Tuduhan palsu terhadap Guan Eng: DAPSY gesa Tuan Ibrahim mohon maaf

Kenyataan Media oleh Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Teh Hoong Keat pada 20hb November 2019 di Kuala Lumpur

Setiausaha Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Teh Hoong Keat menggesa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf kepada Sdr Lim Guan Eng kerana membuat tuduhan palsu terhadap Menteri Kewangan. Semasa Sdr Lim Guan Eng menerima lantikan sebagai Menteri Kewangan, beliau ada menegaskan bahawa beliau adalah menteri yang menjaga dan mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia. Beliau dilantik atas dasar kebolehan dan keupayaan beliau dalam hal ehwal pengurusan kewangan berdasarkan prestasi beliau sewaktu menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Teh berpendapat bahawa semua tuduhan yang dilemparkan terhadap Sdr Lim Guan Eng adalah fitnah dan langsung tidak berasas. Jelasnya, sesetengah pihak sengaja memainkan sentimen perkauman dengan niat untuk melihat Sdr Lim Guan Eng disingkirkan daripada barisan Kabinet. Tuan Ibrahim berbohong dan membuat tuduhan palsu apabila mendakwa Belanjawan 2020 memperuntukkan sejumlah RM10 bilion untuk Pulau Pinang bagi tujuan pembangunan dan hanya memperuntukkan RM10 juta untuk rancangan atau inisiatif industri halal. Sdr Lim Guan Eng telah menjelaskan bahawa dalam Belanjawan 2020, kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan geran pembangunan RM799.5 juta kepada Pulau Pinang, bukannya RM10 bilion seperti yang didakwa Tuan Ibrahim. Malah, kerajaan Pakatan Harapan juga telah memperuntukkan RM125.2 juta untuk rancangan atau inisiatif industri halal, dan bukannya RM10 juta seperti yang didakwa pemimpin PAS itu.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Kata Teh lagi, kerajaan perlu memainkan peranan yang serius dalam mengekang sebarang sentimen perkauman atau tuduhan palsu daripada terus berleluasa, lebih-lebih lagi jika ia digunakan pihak tertentu sebagai modal politik mereka. Jika tidak, mereka yang bersikap oportunis dan golongan yang memainkan sentimen perkauman seperti ini pasti akan mengambil kesempatan untuk terus-menerus menghasut rakyat! Kerajaan baharu perlu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan reformasi dan tidak berkompromi terhadap pihak yang memainkan sentimen perkauman dan tuduhan palsu.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Teh turut menggesa kerajaan supaya tidak sesekali mengambil pendekatan berlembut terhadap fenomena ekstremisme, kerana membiarkan perkara ini terus berleluasa hanya akan mengakibatkan sentimen perkauman semakin menjadi-jadi. Apa jua bentuk sentimen perkauman, politik perkauman dan dasar perkauman adalah ibarat batu yang menghalang kemajuan dan perpaduan negara ini.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Arah demokrasi jelas terlihat selepas Malaysia melangkah ke alaf baharu setelah melakar peristiwa bersejarah pada 9 Mei 2018. Selain kemajuan ekonomi, kerajaan juga perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia mempunyai kesungguhan dalam melakukan reformasi dengan mempromosikan dan melaksanakan nilai yang betul, supaya rakyat yang hidup dalam era Malaysia Baharu ini tidak bermusuhan disebabkan kaum, agama, bahasa atau latar belakang. Kerajaan harus bekerja keras mempertahankan kepentingan setiap kaum dan membentuk Malaysia yang memberikan layanan sama rata kepada setiap kaum serta menghapuskan diskriminasi kaum. – Roketkini.com

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Kanak-kanak sebagai pemegang taruh dalam Visi Kemakmuran Bersama 2030

Oleh Lim Yi Wei

(Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku di Selangor)

Pada setiap 20 November, Unicef menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia dengan kempen #KidsTakeOver. Kanak-kanak akan mengambil alih di siaran radio, politik dan bidang-bidang lain untuk mengutarakan isu-isu yang mereka rasa penting bagi diri mereka. Di bawah program anjuran Unicef Malaysia, Project ID dan Undi18, 20 lebih pelajar sekolah menengah dari seluruh negara telah membentangkan idea mereka tentang dasar menangani masalah buli kepada ahli-ahli Parlimen pada petang ini. Saya cukup bertuah dapat bertemu dengan mereka sehari sebelum pembentangan mereka, dan berpeluang berkongsi pengalaman sebagai seorang wakil rakyat muda serta membantu mereka “warm up” untuk pembentangan tersebut! Semoga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mendengar mengambil serius idea-idea para pelajar ini.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Sedangkan Visi Kemakmuran Bersama 2030 dibincangkan dari segi peluang pekerjaan dan kemajuan ekonomi, ia juga patut meliputi kebajikan kanak-kanak agar dapat memberi harapan suatu kehidupan yang lebih baik bagi rakyat Malaysia.

Perkahwinan kanak-kanak

Pada Disember 2018, negeri Selangor telah meminda enakmen bagi menaikkan usia minimum perkahwinan dari 16 ke 18 tahun. Mesti dikatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Sultan Selangor merupakan seorang penyokong pindaan ini. Negeri-negeri lain yang telah bersetuju untuk meminda enakmen masing-masing ialah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak, seperti yang dilaporkan di Parlimen pada minggu ini.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Walaupun kebanyakan diskusi fokus terhadap perkahwinan kanak-kanak antara golongan Muslim, kita tidak boleh mengabaikan fakta bahawa perkahwinan kanak-kanak antara golongan bukan Islam telah meningkat kira-kira 20% setiap tahun sejak tahun 2015. Organisasi masyarakat sivil telah menyebut tahap kemiskinan bandar yang kian meningkat dan kekurangan pendidikan seks atau reproduktif sebagai faktor penyebab.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah pun mengumumkan bahawa draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi Menangani Faktor Perkahwinan Kanak-Kanak 2020-2025 sedang dalam peringkat akhir penyediaannya. Pelan tersebut akan melibatkan 16 agensi kerajaan pada peringkat persekutuan dan negeri. Ini merupakan perkembangan yang baik, tetapi lebih banyak usaha diperlukan bagi mendidik masyarakat dan meyakinkan tujuh negeri yang masih tidak bersetuju agar mereka meminda enakmen masing-masing berkaitan perkahwinan kanak-kanak.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Selain itu, KPWKM telah melaksanakan inisiatif pendidikan seks dan menangani isu remaja hamil. 5 video kartun yang mendidik kanak-kanak tentang perbezaan antara “safe touch” (sentuhan selamat) dan “bad touch” (sentuhan jahat) telah dilancarkan melalui medium YouTube sejak bulan Julai 2019. 5 video itu telah disambut dengan baik, di mana bilangan tontonan salah satu video itu sebanyak 1.2 juta. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga telah merangka program Pendidikan Seks dan Reproduktif bagi kanak-kanak lelaki agar mereka diajar supaya menghormati wanita dan undang-undang.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Bagi menangani isu pembuangan bayi, talian hayat Talian Kasih 15999 telah diuar-uarkan seluasnya. Iklan Talian Kasih kini ditayangkan di 35 lokasi panggung wayang TGV di seluruh negara. Posternya ditampal di tandas R&R lebuhraya PLUS. Pada bulan October 2019, timbalan menteri Yang Berhormat Hannah Yeoh telah mengumumkan bahawa kedai farmasi juga akan memaparkan poster Talian Kasih. Tempat perlindungan bayi (“baby hatch”) yang disediakan oleh Orphancare di negeri Selangor, Johor dan Kedah serta 9 buah hospital KPJ. Di Petaling Jaya, baby hatch Orphancare terletak di Seksyen 5, Bukit Gasing.

Kesihatan mental kanak-kanak

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Semenjak Talian Kasih diuar-uarkan, muncul pula satu fenomena baru: kanak-kanak mengadu kesunyian di Talian Kasih. Talian hayat Befrienders juga telah melaporkan bahawa kanak-kanak semuda 10 tahun mengirim e-mel untuk meluahkan perasaan tentang kemurungan.

Impak media sosial kepada kesihatan mental kanak-kanak menjadi perhatian ramai apabila seorang remaja perempuan berumur 16 tahun membunuh diri setelah membuat Instagram poll. Mungkin ada yang berpendapat bahawa kita patut menghalang kanak-kanak dari mengggunakan teknologi terkini. Hakikatnya, generasi muda dibesarkan dan dibiasakan dengan teknologi. Kanak-kanak sekecil 2 tahun pun pandai menggunakan iPad untuk menonton Baby Shark. Oleh itu, kita mesti mendidik anak supaya mereka cekal dan celik dalam penggunaan teknologi terutamanya media sosial. Apabila saya berjumpa dengan murid-murid, saya selalu menggalakkan mereka untuk meningkatkan ilmu dalam bidang yang diminati mereka. Minat Blackpink? Belajarlah tarian KPop melalui YouTube. Apabila kita sedar akan keupayaan diri kita, faktor rupa menjadi kurang penting dalam keyakinan diri kita.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Keselamatan kanak-kanak dan isu buli

Mengambil kira kes-kes kematian kanak-kanak di pusat jagaan atau pengasuh, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah melaksanakan program “Jom Daftar Taska dan Pusat Jagaan”. JKM Selangor turut melancarkan kempen “Sayangi Anak, Kenali Pengasuh” pada Ogos 2018. Susulan dari itu, saya telah bertanya di Sidang DUN pada bulan Julai 2019 mengenai statistik terkini pusat jagaan yang berdaftar. Dari September 2018 hingga Jun 2019, 160 buah pusat jagaan telah berdaftar. Kerajaan Negeri Selangor juga sedang membina pangkalan data pengasuh bagi kegunaan ibu bapa yang dinamakan i-Asuh. I-Asuh dijangka akan siap bulan ini.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pusat Berdaya Wanita (PWB) DUN Kampung Tunku bersama Penggerak Belia Tempatan kami telah menganjurkan bengkel cegah buli bagi ibu bapa dan para guru. Semasa bengkel itu, kami mendapati bahawa semua pihak mengalami keraguan dalam menangani isu buli, sama ada ia murid, ibu bapa atau guru. Apatah lagi dalam kes di mana cikgu pula menjadi buli.

Melalui program #KidsTakeOver, masyarakat sivil berjaya memperkasakan kanak-kanak untuk berani meluahkan pendapat kepada orang dewasa dan masyarakat umum. Masyarakat perlu membalas keberanian ini secara ikhlas dan prihatin. Kadang kala kita mendengar komen bahawa “itu cara zaman kita, kenapa zaman ini tak boleh pula?” ataupun “generasi muda ini lembik”. Pendapat saya, kita boleh buat lebih baik dari dahulu. Kita harus berusaha untuk mengubah norma masyarakat yang tidak berfaedah malah merbahaya. Misalnya, budaya “ragging” yang biasanya berlaku di sekolah berasrama menyumbang kepada kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain; stereotaip bahawa “lelaki jati kena menunjukkan sifat kejantanan” yang menyebabkan T. Nhaveen dibunuh rakan-rakannya.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Kesimpulan

Sempena minggu Hari Kanak-kanak Sedunia ini, saya berharap bahawa rakyat Malaysia boleh mengubah perspektif kita terhadap kanak-kanak. Mereka bukan sahaja harapan masa depan, tetapi pemegang taruh yang penting pada masa kini. Keupayaan kita mewujudkan keadaan yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak kita sekarang akan menjamin masyarakat yang lebih baik bagi generasi yang akan datang. – Roketkini.com

#MalaysiaKerja dilaksana secara berperingkat bermula suku kedua 2020

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program #MalaysiaKerja yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula suku kedua 2020. Inisiatif berkenaan, katanya, membabitkan pakej rangsangan RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun dan dijangka mewujudkan sehingga 350,000 pekerjaan. Di bawah program #MalaysiaKerja, jelas beliau, insentif gaji dan pengambilan pekerja akan dikredikan terus ke dalam akaun KWSP individu. “Sebarang jumlah lebihan insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan oleh KWSP bagi membolehkan pengeluaran secara fleksibel tanpa mengira jumlah pengeluaran apabila diperlukan.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Mekanisme ini akan membolehkan pencarum menabung untuk persaraan mereka dan pada masa yang sama pendapatan bolehguna itu boleh digunakan oleh mereka untuk menampung keperluan harian,” katanya seperti dipetik Berita Harian. Beliau berkata demikian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 anjuran KWSP di Kuala Lumpur, hari ini. Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, program #MalaysiaKerja adalah langkah negara menyelesaikan cabaran pekerjaan dalam pasaran.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Apabila sebahagian besar remaja kita menganggur, kita kehilangan sumbangan mereka yang berpotensi kepada negara, membazirkan pelaburan yang kita buat dalam pendidikan mereka dan boleh membenihkan ketidakpuasan dan ketidakstabilan. “Masalah Malaysia perlu penyelesaian dengan cara dan pasukan Malaysia. #MalaysiaKerja, atau Malaysia@Work, adalah jawapan Malaysia bagi menyelesaikan cabaran pekerjaan dalam pasaran,” katanya. – Roketkini.com

Banyak kejayaan dikecapi negara di bawah kerajaan PH, kata PM

Begitu banyak kejayaan yang telah dicapai kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh kurang dua tahun, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, kejayaan itu tidak sampai kepada rakyat ekoran kerajaan PH kurang mahir dalam skil komunikasi bagi menyebarluaskan mesej mengenai usaha dan dasarnya yang baik. Sebagai contoh, pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia adalah lebih besar berbanding sebelum ini.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“FDI kini lebih besar berbanding dahulu dan kita patut gembira. “Kerajaan ini tidak pandai berkomunikasi dan memberitahu apa yang telah dilakukan. “Namun percayalah, kerajaan sudah melakukan lebih banyak perkara berbanding mana-mana kerajaan lakukan dalam tempoh masa yang singkat, satu setengah tahun,” katanya seperti dipetik Bernama. Nilai FDI negara meningkat 10.3 peratus kepada RM667.5 bilion pada suku kedua 2019 berbanding RM605.1 bilion setahun lepas. Selain itu, Malaysia juga mendapat tempat ke-12 dalam kalangan 190 ekonomi dunia, berbanding tangga ke-15 tahun lepas, mengikut Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020 baru-baru ini.

Anthony Loke komited pulihkan penarafan keselamatan udara

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengambil langkah proaktif bagi memperbaiki penarafan status Kategori 2 yang diberikan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) kepada negara, baru-baru ini. Penurunan penarafan daripada Kategori 1 itu, katanya, akan diatasi dengan pembentukan satu pasukan petugas bagi menyelia langkah-langkah pembetulan dan usaha oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Pasukan itu, katanya, akan diketuai oleh veteran penerbangan, Datuk Ir Kok Soo Chon, dan terdiri daripada pegawai teknikal yang berkelayakan serta pakar antarabangsa dalam penerbangan serta mempunyai pakar dalam pelbagai bidang penerbangan.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Tambah Anthony Loke, Soo Chon telah bersetuju untuk memberikan perkhidmatan secara percuma kepada kerajaan. Beliau turut memaklumkan bahawa 33 perkara membabitkan CAAM, yang dikatakan menjadi punca FAA menurunkan penarafan daripada Kategori 1 kepada Kategori 2 akan diselesaikan dalam tempoh 12 bulan. Separuh daripada 33 perkara itu katanya, melibatkan prosedur yang mesti diselesaikan dalam masa 6 bulan. Setelah pembetulan dibuat, katanya, pihak FAA akan dipanggil untuk melakukan audit. “Kementerian mengambil tanggungjawab sepenuhnya supaya semua kelemahan ini akan dapat diatasi dan kita akan ambil langkah-langkah untuk pastikan Malaysia akan kembali kepada kategori 1 dalam tempoh tidak begitu panjang.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Antara langkah diambil ialah kita tubuh jawatankuasa khas untuk pantau dan pastikan CAAM mengambil langkah dan selesaikan 33 isu ini selesai dalam tempoh diberikan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam. Beliau turut meminta kerjasama semua wakil rakyat dalam isu perundangan yang memerlukan pindaan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat pada sesi Mac atau Jun. “Jadi saya berharap semua ahli-ahli yang berhormat akan memberikan sokongan penuh terhadap apa saja pindaan yang akan diambil atau dibentangkan supaya kita dapat memastikan akta penerbangan awam ini lebih kukuh dan lebih menyakinkan,” katanya.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Bagaimanapun, Anthony Loke menegaskan bahawa keputusan FAA menurunkan taraf dari kategori 1 ke kategori 2 tidak menjejaskan aktiviti syarikat penerbangan. “Mereka masih boleh terbang. Penurunan ini bukan kepada syarikat penerbangan tetapi kelemahan dalam kandungan dan struktur organisasi. Syarikat penerbangan kita cukup selamat untuk terbang,” katanya. – Roketkini.com

7 langkah proaktif MESTECC tingkatkan kawalan kualiti alam sekitar di Pasir Gudang

Oleh Yeo Bee Yin

(Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC))

Kerajaan mengambil perhatian yang serius terhadap isu pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim serta insiden gangguan kesihatan yang berlaku di Pasir Gudang. Berikut adalah tujuh langkah utama yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kawalan kualiti alam sekitar di kawasan perindustrian Pasir Gudang:

1. Suspek insiden Sungai Kim Kim telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada 24 Mac 2019. Perbicaraan 4 individu yang disaman itu akan diteruskan pada 3 Disember 2019.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

2. Tinjauan yang meluas telah dijalankan ke atas industri berasaskan bahan kimia di Pasir Gudang. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dengan kerjasasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah melaksanakan Operasi Ketuk-Ketuk di mana rondaan, tinjauan dan lawatan ke atas industri dilaksanakan bagi memastikan kesemua industri-industri di Pasir Gudang dipantau operasinya tidak kira siang atau malam. Sehingga semalam, sejumlah 394 pemeriksaan telah dijalankan semenjak insiden Sg Kim Kim. Tambahan lagi, pemantauan dengan menggunakan dron telah mula dilaksanakan pada 23 Oktober 2019. JAS Johor akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan pemantauan melalui dron sebentar lagi.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

3. Tindakan penguatkuasan telah dilipatgandakan. Semenjak Insiden Sg Kim Kim sehingga kini, sebanyak 314 kompaun dikeluarkan ke atas kesalahan-kesalahan yang dibuat dan sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka. Selain itu, lebih daripada 250 Notis Arahan telah dikeluarkan oleh JAS Johor di bawah Seksyen 37 bagi industri yang mempunyai pelepasan ke udara. Sebanyak 76 kertas siasatan telah dibuka dan dilengkapkan terhadap pihak industri yang gagal mematuhi Notis Arahan dan JAS sedang dalam perbincangan dengan pihak pendakwaraya (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

4. JAS turut menubuhkan cawangan Pasir Gudang khusus untuk bertindak terus dan memendekkan masa respon (response time) bagi sebarang aduan yang diterima. Unit Pasir Gudang telah mula ditempatkan bermula dari 29 Ogos 2019. Ruang pejabat adalah sumbangan dari pihak MPPG.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

5. Program Sekolah Angkat oleh pihak industri (PROSPAG) telah diperkenalkan. Program ini dilaksanakan dengan pembekalan alat pengukur gas iaitu multigas detector kepada sekolah-sekolah yang berada di kawasan Pasir Gudang oleh pihak industri. Majlis serahan pertama pada 26 September 2019 telah dibuat di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1 yang melibatkan 16 buah industri dan serahan peralatan sebanyak 25 unit kepada 25 sekolah. Sebanyak 21 industri lagi komited untuk membekalkan peralatan tersebut kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dengan kawasan perindustrian.

6. Kabinet telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 17.7 juta untuk meningkat keupayaan pemantauan kualiti udara di kawasan perindustrian seluruh Malaysia, terutamanya di Pasir Gudang. Antaranya termasuk:

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

i. Pemasangan 25 alat pengukur gas automatic TVOC (total volatile organic compound), iaitu Photo-Ionised Detectors (PID), di sekitar Pasir Gudang untuk membina rangkaian real-time alert system yang bernilai RM 2.52 juta bagi memberi amaran awal supaya tindakan penguatkuasaan boleh diambil secepat mungkin. Proses pemasangan PID sedang dijalankan dan 23 daripada 25 PID telah siap dipasang di sekitar Pasir Gudang dan dijangka semua akan selesai pada hujung bulan ini. Selepas pemasangan PID, proses baseline calibration akan dijalankan selama lebih kurang tiga bulan dan adalah dijangkakan bahawa Pasir Gudang akan menjadi kawasan industri pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan real time alert-system untuk TVOC menjelang suku kedua tahun 2020.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

ii. Selain itu, jentera-jentera JAS juga diperkasakan melalui kelengkapan lebih banyak peralatan pemantauan seperti Stesen Bergerak yang merangkumi i. Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) yang bernilai RM 1.1 juta dan ii. Gas Chromatography with Flame Ionization Detector (GCFID) yang bernilai RM 1.2 juta; dan 6 alat pengukuran mudahalih gas toksik yang bernilai RM 2.34 juta serta kemudahan-kemudahan lain.

7. JAS bersama dengan ahli akademik, jabatan dan agensi teknikal serta pihak industri juga telah menjalankan Kajian Analisa Beban dan Kapasiti Tampungan bagi kawasan Pasir Gudang dan laporan awal telahpun siap dan sebentar tadi telahpun dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Johor.
Kajian ini juga telah dibentangkan kepada semua kementerian dan agensi yang berkaitan pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 17 Oktober 2019. Matlamat kajian ini adalah bagi:

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

i. Memberikan maklumat berkaitan senario beban pencemaran di Pasir Gudang melalui analisis permodelan (mathematical modelling and simulation);
ii. Memberi cadangan jangka masa panjang kepada kerajaan yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan bagi memperbaiki situasi di kawasan perindustrian Pasir Gudang secara keseluruhanya; serta
iii. Mencadangkan pelan pelaksanaan berkaitan zon penampan yang selamat di kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Pelaksanaan cadangan kajian ini akan dipantau melalui mesyuarat pemantauan secara berkala (sekurang-kurangnya sekali setiap suku) yang akan dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri untuk peringkat perseketuan dan Menteri Besar untuk peringkat negeri.

PENGAWASAN AERIAL SURVEILLANCE MENGGUNAKAN DRONE DI SEKITAR PASIR GUDANG

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

1. Jabatan Alam Sekitar telah melangkah setapak lagi dalam menjalankan penguatkuasaan dengan kaedah pengawasan aerial surveillance iaitu pemantauan menggunakan drone.
2. Pemantauan dengan menggunakan drone ini akan sentiasa dijalankan bagi membantu kerja-kerja penguatkuasaan yang lebih cekap dan sistematik.
3. Pemantauan menggunakan drone dijangka akan membolehkan tugas penguatkuasaan dijalankan dengan lebih cepat, terutamanya di kawasan-kawasan yang sukar dimasuki oleh kenderaan.
4. Pemantauan menggunakan drone juga tertumpu pada sungai-sungai di sekitar Pasir Gudang serta pelepasan asap dari industri.
5. Sebagai makluman, penerbangan drone telah dibuat pada 23 dan 24 Oktober 2019 melibatkan Kawasan Industri Tanjung Langsat yang menghasilkan pelepasan efluen ke Sungai Pelawan, Sungai Kim Kim, Sungai Kopok, Sungai Daing dan Sungai Perapat.
6. Pemantauan menyasarkan premis-premis yang menghasilkan efluen perindustrian dan pelepasan udara melibatkan kawasan seluas 252 hektar.
7. Selain itu, penerbangan drone juga telah dibuat pada 29 dan 30 Oktober 2019. Kawasan yang terlibat adalah hulu dan hilir Sungai Daing sepanjang 1.5 kilometer.
8. Penerbangan drone akan dibuat secara beterusan dari semasa ke semasa. – Roketkini.com

Kerajaan PH beri pelepasan duti import, pengurangan SST untuk kerusi keselamatan kanak-kanak

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi pelepasan duit import dan pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak lima peratus bagi kerusi keselamaan kanak-kanak (CRS). Menurut beliau, pengurangan SST daripada jumlah asal 10 peratus kepada lima peratus itu sudah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan sedang melalui proses semakan Jabatan Peguam Negara bagi tujuan pewartaan. Tambahnya, inisiatif yang diberikan kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengalakkan ibu bapa memasang CSR dalam kenderaan sebelum peraturan mewajibkannya bermula 1 Januari tahun depan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab semua pihak termasuk orang awam dan pihak swasta. “Justeru, semua pihak perlu menyokong usaha kerajaan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam. Tambah Anthony, tiada saman yang akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaannya. Menurut beliau, ia adalah sebahagian daripada usaha kementerian dalam mengambil pendekatan mendidik sebelum mengambil langkah penguatkuasaan.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Saya faham mentaliti rakyat Malaysia…kalau kita cakap tak wajib, memang takkan ada ramai yang buat (laksana). Kajian Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati hanya 30 peratus pemilik kenderaan yang pasang kerusi keselamatan kanak-kanak. “Apa yang penting kita beri kesedaran dan nasihat… kalau belum pasang (CRS), jangan saman dahulu, beri amaran dan peringatan,” katanya. Malah, beliau menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan itu bukanlah keputusan yang tergesa-gesa, tetapi telah lama disarankan MIROS sejak dua atau tiga tahun lalu. – Roketkini.com

‘Tamparan Tg Piai’ mesej pada PH untuk tunai janji manifesto

Rakyat menghantar mesej kepada kerajaan supaya menunaikan janji manifesto, demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulas kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu lalu. “Apa yang rakyat mahu lihat adalah bahawa kita kena menunaikan janji-janji yang kita telah buat. Oleh itu, saya rasa adalah penting bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang digariskan dalam manifesto pilihan raya PH. “Saya yakin kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, rakyat akan membuat penilaian sendiri, dan membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan PH,” katanya seperti dipetik Bernama.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Beliau berkata selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SME Bank Bhd, Malaysia Rail Link Sdn Bhd and China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) pada Isnin. Calon MCA, Wee Jeck Seng berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai yang dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dalam pertandingan enam penjuru. Jeck memperolehi 25,466 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 10,380 undi; calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam (1,707); calon Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (850), serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32).

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung. – Roketkini.com

Bermulanya pengakhiran atau permulaan baharu buat Pakatan Harapan

Oleh Liew Chin Tong

(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Pengerusi DAP Johor, Timbalan Menteri Pertahanan)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan DAP yang telah berusaha gigih untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini. Jasa bakti anda terhadap usaha tersebut sangat luar biasa; dan saya tahu bahawa kekalahan ini telah meruntun hati anda semua. Kekalahan besar di pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah suatu persimpangan untuk politik Malaysia. Seakan-akan suatu gempa bumi. Kita dengan rendah hati menerima kekalahan itu dan menghormati keputusan demokratik orang ramai.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin negeri parti komponen (Syed Ibrahim Syed Noh dari PKR, Aminolhuda Hassan dari Amanah, Mazlan Bujang dari Bersatu, dan saya sendiri); kita harus kembali ke meja rundingan dan mengkaji semula dasar-dasar, pendekatan dan prestasi Pakatan Harapan dan juga kerajaan. Saat yang lebih sukar kini bermula. Kita harus memahami apakah pengajaran yang didapati daripada keputusan undian kerana ia akan memberi implikasi besar kepada tindakan-tindakan selanjutnya. Setiap tindakan akan mengundang reaksi dan akibat selanjutnya.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kekalahan yang dahsyat ini akan sama ada menjadi permulaan kepada pengakhiran kerajaan Pakatan Harapan, atau memberi peluang untuk bermula semula ke arah yang lebih baik. Oleh yang demikian, majlis makan malam penghargaan ini adalah sesi pertama bagi saya dan kepimpinan negeri untuk mendengar pendapat anggota-anggota parti, pasca PRK Tanjung Piai. Kepimpinan DAP akan menjelajah negeri Johor dan seluruh negara untuk mendengar pendapat bagi merangka langkah-langkah ke hadapan. Saya percaya, kepimpinan Pakatan Harapan juga akan turut mengadakan jelajah yang sama. Saya berharap supaya jelajah oleh para pemimpin akan berhasil mendapatkan suatu bentuk tawaran baharu dan kerangka perubahan untuk dilaksanakan pada tahun 2020 bagi mengembalikan keyakinan umum.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Bahaya yang sedang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan ialah kewujudan pendapat bahawa gabungan ini tidak dapat diteruskan dan mesti ditukar secepat mungkin. Gabungan UMNO-PAS akan berhujah bahawa Muafakat Nasional, dengan MCA sebagai rakan kongsinya, adalah model yang lebih baik berbanding kerajaan sekarang, dengan memainkan antipati dalam kalangan orang Melayu terhadap DAP. Di sebalik sana, MCA pula akan terus berhujah bahawa DAP telah menjual dirinya kepada Bersatu. Bingkai perkauman sedemikian adalah berbahaya dan telah terbukti di PRK Tanjung Piai bahawa kita tewas di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu, malah jalan tengah juga boleh dikalahkan.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Kini kita harus mencari suatu tujuan bersama. Kita mesti menerima bahawa kebangkitan demokratik pada 9 Mei 2018 bererti semua orang kini merasakan mereka mempunyai hak demokratik untuk memilih siapa sahaja, dan mereka bukanlah deposit tetap siapa-siapa. Hampir semua orang adalah pengundi ‘swing’. Kita memerlukan naratif Malaysia bagi meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa mereka tidak terkepung dan diserang. Kegagalan untuk mengajukan sebuah naratif Malaysia yang jelas akan membolehkan para pempengaruh yang telah terbebas untuk membentuk pengaruh dan pendapat secara perkauman yang telah mencetuskan kemarahan melampau di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu. Semoga kita dapat memahami pengajaran yang tepat daripada kekalahan ini dan bermula semula, selain mencipta tawaran-tawaran baharu bagi kerajaan Pakatan Harapan dan juga negara. – Roketkini.com

Post-mortem ‘terperinci, serius dan jujur’ kenal pasti punca kekalahan – Dr Mahathir

Pakatan Harapan (PH) akan mengenal pasti punca kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menerusi post-mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti. Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kekalahan dengan majoriti lebih 15,000 undi itu adalah di luar jangkaan. “Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan. “Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih dari 2,000 undi,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Sabtu lepas, calon MCA, Wee Jeck Seng berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai yang dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dalam pertandingan enam penjuru. Jeck memperolehi 25,466 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 10,380 undi; calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam (1,707); calon Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (850), serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32). PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung. – Roketkini.com