana-mana badan atau pembikin seni berlaku dalam suasana “pemikiran yang cetek”. Beliau memberi contoh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu, tetapi seolah-olah masih “tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri” dan terus bergantung kepada dana kerajaan. Pengarah filem Mencari Rahmat itu membandingkan badan pertubuhan filem di AS, American Film Institute (AFI) yang mampu menampung dana sendiri selepas 10 tahun bertapak.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Bila keluar duit (dana). RM100 juta bagi pada pembikin-pembikin filem untuk buat filem.“Walhal, sebenarnya, satu badan pembangunan filem mempunyai tugas yang lebih penting iaitu archiving – mengarkibkan karya-karya klasik, untuk dihayati bukan sahaja pelajar filem, malah orang ramai,” ujarnya. Beliau memberi contoh Argentina yang giat melakukan kerja-kerja pengarkiban filem klasik dan menyediakan laman sesawang khas untuk membolehkan peminat filem mengakses dan menikmati karya-karya tersebut dengan kadar bayaran yang rendah.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Tambah Al Jafree, kesilapan Finas adalah disebabkan oleh cara badan itu meletakkan kepentingannya, yang menurut beliau tidak banyak berubah meskipun selepas peralihan tampuk pentadbiran tahun lalu. “(Finas masih) tumpu kepada soal beri dana (pada pembikin filem) dan wajib tayang. “Saya rasa Finas gagal, dan selepas 2018, Finas masih gagal. “Kalau ini tidak dipandang serius, kita perlu berbuat sesuatulah. Ini satu perkembangan yang tidak sihat,” tegasnya.

Disiplin sebelum dana

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Dalam pada itu, penulis dan pengasas rumah penerbitan Obscura, Hafiz Hamzah mengakui bahawa beliau tidak pernah sekalipun menerima sebarang dana daripada kerajaan untuk menghasilkan dan menerbitkan karya-karyanya. Bagi penulis Malakalis itu, dalam konteks seorang pembikin karya sastera, sikap atau disiplin harus dibangunkan terlebih dahulu di dalam diri individu berkenaan sebelum memikirkan tentang dana. “Kalau kamu kata mahu jadi penulis, kamu harus bina disiplin terlebih dahulu sebelum meminta dana,” ujarnya.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Beliau turut menzahirkan kekecewaan terhadap pelbagai isu yang membelenggu badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang disifatkan sebagai “sia-sia” untuk diperbahaskan, dan ini juga menjadi titik tolak buat beliau mencari alternatif lain untuk menghasilkan karya sastera iaitu dengan cara menerbitkan sendiri. “Walaupun dengan kudrat kecil, dengan ketidakmampuan yang segala macam, ia tetap beri banyak kepuasan dan banyak control (kebebasan) untuk menghasilkan karya-karya yang kita mahukan,” ujarnya.

Ruang dan wang

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Forum pada malam itu turut menampilkan wakil tunggal kerajaan iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang juga merupakan seorang pencinta seni dan penulis buku kumpulan puisi “Dalam Salju Ada Bunga”. Bagi Steven, masalah yang timbul dalam bidang seni ketika ini bukan sepenuhnya tentang dana, tetapi soal kebebasan ruang untuk orang ramai dan khususnya para seniman untuk berekspresi. Beliau memberi contoh akhbar Utusan Malaysia (media milik UMNO) yang dikatakan akan dihentikan operasinya akibat kekangan kewangan.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Isunya bukan dana. Utusan Malaysia, sudah tentu menerima dana yang amat besar daripada kerajaan terdahulu. “Saya rasa isu yang lebih penting daripada dana ialah kerajaan atau pemerintah perlu memberikan ruang berekspresi. “Ruang kepada penggiat seni, kepada sasterawan untuk meluahkan buah fikiran mereka – saya rasa itu lebih penting. Memberi ruang lebih penting daripada memberi wang,” katanya. (Utusan Malaysia sering dilabel oleh pengkritik dan pemerhati politik sebagai “akhbar propaganda UMNO” yang dikawal ketat oleh pemerintah dan pasukan editorial dengan bentuk naratif yang bersifat perkauman, malah ada ketika berunsur fitnah terhadap pembangkang semasa sebelum PRU14.)

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Menyentuh mengenai inisiatif kerajaan, Steven berkata, pemberian elaun bulanan sebanyak RM5,000 kepada Sasterawan Negara merupakan suatu usaha yang baik dalam mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang seni negara ini.“Ini membuktikan bahawa kerajaan mengambil berat tentang orang sastera, orang seni,” katanya. – Roketkini.com

Kenapa TV3 tak siarkan ulasan Nie Ching dalam Bahasa Malaysia?

Seorang pemimpin DAP menegur pihak TV3 yang dilihat membuat permohonan maaf secara sambil lewa kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching tanpa menjelaskan perkara sebenar kepada penontonnya. Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata demikian merujuk permohonan maaf TV3 menerusi Buletin Utama semalam, berhubung penyiaran ulasan oleh Nie Ching dalam Bahasa Mandarin yang mengundang kritikan ramai pihak.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“TV3 tidak menjelaskan kepada penonton bahawa Nie Ching, terlebih dahulu sebenarnya, telah memberikan kenyataan dalam Bahasa Malaysia (BM),” katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah Lip Eng, kegagalan pihak TV3 merakam dan menyiarkan kenyataan Nie Ching dalam Bahasa Malaysia adalah tidak boleh diterima. “TV3 perlu menjelaskan dengan tuntas kepada orang awam dan memohon maaf dengan lebih baik kepada Nie Ching, melainkan mereka ada agenda tertentu,” katanya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Nie Ching sebelum ini menyifatkan TV3 bersifat tidak adil terhadap beliau kerana menyiarkan ulasannya dalam dalam Bahasa Mandarin sedangkan beliau turut memberikan ulasan dalam Bahasa Malaysia.Jelasnya, beliau sememangnya mengulas dalam Bahasa Malaysia sebelum diminta oleh wartawan NTV7 untuk mengulangi kenyataannya itu dalam Bahasa Mandarin. – Roketkini.com

Syahredzan maafkan individu buat ugutan bunuh terhadapnya

Peguam, Syahredzan Johan berkata beliau menerima permohonan maaf daripada individu yang membuat ugutan bunuh terhadapnya baru-baru ini. Menurutnya, individu berkenaan membuat permohonanan maaf secara peribadi dan menerusi Facebook. “Atas dasar kemanusiaan, dan simpati terhadap keluarganya, saya telah bersetuju untuk memaafkan individu tersebut. Saya anggap tiada lagi isu antara beliau dengan saya secara peribadi.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Saya berharap episod ini jadi pengajaran buat kita semua, termasuk diri saya sendiri, bahawa walau apa pun perbezaan di antara kita sebagai rakyat Malaysia, jangan sesekali ia mengakibatkan ugutan, keganasan atau apa-apa jenis kesalahan jenayah,” ujarnya dalam hantaran di Facebook. Syahredzan yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, menerima ugutan bunuh daripada individu berkenaan menerusi mesej peribadi di Facebook, minggu lalu.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Ia susulan kenyataannya yang menggesa agar status penduduk tetap penceramah kontroversi, Zakir Naik ditarik kerana mengeluarkan “kenyataan yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum”. Menurut laporan media, lebih 200 laporan polis telah dibuat terhadap Zakir berhubung ucapannya yang didakwa mengancam keamanan dalam satu syarahan di Kelantan baru-baru ini.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Ekoran itu, polis telah memanggil penceramah itu untuk memberi keterangan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam. PR Zakir Naik boleh ditarik balik Dalam perkembangan berkaitan, bekas ketua polis negara, Rahim Noor menggesa agar kerajaan membatalkan status PR terhadap Zakir dan menghantarnya pulang ke India.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Beliau yakin, terdapat sebab yang cukup untuk kerajaan membuat keputusan tersebut meskipun siasatan masih berlangsung terhadap penceramah tersebut. “Dengan bukti kukuh mengenai apa yang diperkatakannya di Kelantan dan apa yang dilakukannya di India, saya menggesa kerajaan membatalkan status PR Zakir dan menyerahkannya kepada kerajaan India dan membenarkan beliau menghadapi undang-undang di sana,” katanya. Dalam pada itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan menarik balik status PR Zakir jika siasatan polis mendapati penceramah itu melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Kita (kerajaan) boleh tarik balik status penduduk tetapnya jika dia (Zakir) melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara ini,” katanya. Tambahnya, Zakir juga dilihat jelas mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. “Beliau telah mengganggu hubungan kaum dan ini tidak baik. Disebabkan itu polis siasat sama ada beliau mencetuskan ketegangan atau tidak dan amat jelas beliau telah berbuat demikian. “Namun apa juga tindakan yang kita ambil akan mengikut undang-undang kerana kerajaan ini menghormati rule of law,” katanya. Zakir dilarang berceramah di negara ini susulan kenyataan kontroversinya itu. – Roketkini.com

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Ucapan dialog ketamadunan Sultan Nazrin tepat pada masanya

Ucapan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dialog Ketamadunan Malaysia-China yang kedua berkenaan dengan Islam dan Konfiusianisme semalam yang diadakan sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China datang pada waktu yang sangat sempurna. Kedua-dua dialog dan ucapan yang diberikan telah menekankan hakikat bahawa Malaysia adalah satu tempat pertembungan empat tamadun besar dunia — Islam, Cina, India, dan Barat — dan merupakan satu cabaran kepada semua rakyat Malaysia untuk memanfaatkan perkara ini dalam membina sebuah negara yang hebat dan dunia yang lebih baik.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Keyakinan Sultan Nazrin terhadap satu Malaysia yang berbilang kaum sebagai satu tempat untuk dialog di antara pelbagai agama dan kepercayaan sepatutnya dicontohi oleh rakyat Malaysia bagi membolehkan kita semua memainkan peranan yang lebih besar di pentas antarabangsa dalam menggalakkan kesefahaman, toleransi, dan keharmonian ketika kebencian dan konflik mula menunjukkan dirinya di serata dunia.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Sultan Nazrin tepat sekali apabila baginda mengatakan yang kita sekarang hidup dalam satu dunia yang semakin berpecah-belah. Tetapi, golongan moderat daripada semua kaum, agama, budaya, dan negara mestilah kekal tegas terhadap ekstremis kerana kaum majoriti terdiri daripada golongan moderat. Seperti yang dikatakan baginda pada Majlis Konvokasi ke-48 Politeknik Ungku Omar di Ipoh, rakyat Malaysia perlu menolak ekstremis perkauman dan agama.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Baginda berkata: “Selepas 62 tahun kemerdekaan, suara yang menyatukan dan suara moderasilah yang merangkumi semua rakyat, jangan benarkan suara ini daripada dirampas oleh siapa sekalipun untuk keuntungan politik jangka pendek. Jangan serahkan masa depan rakyat dan negara kepada kumpulan-kumpulan yang cuba untuk membawa ideologi perkauman dan agama ekstremis.” Sultan Nazrin telah merujuk kepada inisiatif Perikatan Tamadun (UNAOC) — yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2005 selepas penerbitan tesis kontroversi Samuel Huntington — untuk membentuk satu kerjasama antarabangsa, antara-agama, dan antara budaya.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Inisiatif UNAOC ini ditubuhkan 14 tahun yang lalu dengan sumbangan bersama daripada Sepanyol dan Turki dengan tujuan untuk menggalakkan dialog antara budaya dan agama sebagai alat untuk mencapai kepelbagaian, keterangkuman, dan toleransi berasaskan prinsip saling menghormati. Saya sentiasa percaya bahawa Malaysia yang terdiri daripada komuniti yang datang daripada pelbagai latar belakang kaum, agama, dan budaya sebagai tempat pertembungan empat tamadun besar, sesuai untuk memainkan peranan utama dalam inisiatif UNAOC ini.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Jika ucapan baginda dapat membantu Malaysia untuk bergerak ke arah untuk menggalakkan kesefahaman, toleransi, dan saling hormat menghormati di antara pelbagai kaum etnik, agama, dan budaya, di dalam negara dan di pentas antarabangsa, ia akan menjadi kejayaan terbesar untuk titah diraja ini. – Roketkini.com

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

*Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis 22 Ogos 2019

Sejarah kemerdekaan adalah sejarah anak muda

Bulan kemerdekaan adalah saat terbaik untuk merenung dan merayakan sumbangan anak muda dalam sejarah bangsa kita – bangsa Malaysia. Anak muda merupakan teras kepada kebangkitan nasionalisme di negara ini, namun fakta jarang sekali kita angkat. Seawal sebelum Perang Dunia ke-2, anak muda telah terlibat secara aktif dalam gerakan nasionalisme dan berperanan besar dalam penubuhan antara parti politik pertama di negara ini.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Kemudian, anak muda juga merupakan aktor penting yang menyemarakkan idea nasionalisme melalui penulisan kreatif dan kewartawanan. Antara kelompok terawal pastinya Kaum Muda melalui majalah bulanan mereka, Al-Imam, yang merupakan sebuah gerakan politik yang pertama sekali meniupkan semangat nasionalisme. Tokoh awal Kaum Muda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin berusia awal 30-an semasa mula berkhidmat sebagai ‘ulama’ dan menganggotai Ahli Mesyuarat Orang-orang Besar Perak.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Demikian juga dengan Kolej latihan Sultan Idris boleh dikatakan sebagai antara titik permulaan sejarah kesedaran politik nasional di negara ini. SITC antara kolej terawal yang mengumpulkan anak muda dari seluruh Semenanjung dan ini telah membantu untuk membenarkan mereka berinteraksi dan saling bertukar pandangan. Sebuah lagi institusi yang menyumbang kepada gerakan dalam kalangan anak muda ialah Maahad Il- Ehya Assyarif Gunung Semanggul (Miagus) yang memiliki tingkat kesedaran politik yang tinggi. Sumbangan Miagus ini tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penubuhan parti politik paling lama dan berpengaruh dalam sejarah negara kita, parti PAS.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

SITC dan Miagus ini mempunyai hubungan dengan Kesatuan Melayu Muda yang digambarkan sebagai parti politik radikal Melayu pertama yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 1938. Pada 1940, berdasarkan kajian sejarah, sekumpulan pelajar Miagus menubuhkan nukleus cawangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di utara Perak. Meskipun pengkaji seperti Rustam Sani umpamanya, beranggapan penglibatan SITC dalam KMM terlalu dilebih-lebihkan, namun dalam masa yang sama, beliau tidak menafikan sumbangan Ibrahim Yaakob dan para graduan lain di SITC dalam mengasaskan KMM.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Khasnya, peranan yang dimainkan oleh Ikatan Pemuda Pelajar yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh Ibrahim Yaakub di SITC. Penubuhan KMM ini adalah penanda kepada permulaan usaha tersusun untuk menawarkan idea politik radikal dalam kalangan orang Melayu. Menariknya, pengasas KMM ini adalah golongan muda; Ibrahim Yaakob berusia 27 tahun ketika KMM ditubuhkan, Ishak Haji Muhammad 29 tahun, dan Ahmad Boestamam 18 tahun.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Sumbangan Angkatan Pemuda Insaf (API) juga tidak boleh dikesampingkan. Meskipun API lahir sebagai sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), namun API pada 1946 telah dipisahkan daripada KMM dan menjadi pertubuhannya yang tersendiri. Ertinya, API berdiri sebagai sebuah parti politik, bukan hanya sekadar sayap pemuda. Ahmad Boestamam, selaku Ketua 1 API mendakwa, partinya mempunyai kekuatan yang besar dari kalangan anak muda dan mampu memberi kesan besar terhadap British.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Barangkali mungkin kerana itu API menjadi pertubuhan politik pertama yang diharamkan menjelang Darurat 1948 – dan bukannya Parti Komunis Malaya. Darurat telah mengubah perjalanan perjuangan politik nasionalis kiri anak muda di Malaya. Namun sebagaimana dijelaskan oleh pengkaji sejarah seperti Firdaus Abdullah, setidaknya ramai juga pemimpin API yang kemudiannya menjadi tokoh besar dalam politik dan pentadbiran negara. Akan tetapi Darurat 1948 tidak sepenuhnya mematikan keseluruhan gerakan anak muda.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Ahli politik muda ketika itu yang terselamat daripada ditangkap memilih bentuk perjuangan yang lain, sama ada menyertai PKM melancarkan serangan gerila atau menyertai parti politik konservatif kanan yang tidak diharamkan oleh British – Umno. Namun, tahun 1948 juga menyaksikan tahun permulaan kesusasteraan Melayu moden. Rupa-rupanya, Darurat 1948 bukan sahaja gagal memadamkan apa semangat nasionalisme, sebaliknya telah memarakkan pula tumpuan sebahagian anak muda kepada sastera.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Kira-kira 20 orang penulis muda antaranya Keris Mas, Mohd Arif Ahmad (MAS), Asraf, Hamzah, Rosmera, dan Jymy Asmara yang ada kaitannya dengan badan-badan politik kiri yang diharamkan termasuk PKMM telah berjumpa, bermuafakat dan kemudiannya menubuhkan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) di Singapura. Tujuannya adalah untuk menjadikan sastera sebagai alat yang dapat memberi guna bagi memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat, kemakmuran, keamanan dan pendamaian.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Bayangkan, Tongkat Warrant (Usman Awang), hanya berusia 19 tahun, Keris Mas 26, dan Asraf yang juga sekitar 20-an, hanya Awam-il-Sarkam yang sedikit berusia, 32 tahun ketika mereka menggagaskan pemikiran besar ini pada tahun 1948. Sememangnya anak muda amat aktif dalam melibatkan diri dalam politik di negara ini, baik dalam parti politik, mahupun di luar parti politik. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai pengikut atau ahli pertubuhan semata-mata, malah mereka merupakan pengasas dan peneraju utama sesebuah gerakan.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Sebagaimana yang diperlihatkan juga, setiap daripada kelompok ini mempunyai hubungan antara satu sama lain. Sejak KMM dan PKMM, API, Asas 50 dan gerakan mahasiswa kemudiannya, pasti akan ada individu yang saling terkait. Ertinya sentiasa terdapat kesinambungan generasi dan idea. Anak muda harus melihat kepentingan sejarah ini dalam melihat diri mereka kini. Sejarah mampu menawarkan kita jawapan kepada suara-suara sumbang yang mempersoalkan kemampuan anakmuda untuk terlibat dalam politik dan membuat keputusan yang bijak untuk negara ini.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Sejarah ini tidak statik dan harus sentiasa dikaji dan dikembangkan. Misalnya dalam gerakan nasionalisme ini, kajian-kajian mengenai sumbangan perempuan, bukan Melayu, Sabah dan Sarawak, serta juga kesatuan buruh agak kurang diangkat. Barangkali dengan melihat kepada sejarah ini kembali dengan kaca mata berbeza, kita akan mendapat pengalaman dan pengajaran baharu. Buat anak muda sekalian, selamat hari kemerdekaan dan marilah kita berterima kasih kepada anak muda semua bangsa yang telah berjuang sebelum kita. – Roketkini.com

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

*Tulisan ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini *Sheikh ‘Umar Bagharib Ali adalah Ketua DAPSY Johor, Adun Paloh merangkap pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Berganding bahu penuhi misi Malaysia Baharu

Persoalan “Mampukah Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2023” akan menimbulkan jawapan yang berbeza daripada kumpulan yang berbeza. Bagi perintis perikatan klepto-teokrasi yang pertama di dunia dalam tempoh yang terdekat, dengan setiap satu daripada dua parti komponennya mengheret sekali parti bawahannya, sama ada MCA dan MIC yang diheret UMNO atau Ikatan dan Berjasa yang diheret PAS, jawapan yang kedengaran sudah tentu “Tidak”, kerana perikatan UMNO-PAS berangan-angan untuk menjadi Kerajaan Malaysia pada PRU15 dan menubuhkan negara klepto-teokrasi pertama seumpamanya di dunia.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Tetapi, mereka tidak akan bersetuju dengan hakikat yang PRU15 akan dilaksanakan pada tahun 2023, kerana mereka sangat mengharapkan supaya PRU15 dijalankan lebih awal! Saya belum mengajukan persoalan ini kepada pemimpin-pemimpin lain parti komponen PH. Namun, jawapan saya kepada persoalan ini adalah; ya. Pendapat ini menongkah arus persepsi umum semasa mengenai kerajaan PH, kerana terdapat beberapa kumpulan yang mempunyai pandangan bahawa kerajaan PH akan disingkirkan dari Putrajaya sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang — seperti mana mereka meramalkan bahawa kerajaan PH akan runtuh dan berpecah beberapa bulan selepas pertukaran kerajaan, dan kini mereka berharap yang kerajaan PH tidak akan berjaya mentadbir sepenuh penggal, sebaliknya akan tersungkur dan berpecah sebelum tahun 2023.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Mereka yang skeptikal terhadap PH pasti akan terkejut jika kerajaan PH mampu mentadbir sepenuh penggal pertama ini dan hanya melaksanakan PRU15 pada tahun 2023 dan bukan lebih awal dari itu! Fasa politik Malaysia sejak 9 Mei 2018 Malaysia kini sedang memasuki fasa politik kelima sejak peristiwa bersejarah rakyat menukar tampuk pentadbiran kerajaan secara aman dan demokratik dalam PRU14 pada 9 Mei 2018. Empat fasa terawal tersebut ialah:

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Dari 9 Mei 2018 sehingga hujung tahun 2018, ketika euforia perubahan dapat dirasakan dan PH kelihatan berada pada kedudukan yang teguh — dan pusingan semula seperti ratifikasi ICERD boleh dilakukan tanpa menimbulkan banyak kesan buruk. PH menang empat pilihan raya kecil (PRK) semasa tempoh ini.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Empat bulan pertama tahun ini, euforia perubahan semakin surut, kekecewaan mula timbul apabila banyak perkara kelihatan tidak berubah dan kerosakan, ketidakadilan, serta salah guna kuasa yang berlaku sejak enam dekad lalu tidak mampu dirungkai dalam tempoh 100 hari atau setahun, ditambah dengan fenomena kempen “Malu Apa Bossku” — tempoh di mana kerajaan PH tidak boleh melakukan apa-apa dengan betul seperti peristiwa penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom. PH kalah tiga PRK dalam tempoh ini.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Pada Mei dan awal Jun, arus mula berubah arah atas tiga faktor utama: sambutan ulang tahun pertama kerajaan PH di Putrajaya dengan tema “Kemakmuran Bersama”, kemenangan tipis dalam PRK Sandakan pada 11 Mei yang mana menghancurkan dua mitos dalam politik Malaysia — bahawa kerajaan PH dan Warisan di Putrajaya dan Sabah hanya kerajaan sepenggal, dan kekebalan kempen tidak tahu malu “Malu apa, bossku” — dan tempoh perbicaraan yang panjang membabitkan kes rasuah dan salah guna kuasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Namun tempoh pulih ini amat singkat, kerana sebelum pertengahan Jun hingga Ogos, timbul pula empat isu lain, iaitu rakaman video, tulisan jawi di sekolah rendah Cina dan India, Zakir Naik dan Lynas, yang disatukan untuk memberi persepsi bahawa kerajaan PH diambang kemusnahan.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Semoga perayaan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia ke-56 pada 16 September membawa Malaysia ke fasa politik kelima yang penuh semangat, harapan, dan optimisme terhadap pembinaan sebuah Malaysia Baharu sebagai sebuah negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia dan menjadi antara negara yang menduduki tangga 30 teratas di dunia dalam tempoh sedekad menjelang tahun 2028, sebuah Malaysia yang menjadi juara Perikatan Peradaban yang inklusif dan merangkumi semua, sekaligus menafikan tesis “Clash of Civilizations” yang dikatakan sebagai tema global abad ke-21.

Pemahaman media sosial

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Rakyat Malaysia mesti mengembangkan pemahaman berhubung media sosial bagi mengupayakan diri untuk mengesan pembohongan, kepalsuan, berita tidak benar dan ucapan kebencian supaya kita semua mampu menolak godaan dan seruan puak oportunis yang terdesak yang ingin mencetuskan kecurigaan, keraguan, rasa tidak percaya, ketakutan dan kebencian, melagakan kaum dengan kaum, agama dengan agama, budaya dengan budaya dan tamadun dengan tamadun di Malaysia.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Mari kita buktikan kepada mereka yang cuba menghasut perlagaan di antara kaum dan agama di negara ini — yang mahu menjunamkan negara kita ke dalam kancah pergolakan, ketidakstabilan, dan huru hara dan memusnahkan harapan untuk Malaysia menjadi negara yang disegani di mata dunia — yang mereka salah sama sekali.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Walaupun saya tidak menjangka akan berpeluang melihat perubahan kerajaan yang bersejarah, aman dan demokratik pada 9 Mei 2018, demi kepentingan anak-anak dan cucu-cucu kita, kita mesti mengerakkan setiap tenaga untuk memastikan PH berjaya dalam misi kebangsaan untuk menetapkan semula dasar membina negara bagi membina satu Malaysia baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti Malaysia Baharu sejajar dengan lima janji utama Manifesto PRU14 PH.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Kita tidak boleh berpuas hati atau mengambil remeh, kerana ini adalah satu-satunya peluang dalam sejarah negara untuk membawa negara ke landasan yang tepat dengan ciri-ciri perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti. Saya percaya bahawa di dalam setiap hati rakyat Malaysia, inilah yang majoriti rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, mahukan. Ya, saya percaya ada peluang untuk kerajaan PH menang PRU15 pada tahun 2023 dan meneruskan misi yang belum selesai iaitu membentuk Malaysia Baharu.Mari kita pikul misi membina sebuah Malaysia Baharu ini bersama-sama.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada Selasa, 27 Ogos 2019

NFCP dapat ‘lampu hijau’ kabinet

~Pelan 5-tahun ini akan memacu pembangunan infrastruktur digital untuk meningkatkan daya saing Malaysia
Selaras dengan inisiatif Kemakmuran Bersama, kerajaan memberi penekanan seimbang kepada kawasan bandar dan luar bandar untuk mengurangkan jurang digital
Anggaran kos pelaksanaan NFCP sebanyak RM21.6 billion dijangka memberi impak yang positif kepada ekonomi negara
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ingin mengumumkan bahawa pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara atau National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) telah dipersetujui Jemaah Menteri.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Pelan 5 tahun (2019 – 2023) ini yang dianggarkan berjumlah RM21.6 bilion bertujuan menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Sejajar dengan matlamat kerajaan, pelan ini akan menggalakkan penglibatan rakyat dan perniagaan dalam membangunkan ekonomi digital di Malaysia untuk era Revolusi Industri 4.0, mengurangkan jurang digital serta menyediakan persekitaran kondusif bagi penggunaan teknologi baharu seperti 5G.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

NFCP akan memberi fokus kepada pelaksanaan kesalinghubungan digital yang berteraskan rangkaian gentian optik. Namun demikian, teknologi lain seperti teknologi tanpa wayar dan satelit juga akan digunakan sekiranya lebih sesuai. Dengan cara ini, sejajar dengan konsep Kemakmuran Bersama, kawasan-kawasan luar bandar juga akan dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti dan berkelajuan tinggi.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Antara sasaran utama NFCP adalah untuk mencapai kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk dan ketersediaan rangkaian gigabit di kawasan-kawasan perindustrian terpilih menjelang tahun 2020 dan semua ibu negeri menjelang tahun 2023. Usaha yang komprehensif ini akan meningkatkan daya saing ekonomi negara terutamanya bagi kategori-kategori berikut:

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Ibu negeri dan bandar-bandar utama;
Kawasan luar bandar dan kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan (underserved) untuk merapatkan jurang digital;
Kawasan berimpak tinggi seperti kawasan perindustrian;
Kawasan liputan mudah alih tanpa sambungan teras gentian optik kepada menara komunikasi (bagi menyokong perkhidmatan 3G, 4G dan 5G);
Sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos;
Komuniti FELDA dan Orang Asli;
Sektor-sektor seperti industri kecil dan sederhana, pendidikan, kesihatan dan pertanian serta fasiliti pengangkutan utama.
Kos RM21.6 billion bagi pelaksanaan NFCP ini akan melibatkan pelaksanaan projek-projek infrastruktur di kawasan-kawasan sasaran yang dijangka boleh memberi suntikan yang positif kepada ekonomi negara secara langsung terutamanya kepada syarikat pemberi perkhidmatan, kontraktor-kontraktor kecil dan pembekal peralatan.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Jumlah yang besar ini akan dibiayai melalui peruntukan Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS), yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan secara komersil oleh syarikat pemberi perkhidmatan. Kaedah pembiayaan melalui Kumpulan Wang PPS yang akan dipertimbangkan adalah sama ada dalam bentuk pembiayaan penuh, pembiayaan sepadan (matching fund) atau pembiayaan sebahagian (partial fund) kepada pihak-pihak yang layak.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Kaedah pembiayaan ini akan membantu mengurangkan modal perbelanjaan syarikat pemberi perkhidmatan dan penjimatan kos tersebut akan memanfaatkan pihak pengguna melalui penyediaan perkhidmatan mampu milik. Selaras dengan matlamat kerajaan yang melihat akses kepada internet sebagai satu hak yang penting, projek-projek NFCP juga akan memberi penekanan kepada keseimbangan akses kepada internet di antara penduduk bandar dan luar bandar. Infrastruktur digital yang baharu ini juga akan memberi faedah kepada golongan-golongan yang kurang berpeluang untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital seperti golongan petani, nelayan dan Orang Asli.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Pihak kerajaan melihat NFCP sebagai satu projek infrastruktur yang penting dan juga sebagai satu usaha strategik untuk meningkatkan daya saing negara dan rakyat Malaysia dalam era digital ini. Kerajaan berharap menerusi NFCP, lebih ramai rakyat dan perniagaan akan dapat menikmati faedah dan kelebihan ekonomi digital bukan sahaja di Malaysia dan kawasan perantauan tetapi juga di pentas dunia.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Antara faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat termasuklah perkhidmatan pendidikan secara digital, e-kesihatan dan e-sports. Manakala golongan peniaga pula akan dapat menikmati faedah menerusi e-dagang. Dengan mengunapakai e-dagang, peniaga-peniaga akan dapat menembusi pasaranpasaran baharu di dalam dan di luar negara. Secara keseluruhannya, kerajaan berharap bahawa melalui NFCP, taraf kehidupan rakyat akan meningkat dan model perniagaan baharu akan muncul yang akan mengakibatkan lebih peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Satu Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh KKMM dan dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan juga akan ditubuhkan bagi menyelaras penyediaan infrastruktur digital di sekolah, balai polis, hospital dan perpustakaan. Pasukan ini juga akan memastikan infrastruktur digital sedia ada dioptimumkan, selain mengurangkan pertindihan (duplication) dan kos dalam pembinaan infrastruktur digital baharu di institusi-institusi terpilih ini. Sekiranya perlu, Pasukan Petugas Khas ini juga akan meneliti keperluan bagi penyediaan infrastruktur di kawasan-kawasan lain, termasuk kaedah-kaedah terbaik dan fleksibel bagi tujuan pelaksanaan tersebut.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Satu taklimat media dan majlis perasmian projek NFCP dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan September. Keterangan yang lebih lanjut akan diberikan di taklimat tersebut. – Roketkini.com