Bantah usul isytihar harta: Pembangkang tak mahu Malaysia bersih dari rasuah

Semalam, Dewan Negara telah mengikut langkah Dewan Rakyat dan meluluskan usul menggesa ahli dewan tersebut untuk mengisytiharkan harta mereka dengan 34 senator yang menyokong usul berkenaan dan 23 senator membantah. Sekali lagi kita dapat lihat satu pertunjukan sikap oportunistik, tidak bertanggungjawab dan keburukan politik klepto-teokrasi yang cuba menggagalkan usaha pembinaan satu Malaysia yang Baharu yang berteraskan perpaduan, kecemerlangan, keadilan, kebebasan, dan integriti seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Pendokong klepto-teokrasi mahu negara ini kembali menjunam ke arah sebuah negara kleptokratik yang gagal dan mereka berkerja keras untuk mencapai cita-cita buruk ini dengan menanam syak wasangka dan kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kesemua senator UMNO, PAS, MCA dan MIC berkerjasama sebagai satu blok politik untuk menentang usul semalam di Dewan Negara — memberikan rakyat Malaysia peluang untuk melihat sejauh mana pendokong klepto-teokrasi ini sanggup pergi untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah negara yang bersih dan bebas daripada rasuah.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Saya fikirkan, setelah lebih daripada 14 bulan sejak daripada mereka ditendang keluar oleh rakyat Malaysia dalam pilihan raya bersejarah 9 Mei, mereka akan bertungkus-lumus untuk menjauhkan diri mereka daripada skandal 1MDB dan cuba untuk menunjukkan yang mereka menyokong idea sebuah kerajaan yang bersih dan bebas rasuah. Namun begitu, sebaliknya yang berlaku. Bukan sahaja mereka tidak menunjukkan rasa kesal langsung kerana memberikan sokongan kepada rejim kleptokratik sebelum ini, mereka kelihatan seakan-akan berbangga dengan sejarah kleptokratik mereka dengan menolak usul ini.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Pada bulan September 2018, pendokong ajaran klepto-teokrasi ini berjaya merasakan kuasa buat kali pertama dengan menolak rang undang-undang pemansuhan Akta Antiberita Tidak benar yang diluluskan oleh kerajaan kleptokratik Datuk Seri Najib Razak untuk menutup mulut pengkritik dan mereka yang berani mempersoalkan skandal 1MDB. Sebelum Barisan Nasional dihumban keluar oleh rakyat pada 9 Mei yang lepas, 1MDB dikategorikan sebagai berita palsu walaupun selalu menjadi tajuk berita akhbar antarabangsa.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pada Januari 2017, apabila saya taipkan “1MDB” dalam carian Google, saya dapat 225 ribu hasil carian dalam masa 0.42 saat. Sekarang, jika saya taipkan “1MDB” dalam carian Google, saya dapati 6.62 juta hasil carian dalam masa 0.34 saat! Itulah “berita palsu” yang dikatakan oleh pendokong klepto-teokrasi! Berapa lama lagikah pendokong klepto-teokrasi ini semua akan cuba untuk menolak agenda perubahan ke arah integriti? Mereka mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan untuk berpecah dalam beberapa bulan supaya mereka dapat mengekalkan tempat mereka dalam Dewan Negara.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Namun begitu, beberapa ahli Dewan Negara telah terjaga daripada ilusi mereka dan kini menyedari dan menerima hakikat yang kerajaan Pakatan Harapan akan terus mentadbir sepenuhnya untuk penggal ini dan boleh memenangi Pilihan raya Umum ke-15 juga. Jumlah pendukung klepto-teokrasi di dalam Dewan Negara hanya akan berkurangan dan tidak lama lagi, mereka hanya akan menjadi satu minoriti yang tidak lagi relevan! – Roketkini.com *Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Gelang Patah pada hari Selasa 23 Julai 2019.

Hanya penyokong klepto-teokrasi beria-ria mahu bersama UMNO

Hanya pendukung kleptokrasi dan klepto-teokrasi akan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa partinya tidak akan berkerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan DAP. “Soalan yang patut ditanyakan Zahid ialah siapakah yang mahu bekerjasama dengan sebuah parti yang diketuai oleh seorang presiden yang mencipta sejarah dikenakan 87 tuduhan jenayah berkaitan rasuah?

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Lebih-lebih lagi, siapa yang akan bekerjasama dengan sebuah gabungan politik yang mempunyai penasihat yang terlibat dengan skandal 1MDB, digelar kleptokrat dan menghadapi 42 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram? “Jawapannya mudah – hanya penyokong kleptokrasi dan klepto-teokrasi!” ujar Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan, hari ini.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Klepto-teokrasi adalah istilah yang digunakan Kit Siang bagi mengambarkan “doktrin politik di Malaysia yang menyalahguna Islam untuk menyokong rompakan, rasuah, tiada toleransi, ketaksuban, pembohongan dan penipuan”. Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini, dilantik menjadi penasihat Barisan Nasional baru-baru ini. Ia dilihat pemerhati politik sebagai tindakan terdesak Najib untuk mengukuhkan kedudukannya dalam blok pembangkang itu. – Roketkini.com

Tiba masa nilai semula janji manifesto PRU14

444 hari sejak pertukaran kerajaan bersejarah 9 Mei 2018, tiba masanya untuk menilai semula janji Malaysia Baharu Pakatan Harapan dan Manifesto PRU14 Pakatan Harapan. Rakyat Malaysia, termasuklah pemimpin Pakatan Harapan haruslah menyedari dan mengakui kekecewaan sejumlah besar penyokong PH yang telah mengundi untuk perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lepas, yang kini merasakan kerajaan Pakatan Harapan kini telah kembali mengikut jejak langkah kerajaan Barisan Nasional yang kita tumbangkan.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Saya percaya yang mereka sebenarnya silap, tetapi pada masa yang sama, kita mestilah boleh menyampaikan mesej dan meyakinkan mereka yang kekecewaan mereka ini adalah satu kesilapan dan kerajaan Pakatan Harapan sentiasa komited dalam memperbetulkan hala tuju negara ke arah suatu Malaysia yang baharu. Majalah The Economist, dalam edisinya yang bertarikh 18 Disember 2018, menamakan Malaysia bersama dengan Ethiopia dan Armenia sebagai tiga negara tersenarai pendek sebagai “negara yang menerima tepukan” — kerana rakyat Malaysia yang “telah memecat Perdana Menteri yang tidak dapat menjelaskan kenapa terdapatnya USD700 juta di dalam akaun banknya”.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Namun begitu, edisi terkini majalah tersebut menzahirkan kekecewaannya terhadap apa yang dilihatnya sebagai kelambatan pelaksanaan reformasi dan berkata: “Jika PH tidak berjaya membangkitkan ekonomi negara, mereka mungkin akan melihat diri mereka menjadi pembangkang semula; dan jika mereka tidak memperbaiki demokrasi Malaysia, mereka mungkin akan menjadi pembangkang untuk bergenerasi lamanya.” Malaysia kini berada di satu persimpangan, untuk mara kehadapan sebagai sebuah negara bertaraf dunia dengan polisi pembangunan negara yang inklusif yang memanfaatkan kepelbagaian budaya, kaum, agama, dan bahasa ataupun untuk mundur ke belakang, menjadi sebuah negara kleptokratik yang obses dengan politik perkauman dan agama yang memecah-belahkan perpaduan negara.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Marilah kita renung kembali pencapaian PH dalam 14 bulan yang lepas ini yang boleh dikatakan satu permulaan yang baik. Di mana PH telah membuat beberapa pelantikan yang teramat penting untuk menjayakan reformasi institusi, politik, dan demokrasi Malaysia Baharu, yang antaranya termasuklah:

Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara, menggantikan Richard Malanjum yang telah bersara pada 2 April

Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat

Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Azhar Azizan Harun ataupun yang lebih dikenali sebagai Art Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya dan Dr Azmi Sharom sebagai Timbalan Pengerusi SPR

Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara

Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia

Zulkifli Zainal Abdin sebagai Ketua Angkatan Tentera

Ismail Bakar sebagai Ketua Setiausaha Negara

Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti

Nik Azman Nik Abdul Majid sebagai Auditor-General

Tan Sri Abdul Kassim Ahmad sebagai Ketua Pengarah GIACC
Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

PH juga telah berjaya meminda perlembagaan persekutuan untuk merendahkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun walaupun usul pindaan perlembagaan untuk memulihkan taraf Sabah dan Sarawak telah gagal kerana ketiadaan sokongan dua pertiga Dewan Rakyat. RUU IPCMC yang telah lama dinantikan juga telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sesi Parlimen yang lepas, memberikan masa selama tiga bulan kepada persatuan awam untuk memberikan maklumbalas dan pendapat mereka. Kita boleh berdebat sama ada lebih banyak reformasi boleh dijalankan. 444 hari sejak pertukaran kerajaan yang bersejarah ini, kini masanya untuk Pakatan Harapan menilai semula manifesto dan janji-janji PH dalam PRU14 yang lepas.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Berikan PH ruang untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia dan mengakui, kalau ada, yang sesetengah janji yang dibuat itu adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan dan saya percaya rakyat Malaysia akan menghargai usaha ini daripada kita cuba untuk menyembunyikannya. Marilah juga kita menilai dan menyemak kembali, mana-mana janji yang kita tidak berjaya tunaikan dalam masa 100 hari atau pun dalam tahun pertama dan kita yakinkan rakyat Malaysia yang kita kini berada dalam hala tuju yang tepat untuk membina Malaysia Baharu dan 5 tunggak utama yang dijanjikan dalam Manifesto PRU14 Pakatan Harapan masih lagi menjadi panduan polisi kita.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Lima tunggak utama ini adalah:

Meringankan beban rakyat

Reformasi institusi dan politik

Menjana pembangunan yang mampan dan saksama

Pemulihan taraf Sabah dan Sarawak seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan

Mencipta satu Malaysia Baharu yang inklusif, moderat, dan dipandang tinggi di mata dunia.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Satu penilaian semula secara menyeluruh terhadap manifesto PH untuk menambah keyakinan rakyat bertambah penting dengan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun — kerana untuk memenangi hati golongan muda, kita mestilah bersikap berterus-terang dengan mereka mengenai matlamat kita untuk suatu Malaysia dimana kemakmuran dikongsi bersama sambil menggalas sokongan mereka dengan idealisme dan visi kita. – Roketkini.com Ucapan Pembukaan oleh Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen Lim Kit Siang di Simposium Ekonomi Malaysia “Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan” di Parlimen pada hari Jumaat 26 Julai 2019

Menjernihkan ‘jawi-phobia’

Timbul kegusaran sebahagian segmen masyarakat berkenaan pengenalan jawi dalam subjek Bahasa Malaysia. Kegusaran seperti persoalan sama ada tindakan memperkenalkan huruf jawi bakal menambah beban murid dalam mendalami mata pelajaran atau beban guru dalam mengajar tidak salah dibincangkan atas semangat mahukan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Akan tetapi, keadaan boleh bertukar parah sekiranya kegusaran itu berlebih-lebihan berdasarkan sangkaan buruk daripada kurangnya maklumat atau ketakutan tanpa asas jelas.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Saya merupakan bekas pelajar yang menuntut di sekolah vernakular (Cina) sejak tadika sehinggalah sekolah menengah. Saya amat menghargai mata pelajaran yang meskipun diajar dalam Bahasa Mandarin namun mengetengahkan tentang budaya masyarakat lain yang terdapat di Malaysia. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya pertama kali tahu tentang kisah asal usul Minangkabau (walaupun nenek saya merupakan orang Minang) dalam teks Bahasa Mandarin. Semangat bersedia belajar pelbagai budaya yang diterapkan oleh sekolah vernakular ini sepatutnya terus dihidupkan, meskipun dalam soal melibatkan pengenalan huruf jawi.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan tulisan Rumi dan tiada halangan untuk menggunakan tulisan jawi dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Namun atas sebab praktikal dan keseragaman, kita jarang sekali menggunakan tulisan jawi. Ramai yang kurang memahami bahawa tulisan jawi adalah salah satu bentuk tulisan yang digunakan oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura sebelum merdeka. Kemudiannya, tulisan rumi diperkenalkan dan dijadikan sebagai tulisan rasmi dalam Bahasa Malaysia. Sekitar tahun 80-an, tulisan jawi turut pernah terkandung dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Malaysia.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Jika diteliti sejarah tulisan jawi, ia sememangnya berasal dari tulisan Arab akan tetapi tidaklah ianya diambil secara bulat-bulat. Sebaliknya terdapat beberapa penyesuaian agar menepati Bahasa Melayu. Terdapat huruf-huruf seperti ‘pa’, ‘nya’, ‘nga’ dan beberapa yang lain tidak terdapat di dalam tulisan Arab. Bagi mereka yang tidak pernah kenal akan tulisan jawi bolehlah membayangkan mana-mana teks Bahasa Malaysia yang dibaca dalam tulisan Rumi, jika ditukarkan kepada tulisan Jawi tetaplah membawa bunyi dan maksud yang sama. Ia bukanlah satu bahasa yang seluruhnya baru, sebaliknya hanya satu bentuk tulisan yang merupakan sebahagian daripada sejarah Bahasa Malaysia itu sendiri.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Pada satu ketika semasa tulisan jawi masih digunakan, kita boleh lihat bahawa ia telah digunakan oleh etnik-etnik selain Melayu terutamanya dalam mengiklankan perniagaan mereka. Malah kita boleh jumpa iklan minuman bir dalam tulisan jawi! Maka tidak keterlaluan juga untuk menyatakan bahawa tulisan jawi ini sebenarnya adalah satu warisan seni dan tulisan Malaysia yang unik. Jika ada mana-mana pihak cuba menggambarkan tulisan jawi ini adalah hak mutlak kaum atau agama mereka, yang bersalah adalah mereka dan bukannya tulisan jawi.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Pengenalan 6 muka surat mengenai tulisan jawi adalah semata-mata suatu pengenalan mengenai sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi sebagai skrip tulisan. Seperti mana kita belajar mengenai tamadun awal Asia Tenggara di dalam subjek sejarah, begitulah kita belajar sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi, yang sebenarnya masih digunakan pada hari ini meskipun tidak meluas seperti dulu.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Jika kita lihat 6 muka surat yang melibatkan pengenalan tulisan jawi ini daripada segi kaca mata pendidikan, jelas bahawa tujuannya bukan untuk penguasaan tulisan jawi. 6 muka surat itu tidak mencukupi untuk membolehkan mana-mana pelajar untuk memahami apatah lagi menguasai tulisan jawi. Pengenalan itu hanya sekadar modul sampingan subjek Bahasa Malaysia yang melibatkan unsur sejarah dan seni semata-mata. Tiada berlebihan dan mungkin juga sesuai untuk mengatakan ia lebih kepada pengenalan seni tulisan khat dan bukan penguasaan ejaan jawi sebenarnya.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Malah pengenalan jawi ini tidak langsung bertujuan untuk menguji pelajar dalam peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM, apatah lagi memaksa para pelajar untuk menguasai tulisan jawi sepenuhnya seperti yang telah diterangkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan. Jika kita memahami apakah itu tulisan jawi dengan hati yang lapang, sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan baik pelajar Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan. Jawi-phobia yang hanyalah berdasarkan sentimen yang telah meletus luar dari kenyataan realiti sebenar. Sewajarnya kita meraikan kepelbagaian dalam silibus pendidikan agar rakyat Malaysia mengetahui kemajmukan rakyat kita dan keunikannya. Selain mengetahui asal dan sejarah perkembangan bahasa Malaysia

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Saya mengajak rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada sebarang bentuk ketakutan yang tidak rasional. Tidak kiralah ketakutan tidak rasional pada lambang salib atau pun ketakutan tidak rasional terhadap tulisan jawi. Keharmonian hanya dapat dicapai sekiranya kita bersedia untuk mengendurkan keresahan kita dan saling belajar dan memahami. – Roketkini.com *Edry Faizal adalah Ahli Dewan Negeri DUN Dusun Tua merangkap Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan. Beliau juga merupakan bekas pelajar SRJK (C) Lai Meng dan SMJK (C) Confucian.

‘Saya pernah pelajari sendiri tulisan jawi ketika ditahan ISA’ – Kit Siang

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah mempelajari sendiri tulisan Jawi semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1969. Katanya, usaha beliau mempelajari tulisan tersebut tidak menjadikan beliau “kurang Cina” sebaliknya mengukuhkan jati dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia. “Soalan lain yang mungkin akan ditanya sama ada seseorang yang mempelajari jawi itu mengkhianati kaum, bahasa dan budaya Cina.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Bagi saya, jawapannya tidak,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dalam wawancara bersama portal Malaysiakini, semalam, menegaskan langkah kementerian itu memperkenal tulisan khat dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 bukan bertujuan mewujudkan proses Islamisasi di sekolah vernakular. Katanya lagi, masyarakat tidak harus melihat pengenalan Jawi sebagai suatu bentuk asimilasi budaya sebaliknya sebagai usaha untuk mengenali warisan dan identiti negara. Tambah Maszlee, kerajaan tidak mengarahkan pembelajaran tulisan Jawi secara menyeluruh, malah ia turut tidak dimasukkan dalam mana-mana peperiksaan.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Mengulas lanjut, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar berkata, beliau sentiasa menyokong integrasi, namun berpandangan terdapat kaedah pembentukan negara yang lebih baik iaitu masyarakat majmuk hidup bersebelahan tetapi berasingan di bawah satu sistem politik yang sama. Tambahnya lagi, beliau tidak bersetuju jika masyarakat majmuk di negara ini terperuk dalam kelompok masing-masing, sebaliknya menegaskan bahawa mereka perlu saling berinteraksi, mempelajari, menghargai dan menerima hakikat bahawa Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum. – Roketkini.com

Gabungan boleh menang, terbina atas kekuatan lapangan pertengahan

Politik identiti, terutamanya melibatkan kaum dan agama, adalah suatu daya yang kuat, sepertimana yang dapat kita lihat dalam fenomena Trump di Amerika Syarikat; dan juga di Malaysia, sebagaimana yang diketahui umum. Adakah Pakatan Harapan mampu menang dalam pilihan raya akan datang, dengan berhadapan gabungan PAS-Umno yang menunggang rasa tidak percaya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan, selain terhakisnya kepercayaan dan sokongan warga bukan-Melayu?

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pada saat-saat yang baik, terutamanya ketika ekonomi rancak berkembang, Pakatan Harapan berada di kedudukan tengah yang paling baik untuk memenangi sokongan warga Melayu dan bukan-Melayu. Dalam keadaan itu, gabungan ‘centrist’ akan memenangi golongan pertengahan kerana parti-parti pembangkang yang berasaskan kaum akan terasing di tepian. Dalam keadaan ekonomi yang buruk, sebaliknya pula yang terjadi.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Satu cabaran besar yang harus ditempuhi Pakatan Harapan ialah media massa. Walaupun setiap saluran media mengakui ia merupakan media nasional, kebanyakannya adalah berasaskan etnik. Ada antaranya yang tidak kisah meniup api keresahan perkauman demi mendapatkan untung mudah, atau kerana agenda tersembunyi untuk melihat berakhirnya pentadbiran PH dalam masa satu penggal sahaja.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Di tengah dominasi media berasas etnik, kelihatan juga kurangnya wartawan yang dilatih secara profesional untuk membuat liputan wacana polisi awam secara lebih mendalam, melampaui sudut pandang etnik. Kita memerlukan ‘media baharu’ yang membincangkan polisi awam bukan dari sudut pandang perkauman, tetapi dari sudut pandang warga Malaysia. Bahasa tidak menjadi masalah, akhbar tersebut boleh jadi dalam bahasa Tamil atau Iban tetapi ia mengambil sudut pandang nasional, ketimbang menggunakan kantan perkauman sempit.

Lapangan pertengahan

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Pertambahan sehingga 7.9 juta pemilih baharu di Malaysia menjelang 2023 kepada senarai asal 14.9 juta pengundi berdaftar pada tahun 2018 membuka lebih banyak peluang kepada Pakatan Harapan untuk membina sebuah gabungan boleh menang di lapangan pertengahan. Kita seharusnya memiliki wawasan yang jauh melampaui identiti Melayu atau bukan-Melayu. Kita memerlukan sebuah wawasan ala Wawasan 2020 untuk menyatupadukan semua pihak. Ia telah berjaya pada sekitar 90-an atas sebab sifatnya yang merangkum dan mendakapi semua, selain juga ekoran kerancakan ekonomi melampaui impian ramai dalam tempoh yang begitu singkat antara 1989 dan 1994 setelah melalui saat-saat sukar pada 1985-1988. Ekonomi kemudiannya terlebih aktif dan gelembungnya meletus ekoran Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1997.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Bagi mana-mana perkumpulan politik yang mahu menang dari lapangan tengah, kita harus dengan tulus hati mengiktiraf bahawa rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Majoriti rakyat Malaysia, meski datang daripada latar budaya yang berbeza, berkongsi aspirasi yang serupa. Kita semua berharapkan pekerjaan yang baik dengan gaji yang berpadanan. Kita mahu perniagaan kita maju. Kita mahukan pendidikan yang baik untuk generasi akan datang. Manakala generasi akan datang pula mahukan kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Kita juga bercita-cita besar untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik di bandar dan desa; serta di rumah milik kita sendiri, dengan pengangkutan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Kita ingin merasa selamat dalam semua semua segi, termasuklah merasa bebas daripada segala jenayah dan peperangan, serta terhindar daripada sebarang kerosakan alam sekitar.

Pekerjaan dan gaji

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Bagi Pakatan Harapan, kemenangan dalam pilihan raya akan datang bukan sekadar soal mengekalkan kuasa, tetapi soal melindungi demokrasi untuk rakyat Malaysia, daripada mereka yang beroleh keuntungan daripada sentimen kaum dan agama, serta para pelampau yang suka membesarkan hal-hal kecil. Kerajaan mesti jauh terkedepan mengubah terma-terma perbahasan dasar secara besar-besaran secepat mungkin bagi penambahbaikan yang drastik.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Ini bererti kerajaan – menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha setiap kementerian dan penjawat awam senior – harus bekerjasama untuk menumpukan kepada usaha mencipta peluang pekerjaan yang membayar gaji setimpal untuk rakyat Malaysia. Gaji di Malaysia sudah membeku sepanjang dua dekad lampau, yang kini membawa kepada keresahan tentang tingginya kos sara hidup. Gaji rakyat Malaysia tidak ditetapkan di Malaysia. Ia bahkan ditetapkan di Bangladesh dan Singapura. Apa maksud saya kata begini?

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kita mengimport beberapa juta buruh tidak terlatih dengan gaji rendah dari Bangladesh untuk bekerja di Malaysia, sementara setengah juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura dalam bidang-bidang yang membayar gaji kurang SGD2,000 sebulan. Tidak termasuk rakyat Malaysia yang terus menetap di Australia dan New Zealand bekerja mengutip buah serta menjadi buruh binaan; tidak termasuk mereka yang bekerja secara haram di Seoul, Korea Selatan. Ekonomi Bangladesh sedang berkembang pesat. Pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus, dan dividen demografi yang besar, akan tiba masanya tiada warga Bangladesh yang mahu bekerja sebagai buruh murah di Malaysia, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Malaysia sebagai sebuah masyarakat dan negara perlu berkira-kira untuk menyusun sektor kerja bawahan yang menuntut bekalan buruh yang ramai untuk melabur di Bangladesh, sepertimana China kini memindahkan kesemua sektor bawahannya ke luar negara. Mereka yang menerima gaji SGD2,000 sebulan pula tidak berniat untuk menyamakan kedudukan gaji mereka. Jika mereka dibayar dua-pertiga gaji yang mereka terima di Singapura, saya pasti dua-pertiga daripada mereka akan pulang bekerja di tanah air dan menyumbang kepada ekonomi negara.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Demi memajukan ekonomi negara, kita perlu mencipta pekerjaan mahir dan separa mahir yang membayar gaji RM4,000 ke atas. Pun begitu saya mesti menyebut bahawa saya tidak mencadangkan kenaikan gaji secara dibuat-buat. Apa yang saya cadangkan ialah dengan menggurangkan bekalan buruh asing tidak mahir sambil membantu industri secara besar-besar untuk mengautomasi dan menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0, kita boleh menukarkan tiga pekerjaan yang membayar RM1,500 kepada seorang warga Bangladesh menjadi satu pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang membayar RM4,000 ke atas. Dengan cara demikian, kedua-dua industri dan negara dapat beroleh manfaat daripada kemajuan produktiviti yang tinggi di setiap peringkat.

Buruh asing

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Untuk buruh asing tidak terlatih, kita memerlukan suatu rancangan 10 tahun dengan aturan yang jelas. Kebanyakan negara selalunya sangat cerewet dalam membenarkan buruh asing tidak terlatih dalam bidang perkhidmatan mereka. Seboleh mungkin, peluang kerja-kerja perkhidmatan wajar diisi oleh warga Malaysia. Pembuatan boleh dijalankan secara automasi, sekiranya diberi insentif yang betul. Pembinaan juga boleh menjadi sektor yang menyediakan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia dengan bertukar kepada sistem pembinaan perindustrian. Juga, dengan insentif yang tepat. Pertanian dan perladangan hadir di akhir urutan, kerana hakikatnya sektor ini adalah yang paling sukar untuk diautomasi.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Persoalan aspirasi bersama yang lain, seperti mobiliti sosial, kualiti kehidupan dan keselamatan dalam tulisan akan datang. Cukup sekadar saya katakan bahawa untuk melawan politik identiti, kita harus mempunyai identiti Malaysia yang lebih kuat, yang menyatupadukan kita semua untuk melihat seluruh rakyat Malaysia sebenarnya berkongsi aspirasi sejagat, yang boleh direalisasikan sebuah kerajaan aktivis dengan dasar-dasar yang masuk akal dari segi ekonomi dan politik sekaligus.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Kalau ini boleh dilakukan, kita mempunyai sebuah gabungan yang kuat dan kukuh di lapangan pertengahan, sesuatu yang mahu dicapai oleh ‘Kemakmuran Bersama 2030’. – Roketkini.com Artikel ini merupakan terjemahan kolum Bahasa Inggeris Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong. (https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/08/510070/winning-coalition-built-strength-middle-ground)

Mengapa Malaysian Malaysia?

Malaysian Malaysia atau Malaysia milik rakyat Malaysia adalah prinsip asas Parti Tindakan Demokratik (DAP). Ia bererti DAP menolak ketuanan kaum atau racial supremacy. Ia bermakna DAP menolak dasar dan amalan yang hanya mengutamakan sesuatu kaum, agama atau gender, serta mengabaikan yang lain, kerana itu adalah diskriminasi. Ia tidak bermakna DAP menolak hak sah mana-mana kaum atau agama. Sebaliknya, DAP meraikan kepelbagaian kaum dan agama yang menjadi asas utama pembentukan Malaysia, sejak Malaya merdeka pada 1957 kepada pembentukan Malaysia pada 1963, dan kekal hingga ke hari ini. DAP akur dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Kebebasan, keadilan, kesaksamaan, muhibah dan solidariti. Itulah intipati Malaysian Malaysia, iaitu ia bukan milik sekumpulan elit kleptokrat, bukan segelintir pemuka agama, bukan segolongan demagog kaum. Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia, termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau, Bidayuh, Murut, Bajau, Orang Ulu dan sesiapa sahaja yang menjadi warganegara Malaysia. Ideologi DAP adalah sosial demokrasi, iaitu fahaman yang berevolusi daripada sosialisme demokratik, yakni sosialisme yang menolak komunisme dan menerima jalan Parlimen. Maksudnya sosial demokrasi menerima pasaran tetapi membolehkan campur tangan kerajaan bagi memastikan hak pekerja dan pengguna serta warga sentiasa dilindungi dan diutamakan. Ini juga merupakan asas Malaysian Malaysia.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Setahun selepas DAP ditubuhkan, ia mengumumkan Perisytiharan Setapak pada 1967 yang antara lain menegaskan bahawa: “DAP komited kepada idealisme sebuah negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis, berdasarkan kepada prinsip-prinsip keadilan kaum serta kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan kepada institusi demokrasi berparlimen.“Kami percaya bahawa usaha boleh digerakkan untuk mendapat sokongan majoriti besar rakyat pelbagai kaum di Malaysia untuk mencapai tujuan ini, dan kami akan menganggapnya sebagai matlamat utama untuk menggerakkan sokongan tersebut… “Kami mengulangi pendirian bahawa DAP mahu dipimpin oleh perspektif dan aspirasi rakyat Malaysia. Kami tidak akan membiarkan diri kami dipesongkan daripada jalan pilihan ini sama ada oleh golongan kanan reaksioner dan perkauman, atau golongan kiri anti-Malaysia yang dipengaruhi anasir asing. Kami juga tidak akan membenarkan mana-mana satu daripada kedua-dua kumpulan ini untuk memanipulasi diri kami.”

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Daripada asas-asas ini, DAP pada awal era penubuhannya menggariskan matlamat perjuangan yang antara lain bercita-cita untuk:

Berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak sosialisme demokratik di Malaysia;
Memaju dan melindungi kekuatan dan kemerdekaan negara Malaysia;
Memelihara negara Malaysia yang demokratik berasaskan hak mengundi dewasa sejagat rakyat Malaysia;
Menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada; menubuhkan satu susunan ekonomi yang memberikan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat dan pulangan ekonomi setimpal dengan usaha dan kemahiran mereka; memastikan kehidupan yang memuaskan dan keselamatan sosial kepada golongan tua dan kurang upaya; dan
Menyemai semangat perpaduan negara, bermaruah dan berdikari di kalangan rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka dengan perasaan untuk berikhtiar dalam mewujudkan satu masyarakat yang makmur, stabil dan saksama.
Jelas bahawa inilah pegangan DAP sejak lebih 50 tahun lalu. Tiada bersifat buruk atau berniat jahat, semata-mata berjuang atas dasar solidariti rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama. Semuanya diperjuangkan demi Malaysia, dan bukan untuk unsur-unsur lain yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Mengapa DAP diserang hebat?

Sejak 1966 hingga 2008, DAP sering menjadi momokan UMNO dan sekutu-sekutu perkaumannya. Ia biasanya dipinggirkan ke sudut politik kaum Cina; dengan membiarkan MCA menyerangnya habis-habisan untuk menjadikannya gelanggang Cina melawan Cina. Mengapa begitu? Untuk memastikan ideologi dan amalan DAP tidak dapat menembusi minda dan hati Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kerana jika idea DAP diterima oleh Melayu dan Bumputera, kemungkinan besar politik kaum dan keagamaan sempit tidak akan relevan lagi. Ini adalah kerana sosial demokrasi bakal memenuhi keperluan sosial dan ekonomi rakyat.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Yang akan menjadi keutamaan, tumpuan dan pemberian sosial demokrasi adalah keperluan rakyat, dan bukannya mengikut warna kulit atau anutan agama. Itulah keadilan atau fairness, dan prinsip keadilan ini juga menjadi dasar semua agama termasuk Islam. Malah Islam sendiri menolak kezaliman serta diskriminasi kaum dan agama. Selepas pilihanraya umum 2008 yang membangkitkan pengaruh pembangkang, pelbagai fitnah dilemparkan terhadap DAP hingga ke saat ini. Semuanya dilakukan untuk memastikan orang Melayu dan Bumiputera takut dan benci terhadap DAP. Mereka tidak rela melihat DAP melaksanakan amalan demokrasi dan membuka peluang-peluang ekonomi untuk semua pihak, termasuk golongan Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan rendah dan miskin di seluruh negara.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Pengakuan Mahathir

Musuh lama DAP, iaitu Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sibuk berkempen untuk DAP. Tanpa mendapat liputan daripada media arus perdana, Mahathir serta kepimpinan Bersatu bersama Pakatan Harapan giat berceramah dan member penerangan tentang DAP di bandar dan luar bandar seluruh Semenanjung dengan kehadiran ribuan orang. Dalam beberapa ceramah dan sidang medianya, bekas Perdana Menteri itu tidak malu untuk mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang sengaja memburuk-burukkan DAP pada suatu masa dahulu.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Saya sendiri sedikit sebanyak menyumbang kepada reputasi buruk DAP. Saya menggambarkannya sebagai sebuah parti jahat yang mahu menguasai Malaysia dan tidak mengambil berat tentang nasib orang Melayu,” katanya, menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya dahulu merupakan amalan biasa dalam kempen politik. Kini giliran Perdana Menteri Najib Razak pula mengulangi fitnah lama tentang DAP. Sama ada Mahathir ikhlas atau sekadar kepentingan politik semasa, hanya beliau sendiri yang tahu. Bagi DAP, kerjasama politik adalah demi rakyat Malaysia semata-mata. Jika satu hari nanti Mahathir atau sesiapa sahaja rakan politik masakini mahu kembali kepada retorik lama mereka, ia tidak akan menjejaskan DAP yang tetap berpegang kepada prinsip Malaysian Malaysia.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

PAS membela DAP

Sewaktu era Pakatan Rakyat di mana DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR sepanjang 2008 – 2013, kesemua parti komponen bersatu untuk mempertahankan antara satu sama lain, walaupun sesekali berlaku percanggahan dan perbezaan pendapat. Pada April 2013, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama bagi menghadapi PRU ke-13. Kenyataan tersebut antara lain menyatakan bahawa: “Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat 5% sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan,kebenaran, intergriti dan demokrasi untuk semua.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Oleh itu, Manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau tidak menolak hak mana mana bangsa, agama ataupun jantina. Marilah kita bersatu melawan kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam Negara yang berlarutan lebih 50 tahun.”

Ada orang DAP keliru

Malangnya, masih ada segelintir orang DAP sendiri yang keliru tentang Malaysian Malaysia. Mungkin tanpa sedar mereka juga telah dipengaruhi propaganda UMNO dan BN, biasanya yang dihamburkan oleh MCA dan Gerakan. Mungkin kerana hampir semua akhbar berbahasa Cina kini dikuasai BN. Pada Februari lalu, empat pemimpin DAP Melaka keluar parti. Mereka memberi alasan tidak puas hati kerana DAP kini bekerjasama dengan Mahathir, dan marah dengan kerjasama DAP – PAS sewaktu era Pakatan Rakyat.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Memang ganjil tindakan mereka kerana mereka tidak menyuarakan apa-apa bantahan sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat, malah sanggup bekerjasama dan berkempen bersama dengan PAS sepanjang tempoh tersebut. Tidak cukup dengan itu, semalam (12 Mac 2017) lebih 100 ahli akar umbi DAP Melaka mengumumkan keluar parti. Portal berita Malaysiakini.com memetik bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang, sebagai berkata tindakan mereka adalah kerana DAP “menyimpang daripada prinsip Malaysian Malaysia”, dan “menjual maruah Cina”.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Bagi golongan ini, Malaysian Malaysia adalah “maruah Cina”. Nampaknya mereka keliru dengan asas dan prinsip Malaysian Malaysia. Mereka mungkin tidak sedar alasan seperti inilah menyebabkan ada kalangan rakyat Malaysia yang menganggap DAP adalah parti untuk orang Cina, seolah-olah sama seperti MCA. Walau apa pun, sesiapa sahaja berhak mempertahan atau mengkritik prinsip Malaysian Malaysia asalkan faham apa itu Malaysian Malaysia. Jika sekadar mahu mengutuk atau memutarbelit tanpa memahaminya, atau pura-pura tidak faham, maka itu hanya fitnah. Dan fitnah amat buruk akibatnya. – Roketkini.com

MoF: Proses tuntutan mySalam mudah dan jelas

Seperti diumumkan terdahulu, skim mySalam tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana syarikat insurans swasta. Semua premium yang dibayar Kerajaan, jika tidak digunakan sebagai tuntutan oleh penerima manfaat, akan dibayar balik kepada Tabung Amanah mySalam. Harus ditekankan semula bahawa tiada unsur keuntungan bagi Great Eastern Holdings mahupun Great Eastern Takaful Berhad (GETB) melalui skim mySalam. Oleh itu, tiada insentif untuk GETB sebagai pengurus takaful mySalam untuk tidak mengeluarkan bayaran bagi mana-mana tuntutan yang layak.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Proses tuntutan untuk mySalam mudah dan jelas. Seorang pesakit yang telah disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal di hospital kerajaan, universiti atau tentera di Malaysia boleh menghantarkan laporan perubatan kepada mySalam untuk layak mendapatkan manfaat wang sebanyak RM8,000. Kes yang disebarkan baru-baru ini tentang tuntutan penyakit kritikal yang telah ditolak daripada seorang pemandu lori berusia 48 tahun dengan kanser kolon tahap 4 adalah kerana beliau tidak menghantar salinan laporan perubatan daripada seorang doktor hospital kerajaan. GETB bersedia untuk membantu proses rayuan beliau untuk mendapat faedah penyakit kritikal sebanyak RM8,000.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Maklumat berkenaan mySalam termasuk syarat-syarat kelayakan boleh dicapai dengan mudah secara atas talian di https://www.mysalam.com.my/ Selain itu, mySalam bersama organisasi-organisasi berkaitan juga sedang mengadakan program publisiti dan media, jerayawara dan sesi kesedaran secara meluas, serta reruai-reruai pop-up di hospital-hospital kerajaan utama untuk meningkatkan jumlah penerima manfaat daripada dana ini. – Roketkini.com

Menjelang Belanjawan 2020: Fokuskan usaha mensejahterakan penduduk bandar

Berdasarkan anggaran Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, populasi bandar di Malaysia akan bertambah kepada 25.9 juta orang atau 76.6 peratus pada tahun 2020. Ramai akan beralih ke kawasan bandar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan. Untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, bandar-bandar di Malaysia perlu bersedia menyediakan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat menjelang tahun 2020.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Hakikatnya, kebanyakan bandar di Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran seperti kemiskinan bandar, masalah pengangkutan awam dan kekurangan rumah mampu milik. Maka, belanjawan 2020 perlu memberi fokus kepada kesejahteraan bandar bagi membela nasib hidup warga kota yang kian terbeban dengan cabaran ekonomi global yang tidak menentu pada tahun 2020.

Kemiskinan bandar perlu ditangani

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Jabatan Perangkaan pada tahun 2017 meletakkan gaji bulanan median di bandar sebanyak RM2,260 sebulan berbanding RM1,400 di luar bandar. Meskipun gaji bulanan median di bandar lebih tinggi, hakikatnya, majoriti isi rumah di bandar berpendapatan kurang daripada gaji bulanan median tersebut, dibawah RM 3,000. Kajian Bank Negara mendapati 27% isi rumah di Kuala Lumpur memperolehi pendapatan dibawah kadar gaji kehidupan benar, iaitu sebanyak RM2,700. Perkara Ini menunjukkan gaji mereka di bandar masih rendah dan tidak sepadan dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Ramai warga kota telah beralih kepada ekonomi ‘gig’ untuk menambah sumber pendapatan. Ekonomi ‘gig’ terdiri daripada mereka bekerja sendiri dalam menyediakan perkhidmatan secara separuh masa atau freelancer. Perkembangan teknologi seperti capaian internet yang tinggi di bandar telah membantu ekonomi ‘gig’ berkembang. Laporan Bank Dunia menunjukkan mereka terlibat dalam ekonomi ‘gig’ di bandar-bandar Malaysia telah meningkat dari 11% pada tahun 2010 kepada 15% pada tahun 2017. Meskipun ekonomi ‘gig’ boleh menambah pendapatan mereka, tetapi ia tidak dapat menampung kestabilan hidup di bandar. Mengapa?

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Kadar gaji yang diperolehi mereka bekerja sendiri atau dalam ekonomi ‘gig’ tidak menentu dan masih rendah, tidak mempunyai jaringan keselamatan sosial seperti KWSP dan insuran keselamatan. Hal ini menambahkan lagi jurang ketidaksamarataan dan kemiskinan bandar pada tahap yang serius. Maka, bagaimana pekerja ini dapat menampung kestabilan hidup di bandar sekiranya pendapatan mereka tidak stabil dan masih rendah? Oleh itu, Belanjawan 2020 perlu menyediakan dasar menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji yang stabil di bandar.

Naik taraf kecekapan pengangkutan awam

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pengangkutan awam disediakan bagi mengurangkan perbelanjaan pengangkutan warga kota. Malangnya, pengangkutan awam di Malaysia masih menjadi pilihan ‘kedua’ warga kota kerana kelemahan perkhidmatan yang sentiasa tergendala dan tidak cekap. Oleh itu, mereka mencari kenderaan alternatif seperti motosikal ke tempat kerja. Mengapa? Kos menunggang motosikal lebih murah berbanding pengangkutan awam. Penunggang motosikal dianggarkan perlu membayar RM 30 sebulan untuk membayar duit petrol berbanding kos menggunakan pengangkutan awam yang boleh mencecah lebih RM 100 sebulan.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Faktor ini telah menarik pekerja di bandar menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, ditambah pula dengan bantuan subsidi petrol yang murah dari kerajaan. Bagi mereka, motosikal mampu mengatasi masalah kesesakan lebuh raya, bukan pengangkutan awam. Trend ini akan menyebabkan jumlah kenderaan di bandar bertambah dan akan meningkatkan kesesakan lalu lintas. Kerajaan pula terpaksa menanggung beban untuk membina jalan raya dan tempat letak kereta berbanding menaik taraf pengangkutan awam di bandar.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Bagi mengatasi masalah ini, bantuan pas bulanan pengangkutan awam, seperti My50, perlu diperluaskan kepada golongan berpendapatan rendah untuk memudahkan pergerakan mereka di bandar. Kerajaan perlu menaik taraf pengangkutan awam, seperti menambah bilangan bas di bandar utama di Malaysia bagi memudahkan mereka bergerak ke tempat kerja dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan sendiri.

Menyediakan rumah mampu milik di Bandar

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2018 melaporkan migrasi dari bandar ke bandar lebih tinggi, iaitu sebanyak 66.9 peratus berbanding berbanding luar bandar ke bandar, sebanyak 19.8 peratus. Ramai pekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur kini mencari bandar yang lebih selesa untuk menjalani kehidupan seharian seperti di Nilai, Bangi, dan Kajang akibat harga rumah dan kos sara hidup di bandar yang kian mahal. Walau bagaimanapun, perkara ini amat membebankan mereka kerana terpaksa berbelanja lebih dari segi kos pengangkutan ke tempat kerja.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Kini, unit-unit kosong di bandar seperti rumah kedai dan flat lama dihuni oleh pekerja asing. Berita Harian pada 28 Julai 2019 melaporkan bahawa pendapatan bulanan pekerja asing yang bekerja sebagai tukang baiki pakaian di bandar boleh mencecah sehingga RM5,000. Maka, tidak hairanlah mereka kini boleh tinggal di sebuah unit kediaman kecil di tengah bandar beramai-ramai meskipun kadar sewa yang mahal. Langkah ini juga telah menjimatkan kos pengangkutan mereka ke tempat kerja yang terletak di sekitar bandar.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Situasi ini dapat dilihat di Kuala Lumpur, apabila kebanyakan pekerja asing tinggal di rumah kedai dan flat di Jalan Pudu dan Bukit Bintang, yang dahulunya dipenuhi pekerja tempatan, kini telah menjadi kediaman utama pekerja asing. Justeru, belanjawan 2020 harus memberi fokus untuk menyediakan rumah mampu milik di bandar kepada pekerja tempatan berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Usaha ini boleh dicapai dengan kerjasama kerajaan negeri dan tempatan dalam membuat perancangan bandar yang lebih responsif kepada keperluan warga kota.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Belanjawan 2020 perlu memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan bandar di Malaysia sebagai satu persediaan menghadapi cabaran ekonomi dan globalisasi pada masa hadapan. Tetapi, tujuan pokok dalam kesejahteraan bandar ini satu, iaitu memastikan kestabilan hidup rakyat di bandar dan tidak terperangkap dalam bebanan kos sara hidup yang melampau menjelang tahun 2020 mahupun 2030. – Roketkini.com *Artikel ini pertama kali disiarkan di astroawani.com. *Fakhrurrazi Rashid adalah Kordinator Program Research For Social Advancement (REFSA)

UMNO masih bergayut pada ranting nostalgia, naratif perkauman sempit

Melangkaui tempoh setahun pentadbiran di Putrajaya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah melaksanakan begitu banyak reformasi institusi serta membawa pelbagai dasar yang baik demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan wilayah. Pencapaian kerajaan PH dalam tempoh tersebut adalah membanggakan. Ini kerana bukan mudah untuk melaksanakan dasar dan reformasi yang menyeluruh dalam keadaan terpaksa mewarisi hutang yang besar dan kebusukan rasuah serta penyelewengan yang ditinggalkan pentadbiran UMNO terdahulu.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Namun, tekad kerajaan PH dalam membantu rakyat sering diperlekehkan pemimpin dan pengikut UMNO yang ketandusan idea dan visi. Mereka saban hari mengkritik kerajaan itu dan ini, tanpa melontarkan pandangan yang bernas demi pembangunan rakyat. Jerkahan penyokong UMNO terhadap kerajaan PH hanya kerana mereka kini kehilangan kuasa dan peluang untuk terus menjarah hasil kekayaan negara. Jika UMNO terus berkuasa tidak mustahil 1MDB dan institusi kerajaan yang lain akan terus digunakan Najib Razak untuk kepentingan peribadi dan juak-juaknya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Seperti didedahkan di mahkamah baru-baru ini, Najib telah membelanjakan RM606.51 juta untuk tempoh tiga tahun. RM600 juta saudara dan saudari bukanlah jumlah kecil, kurang RM400 juta lagi untuk genap RM1 bilion. Kita, golongan terbanyak yang menaiki kenderaan yang terikat dengan hutang bank pun masih bergelut untuk mendapatkan gaji bulanan, apatah lagi untuk membalanjakan ratusan jutaan ringgit dalam tempoh tiga tahun, tak terjangkau dek akal. Ini adalah orang yang sama diangkat Barisan Nasional sebagai penasihat mereka.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Kerana kentandusan idea dan visi untuk membangunkan rakyat terbanyak – ditambah pula kegagalan untuk menutup kebusukan rasuah pemimpin tertinggi mereka – UMNO yang meminggirkan “pemimpin-pemimpin progresif” seperti Khairy Jamaluddin, kembali menggunakan naratif perkauman dan mengulang-ulang nostalgia tentang UMNO sebelum merdeka. Tiada apa yang ditawarkan UMNO, tiada rancangan untuk rakyat, yang ada hanya slogan dan fitnah. Pemimpin UMNO saban hari memomokkan DAP kerana mereka sedar perjuangan DAP yang berdasarkan prinsip-prinsip kebebasan, peluang setara, kesaksamaan, keadilan sosial dan ekonomi, hak-hak asasi, dan berasaskan institusi demokrasi berparlimen selari dengan Perlembagaan Persekutuan akan menggugat naratif lapuk perkauman UMNO.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Rakyat semakin hari semakin sedar akan permainan perkauman UMNO. Apa yang rakyat mahukan bukanlah ratib “Ini semua salah DAP”, tetapi idea dan visi yang jelas, terangkum serta jitu berkenaan dasar yang menyentuh golongan terbanyak. Rakyat semakin hari semakin sedar bahawa kerajaan PH telah dan sedang berusaha demi kepentingan rakyat terbanyak dengan pelaksanaan pelbagai dasar dan reformasi pentadbiran bagi memastikan rasuah tidak berleluasa seperti yang berlaku ketika pentadbiran Najib Razak terdahulu.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Kerajaan PH menggubal dan melaksanakan dasar afirmatif bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan isi rumah berpendapatan terendah (B40). Antaranya, inisiatif Skim mySalam yang diperkenalkan Kementerian Kewangan bagi membantu golongan tersebut mendapat bantuan kewangan berjumlah RM8,000 sekiranya didapati menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Manakala di bandar pula, kerajaan PH menerusi Kementerian Pengangkutan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50. Inisiatif ini memberikan penjimatan yang besar kepada pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Selain itu, banyak lagi dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan PH bagi membantu golongan miskin dan sederhana mengecapi taraf kehidupuan yang lebih baik. Semua ini membuktikan tekad kerajaan PH yang sentiasa memahami denyut nadi serta suara hati rakyat terbanyak. Sementara UMNO dan kini bersama pengikut barunya, PAS semakin gembira bersama, bergayut pada ranting nostalgia dan terbuai dengan naratif perkauman dan keagamaan ciptaan mereka. – Roketkini.com