Gaji penjawat awam: Tok Mat patut kritik Kelantan, bukan kerajaan Persekutuan

Tidak seperti kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS, kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan tidak perlu meminjam satu sen pun daripada sesiapa untuk membayar gaji penjawat awam. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kemampuan kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji penjawat awam dibuktikan dengan penarafan kredit berdaulat Malaysia yang kekal tinggi pada paras A3 dan A- dengan unjuran stabil. “Saya ingin tegaskan kerajaan mempunyai sumber mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan gaji dan tidak perlu meminjam untuk berbuat demikian. “Kerajaan juga sedang menepati sasaran merendahkan defisit fiskalnya daripada 3.7 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018, kepada 3.4 peratus untuk tahun ini.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Segala pinjaman kerajaan adalah untuk membiayai defisit fiskal dan perbelanjaan pembangunan, seperti yang biasa dilakukan oleh pentadbiran terdahulu. “Perbelanjaan mengurus seperti pembayaran gaji langsung tidak dibiayai melalui pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa kononnya kerajaan Persekutuan meminjam untuk membayar gaji penjawat awam. “Dakwaan beliau jauh meleset. Bagi suku ketiga 2019, emolumen kerajaan Persekutuan berjumlah RM19.9 bilion.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Sebagai perbandingan, pendapatan kerajaan dalam suku sama berjumlah RM68.8 bilion, bermakna pendapatan kerajaan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tanggungan emolumen,” katanya. Malah, kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, situasi tersebut berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan yang terpaksa meminjam untuk memenuhi tanggungjawab kewangan termasuk membayar gaji penjawat awam. “Ini termasuk membayar gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri sehingga penghujung 2019. “Pada 2018, kerajaan Persekutuan juga mendahulukan wang sejumlah RM91.5 juta kepada kerajaan negeri itu bagi tujuan sama demi kesejahteraan penduduk Kelantan. “Dengan ini, jelas sekali kritikan Mohamad jauh tersasar dan sepatutnya dialihkan ke arah kerajaan Kelantan, bukannya kerajaan Persekutuan,” katanya. – Roketkini.com

Rakyat sambut baik cadangan pembinaan LRT Bayan Lepas

Majoriti penduduk Pulau Pinang menyokong pelaksanaan Projek Transit Aliran Ringat (LRT) Bayan Lepas. Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow seramai 22,6788 responden atau 97.7% yang menyertai sesi penyertaan awam menyokong pelaksanaan projek tersebut. “Jadi, jumlah responden yang diterima ini adalah ‘pengukuran’ sokongan terhadap cadangan projek LRT (Bayan Lepas),” ujarnya seperti dipetik Buletin Mutiara.Sesi pemeriksaan awam melibatkan 23,218 responden itu dijalankan selama tiga bulan dan berakhir pada 19 November lalu. Daripada jumlah tersebut, hanya 540 responden yang menyatakan bantahan.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Sesi pemeriksaan awam berhubung projek itu dijalankan sebagai menepati sebahagian syarat yang dikemukan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Tujuan sesi pemeriksaan awam diadakan adalah bagi membolehkan pemegang taruh (stakeholder) dan orang ramai memberi pandangan terhadap cadangan pelaksanaan projek. Seterusnya pihak pemohon iaitu kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan dalam borang maklum balas yang diterima. Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan memberikan keterangan dan penjeleasan sewajarnya berhubung sebarang isu yang berbangkit berkenaan projek berkenaan menerusi rakan pelaksana projek, SRS Consourtium.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“Antara isu-isu yang dibangkit termasuklah lokasi jajaran, jarak stesen dan isu kesesakan lalu lintas semasa pelaksanaan projek… itulah pertimbangan lazim yang dikemukakan (oleh responden). “Tidak semestinya mereka (responden) yang membantah ini tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan ini, sebaliknya mereka mempunyai pertimbangan tertentu seperti yang dinyatakan (dalam borang maklum balas),” jelasnya. Projek LRT Bayan Lepas adalah antara projek yang dirangka menerusi Pelan Induk Pengangkutan (PIP) merangkumi jajaran keseluruhan 29.9 kilometer membabitkan 27 stesen. Jajaran itu akan melalui Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebelum berakhir di tapak cadangan tebus guna projek PSR. – Roketkini.com

Dana rumah mampu milik BNM bernilai RM597 juta diluluskan setakat 31 Oktober – Guan Eng

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan lebih daripada 3,100 permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) yang bernilai RM597 juta setakat 31 Oktober 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menurut beliau, institusi kewangan dan BNM telah menubuhkan Dana Rumah Mampu Milik dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion sebagai langkah untuk mengurangkan kos sampingan pemilik rumah sejak Januari tahun ini.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Penambahbaikan telah berkuat kuasa pada 1 Sept, 2019. Penambahbaikan yang dilaksanakan termasuklah pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360 dan harga maksimum hartanah dinaikkan kepada RM300,000,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Gaun Eng menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PKR-Pasir Gudang) tentang sejauh mana kemajuan yang telah dicapai oleh BNM untuk membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Tambah Guan Eng, golongan muda yang mahu memiliki rumah pertama mereka akan menerima pembiayaan daripada institusi kewangan pelaksana dengan kadar pembiayaan konsesi yang lebih murah daripada pasaran semasa, iaitu sebanyak 3.5 peratus setahun dan tempoh pembiayaan yang lebih panjang selama 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun. “Kadar pembiayaan yang rendah berserta tempoh pembiayaan yang lebih panjang dapat meningkatkan kemampuan peminjam melalui pengurangan pembayaran bulanan pembiayaan, seterusnya merangsang daya beli dan meningkatkan akses kepada pembiayaan,” katanya. – Roketkini.com

Projek ECRL: Kerajaan PH sedia RM1 bilion untuk kontraktor tempatan

Pembiayaan sehingga RM1 bilion disediakan oleh SME Bank kepada subkontraktor tempatan yang dilantik untuk kerja sivil Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng seperti dipetik Berita Harian. Menurut beliau, proses pra-kelayakan bagi kerja sivil projek ECRL itu telah dijalankan pada Mei lalu dan telah menyenaraikan 331 syarikat pembinaan tempatan sebagai penender berpotensi.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Dari jumlah itu, 234 syarikat atau 71 peratus adalah syarikat Bumiputera,” katanya seperti dipetik portal atas talian tersebut. Tambah Guan Eng, setiap kontraktor yang layak akan mempunyai akses pembiayaan sehingga RM50 juta. Katanya, sebarang jumlah melepasi had RM50 juta akan dinilai mengikut kes. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SME Bank dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL). – Roketkini.com