Sistem tender terbuka kerajaan PH lebih baik, kata persatuan kontraktor Bumiputera

Sistem tender terbuka yang diamalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jauh lebih baik daripada kerajaan terdahulu, kata Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff seperti dipetik Sinar Harian, semalam. Beliau menyifatkan pengagihan kontrak secara terbuka dan saringan lebih telus kerajaan PH memberi peluang yang adil kepada kontraktor di negara ini, sehinggakan tidak timbul isu kontraktor Bumiputera terpaksa gulung tikar.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

“Sekarang kontraktor hanya perlu masuk tender dan sekiranya memenuhi spesifikasi yang betul, peluang mereka untuk dapatkan projek pasti cerah. “Saya rasa mereka (kontraktor) lebih selesa dengan dasar baharu kerajaan sekarang yang mengamalkan konsep terbuka.”Banyak peluang dan projek diberikan kepada kontraktor kecil khususnya kelas G1 dan G2 di semua negeri dan daerah termasuk kawasan pedalaman,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa lebih banyak tender akan dibuka untuk dimanfaatkan semua kelas kontraktor. “Penambahbaikan yang dibuat kerajaan kini dapat memberi manfaat kepada semua kelas kontraktor apabila projek besar dipecah-pecahkan kepada kecil.“Jadi, semua kelas kontraktor dapat bahagian masing-masing mengikut kepakaran dan kemahiran yang mereka miliki,” katanya sambil menambah sistem tender terbuka juga berjaya mengekang sikap tamak sesetengah kontraktor yang mahu membolot semua projek. – Roketkini.com

Tukar agama anak bawah umur secara sepihak bertentangan Perlembagaan Persekutuan

Cadangan membolehkan kanak-kanak bawah umur menukar agama dengan kebenaran secara sepihak iaitu ibu atau bapa adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan. Menurut peguam Ramkarpal Singh, Mahkamah Persekutuan pada tahun lalu secara jelas menyatakan bahawa pertukaran agama anak yang belum mencapai umur 18 tahun memerlukan persetujuan ibu dan bapa.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Kecuali jika keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan atau berlaku pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, selagi itu undang-undang negeri terikat dengan keputusan yang sama. “Oleh itu, tidak ada gunanya untuk berbahas sebuah rang undang-undang (RUU) yang jelas tidak berpelembagaan di Dewan Negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Ramkarpal berkata demikian mengulas pandangan seorang peguam bahawa RUU pindaan enakmen negeri Selangor berkaitan penukaran agama sepihak harus dibentangkan di DUN meskipun ia bertentangan dengan keputusan mahkamah dan Perlembagaan Persekutuan. Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun tidak ada sekatan dalam membahaskan RUU tersebut, ia dilihat membazir masa kerana cadangan itu jelas tidak mengikut perlembagaan dan keputusan mahkamah. Malah, katanya lagi, ia akan mewujudkan “ketidakpastian yang tidak perlu” di Selangor jika diluluskan.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang. Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny,21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9, kepada Islam.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Menerusi 99 mukasurat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf. Tambahnya, pihaknya berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan kuasa penyeliaannya bagi memutuskan aduan yang dibuat oleh perayu terhadap tindakan pentadbiran Pendaftar Mualaf dalam mengeluarkan Sijil Perakuan Memeluk Islam itu.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Katanya, pihaknya mendapati bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004. “Seksyen ini masing-masing menetapkan seseorang mesti mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab secara jelas dan dengan kerelaan sendiri, manakala kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga. “Dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang enakmen ini, mahkamah tidak perlu untuk menyiasat prinsip undang-undang syariah atau untuk menyelesaikan isu undang-undang doktrin yang timbul daripada perkara ini.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Kami juga mendapati bahawa sijil penukaran dikeluarkan tanpa persetujuan perayu dengan demikian melanggar Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 dan 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (GIA). Sijil penukaran itu tidak sah dan mesti diketepikan. “Atas alasan yang dinyatakan di atas, kami membenarkan ketiga-tiga rayuan oleh perayu. Keputusan majoriti dan perintah Mahkamah Rayuan kini diketepikan. Kami mengesahkan keputusan ini dan perintah Mahkamah Tinggi, tanpa sebarang kos,” katanya. Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dalam kenyataan kenyataan semalam, menegaskan bahawa parti tidak akan menyokong sebarang RUU yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Sebarang cubaan untuk memperkenalkan undang-undang yang membenarkan seberang penukaran agama sebelah pihak di Selangor tidak mengikut perlembagaan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. “Mahkamah Persekutuan dalam kes M Indira Gandhi jelas memutuskan bahawa perkataan ibu bapa dalam Perlembagaan Persekutuan bermakna kedua-dua ibu bapa. “Oleh itu, hak individu bagi kedua-dua ibu bapa untuk membuat keputusan mengenai agama anak-anak mereka yang di bawah umur kini dijamin oleh perlembagaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Puchong. Katanya, Perlembagaan Persekutuan adalah tertinggi dan mengatasi mana-mana peruntukan undang-undang lain yang tidak selaras dengannya. – Roketkini.com

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Cabaran mentadbir dalam demokrasi masyarakat majmuk pasca-kebenaran

Pada 25 Julai, muka depan Sinchew Daily melaporkan bagaimana kononnya sukatan pelajaran darjah 4 tahun depan akan mengandungi enam muka surat pengenalan tentang tulisan jawi. Dengan demikian, DAP pun mendepani krisis terburuknya sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada bulan Mei 2018, yang juga tidak dinafikan merupakan salah satu krisisnya yang paling serius sepanjang sejarah 53 tahun penubuhan parti.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Apa yang menyusul kemudian ialah sebuah siri luahan emosi yang disemarakkan dengan begitu sedikit fakta, kebanyakannya diputar-belit. Ini sememangnya adalah sesuatu yang menyedarkan. Kita sekarang mentadbir dalam era pasca-kebenaran yang begitu mencabar, di samping tanggungjawab kepada negara untuk memperkukuh sebuah kerajaan yang berbilang-etnik dan berbilang-parti. Saya ingin menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin akar umbi DAP di Johor. Anda semua telah mendepani begitu banya dugaan. Ketika orang ramai menyerang DAP, anda terpaksa menanganinya secara berdepan di kedai-kedai kopi kejiranan masing-masing.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Bukannya kita tidak pernah berdepan keadaan sebegini sebelum ini. Pada tahun 2014, ‘terima kasih’ kepada Sinchew Daily dan Utusan Malaysia, DAP dituduh oleh Sinchew sebagai pengecut kerana tidak berani menyatakan pendirian terhadap PAS, yang ketika itu sekutu Pakatan Rakyat, apabila PAS dan Umno berpentas tentang persoalan hudud; di pihak yang satu lagi, Utusan pula menyerang DAP kononnya bersifat antagonis terhadap Islam. Kemudian pada tahun 2016, sekali lagi dengan isu yang digembar-gemburkan oleh Sinchew Daily, akar umbi DAP dihina apabila DAP berpadu tenaga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa yang sama, dalam lingkungan pembaca Utusan, penyokong Dr Mahathir dijadikan mainan kerana bekerjasama dengan DAP.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Ketika krisis-krisis tersebut, pemimpin DAP Johor di setiap peringkat kekal bersatu dan kita turun ke setiap satu pekan kecil di Johor dan bercakap di forum-forum kedai kopi, bagi menjelaskan kepada para penyokong tentang keputusan sukar yang mesti kita buat. Ribut perkauman yang dicipta oleh akhbar dan media sosial memang sukar ditangani. Krisis ini misalnya, seakan telah menelan semua orang sehinggakan jika sesiapa berani menghadirkan sudut pandang berbeza, orang itu akan digelar pengkhianat kepada perjuangan kaumnya. Semuanya diwarnakan hitam putih. Selebihnya dihukum sebagai pengkhianat.

Dalam hal ini, adalah Dr Mahathir atau Lim Kit Siang dikira sebagai petualang?

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Media massa sudah bebas sepenuhnya sejak perubahan kerajaan pada tahun 2018. Kerajaan baharu tidak campur tangan dalam operasi harian, walaupun kebanyakan saluran media dimiliki oleh kroni-kroni kerajaan terdahulu. Jadi kita kita sudah ada Fox News versi kita sendiri, di medan orang Melayu dan juga bukan-Melayu. Fox News di Amerika Syarikat memainkan peranan untuk menetapkan agenda dan sudut pandang. Pempengaruh media sosial pro-Trump dan tentera siber kemudiannya menari mengikut rentak yang ditetapkan dan membawa rentak itu ke ruang siber melalui aplikasi peer-to-peer seperti Whatsapp. Ilusi persetujuan; seperti ruang gema, justeru diwujudkan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Dalam senario Malaysia, di medan bukan-Melayu, kerajaan Pakatan dianggap telah dikawal dengan kuku besi Dr Mahathir. Dr Mahathir dibingkai sebagai musuh utama. Semuanya berpunca daripada Dr Mahathir. Ini semua didakwa sebagai kerajaan ketuanan Melayu. Di medan orang Melayu pula, Lim Kit Siang dan Lim Guang dibingkai sebagai musuh negara paling teruk. Semua yang berlaku dalam kerajaan diarahkan oleh mereka. Kerajaan ini digambarkan sebagai kerajaan Cina atau Kristian.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Kedua-dua persepsi tersebut adalah pastinya salah. Namun dalam sebuah dunia pasca-kebenaran, persepsi-persepsi ini diperkukuhkan sebagai kebenaran sehinggakan pemimpin politik di pelbagai peringkat dipaksa untuk mengambil pendirian yang sama, atau sekurang-kurangnya memberi reaksi positif. Sepanjang proses ini, negara diletakkan di ambang kehancuran. Hakikatnya ialah, kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan gabungan. Tiada parti mempunyai kuasa mutlak. Banyak hal mesti dibawa ke peringkat Jemaah Menteri dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk kelulusan, dan memang begitulah yang sepatutnya.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Kerajaan gabungan ini tentunya sukar sekali mahu diuruskan. Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi musuh ketat selama dua puluh tahun. Dr Mahathir dan DAP pula sudah bermusuh untuk tempoh yang lebih lama. Kita semua dalam Pakatan perlu komited untuk terus memperkukuhkan gabungan dan memastikan masyarakat yang berbilang kaum ini selamat dan sejahtera. Kita akan harus melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan situasi pasca-kebenaran ini: di mana Dr Mahathir dilabel sebagai musuh utama orang bukan-Melayu, dan Lim Kit Siang adalah musuh utama orang Melayu.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Saya menyeru anggota-anggota DAP untuk terus memperkukuhkan Pakatan Harapan. Cakap-cakap untuk meminta DAP keluar dari Pakatan hanya akan menjahanamkan segala hasil demokrasi yang telah dikecapi pada 9 Mei 2018, serta membuka ruang kepada Umno dan PAS untuk kembali memerintah. Dalam hal krisis tulisan jawi ini, semua pihak berhak menyatakan pendapat masing-masing tentang apa yang perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan. Saya hormati hak itu.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Saya cuma ada dua permintaan. Pertama, setiap kali kita berbincang, berbincanglah berdasarkan fakta, bukan auta. Sebuah negara yang berwacana berasaskan auta, akan berdepan bencana. Kedua, apa pun pandangan seseorang, ia tidak boleh berasaskan fobia terhadap tulisan Jawi. Kita tidak mahu kewujudan Jawi-fobia atau fobia terhadap tulisan Cina atau Tamil-fobia di Malaysia

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Ada beberapa fakta asas untuk dipertimbangkan.

Pertama sekali, Jawi bukanlah satu bahasa baharu (akhbar Cina menterjemah Jawi sebagai ‘wen’, suatu terma yang selalunya merujuk kepada sebuah bahasa, yang menyebabkan ramai ibu bapa Cina memberi reaksi terkejut selepas membaca laporan Sinchew kerana mereka menganggap anak-anak mereka akan dibebankan dengan suatu bahasa yang baharu). Jawi cumalah suatu sistem abjad, seperti ABC.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kedua, Jawi tidak ada kena mengena dengan agama dan tidak kait mengait dengan Islamisasi. Jawi bukanlah Bahasa Arab, dan sepertimana menulis Bahasa Melayu dalam abjad Rumi tidak menjadikan sesorang cekap dalam Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa Barat, menggunakan Jawi tidak mengajar seseorang Bahasa Arab. Sudah terlalu banyak kekeliruan tentang pembelajaran Jawi kononnya membuka gerbang limpah ke arah Islamisasi.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Ketiga, mungkin Kementerian Pendidikan seharusnya bersikap lebih konsultatif, namun idea keseluruhan cadangan ini ialah untuk memperkenalkan sejarah dan menjadikan Jawi sebagai sebahagian daripada keriangan pembelajaran supaya murid-murid mengetahui tentang sistem fonetik yang digunakan sebelum Rumi. Ia dahulunya melibatkan hanya 6 muka surat, kini dikurangkan menjadi tiga sahaja.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Sebagai penutup, marilah kita kekal bersatu sebagai sebuah pasukan yang kuat. Kita di DAP Johor telah melalui pelbagai rintangan sebelum 2018. Ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya tahu bagaimana anda semua telah menderita sejak beberapa minggu lalu ketika krisis ini bermula, malah sejak mula menyesuaikan diri menjadi kerajaan.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Hakikatnya, kita sedang mentadbir dalam sebuah persekitaran pasca-kebenaran, dan kita yang percayakan impian Malaysia harus lebih ke depan bagi memastikan tiada konfrontasi kaum berlaku. Mandat yang telah diberikan kepada kita ialah untuk mentadbir dalam sebuah kerajaan gabungan bagi menjamin demokrasi untuk seluruh rakyat Malaysia dari segenap latar dan lapis masyarakat. – Roketkini.com

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

*Ucapan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pada 11 Ogos 2019 ketika bertemu pemimpin dan anggota akar umbi DAP di Stulang, Pekan Nanas, Kulai dan Simpang Renggam

Pengenalan tulisan Jawi bukan agenda Islamisasi

DAP sentiasa mengambil pendekatan dialog dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit, sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Setiap pihak diberi ruang untuk melontarkan pandangan mahupun saranan demi mencapai kesepakatan bersama yang kemudiannya dijelaskan kepada umum. Langkah ini juga yang diambil DAP dalam meredakan polemik berkaitan isu pengenalan tulisan jawi dalam tiga muka surat buku teks mata pelajaran Bahasa Malaysia Darjah Empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

DAP merupakan parti berbilang kaum yang mempunyai keahlian daripada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dan Orang Asli. Menjadi tugas untuk DAP juga, yang kini sebahagian daripada kerajaan persekutuan, menjelaskan kepada penyokongnya mengenai sesuatu isu atau dasar yang dibawa oleh parti dan dalam konteks ini – kerajaan. Polemik pengenalan tulisan jawi ini sedikit mengusarkan masyarakat Cina dan India. Ini berlaku berikutan terdapat dakwaan bahawa ia kononnya adalah agenda Islamisasi.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Pun begitu, para cendiakawan dan ahli akademik menegaskan sebaliknya. Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Dr Mohd Faizal Musa dalam artikel bertajuk ‘Mayat Jawi yang belum dikafan dan muruku ikan Popo’ di portal berita FMT pada 8 Ogos lalu menjelaskan secara terperinci tentang asal usul jawi serta penggunaannya. Jelas Dr Faizal: “Tulisan Jawi digunakan oleh raja-raja Melayu kepada penjajah dalam surat-menyurat mereka. Malahan hikayat lama yang tepu unsur kehinduan seperti Sri Rama pun menggunakan tulisan Jawi. Hikayat Hikamat mengenai seorang Melayu masuk Kristian pun ditulis dalam Jawi. Saya menyimpan berpuluh novel dan erotika lagi lucah dekad 1940an-1960an yang ditulis dalam tulisan Jawi.”

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Dengan penjelasan itu, maka tidak seharusnya timbul dakwaan bahawa tulisan jawi adalah agenda Islamisasi. Ini kerana tulisan jawi (abjad sepertimana ABC) digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan rakyat negara ini sehinggalah kerajaan mengambil keputusan untuk menukar penggunaan tulisan jawi kepada rumi pada 1963. Penjelasan yang sama juga cuba dibawa oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berhubung polemik berkenaan. Tujuan beliau murni, iaitu untuk menjelaskan bahawa pengenalan tulisan jawi bukanlah agenda Islamisasi seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Namun, penjelasan Shu Qi disalah tafsir dan diambil di luar konteks oleh pihak yang sengaja mahu menambah dan menghidupkan lagi bara perkauman. Usaha beliau dalam menjernihkan polemik ini harus dipuji dan disokong. Mengherdik dan mencaci atas alasan contoh yang diberikan beliau itu tidak sesuai hanya akan menambahkan lagi prasangka dan curiga. Kata-kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang wajar dijadikan renungan: “Orang Cina, Melayu dan India takut satu sama lain dan hidup dalam ketakutan. Kita mesti mempunyai keyakinan untuk membina Malaysia yang hebat bersama-sama.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Kita berada dalam keadaan di mana orang Melayu takut orang Cina dan Cina takut Melayu. Dulu, DAP dituduh cuba menghancurkan orang Melayu dan sekarang DAP dituduh mengkhianati orang Cina.“Kita perlu keluar dari (perspektif) ini. Budaya kita tidak boleh hilang begitu mudah … Jika hanya tiga muka surat (pengenalan tulisan Jawi) boleh membuat budaya Cina hilang, maka saya fikir ada yang tak kena.” – Roketkini.com

Rakyat Malaysia disaran faham peranan dan pengorbanan ATM

Saya telah menulis panjang lebar tentang peranan Angkatan Tentera dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka, serta salah faham orang ramai tentang tugas ketenteraan. (https://www.liewchintong.com/2019/07/13/tentera-sebagai-pendekatan-terakhir/) Pada masa aman, Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir. Salah faham awam yang diperlihatkan melalui tulisan Koon Yew Yin (http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/) adalah amat dikesalkan. Inilah salah faham yang perlu diperbetulkan, sepertimana salah faham mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh (http://www.dailyexpress.com.my/news/137210/review-role-of-armed-forces-harris/)

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar keturunan dan kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera, untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera, dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan Angkatan Tentera demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia. – Roketkini.com *Kenyataan media Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada hari Selasa 13 Ogos 2019 di Kuala Lumpur

Rais Yatim pun mahu Zakir Naik keluar Malaysia

Pemimpin veteran negara, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan keadaan negara ini harmoni, namun berubah selepas penceramah kontroversi Zakir Naik hadir menetap di negara ini.“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum (beragama) Hindu pula dikacaunya dengan memperkecilkan mereka. “Zakir sedang berperanan bahaya batu api,” luah bekas menteri itu di laman Twitter, hari ini.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Zakir, yang dikehendaki oleh kerajaan India atas dakwaan ekstremisme dan pengubahan wang, dilihat sejak akhir-akhir ini mengeluarkan kenyataan kontroversi yang menimbulkan kegusaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Tambah Rais, hubungan Malaysia dan India juga “muram” sejak kehadiran penceramah itu ke negara ini. “Amat baik dia dipulangkan saja ke India. Kerana dia, hubungan Malaysia dan India juga muram. Kita ada banyak kerja lain lagi,” ujarnya.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Bangkit isu kontroversi Zakir Naik ke Kabinet Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran telah membangkitkan tentang kenyataannya Zakir Naik yang menimbulkan kontroversi dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.“Kami sudah menjelaskan pendirian kami iaitu tindakan harus diambil dan Zakir Naik tidak sepatutnya dibenarkan lagi untuk tinggal di Malaysia.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Perdana Menteri mengambil perhatian terhadap kebimbangan kami. Kami serahkan kepada beliau untuk mempertimbangkan pendirian itu dan untuk menentukan secepat mungkin apa yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan,” ujar mereka dalam kenyataan, hari ini. – Roketkini.com

Bukan warganegara Malaysia tak layak persoal kesetiaan anak watan

Sebagai seorang anak jati Malaysia generasi kelima, saya rasa hairan kenapa seorang ‘penumpang’ yang diburu oleh kerajaan negara asalnya boleh bermaharajalela di Malaysia setelah mengeluarkan hujah-hujah yang mempersoalkan kedudukan anak watan rakyat jati tanah air kita tercinta.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Sebagai seorang yang menagih status pemastautin tetap, Dr. Zakir Naik tidak patut melemparkan tuduhan yang tidak berasas dan berbaur prejudis terhadap rakyat Malaysia. Terkini, ucapan beliau yang mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India menunjukkan kejahilan beliau tentang perpaduan rakyat di negara ini.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Apa jenis pendakwah lah yang tergamak menanam kebencian antara agama dan keturunan, lebih-lebih lagi di negara yang memberikannya tempat tinggal dan perlindungan. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang agama dan keturunan. Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara telah sekian lama melindungi hak-hak beragama tersebut.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Tuduhan yang beliau lemparkan ini adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan. Mulanya, adalah jahil untuk beliau menghina masyarakat India di negara ini yang menurutnya lebih percaya dengan perdana menteri India berbanding Malaysia. Tidak cukup dengan itu, beliau mengumpamakan masyarakat Cina sebagai ‘tetamu’ dan perlu ‘pulang’.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Saya ingin menegaskan bahawa sebuah negara berdaulat seperti Malaysia tidak patut lagi terperangkap di dalam situasi seperti ini. Sudah tiba masanya untuk Zakir Naik pulang ke negara asalnya secara sukarela bagi menghadapi dakwaan-dakwaan terhadap beliau. Saya berharap agar beliau tidak lagi dibenarkan mengadakan sebarang syarahan dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum serta ketenteraman awam di negara ini.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Sementara beliau masih berada di sini, saya menggesa supaya pihak polis mengambil tindakan segera menyiasat percakapan Dr Zakir Naik yang jelas berniat mengganggu-gugat ketenteraman awam dengan hujah serta pendekatannya yang rasis dan menghasut.

Di sinilah kami dilahirkan,

Ke sinilah kami pulang.

Yang harus pulang namanya Zakir,

Terpulanglah jalan kaki atau naik kapal terbang.

Tetamu jahil dan perosak tetap kami usir,

Apa lagi penggigit tangan yang memberi makan. – Roketkini.com

*Kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Terima ugutan bunuh, Syahredzan buat laporan polis

Peguam Syahredzan Johan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini berhubung ugutan bunuh yang diterimanya menerusi mesej peribadi di laman sosial Facebook, semalam. Beliau percaya, ugutan itu adalah reaksi kepada kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung ucapan penceramah kontroversi Zakir Naik yang menimbulkan kemarahan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Saya buat laporan polis kerana saya telah menerima mesej yang pada saya merupakan suatu ugutan bunuh.“Saya harap ia hanyalah mesej yang didorong oleh emosi, dan bukannya berniat untuk mengapa-apakan saya, tetapi saya tetap harap pihak berkuasa akan melakukan siasatan,” katanya kepada Roketkini.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Syahredzan yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri menerima mesej ugutan berbunyi: “Kau usir Zakir Naik, aku akan cari kau sampai dapat dan aku akan pisahkan kepala babi kau tu dari badan kau. Ini sumpah kau demi agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau berani cubalah.” Terdahulu, Syahredzan dalam kenyataannya menggesa agar status penduduk tetap (PR) Zakir Naik ditarik balik selepas dia dilihat berterusan mengeluarkan “kenyataan yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum”.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Pembatalan status PR beliau bukan atas alasan kesalahan-kesalahan penggubahan wang haram yang dihadapinya di India atau dakwaan yang mengaitkannya dengan keganasan, yang kesemuanya belum dibuktikan. “Tetapi atas sebab kenyataan-kenyataannya yang memprejudiskan ketenteraman awam, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” jelas Syahredzan.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Kenyataan Zakir Naik turut mengundang kritikan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan. “Tiada tempat langsung untuk kenyataan seumpama ini, daripada sesiapa pun, apatah lagi seorang bukan warganegara,” katanya di Twitter semalam. Bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim pula mengkritik lebih keras dengan meminta agar Zakir “dipulangkan saja ke India” – Roketkini.com

Dana seni: sokongan atau kawalan kerajaan?

Seni, apa jua bentuk dan definasinya, tidak akan pupus tanpa dana kerajaan – ia akan terus hidup selagi lagu didendangakan, rangkap puisi dilantukan dan wayang gambar dimainkan. Pun begitu, perkembangan seni memerlukan dana yang mencukupi bagi melicinkan proses penciptaan sesuatu karya, apatah lagi dalam dunia moden yang mencabar pada hari ini. Namun, “dana” yang dianggap bantuan atau subsidi apabila dihubungkan dengan perkataan “kerajaan”, umumnya membawa konotasi yang negatif.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Dana kerajaan dalam bentuk bantuan dan subsidi sering dikaitkan dengan syarat sokongan politik dan garis panduan yang ketat sehingga menganggu-gugat kandungan kreativiti yang ingin dihasilkan. Ini adalah antara beban yang dibimbangi akan terpaksa dipikul para seniman tulen sekiranya ditawarkan sejumlah wang ringgit daripada kerajaan. Kartunis, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, bagaimanapun cuba menawarkan alternatif lain terhadap permasalahan tersebut. Beliau mencadangkan suatu bentuk dana bersifat sokongan yang tidak mengongkong, malah menggalakkan lagi percambahan karya seni.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Bercambah ini ertinya berbagai jalur dan juga pelbagai ekspresi dibenarkan (untuk dipersembahkan). Saya lihat, seni tumbuh banyak, tapi tak bercambah. “Contohnya, kalau semua tanam kangkung, kangkung saja. Kalau kita pergi makan di restoran, semua jual Tom Yam, tak ada jual makanan lain,” katanya selaku panelis pada forum ‘Adakah Seni Akan Pupus Tanpa Dana Kerajaan’ anjuran Roketkini di Kuala Lumpur, kelmarin.Tambah Zunar, yang 9 buah karyanya diharamkan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), lambakan dana bersifat bantuan atau subsidi dan bukannya sokongan menyebabkan percambahan seni tidak rancak dan sekaligus terbantut.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Lebih parah, katanya, situasi itu mewujudkan keterasingan antara seni dan isu-isu berkaitan masyarakat. “Akibat tak bercambah, ia (seni) gagal membawa isu-isu dalam masyarakat. Seni tidak harus berakhir di situ. Banyak isu-isu dalam masyarakat (yang perlu diangkat),” tegasnya. Turut berkongsi pandangan yang sama adalah seorang lagi panelis, Takahara Suiko yang merupakan penggiat seni muzik kontemporari dan pengasas kugiran The Venopian Solitude.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Seperti yang saudara Zunar katakan tadi, bukan soal kepupusan tetapi perkembangan seni itu sendiri – sepantas mana seni itu berkembang (dengan sokongan kerajaan),” ujarnya. Beliau turut memberi contoh kesungguhan kerajaan Korea Selatan dalam menyokong seni hiburan di negara Asia itu dengan penyaluran pelbagai bentuk dana sehingga jenama atau industri K-pop (Korean pop) berkembang dan diterima, malah mencetuskan fenomena di negara-negara Barat. “Tahun ini, Blackpink (kumpulan K-pop) perform dekat Coachella (festival seni muzik terkemuka), dan ia direalisasikan atas bantuan kerajaan Korea Selatan,” katanya.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Beliau turut berkongsi kisah kesulitan penggiat seni tempatan yang bergelut untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan mengadakan persembahan di luar negara sehingga mengakibatkan mereka terlepas peluang untuk mengembangkan pengaruh dan bakat di luar lingkungan Malaysia. “Band Couple (kugiran underground tempatan yang popular pada pertengahan tahun 90-an) dapat jemputan jelajah di US (Amerika Syarikat) selama sebulan bersama sebuah kugiran terkenal. “Apa yang diperlukan mereka cuma RM20,000 untuk tampung perbelanjaan tambang ke US untuk empat orang anggota. Tetapi apa yang menyedihkan ketika itu tidak ada bantuan kerajaan,” ujarnya.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Penggerak seni rupa, Nur Hanim Mohamed Khairuddin pula berpendapat, persoalan tentang keperluan dana untuk seni berkait rapat dengan skala pembikinan sesuatu karya yang mahu dihasilkan oleh seseorang seniman. Bagi Pengurus Besar Person Of Remarkable Talent (P.O.R.T) itu, dalam skala yang besar, dana mampu melancarkan penghasilan seni dan membawa ia ke tahap yang lebih baik. “Dalam bidang seni rupa, kalau kita sebut tentang seni kontemporari, ia bukan sekadar melukis di atas kanvas lagi, skalanya sudah besar dan bahan (material) yang digunakan terlalu canggih.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

“(Oleh itu) kosnya akan bertambah, jadi perkara-perkara ini perlu diambil kira. Dengan adanya pendanaan, maka akan membantu untuk melancarkan lagi penghasilan seni ke tahap yang lebih baik,” ujarnya. Finas gagal? Bagi pengarah filem, Al Jafree Md Yusop, kesilapan dalam pengagihan dana kepada mana-mana badan atau pembikin seni berlaku dalam suasana “pemikiran yang cetek”. Beliau memberi contoh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu, tetapi seolah-olah masih “tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri” dan terus bergantung kepada dana kerajaan. Pengarah filem Mencari Rahmat itu membandingkan badan pertubuhan filem di AS, American Film Institute (AFI) yang mampu menampung dana sendiri selepas 10 tahun bertapak.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Bila keluar duit (dana). RM100 juta bagi pada pembikin-pembikin filem untuk buat filem.“Walhal, sebenarnya, satu badan pembangunan filem mempunyai tugas yang lebih penting iaitu archiving – mengarkibkan karya-karya klasik, untuk dihayati bukan sahaja pelajar filem, malah orang ramai,” ujarnya. Beliau memberi contoh Argentina yang giat melakukan kerja-kerja pengarkiban filem klasik dan menyediakan laman sesawang khas untuk membolehkan peminat filem mengakses dan menikmati karya-karya tersebut dengan kadar bayaran yang rendah.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Tambah Al Jafree, kesilapan Finas adalah disebabkan oleh cara badan itu meletakkan kepentingannya, yang menurut beliau tidak banyak berubah meskipun selepas peralihan tampuk pentadbiran tahun lalu. “(Finas masih) tumpu kepada soal beri dana (pada pembikin filem) dan wajib tayang. “Saya rasa Finas gagal, dan selepas 2018, Finas masih gagal. “Kalau ini tidak dipandang serius, kita perlu berbuat sesuatulah. Ini satu perkembangan yang tidak sihat,” tegasnya.

Disiplin sebelum dana

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Dalam pada itu, penulis dan pengasas rumah penerbitan Obscura, Hafiz Hamzah mengakui bahawa beliau tidak pernah sekalipun menerima sebarang dana daripada kerajaan untuk menghasilkan dan menerbitkan karya-karyanya. Bagi penulis Malakalis itu, dalam konteks seorang pembikin karya sastera, sikap atau disiplin harus dibangunkan terlebih dahulu di dalam diri individu berkenaan sebelum memikirkan tentang dana. “Kalau kamu kata mahu jadi penulis, kamu harus bina disiplin terlebih dahulu sebelum meminta dana,” ujarnya.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Beliau turut menzahirkan kekecewaan terhadap pelbagai isu yang membelenggu badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang disifatkan sebagai “sia-sia” untuk diperbahaskan, dan ini juga menjadi titik tolak buat beliau mencari alternatif lain untuk menghasilkan karya sastera iaitu dengan cara menerbitkan sendiri. “Walaupun dengan kudrat kecil, dengan ketidakmampuan yang segala macam, ia tetap beri banyak kepuasan dan banyak control (kebebasan) untuk menghasilkan karya-karya yang kita mahukan,” ujarnya.

Ruang dan wang

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Forum pada malam itu turut menampilkan wakil tunggal kerajaan iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang juga merupakan seorang pencinta seni dan penulis buku kumpulan puisi “Dalam Salju Ada Bunga”. Bagi Steven, masalah yang timbul dalam bidang seni ketika ini bukan sepenuhnya tentang dana, tetapi soal kebebasan ruang untuk orang ramai dan khususnya para seniman untuk berekspresi. Beliau memberi contoh akhbar Utusan Malaysia (media milik UMNO) yang dikatakan akan dihentikan operasinya akibat kekangan kewangan.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Isunya bukan dana. Utusan Malaysia, sudah tentu menerima dana yang amat besar daripada kerajaan terdahulu. “Saya rasa isu yang lebih penting daripada dana ialah kerajaan atau pemerintah perlu memberikan ruang berekspresi. “Ruang kepada penggiat seni, kepada sasterawan untuk meluahkan buah fikiran mereka – saya rasa itu lebih penting. Memberi ruang lebih penting daripada memberi wang,” katanya. (Utusan Malaysia sering dilabel oleh pengkritik dan pemerhati politik sebagai “akhbar propaganda UMNO” yang dikawal ketat oleh pemerintah dan pasukan editorial dengan bentuk naratif yang bersifat perkauman, malah ada ketika berunsur fitnah terhadap pembangkang semasa sebelum PRU14.)

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Menyentuh mengenai inisiatif kerajaan, Steven berkata, pemberian elaun bulanan sebanyak RM5,000 kepada Sasterawan Negara merupakan suatu usaha yang baik dalam mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang seni negara ini.“Ini membuktikan bahawa kerajaan mengambil berat tentang orang sastera, orang seni,” katanya. – Roketkini.com

Kenapa TV3 tak siarkan ulasan Nie Ching dalam Bahasa Malaysia?

Seorang pemimpin DAP menegur pihak TV3 yang dilihat membuat permohonan maaf secara sambil lewa kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching tanpa menjelaskan perkara sebenar kepada penontonnya. Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata demikian merujuk permohonan maaf TV3 menerusi Buletin Utama semalam, berhubung penyiaran ulasan oleh Nie Ching dalam Bahasa Mandarin yang mengundang kritikan ramai pihak.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“TV3 tidak menjelaskan kepada penonton bahawa Nie Ching, terlebih dahulu sebenarnya, telah memberikan kenyataan dalam Bahasa Malaysia (BM),” katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah Lip Eng, kegagalan pihak TV3 merakam dan menyiarkan kenyataan Nie Ching dalam Bahasa Malaysia adalah tidak boleh diterima. “TV3 perlu menjelaskan dengan tuntas kepada orang awam dan memohon maaf dengan lebih baik kepada Nie Ching, melainkan mereka ada agenda tertentu,” katanya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Nie Ching sebelum ini menyifatkan TV3 bersifat tidak adil terhadap beliau kerana menyiarkan ulasannya dalam dalam Bahasa Mandarin sedangkan beliau turut memberikan ulasan dalam Bahasa Malaysia.Jelasnya, beliau sememangnya mengulas dalam Bahasa Malaysia sebelum diminta oleh wartawan NTV7 untuk mengulangi kenyataannya itu dalam Bahasa Mandarin. – Roketkini.com