Lepas fitnah pemimpin DAP, Azwanddin mohon maaf dan kena bayar RM40,000

Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini, memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong susulan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya tahun lalu. Azwanddin turut diperintah oleh mahkamah untuk menerbitkan permohonan maaf itu di beberapa portal berita, laman sesawang JMM dan Facebook milik beliau.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Beliau turut diarahkan membayar sebanyak RM40,000 kepada Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan. Ini dinyatakan dalam dokumen persetujuan mahkamah yang ditandatangani kedua-dua belah pihak di hadapan hakim, Azimah Omar. Azwanddin menerusi hantaran Facebook pada 30 Oktober 2018, memfitnah Chin Tong kononnya mengenakan pakaian “seragam komunis” meskipun ia sebenarnya baju korporat bush jacket yang disediakan Kementerian Pertahanan.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Azwanddin turut memuat naik artikel fitnah di laman sesawang JMM pada 19 November tahun lalu bertajuk ‘Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman’. Chin Tong ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, berkata, beliau berharap orang ramai mengambil iktibar dan tidak terus meniup sentimen perkauman.“Menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia adalah wajar untuk kita semua menganggap bahawa semua kita adalah anak Malaysia.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Dan sesiapa yang berkhidmat di dalam kerajaan — tidak kira bangsa — kami berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. – Roketkini.com

Kit Siang ajak rakyat hargai nilai murni setiap budaya, tamadun di Malaysia

Salah satu respons kepada kenyataan saya semalam mengenai keupayaan Pakatan Harapan untuk memenangi PRU15 pada tahun 2023 — di mana saya telah menyatakan keyakinan saya untuk kemenangan ini — yang berbunyi seperti berikut:

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Bukan, bukan sekarang. Buat masa ini DAP pasti akan musnah. Sila turun ke peringkat akar umbi sekarang, dengar apa yang rakyat ingin katakan… dengar pendapat mereka yang dahulunya penyokong DAP… yang kini jumlahnya dapat dibilang dengan jari… Pemimpin DAP kini sudah menjadi pekak, buta… dan BODOH.” Dua minggu yang lepas, saya telah mengatakan di Gelang Patah yang saya akan kehilangan kerusi Parlimen Iskandar Puteri ini dan DAP akan kehilangan 30-40 peratus undi dalam negara jika pilihan raya umum diadakan sekarang.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Perkara ini menunjukkan betapa kritikalnya salah faham dan salah tanggapan yang dihadapi DAP dan Pakatan Harapan dalam kalangan penyokong kami. Kami memerlukan masa untuk membolehkan penyokong kami menyedari yang DAP tidak pernah mengkhianati mereka dan kami masih komited terhadap matlamat Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan, dan integriti.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Jika benar DAP telah mengkhianati rakyat dan harapan dan matlamat Malaysia Baharu, maka layaklah DAP ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak akan ada cara untuk DAP mendapatkan semula sokongan rakyat. Malah sokongan ini hanya akan makin merosot. Tetapi, jika DAP tidak mengkhianati prinsip kami dan harapan rakyat, maka masa akan membuktikan kesilapan semua salah tanggapan dan salah faham mengenai DAP ini.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Setelah berdekad-dekad berjuang, DAP tidak akan sesekali mengkhianati rakyat ataupun prinsip kami mahupun aspirasi Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, dan integriti ini. Oleh itu, para pemimpin DAP haruslah mempunyai stamina untuk terus cekal dan komited terhadap matlamat ini. Dalam tempoh masa dua bulan kebelakangan ini, melalui kempen berita palsu dan hasutan besar-besaran, ramai rakyat Malaysia terperangkap di dalam satu keadaan yang sangat buruk di mana hampir setiap komuniti hidup dalam ketakutan, syak wasangka, dan kebencian antara satu sama lain. Di mana mereka merasakan hak, kaum, budaya, dan agama mereka menghadapi satu krisis eksistensial.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Bagaimanakah kita sampai ke tahap sebegini? Di mana kaum Melayu kini merasakan yang mereka telah hilang kuasa politik dan hak, agama, dan budaya mereka kini terancam. Sebagai contoh, kerosakan kepada sistem data Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah digunakan untuk menyebarkan berita palsu mengenai kemasukan tiga juta rakyat China ke negara ini, sekaligus mengubah demografik negara. Sedangkan berita ini tidak mempunyai sebarang asas langsung memandangkan proses semakan imigresen masih dijalankan secara manual dan semua pelawat tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Malahan, jika difikirkan logik akal, mustahil untuk tiga juta rakyat China mendarat di KLIA dalam masa tiga hari kerana perkara ini akan memerlukan pendaratan lebih daripada 10,000 pesawat setiap hari! Tidak mungkin perkara ini boleh berlaku tanpa disedari oleh sesiapa. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia Cina takut hilang hak, kaum, dan budaya mereka. Mujurlah berita palsu yang mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Harapan akan menyekat tarian singa ini disangkal dengan pantas oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan semalam.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kerana kekurangan maklumat dan rundingan, legasi kerajaan sebelum ini dalam memperkenalkan mata pelajaran jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dilihat sebagai satu serangan ke atas sistem pendidikan Cina dan Tamil oleh kerajaan Pakatan Harapan. Dalam masa dua bulan sahaja, melalui berita palsu dan hasutan, oportunis politik telah memarakkan api perkauman dan sentimen keagamaan sehingga wujudnya perasan syak wasangka, kebencian, dan ketakutan antara satu sama lain di negara ini.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Proses pembinaan negara kita terumbang-ambing sepanjang 16 bulan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Sepatutnya kita semua sebagai rakyat Malaysia bertanyakan satu soalan; jika setiap komuniti, suku kaum etnik, dan budaya menghadapi ancaman eksistensial, siapakah yang menimbulkan ancaman ini? Saya percaya kepada satu Malaysia Baharu yang boleh menjadi salah satu daripada negara terulung di mata dunia dalam semua bidang yang diceburi manusia, memandangkan empat tamadun hebat dunia — tamadun Islam, Cina, India, dan Barat — bertembung di negara ini.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Satu kajian Malaysiakini baru-baru ini menunjukkan kira-kira satu daripada enam rakyat Malaysia tidak tahu apa-apa mengenai budaya dan agama lain selain daripada budaya dan agama sendiri dan tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Hampir satu per empat responden mengatakan yang mereka tidak mengenali budaya atau agama lain tetapi bersedia untuk mengetahui lebih lanjut dan baki 60 peratus mengatakan mereka agak faham atau sangat faham mengenai budaya yang lain daripada budaya sendiri.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Bagaimanakah dapat kita menggunakan kajian ini untuk menjadikan Malaysia sebagai negara model Perikatan Peradaban di mata dunia. Bolehkah kita lakukannya? Jika kita mempunyai komitmen ini untuk menjadi model Perikatan Peradaban ini, kita semua perlulah keluar daripada kepompong etnik masing-masing dan mula berinteraksi dan menghargai nilai-nilai murni yang ada dalam setiap budaya dan tamadun yang ada di negara ini. Bukan menjadi mangsa oportunis politik yang hanya bergantung kepada perpecahan dan sentiasa menghasut kita untuk berasa syak wasangka, benci, dan takut antara satu sama lain — dengan melagakan agama, budaya, dan kaum di dalam negara ini.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Ramai yang telah memberikan respons terhadap kenyataan saya dan menggesa saya untuk berputus asa. Patutkah saya hanya lupakan impian satu Malaysia Baharu dan bersara sahaja? – Roketkini.com

Kawasan teras Melayu baharu

Oleh Liew Chin Tong

(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Pengerusi DAP Johor dan Timbalan Menteri Pertahanan)

Salah satu mitos politik yang popular di Semenanjung Malaysia adalah kepercayaan bahawa orang Melayu adalah penduduk luar bandar manakala kawasan bandar adalah wilayah orang Cina dan India. Dengan melanjutkan logik ini, penduduk di kawasan bandar dianggap kaya manakala penduduk di kawasan luar bandar adalah miskin, justeru itu kaum Cina dan India yang berpusat di bandar adalah kaya manakala kaum Melayu yang berpendapatan rendah adalah miskin.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Ini sangat tidak benar. Kawasan teras Melayu yang baharu adalah Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur, Desa Mentari, demikian banyak kawasan teres, pangsapuri kos rendah dan sederhana di Ampang, Bangi, Gombak, Kajang, Shah Alam, dan banyak lagi ibu negeri dan bandar-bandar besar di semenanjung.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Melayu urban kini menjadi penentu pilihanraya dalam cara yang diketahui pemimpin politik tetapi masih belum dapat diperakui sepenuhnya. Ahli politik juga belum mengintegrasikan realiti demografi ke dalam dasar awam, terutamanya dalam pemikiran kita tentang ekonomi. Buat masa ini, dasar awam nampaknya tidak memahami masyarakat bandar di Malaysia secara mencukupi, oleh itu keperluan dan aspirasi orang Melayu bandar tidak diberi perhatian yang mencukupi.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Seorang rakan saya dengan gigih berusaha untuk membawa rakan-rakan “gelembung Bangsar” beliau untuk melawat kampung-kampung di Johor, Perak dan Pahang untuk melihat “kawasan teras Melayu”. Beliau terkejut apabila saya memberitahunya bahawa kawasan teras Melayu yang baharu letaknya di Kampung Kerinchi.

Jurang bandar-luar bandar

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah pentadbiran Najib memutuskan untuk menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya umum 2018 pada hari Rabu, dan bukan hari Sabtu seperti selalu, jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional ketika itu mengetahui tentang trend mengundi mereka yang tinggal di kawasan bandar tetapi akan pulang membuang undi mereka di kampung halaman masing-masing.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pemimpin Barisan Nasional mengetahui bahawa pengundi ‘swing’ yang tinggal di Kuala Lumpur, Singapura, Johor Bahru, Pulau Pinang dan bandar-bandar utama lain akan menentukan keputusan pilihan raya, dan oleh itu mereka harus dihalang daripada kembali ke kampung halaman untuk mengundi.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Seperti sebahagian besar dunia yang lain – Jepun, Australia dan Amerika Syarikat – komuniti pertanian di kawasan luar bandar lebih bergantung kepada subsidi dan sokongan daripada kerajaan, oleh itu biasanya lebih menyokong kerajaan. Parti-parti Barisan Nasional telah berakar umbi di kawasan luar bandar sebagai jentera yang berorientasikan perkhidmatan dan sehinggakan kerusi-kerusi disempadankan bagi memberat kepada kawasan luar bandar. Tetapi demografi menyentap realiti daripada perkiraan sedemikian. Situasi telah berubah.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Contohnya, apabila saya bertanding di kerusi Parlimen Kluang pada tahun 2013, saya memberitahu pekerja kempen untuk memaklumkan saya tentang keadaan trafik pada malam hari mengundi. Terdapat banyak kereta pulang ke Kluang pada hari itu. Saya memberitahu pasukan saya saya yakin menang ekoran faktor pengundi bandar yang pulang untuk mengundi.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Satu lagi contoh ialah apabila pihak berkuasa air Johor (SAJ) terpaksa bekerja lebih keras pada musim perayaan tertentu. SAJ adalah salah satu daripada beberapa agensi kerajaan yang memberikan saya laporan tentang operasi mereka ketika kami masih bergelar pembangkang. Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa SAJ terpaksa mengepam air dalam jumlah yang besar ke dalam tanah-tanah rancangan FELDA dan kampung-kampung apabila ribuan penduduk bandar “balik kampung” untuk Hari Raya.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Sebagai konteks, saya bergurau bahawa pada hari minggu, usia purata di bandar dan kampung di tengah dan utara Johor adalah 55 tahun, manakala pada hujung minggu ia menjadi 35, dan pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali usia puratanya adalah 15! Satu lagi contoh ialah sekolah-sekolah di bandar-bandar kecil melihat bilangan pelajar mereka menurun secara drastik dalam tempoh dua dekad yang lalu.

Kaitan bandar-luar bandar

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Apabila saya membuat keputusan pada Januari 2018 untuk bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam yang separa bandar, pasukan saya telah menjalankan suatu kajian kualitatif yang menyeluruh yang menemuramah mereka yang tinggal di kampung, serta anak-anak mereka yang menetap di Kuala Lumpur. Jelas wujud ‘ekonomi kiriman wang’ yang berlaku antara bandar dan luar bandar Malaysia, terutamanya dalam kalangan orang Melayu.Pada masa itu, keresahan ekonomi terhadap kerajaan Najib boleh disimpulkan seperti berikut:

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Belanjawan Persekutuan dipotong secara besar-besaran pada 2015, 2016 dan 2017 ekoran krisis minyak pada bulan Oktober 2014 yang menyaksikan kejatuhan harga minyak sebanyak 30%; elaun penjawat awam dipotong, program makanan sekolah dipotong, subsidi dipotong, menyebabkan kemarahan meluap-luap.
GST dilaksanakan pada April 2015; menjejaskan pendapatan boleh guna isirumah yang sudah pun terhad, justeru menambah kemarahan tersebut;
Apabila harga minyak turun, harga komoditi terutamanya minyak sawit turun.
Ramai keluarga yang lebih tua yang tinggal di Ayer Hitam memberitahu penyelidik kami bahawa mereka berhadapan dengan dua musibah – harga minyak sawit turun pada ketika anak-anak mereka di kawasan bandar turut bergelut untuk menyara diri sendiri, justeru mengurangkan wang yang dikirim ke kampung.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Orang muda yang menetap di Kuala Lumpur sementara mengundi di Ayer Hitam mengadu bahawa mereka berasa malu kerana terpaksan mengurangkan kiriman wang kerana mereka sendiri berdepan kos sara hidup yang tinggi akibat GST serta pasaran yang tidak bersemangat memandangkan ramai yang mengurangkan perbelanjaan mereka. Kelompok ini merasa terhina dengan kemewahan dan korupsi besar-besaran Najib Razak dan isterinya Rosmah. Hubungan bandar-luar bandar adalah lebih simbiotik daripada yang disedari ramai, dan kesedaran itu mempunyai akibat politik yang besar.

Menyusun semula strategi

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Seorang pemimpin UMNO yang berfikir pernah memberitahu saya bahawa jika diberi peluang, beliau akan melakukan aksi berlawanan dengan saya dengan bertanding di salah satu kerusi parlimen Kuala Lumpur. Beliau secara tersirat menyatakan bahawa beliau tahu kekuatan Pakatan Harapan berada di kawasan bandar, dan untuk memenangi kuasa, Pakatan harus terus meneroka masuk ke kawasan separa bandar; manakala kekuatan Umno berada di kawasan luar bandar, jadi untuk memenangi kuasa, ia harus menang kawasan bandar dan separa bandar.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Daripada 20.07 juta penduduk Bumiputra seluruh negara (termasuk Sabah dan Sarawak), 13.93 juta Bumiputra tinggal di kawasan bandar, yang bermaksud 69.37% daripada Bumiputra adalah penduduk bandar. Jika kita hanya melihat statistik untuk Semenanjung Malaysia, peratusan itu seharusnya lebih tinggi.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Sudah tiba masanya untuk kita mengiktiraf bahawa Kampung Kerinchi dan kawasan-kawasan lain yang sama dengannya adalah kawasan teras Melayu yang baharu, kerana akibat politik dan kesejahteraan daripada pemahaman sedemikian adalah sangat meluas. Melampaui politik, demi supaya dasar awam di Malaysia dapat bergerak ke hadapan, satu halangan utama yang perlu kita tempuhi adalah untuk melihat orang Melayu kebanyakannya adalah penduduk bandar. Inilah dia realiti kawasan teras Melayu yang baharu. – Roketkini.com

*Terjemahan tulisan asal, “The new Malay heartland”, disiarkan New Straits Times: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/09/525690/new-malay-heartland

Pegawai kanan Kor Ming buat laporan polis terhadap Najib

Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Tan Tiong Yih, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini, terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak berhubung penyebaran berita palsu berunsur fitnah terhadap Nga Kor Ming. Dalam laporan polisnya, beliau merujuk satu hantaran di Facebook milik Najib yang memfitnah Kor Ming. Hantaran tersebut memfitnah Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat kononnya membuat hantaran menghasut orang Cina untuk membenci Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan isu papan tanda jalan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Hantaran itu sebenarnya dibuat oleh akaun (page) yang menyamar dengan nama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ tetapi adalah jelas akaun itu bersifat palsu dan tidak berasas,” katanya Tiong Yih dalam kenyataan, hari ini. Selepas membuat carian dan semakan, tambahnya, hantaran kontroversi yang dirujuk Najib itu sebenarnya dimuat naik oleh pihak ketiga, iaitu akaun dengan nama “Yu Xi Wan Yak” yang langsung tidak ada kaitan dengan Kor Ming mahupun DAP.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Menerusi carian yang sama, beliau turut mendapati wujud beberapa “mirror page” yang menggunapakai nama, reka bentuk dan kandungan yang serupa tetapi sebenarnya palsu.“Terdapat tidak kurang dari tiga page yang bergelar ‘Nga Kor Ming SuperFans Page’ tetapi bertujuan memesong orang awam serta mencemar nama baik dan reputasi Kor Ming dan juga DAP. “‘Mirror Page’ palsu tersebut sebenarnya bukan penyokong PH tetapi sebaliknya adalah memihak kepada BN.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

“Keterangan ini telah diberi kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan polis,” katanya. Kata Tiong Yih, Najib cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan menghasut orang Melayu untuk membenci masyarakat Cina menerusi fitnah terhadap Kor Ming itu. “Perbuatan ini jelas mencerminkan sikap peribadi Najib sendiri,” tegasnya. Selain laporan polis, katanya, pihaknya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta merujuk perkara ini kepada peguam supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap Najib.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Turut hadir bersama adalah ADUN Kawasan Menglembu, Steven Chaw, ADUN kawasan Keranji, Chong Zhe Min, Ahli Majlis Bandar Raya Ipoh, Wong Kar Keat serta pemimpin Sosialis Muda DAP. – Roketkini.com

Kerajaan PH sedia RM30 kepada 15 juta rakyat Malaysia menerusi e-dompet Januari depan

15 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun akan menerima rangsangan digital bernilai RM30 secara ‘one off’ bermula bulan hadapan. Inisiatif yang melibatkan peruntukan berjumlah RM450 juta itu menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bertujuan untuk menggalakkan budaya digital dan beralih kepada masyarakat tanpa tunai. “Inisiatif itu adalah sebahagian daripada RM50.3 bilion disediakan kerajaan bagi tempoh lima tahun untuk mentransformasikan negara sebagai sebuah negara keusahawanan, antaranya beralih kepada digital,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Bagi membolehkan pengguna layak menerima insentif berkenaan, mereka hanya perlu memastikan akaun e-dompet disahkan menerusi penyelia perkhidmatan terpilih. Tambah Guan Eng lagi, sistem dan perisian e-Tunai Rakyat bagi membolehkan pemberian RM30 kepada 15 juta rakyat Malaysia menerusi e-dompet dilakukan sedang giat diuji dan diperhalusi bagi membolehkannya dilaksanakan bulan hadapan. Penyelia pelan inisiatif berkenaan, Khazanah Nasional Berhad akan mengumumkan pengendali e-dompet yang terlibat dengan projek berkenaan.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Tambah Guan Eng, Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan jika keseluruhan RM450 juta yang diperuntukan untuk tujuan itu dituntut sepenuh dalam tempoh Januari dan Februari depan. “Sambutan baik juga akan membolehkan inisiatif ini diulang dengan mensasarkan lebih ramai pengguna, pedagang dan pengendali e-wallet,” katanya. – Roketkini.com