Tegakkan Perlembagaan Persekutuan demi perpaduan nasional, kemakmuran bersama

ambutan Hari Kemerdekaan ke-62 bukan sahaja sempena tema tahun ini, iaitu “Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih”. Ia juga merupakan penetapan semula semangat Merdeka seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

DAP menyeru semua rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada negara dan menghargai jasa mereka yang telah berkorban demi kemerdekaan kita dengan menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Untuk itu, kita hanya perlu melakukan sebuah ikrar mudah untuk mengangkat perpaduan nasional berbanding perpecahan, kepelbagaian berbanding penguasaan, kebenaran berbanding fitnah, kebebasan politik berbanding penindasan, kedaulatan undang-undang berbanding arahan peribadi, kesetaraan peluang berbanding monopoli, pentadbiran bersih berbanding amalan rasuah, kemakmuran bersama berbanding kapitalisme kroni, dan perlindungan alam sekitar berbanding pencemaran.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Cabaran terbesar kita ke hadapan ialah fitnah dan pembohongan yang nyata daripada mereka yang menentang kerajaan PH, dengan menggunakan sentimen perkauman dan ekstremisme agama. Ini telah mewujudkan defisit kepercayaan di mana rakyat menjadi cenderung untuk mempercayai fitnah dan pembohongan berbanding kebenaran dan fakta. Bagi membina perpaduan nasional, kita harus membina keyakinan dan mengembalikan kepercayaan ke dalam sebuah kerajaan yang berpaksikan rakyat, yang mahu membina sebuah masa hadapan yang lebih baik demi anak-anak kita.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Rakyat tidak akan menerima sebarang keuntungan dengan mengikut jejak mereka yang menyebarkan perpecahan nasional melalui sentimen perkauman dan ekstremisme agama. Namun, negara ini bakal rugi besar jika kita gagal beri tumpuan kepada ekonomi, kos sara hidup dan kebajikan ekonomi rakyat.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Sebab inilah sesi konsultasi Belanjawan 2020 yang sedang berlangsung mengutamakan kemakmuran bersama dan ekonomi berkeusahawanan yang akan membantu rakyat Malaysia menetapkan semula kepercayaan bahawa kita hanya mampu menjadi kuat apabila kita bersama. Marilah kita menyambut Hari Kemerdekaan kita dengan memperbaharui kepercayaan kita antara satu sama lain, bahawa hanya apabila kita bersatu, kita tidak akan gagal. – Roketkini.com

*KENYATAAN HARI KEMERDEKAAN 2019 DARIPADA SETIAUSAHA AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BAGAN LIM GUAN ENG DI KUALA LUMPUR PADA 30 OGOS 2019

Tak kira bangsa, kita semua anak Malaysia

Hari Kebangsaan datang tiap-tiap tahun. Tidak terkecuali tahun ini. Namun, mengapa saban tahun meraikannya, semakin hambar ia dirasai. Seperti kelaziman yang disebut orang, kemeriahan hari raya pun saban tahun semakin kurang terasa apabila kita meningkat dewasa. Seolah-olah semua nikmat kemeriahan ini hanya ada di zaman kita kanak-kanak sahaja. Makin tua, makin hilang seronoknya.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Ini kerana pada zaman kanak-kanak kita, rakan Cina dan rakan India tidak dipanggil ‘rakan Cina’ atau ‘rakan India’. Mereka hanya kawan kelas, kawan sekampung, kawan mandi sungai, kawan panjat pokok curi buah rambutan, kawan main perang-perang dan kawan main masak-masak. Mereka kita panggil Ah Tong dan Theva, sama seperti kita memanggil Mariam dan Hasan. Kita tidak menyebut Ah Tong rakan Cina saya dan Theva rakan India kita. Mereka bukan Cina, mereka bukan India. Mereka adalah ahli keluarga. Mereka bukan sebahagian daripada Malaysia, mereka dan kitalah Malaysia itu. Perasan inilah yang semakin hilang dalam pesta kemerdekaan kita setiap tahun.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Kita sendiri yang hilangkan apa yang sebenarnya ada pada kita sejak sekian lama — kesatuan hati sebagai rakyat Malaysia tanpa warna bangsa dan perbezaan agama. Kawan saya di kampung, Piong yang bantu ayahnya di kedai basikal akan selalu tanyakan kalau-kalau kami perlu berhenti sekejap bermain perang-perang untuk tunaikan solat bila dia dengar azan berkumandang di surau. Malah Piong tidak pernah pula mainkan watak komunis kalau kami main perang-perang.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Begitu juga kalau main bola sepak di kampung. Kala selalu bermain di posisi penyerang dalam pasukan bolasepak kampung kami. Setiap kali akan ada latihan di sebelah petang, dia akan cadangkan supaya latihan dibuat selepas solat Asar. Dia hanya dikenali sebagai Kala penyerang dalam pasukan kami dan bukan ‘pemain berbangsa India’ yang bermain di posisi penyerang.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Di ambang Hari Kemerdekaan yang tinggal beberapa jam sahaja lagi, elok juga kalau kita kenang kembali bagaimana zaman kanak-kanak kita di sekolah, di kantin, di padang bola atau ketika terjun ke dalam sungai. Tiada garis bangsa atau agama yang membezakan kita waktu itu. Inilah erti kemerdekaan yang kita idamkan pada sambutan kali ke-62 tahun ini. Jika saya ada mesin masa untuk mengembalikan zaman kanak-kanak kita, membebaskan jiwa dan menyatukan semula hati kita semua, tanpa ragu-ragu saya pasti melakukannya.

*Nor Miswary Ramli adalah Timbalan Pengerusi DAP cawangan USJ

Perpaduan, keharmonian negara perlu terus dipertahan

Menjelang 31 Ogos 2019 yang jatuh pada hari esok, maka genaplah sudah 62 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan. Dengan menelaah sejarah perjuangan untuk kemerdekaan negara kita, saya percaya rakyat Malaysia harus menyedari bahawa perjuangan untuk meraih kebebasan daripada cengkaman penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam menghargai erti sebuah kemerdekaan.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Walau apa jua ideologi dan pegangan kita, pengorbanan tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun VT Sambathan harus terus diingati sebagai sebahagian daripada sejarah kemerdekaan negara. Merdeka bukan sahaja sekadar mengibar Jalur Gemilang kebanggaan negara, tetapi fakta dan sejarahnya harus betul-betul difahami dan didalami maksudnya. Politik perkauman yang mewarnai ruang lingkup era politik masa kini adalah perlu dielak sama sekali.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Umumnya, pemilihan tema yang sama seperti di peringkat Persekutuan iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” cukup menggambarkan harapan kita semua untuk terus melihat aspek perpaduan terus diperkukuh dan diperkasakan.Di kaca mata saya, Malaysia terutamanya Pulau Pinang adalah amat istimewa. Malaysia unik kerana kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai kepercayaan serta tradisi tersendiri.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Justeru, sebagai seorang warganegara Malaysia, apa sahaja yang dilakukan seharusnya tidak menyentuh sensitiviti serta kepercayaan kaum dan bangsa lain. Keharmonian serta perpaduan sedia ada adalah wajar dan wajib dikekalkan. Sebagaimana hasrat ingin merealisasikan Visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, keharmonian serta nilai perpaduan yang bermula daripada institusi keluarga akan menjadi intipati serta teras utama untuk mencapai kemenangan yang digariskan.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Kemenangan sebenar bukan sahaja untuk melihat rakyat negeri ini terus hidup dalam suasana yang penuh harmoni, tetapi kemenangan sebenar adalah melihat pembangunan negeri terutamanya dalam aspek infrastruktur demi percambahan ekonomi bagi manfaat semua pihak.Dalam kehidupan yang bergerak pantas ini, kita tidak ingin melihat anak cucu kita berdepan dalam kesesakan lalu-lintas, sebaliknya berharap mereka dapat menaiki aliran transit ringan (LRT) untuk tiba ke destinasi dalam tempoh masa singkat; mempunyai kerjaya yang bagus; mampu memiliki rumah sendiri; perkhidmatan kesihatan yang efisien dan tahap keselamatan yang optimum.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Tidak dilupakan keperluan membekalkan tahap pendidikan yang bermutu; memperjuangkan kesaksamaan gender; hidup di dalam suasana hijau dan sihat tanpa mengenepikan nilai-nilai warisan sedia ada kepada generasi pelapis negeri.Marilah menjadikan Pulau Pinang sebagai simbol perpaduan kebangsaan dan saya menyarankan agar rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di dalam diri kita.

Selamat Hari Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! – Roketkini.com

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

*PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-62 OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG PADA 30 OGOS 2019 DI KOMTAR, GEORGE TOWN

Toleransi dan rundingan: Menuju bangsa Malaysia yang demokratik

Tanggal 31 Ogos dan 16 September, dua tarikh yang telah melakar sejarah penting dalam sejarah Malaysia. Malah bukan itu sahaja, kedua-dua tarikh ini menandakan Bangsa Malaysia mampu untuk berdiri sendiri tanpa mengharapkan penjajah untuk memimpin mereka. Cukup hanya dengan tubuh badan anak Bangsa Malaysia sendiri buat membina dan membangunkan negara tercinta ini. Saban tahun apabila mulai dekat dengan tarikh 31 Ogos, rakyat akan didendangkan dengan lagu-lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Setia, Tanggal 31 Ogos, dan Sejahtera Malaysia. Selain itu, lagu-lagu patriotik yang didendangkan oleh penyanyi terkenal seperti Aisyah, Sudirman, dan Faizal Tahir juga mampu menggamit jiwa para pendengar.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Jika kita amati setiap bait-bait lagu yang didendangkan itu, hampir kesemuanya memasukkan unsur “Satu Bangsa, Satu Negara”; Malaysia yang terkenal dengan sebuah negara berbilang kaum dan mengamalkan dasar akomodasi sangat menjunjung tinggi unsur Bangsa Malaysia. Oleh kerana demografi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Malaysia telah menjadi teladan kepada dunia, sehinggakan negara Jepun turut mengkaji dan menilai bagaimana Malaysia mampu mengadaptasi dan hidup secara harmoni. Jepun sejak dahulu lagi merupakan sebuah negara homogeneous (seragam) tetapi kini mula resah dengan pencampuran budaya asing yang kian masuk ke Jepun.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Lebih menarik, Jepun mula menjadikan Malaysia sebagai kajian kes untuk rujukan bagi negara mereka. Ini kerana Malaysia dilihat sebagai model negara berbilang kaum yang berjaya di mata Jepun. Berbeza pula dengan Indonesia, jiran nusantara terdekat Malaysia, masih dalam suasana pergolakan identiti yang mendasar misalnya isu kemerdekaan Papua dan lain-lain. Sementara di Malaysia kita masih lagi aman dan harmoni kecuali sedikit percikan-percikan api perkauman masih belum hilang sepenuhnya. Perkara ini menurut saya kerana sikap beberapa individu yang tidak bertanggungjawab cuba untuk meruntuhkan kerharmonian Malaysia.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Cuba dihayati lagu Setia ciptaan Datuk Ahmad Dassilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat; menonjolkan nilai-nilai keharmonian dan menimbulkan rasa sayang yang tinggi kepada negara yang tercinta. Bagi yang lebih kontemporari, lagu yang dibawa oleh Faizal Tahir, Altimet, SonaOne, dan Joe Flizzow iaitu Negaraku berjaya memperoleh sebanyak 7 juta tontonan di Youtube. Ini menandakan lagu-lagu patriotik seperti ini diminati oleh rakyat Malaysia akan tetapi bagaimana percikan api perkauman masih mendapat tempat di hati-hati rakyat Malaysia?

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Oleh itu, sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 wajib bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia merenung kembali apakah Malaysia hari ini menuju sebuah negara yang menuju ke arah “Satu Bangsa, Satu Negara” seperti yang seringkali didendangkan di corong-corong radio. Molek juga untuk kita menelusuri kembali sejarah Malaysia yang sudah acapkali diulang apabila mendekati Hari Kebangsaan.

Toleransi sebagai idea penyatuan

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang merdeka melalui jalan diplomasi (baca: rundingan). Setelah 62 tahun merdeka melalui jalan diplomasi dan kerjasama politik antara kaum seharusnya banyak perkara yang telah kita belajar dan dijadikan teladan. Maksud saya di sini adalah, seharusnya kita sebagai Bangsa Malaysia perlu membelek kembali bagaimana pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu mampu mencapai kata sepakat antara kaum untuk membangunkan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu). Tidak lain tidak bukan adalah sikap toleransi yang tinggi di antara semua kaum membolehkan tanah tercinta ini dimerdekakan dari kolonial British.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Kita sebagai Bangsa Malaysia sepatutnya berbangga kerana kemerdekaan yang dicapai tidak melalui buluh runcing berbanding negara jiran kita, Indonesia. Ini disebabkan perjuangan rakyat di Malaysia lebih bersikap diplomasi, wacana, dan memorandum. Segala proses-proses demokrasi moden masa kini telah diaplikasikan sejak awal proses kemerdekaan. Malahan, wacana-wacana tentang kebebasan dan nasionalisme rancak diperdebatkan oleh tokoh-tokoh sewaktu itu, seperti Mohd. Eunos Abdullah, Pendeta Za’aba, Abdul Rahim Kajai, pada tahun 1920; Ishak Hj. Muhammad, dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1940. Tambahan lagi, wacana ini juga dijunjung oleh tokoh-tokoh beraliran kiri dan berpengajian Islam seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Dr Burhanuddin Al-Helmy, dan Dato Ahmad Boestamam.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Mereka adalah sosok awal yang komited mewacanakan tentang kebebasan daripada penjajah. Walaupun begitu, setelah Malaysia mulai bebas daripada cengkaman kolonial, polemik bangsa sehingga kini masih belum mencapai kata putus. Hal ini kerana sewaktu sebelum kemerdekaan, konsep bangsa hanya diwacanakan dalam konteks Bangsa Melayu oleh tokoh-tokoh Melayu. Wacana sebuah negara bebas di Tanah Melayu tidak mengambil kira kehadiran masyarakat kaum India dan Cina. Tidak hairan untuk saya nyatakan elemen wacana bangsa hanya terbatas dalam perihal Bangsa Melayu. Hal ini berubah setelah kolonial British mula mengasaskan Malayan Union pada 1946. Tindakan kolonial British itu bertujuan untuk meletakan kuasa urus tadbir di bawah satu negara dan disatukan terus dari satu badan pengurusan; parlimen Britain.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Berdasarkan sejarah kebiasaan, perlawanan kepada Malayan Union dilakukan oleh pemimpin UMNO dan beberapa gabungan bersama gerakan Melayu yang lain. Walaupun begitu, tidak dinyatakan perlawanan yang dilakukan oleh gerakan pekerja bawahan. Gerakan pekerja yang turut sama memprotes Malayan Union datang daripada bukan sahaja kaum Melayu, tetapi juga kaum India dan Cina. Walaupun begitu, pada 1948 Malayan Union akhirnya dibatalkan kerana asakan yang begitu kuat daripada penduduk tempatan Tanah Melayu. Tindakan kolonial British untuk meletakan Tanah Melayu di bawah pemerintahan terus Parlimen Britain adalah bertujuan untuk menjaga sumber produksi ekonomi mereka; kilang-kilang, estet-estet getah, dan biji timah.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Selain itu, dengan pemberian kerakyatan kepada kaum lain secara lebih terbuka bukanlah bermakna kolonial British bermurah hati mengurniakan kerakyatan, tetapi kerana mengambil kira kesetian pegawai/pekerja kolonial dibawah selian kerajaan Britain. Hal ini akan memudahkan lagi kolonial British untuk menjarah hasil bumi Tanah Melayu. Walaupun begitu, pemimpin kita berjaya membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957 hasil daripada rundingan dan juga toleransi antara kaum.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Setelah tertubuhnya Perseketuan Tanah Melayu (PTM) yang pertama pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama setelah pilihanraya dilaksanakan dan memberikan kemenangan yang besar kepada Parti Perikatan. Kerjasama politik antara kaum ini menunjukkan kepada kita bahawa telah wujudnya toleransi yang kuat antara semua kaum atas tujuan untuk mencapai satu sepakat; MERDEKA! Toleransi politik antara kaum itu ditonjolkan sekali lagi pada gabungan PTM, Sabah, Serawak, dan Singapura. Gabungan yang telah membentuk Malaysia pada hari ini.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Kesemua kata sepakat yang berlaku di Malaysia adalah bersumbukan sikap toleransi. Toleransi antara kaum, etnik, dan pemimpin. Tidak saya nafikan, golongan elit-elit politik dan ekonomi memainkan peranan yang utama dalam pencaturan pembangunan Malaysia tetapi kesemua proses yang dilakukan mereka adalah berpijak pada idea toleransi. Sikap toleransi yang kian pudar dewasa ini. Bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan dalam lirik-lirik lagu, pemimpin-pemimpin politik terdahulu, dan tokoh-tokoh akademik Malaysia; tidak memberi kesan yang mendalam.

Percikan api perkauman

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Ada daripada kita lebih gemar untuk memilih bermain api perkauman. Lihat sahaja komen-komen di ruang Facebook penuh berbau rasisme dan kebencian. Bak kata pepatah pokok tiada bergoyang jika tiada angin; rasisme adalah penyakit, merebak hasil daripada prejudis dan diskriminasi yang telah berakar lama. Akarnya adalah daripada politik perkauman yang dimainkan oleh setengah-setengah politikus yang tidak bertanggungjawab. Saya meletakan satu kepercayaan bahawa apa yang perlu dilakukan oleh seorang ahli politik Malaysia adalah kembali melihat perjuangan ahli politik terdahulu yang berjaya bersepakat dan bermuafakat atas idea toleransi.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Malaysia secara teknikalnya adalah sebuah negara yang demokratik dengan seperkara yang masih belum lunas iaitu pembentukan Bangsa Malaysia yang gah di mata dunia. Hari ini apabila disebut bangsa, kita lebih senang untuk mengatakan Bangsa Melayu, Bangsa Cina, dan Bangsa India, bagaimana pula dengan etnik lain seperti etnik-etnik di Sabah dan Serawak? Apakah hanya cocok hanya dengan panggilan Bumiputera?

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Setelah hampir separuh abad kita mencapai kemerdekaan dan menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, wacana tentang Bangsa Malaysia masih tidak mendapat tempat. Ibarat rintihan lagu nyanyian Aishah “Bagaikan melukut ditepi gantang begitulah ‘aku’ dalam hidupmu ada tiada tak memberi kesan”. Bangsa Malaysia hanya sedap didendangkan di corong-corong radio atau di artikel-artikel akademik tetapi tidak bibir-bibir politikus. Apatah lagi mahu ditanam di hati rakyat Malaysia.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Politikus lebih gemar untuk melemparkan kata-kata populis yang menyenangkan hati para pengundi mereka. Terutama berkaitan hal-hal perkauman dan identiti. Politik identiti ini bukan lagi asing dalam arena politik masa kini. Hal ini kerana politik identiti dilihat sebagai satu cara untuk memenangi pilihanraya, bukan sahaja di Malaysia malah juga berlaku di Indonesia, Myanmar, dan lebih malang di negara-negara yang mengklaim diri mereka sebagai liberal, bebas, dan demokratik seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Adakah kita negara yang terbina hasil toleransi ingin menjerumuskan diri kita ke dalam kancah politik identiti yang bakal merugikan semua pihak. Sebagai sebuah negara yang sudah Merdeka daripada kolonial, suka untuk saya melihat Malaysia terus teguh dan tidak bermain dalam arena politik identiti. Ingin saya mengajak kesemua ahli politik baik di pihak kerajaan atau pembangkang untuk kita menumpukan kepada pembinaan jati diri negara serta membangunkan ekonomi rakyat ke arah yang lebih maju.

Cadangan ke arah bangsa Malaysia

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Saya ingin cadangkan beberapa perkara yang harus kita lakukan untuk melihat Bangsa Malaysia itu mampu muncul mekar di persada dunia. Saya yakin proses memunculkan semangat Bangsa Malaysia bukanlah suatu hal yang mudah. Dengan meminjam konsep yang diangkat oleh Prof Shamsul Amri ingin saya pecahkan kepada dua perkara yang besar iaitu definisi autoriti dan definisi harian.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Dalam wacana tentang Bangsa Malaysia seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia memahami terlebih dahulu bahawa Bangsa Malaysia mempunyai pelbagai tanggapan dan definisi. Prof Shamsul Amri dalam kajian beliau tentang identiti realiti sosial Malaysia telah merumuskan kajian identiti kepada dua pendekatan; definisi autoriti dan definisi harian. Definisi autoriti adalah definisi yang dibawa oleh kerajaan, ahli akademik, dan wacana ilmiah. Dalam maksud yang lain, definisi autoriti ini sangat dominan dan lebih dijuarai oleh mereka yang berkuasa.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Manakala definisi harian pula adalah definisi yang berkitar dalam kehidupan seputar rakyat Malaysia. Apa yang ditanggapi di sepanjang kehidupan harian mereka berdasarkan pengalaman dan hubungan sosial. Definisi harian ini bersifat serpihan dan tidak sistematik berbeza definisi autoriti yang sangat berstruktur. Tambah beliau lagi, definisi harian ini juga dikenali sebagai budaya pop kerana sering dimunculkan dalam lagu-lagu, puisi, sajak, dan juga cerita-cerita pendek.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Berdasarkan pendekatan ini, pembaca boleh melihat apakah definisi autoriti tentang Bangsa Malaysia dan bagaimana pula definisi harian tentang Bangsa Malaysia. Adakah wacana Bangsa Malaysia (definisi autoriti) sampai di ruang-ruang awam atau sebenarnya hari ini definisi harian dipakai oleh politikus jahat untuk meraih undi? Kedua-kedua definisi ini saling berkait dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pemaksaan definisi autoriti kepada definisi harian akan mengganggu gugat kestabilan negara jika definisi autoriti itu bersifat kepartian.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Seharusnya definisi autoriti bersumberkan sesuatu yang telah kita persetujui secara bersama. Suka untuk saya nyatakan di sini, Perlembagaaan Malaysia wajib dijadikan sebagai asas pembangunan bangsa. Pendirian mengikut asas dan bukan sekadar perasaan. Segala definisi yang diwacanakan di ruang awam, juga di peringkat atas wajib bersumberkan Perlembagaan Malaysia. Segala ucapan politikus harus berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia. Jika ada hal yang tidak senada, maka seharusnya kita kembali ke meja bulat dan berbincang bersama.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Cadangan saya ini mungkin agak canggung untuk dilaksanakan, tetapi ia perlu bermula daripada political will yang kuat. Pembentukan sesuatu bangsa bukanlah sesuatu hal yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil. Ini kerana sejarah Malaysia membuktikan Malaysia mampu untuk merdeka tanpa menumpahkan darah. Tambahan lagi Malaysia tidak meminta kaum dan etnik lain berasimilasi dalam masyarakat majoriti (kaum Melayu) namun cukup sekadar menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Selain itu, saya juga ingin untuk mencadangkan agar ahli akademik turun bersama menyumbang dalam wacana bersama rakyat. Selalu kita dengar, “ahli politik tidak turun padang, tidak melihat penat jerih rakyat, elit politik ini hanya sibuk dengan pencaturan politik dan kerusi kuasa mereka”. Tetapi jarang kali kita dengar ahli akademik ingin turun padang, bersama tunjuk muka dan turun mencerahkan rakyat dengan ilmu-ilmu yang telah mereka kumpul. Seperti yang saya faham dengan penelaahan terhadap buku Intelektual Masyarakat Membangun, Syed Hussein Al-Attas, ahli akademik atau intelektual adalah golongan yang mengadunkan ilmu dengan semangat intelektual, mereka ini yang akan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Maka bertepatan dengan saranan ini, sewajarnya untuk membangunkan wacana Bangsa Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan kesemua lapisan masyarakat yang hadir daripada pelbagai status. Harus kita membuka kembali lembaran wacana tentang bangsa. Seperti yang pernah saya lakukan bersama Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dahulu, berbalas kritikan tentang persoalan “Bangsa Malaysia ataupun Rakyat Malaysia?” sehingga mendapat beberapa balasan daripada beberapa penulis lain. Budaya begini harus diluaskan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 nanti. Akhir kalam izinkan saya titip coretan lirik lagu Faizal Tahir, Malaysia di sini:

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku,

Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Ku Malaysia

Malaysia

Ku pertahan sepenuhnya Malaysia. – Roketkini.com

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

*Edry Faizal adalah Adun Dusun Tua dan Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY

Antara berita palsu dan realiti di lapangan

Semasa dalam perjalanan ke program ini, saya terkenang kepada masa muda saya. Kewujudan internet membolehkan saya untuk mencari semula sebuah editorial yang saya tulis 62 tahun yang lalu ketika saya menjadi editor majalah kelas III A yang bertajuk Light di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat. Di dalam editorial ini, saya telah menulis:

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Malaya telah menjadi sebuah negara yang baru, kini mengambil tempat dan tanggungjawabnya di dalam dunia yang penuh perselisihan. Ia mesti menerima dan menangani semua cabaran, dan satu hari nanti, diiktiraf sebagai salah satu daripada negara hebat dunia. Namun begitu, tokoh-tokoh masa kini yang sedang mengemudi negara kita tidak akan berada bersama kita selama-lamanya.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“Kita sebagai pemuda masa kini, adalah pemimpin masa depan, yang akan mewarisi tugas dan tanggungjawab untuk mengemudi hala tuju negara, sama ada kearah Utopia atau Kemusnahan. Kita mestilah mempersiapkan diri untuk berkhidmat untuk memimpin. Janganlah kita bazirkan masa kita dengan perbuatan yang sia-sia.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Peranan sebagai golongan muda di dalam Malaya yang merdeka adalah lebih berat dan sukar untuk dipikul oleh bahu golongan muda generasi kita yang kurang berpengalaman. Kita akan menjadi golongan muda yang pertama yang memikul tanggungjawab ini sebagai negara yang merdeka. Marilah kita berkerja keras dan berazam supaya seluruh dunia boleh mengatakan dan mengiktiraf yang usaha dan tenaga golongan muda Malaya tidak dibazirkan.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Untuk mencapai hasrat ini di dalam negara baru yang mempunyai demografi yang pelbagai ini, kita mesti sentiasa ingat bahawa kerjasama antara kaum adalah perkara yang paling penting sekali. Itulah yang telah saya tuliskan semasa saya berumur 16 tahun. Prinsip ini — kepentingan kerjasama, kesefahaman, toleransi, dan keharmonian antara kaum di dalam negara yang berbilang latar belakang ini — telah menjadi pegangan hidup saya.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Saya mempunyai beberapa program lain di Iskandar Puteri hari ini sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-62. Pagi tadi, saya telah memberikan isyarat mula untuk acara Larian Hari Merdeka di Kangkar Pulai yang disertai oleh lebih daripada 2,000 orang. Juga terdapat Pesta Bola yang disertai oleh 32 kumpulan daripada kampung berdekatan dan Konvoi Motosikal Hari Merdeka ke-62.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Berdasarkan interaksi dengan rakyat di peringkat akar umbi, tidak kiralah sama ada orang Melayu, Cina, ataupun India pada Hari Merdeka ini, kelihatan jelas sekali perbezaan di antara Malaysia yang digambarkan melalui media sosial dengan Malaysia dalam dunia sebenar.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Persepsi yang dicipta oleh media sosial menggambarkan seolah-olah negara ini kini berpecah-belah pada tahap yang tidak pernah dilihat dalam sejarah negara, seakan-akan negara ini hanya menunggu masa sebelum berlakunya keganasan antara kaum dan agama jika berita palsu dan hasutan yang berlegaran di media sosial ini tidak dikawal secepat mungkin.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Disebalik gambaran buruk ini, saya dapat lihat di kawasan saya, kesefahaman, keharmonian, dan toleransi di kalangan rakyat Malaysia biarpun daripada orang Melayu, Cina, ataupun India. Saya percaya bahawa penting untuk kerajaan membendung penyebaran berita palsu dan hasutan jahat di media sosial yang bertujuan untuk memutar-belit dan meracuni hubungan antara kaum dan antara agama di negara ini dan tindakan tegas untuk mengatasi isu ini harus menjadi keutamaan untuk kerajaan hari ini.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Saya boleh berikan satu contoh berita palsu yang berlegaran baru-baru ini. Kerosakan kepada sistem data Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah digunakan untuk menyebarkan berita palsu mengenai kemasukan tiga juta rakyat China ke negara ini, sekaligus mengubah demografik negara. Sedangkan berita ini tidak mempunyai sebarang asas langsung memandangkan proses semakan imigresen masih dijalankan secara manual dan semua pelawat tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Jika tiga juta rakyat China mendarat di KLIA dalam masa tiga hari, ini bermakna secara purata sejuta rakyat China akan mendarat di KLIA setiap hari, menjadikan KLIA lapangan terbang tersibuk di dunia! Jika perkara ini benar, ia bermakna KLIA akan menerima lebih daripada 10,000 pesawat setiap hari — perkara ini adalah mustahil untuk berlaku. Berita palsu dan hasutan tidak hormat atau pedulikan kebenaran dan atas sebab inilah rakyat Malaysia harus berhati-hati di media sosial supaya kita semua tidak mudah tertipu.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Golongan muda adalah aset yang penting kepada negara, lebih-lebih lagi selepas pindaan kepada Perlembagaan bagi menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun. Saya telah menjadi Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan Singapura pada tahun 1962 ketika saya berumur 21 tahun. Pada akhir tahun 1965, saya telah ditarik sepenuh masa ke dalam arena politik negara pada umur 24 tahun dan menjadi Ahli Parlimen (untuk Bandar Melaka) pada tahun 1969 ketika saya berumur 28 tahun.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Tiga perkara telah berlaku semasa saya ditahan buat kali pertama dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di pusat tahanan Muar. Pertama, saya memulakan pengajian undang-undang di University of London (External) dan saya telah dipanggil ke bar di Lincoln’s Inn, London. Kedua, saya telah belajar untuk membaca dan menulis jawi dengan sendiri. Tetapi, perkara yang ketiga inilah yang telah mengubah hidup saya, mengenai integriti dan kesetiaan kepada prinsip — kata-kata seorang patriot berbangsa Cina:

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Siapakah yang boleh mengelakkan kematiannya sejak permulaan zaman?Biarlah hati saya cekal dengan perjuangan supaya diingati sepanjang zaman. Malaysia adalah satu titik pertembungan empat tamadun hebat dunia — tamadun Islam, Cina, India, Barat. Saya sentiasa percaya dengan kebolehan Malaysia untuk memanfaatkan nilai-nilai terbaik daripada setiap tamadun ini untuk membina sebuah bangsa dan negara Malaysia — yang boleh dijadikan contoh kepada dunia sebagai bukti kejayaan Perikatan Peradaban.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di majlis pembukaan pertandingan debat Piala Lim Kit Siang di Skudai pada hari Sabtu 31 Ogos 2019 jam 12 tengahari.

Berlapang dadalah Khaled, akui sahaja kerajaan PH lebih baik dari UMNO-BN

Saya merujuk laporan oleh Malaysiakini bertajuk “Just retire YB, Khaled tells Kit Siang” di mana Datuk Seri Khaled Nordin yang juga naib presiden ketiga UMNO dikatakan telah menasihati Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk bersara berdasarkan hujah bahawa ‘Malaysia Baharu’ hanya sekadar suatu retorik.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Saya menyifatkan pandangan Khaled sebagai sangat selektif sekali. Beliau lebih gemar mencari kelemahan dan ‘menjualnya’ sebagai publisiti murahan berbanding tampil memberi pandangan untuk membantu menyelesaikan ‘bala’ yang diwariskan oleh kerajaan BN yang sedang membelenggu kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memerintah 15 bulan yang lalu. Ya 15 bulan lalu, bukan 15 tahun.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Beliau juga enggan melihat prinsip dasar dalam kerangka lebih besar, yang ingin diperkenalkan oleh PH dalam konteks mengeluarkan Malaysia dari kleptokrasi tinggalan UMNO. Dalam siri-siri serangan beliau, beliau begitu ghairah. Sebaliknya Khaled enggan menerima fakta dan hakikat bahawa pelbagai perkembangan yang memberansangkan telah dilakukan oleh kerajaan PH.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Sebagai contoh, Khaled enggan menerima hakikat bahawa kos projek ECRL telah dapat dijimatkan sebanyak RM25.1 billion hasil rundingan semula kerajaan PH dengan pihak China.Khaled juga enggan menyebut, apatah lagi bersyukur bila mana kos projek MRT2 dapat menjimatkan wang rakyat sebanyak RM8.8 billion. Khaled juga tak mahu menyebut bahawa kos projek LRT3 juga berjaya dijimatkan oleh kerajaan PH sebanyak RM15 billion. Dalam semua perkembangan ini, Khaled juga enggan menerima hakikat bahawa laporan jumlah hutang yang ditanggung oleh kerajaan PH yang diwariskan oleh UMNO itu jauh lebih besar dari yang dijangkakan.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Semua fakta-fakta ini tidak ada nilai bagi seorang pemimpin seperti Khaled. Beliau lebih ghairah melihat dari dalam tempurung, seolah-olah PH ini terlalu naif untuk mentadbir. Selektif sekali pemikiran Khaled. Kasihan.Senarai kebobrokan UMNO Jika saya ingin senaraikan pula kebobrokkan kerajaan UMNO-BN, pasti saya akan dituduh cuba mengungkit kisah silam yang penuh gelap dan menyedihkan itu. Namun, jika kita senaraikan nama-nama yang sedang beratur dengan kes-kes di mahkamah akibat skandal-skandal yang dilakukan, pasti ia dapat membuka mata Khaled dan ahli-ahli parti beliau bagaimana segala bala yang ditanggung oleh kerajaan PH dan rakyat pada hari ini adalah dari dasar yang tempang tajaan pemimpin UMNO-BN.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Berdasarkan senarai nama para pemimpin UMNO, dari mantan presiden, isteri mantan presiden, presiden, ahli Majlis Tertinggi, semua ini telah membawa bahana kepada rakyat termasuk faktor yang menyebabkan kekalahan Khaled sendiri. Sedarkah beliau?Justeru, mengapa Khaled tidak sanggup untuk memberi nasihat agar pemimpin-pemimpin UMNO ini bersara dari politik? Sebaliknya, mengapa pula Lim Kit Siang dinasihat untuk bersara? Apakah skandal yang Kit Siang telah lakukan? Boleh Khaled senaraikan?

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Saya fikir, Khaled harus berlapang dada dan cuba menerima hakikat bahawa usaha-usaha kerajaan PH hari ini sedang berjalan, malah antara perkara yang beliau sepatutnya tumpang bangga dan bersyukur adalah apabila parlimen meluluskan RUU 668 untuk membolehkan anak-anak muda bukan sahaja dapat menjadi pengundi seawal usia 18 tahun, malah menjadi pengundi berdaftar secara automatik. Tak perlu susah-susah lagi semacam zaman Khaled dulu.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Bukan itu sahaja, malah anak-anak muda kini boleh menjadi calon bagi memimpin parti dan rakyat. Mereka inilah yang akan menggantikan pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang lain.Ini satu perkara paling asas dalam demokrasi yang tidak pernah mampu dibuat oleh UMNO sejak 62 tahun memerintah negara, saya ulangi – 62 tahun, bukan 15 bulan.

Berlaku adil kepada diri sendiri

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Bayangkanlah Khaled, mengapa benda paling asas ini pun kalian dan rakan-rakan ketika berkuasa, gagal menunaikannya. Kemudian, dituduh pula kerajaan PH hanya retorik. Retorik apa Datuk Seri?Jika Khaled menuduh kerajaan PH sekadar beretorik, sedarkah beliau bahawa semua projek-projek kerajaan hari ini menggunakan dasar tender terbuka? Apakah ini bukan rangka asas ‘good governance’?Sedarkah Khaled bahawa kerajaan PH telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah? Kita juga telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Selain daripada itu, kita juga sudah memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam. Kita turut menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).Malah, kerajaan PH juga telah melaksanakan dasar Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH.Sekarang, tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak. Termasuk memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees) malah Jawatankuasa Kira-kira wang Negara itu dipengerusikan oleh ahli dari parti Datuk Seri Khaled sendiri. Sedar atau tidak?

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Justeru, ada baiknya Khaled berlaku adil kepada diri dan parti beliau sendiri. Itu sahaja nasihat kecil daripada saya insan kerdil ini. Saya tak minta pun Datuk Seri Khaled bersara. – Roketkini.com

*Tulisan ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini

*Sheikh ‘Umar Bagharib Ali adalah Ketua DAPSY Johor, Adun Paloh merangkap pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

DAP sahut seruan Dr Mahathir: Hentikan kempen boikot cetusan NGO pro-UMNO-PAS

DAP kesal dengan keengganan PAS dan UMNO untuk menolak dan mengkritik kempen boikot barangan orang bukan Islam atau orang bukan bumiputera yang dikelolakan oleh kumpulan NGO yang rasis dan ekstremis agama dan dilihat sebagai cenderung pembangkang. Kempen boikot barangan orang bukan Islam/bukan bumiputera ini tidak waras dan tidak wajar kerana ia bakal menjejaskan perpaduan rakyat dan negara serta merugikan kepentingan pengguna dalam mendapatkan harga dan mutu kualiti yang terbaik.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Malah, keengganan PAS dan UMNO untuk menolak dan mengkritik kempen boikot barangan orang bukan Islam/bukan bumiputera bertentangan dengan pendirian tegas YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap kempen boikot ini dijalankan oleh mereka yang berfikiran cetek, dan harus dihentikan agar tidak mencetuskan kemarahan.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Adakah keengganan PAS dan UMNO untuk menolak dan mengkritik kempen boikot ini berkait dengan kenyataan seorang ulama PAS yang menyokong kempen boikot ini? Bekas Timbalan Ketua Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani, telah menyatakan usaha memboikot barangan orang bukan Islam itu baik daripada segi agama dan “menambah pahala”, berdasarkan sebuah laporan Malaysiakini pada 30hb Ogos 2019.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Sokongan ulama PAS ke atas kempen boikot ini dengan menggunakan istilah “menambah pahala” sekaligus menunjukkan pendirian pemimpin dan ulama parti pembangkang yang terbabit dalam permainan politik berbahaya yang berkitar pada perkauman dan ekstremisme agama. Malangnya pemimpin pembangkang rela memperjudikan keharmonian rakyat dan kesejahteraan negara yang dinikmati selama ini.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

DAP yakin rakyat Malaysia tidak membenci di antara satu sama lain, atau mahukan perpecahan. Agama juga tidak mengajar kita marah, boikot-memboikot dan benci semata-mata kerana berbeza kaum atau bangsa, hanya parti pembangkang. Oleh itu, DAP ingin menyahut seruan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghentikan kempen boikot barangan bukan Islam/bukan bumiputera agar tidak mencetuskan kemarahan.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Sukar difahami mengapa bila saya menggesa UMNO dan PAS menolak kempen boikot ini supaya menunjukkan kedua-dua parti tidak ada sikap anti bukan Melayu/bukan Islam, saya pula dilabelkan rasis oleh PAS. DAP akan serahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang benar dan batil dalam kempen boikot barangan bukan Islam/bukan bumiputera ini. – Roketkini.com

*KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BAGAN LIM GUAN ENG DI KUALA LUMPUR PADA 3.9.3019

Jangan batalkan pendaftaran UMNO, biarlah ia musnah dengan sendiri!

Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya. Namun begitu, politik kotor parti tersebut haruslah dibendung. Saya percaya bahawa kerajaan Pakatan Harapan harus mengambil kedudukan yang lebih tinggi dan berikan ruang dan masa untuk UMNO memperbetulkan salahlakunya. Sepanjang lima tahun di antara 2013 sehingga 2018, DAP pernah menghadapi situasi yang sama di mana Kabinet Najib mempertimbangkan pembubaran secara haram parti ini berdasarkan pelbagai tuduhan yang dibuat-buat.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu, rejim Najib hanya berubah fikiran pada saat terakhir daripada keputusan untuk mengharamkan penggunaan simbol roket DAP pada PRU tersebut.Sebelum PRU14, rejim Najib merasakan sangat yakin dengan kebolehan mereka untuk memenangi sehingga ⅔ kerusi Parlimen sehingga mereka memutuskan untuk tidak menggantung pendaftaran DAP — yang berasaskan tuduhan kononnya pilihan raya dalaman parti pada Disember 2012 dilaksanakan dengan cara yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang — dan sebaliknya memilih untuk mengharamkan Parti Bersatu yang baru ditubuhkan.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Ugutan penggantungan pendaftaran selama lima tahun tersebut merupakan satu penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, urus tadbir yang baik dan kedaulatan undang-undang.Tidak ada negara dalam dunia ini di mana Pendaftar Pertubuhannya memaklumkan sebuah parti politik bahawa pilihan raya parti peringkat kebangsaannya yang dijalankan lebih daripada empat tahun yang lepas itu tidak sah lalu memaksa parti tersebut untuk mengadakan satu pilihan raya parti yang baru.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Terdapat juga cadangan daripada mereka yang rapat dengan Najib yang mencadangkan supaya saya bersara daripada politik bagi menghentikan segala malapetaka ini.Saya percaya bahawa dendam tidak mempunyai tempat dalam politik dan saya berharap ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak perlu menghadapi seksaan “hukuman mati” yang dihadapi oleh ahli-ahli dan pemimpin DAP selama lima tahun sebelum PRU14.Di dalam sebuah demokrasi, biarlah pengundi yang memilih sama ada mereka berhasrat untuk menghumban sesebuah parti politik itu ke dalam tong sampah.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kerana inilah saya bersetuju dengan Lim Lip Eng — jangan batalkan pendaftaran UMNO tapi biarlah ia musnah dengan sendirinya memandangkan UMNO kini berada dalam peringkat lanjut proses memusnahkan dirinya apabila ia melancarkan kempen klepto-teokrasi bersama dengan PAS.UMNO telah hilang kegemilangannya, di mana ia dilihat sebagai juara golongan Bumiputera, kini UMNO telah hilang arah tujuannya apabila ia mengabaikan perjuangan untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu dan memilih untuk hanya mengkayakan kroni UMNOPutera dan menjadikan Malaysia sebuah negara model kleptokrasi global.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Inilah sebabnya kenapa Presiden UMNO sedang menghadapi 87 tuduhan rasuah dan digelar sebagai Raja Tuduhan Rasuah, dan bekas Presiden UMNO sendiri menghadapi 42 tuduhan rasuah, dengan Setiausaha Agung parti tersebut juga bakal menghadapi perbicaraan rasuahnya yang tersendiri — bersama dengan ramai lagi pimpinan UMNO yang menghadapi tuduhan masing-masing.Dengan segala pertuduhan ini, mereka melancarkan kempen “MALU APA BOSSKU” tanpa sekelumit rasa malu sekalipun!

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Semasa saya sedang menunggu penerbangan saya di Lapangan Terbang Subang pada hari Ahad, saya terserempak dengan seorang pemimpin UMNO yang bersetuju dengan saya mengenai semua isu rasuah tersebut tetapi beliau tidak bersetuju dengan saya mengenai perkara lain.Saya berfikir sejenak mengenai komen beliau memandangkan beliau merupakan seorang Menteri di dalam Kabinet Pertama Najib di antara tahun 2009 sehingga 2013.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Walaupun beliau boleh untuk mengaku tidak mengetahui mengenai skandal 1MDB memandangkan skandal tersebut hanya muncul secara besar-besaran mulai tahun 2015, UMNO tidak ada melakukan apa-apa langsung sepanjang 18 bulan yang sudah berlalu sejak PRU14 untuk mengutuk dan menjauhkan dirinya daripada skandal 1MDB dan memohon maaf kepada negara kerana menjatuhkan maruah negara kepada sebuah kleptokrasi global.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Jika beliau terpilih untuk menyertai Kabinet kedua Najib, adakah beliau akan menjadi seperti Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang baru-baru ini menyatakan kepada mahkamah yang beliau telah menyembunyikan kebenaran mengenai skandal 1MDB semasa peletakan jawatan Menteri beliau pada bulan Jun 2016 demi menjaga reputasi Perdana Menteri semasa itu, atau adakah beliau akan menjadi seperti Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau pada bulan Julai 2015 kerana menolak untuk mengikut arahan Najib mengenai skandal 1MDB?

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai soal kewangan UMNO, selepas UMNO dilaporkan menjual saham-sahamnya di dalam syarikat media dan UMNO kini kembali kaya sehingga dilaporkan oleh sesetengah media sebagai mempunyai lebih daripada RM2 bilion. Adakah perkara ini berkait dengan kenaikan kadar aktiviti media sosial dalam dua bulan yang lepas yang cuba untuk mewujudkan satu persepsi di mana Malaysia kini menghadapi satu krisis dalam pembinaan negara dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin tegang, sehingga wujudnya satu kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Di sebalik latar belakang perbicaraan bekas Perdana Menteri negara, kita dapat lihat kerja-kerja jutaan wang ringgit yang dibelanjakan untuk menguasai ruang media sosial. Tanpa sebarang ragu-ragu lagi, ini adalah satu perkara yang berkepentingan awam, terutamanya dengan pemimpin UMNO yang dahulunya pemimpin kerajaan secara terang-terangan melawan titah nasihat diraja mengenai berita palsu dan hasutan jahat dan cubaan merosakkan perpaduan negara.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Malah, seorang bekas Mentri Besar juga telah mempersoalkan dakwaan ketegangan antara kaum di dalam negara, dengan mengatakan yang situasi di peringkat akar umbi sedang aman harmoni, tanpa berlakunya situasi di mana “orang Melayu menindas orang Cina dan sebaliknya”. Mungkin beliau tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan apabila saya katakan Malaysia dalam “dunia sebenar” kelihatan amat berbeza dengan Malaysia dalam “media sosial” yang digambarkan sebagai berada di dalam polarisasi yang terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah negara.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Jika dilihat di Malaysia “media sosial”, negara ini kelihatan seakan-akan menunggu masa sahaja sebelum menjunam ke dalam kancah keganasan antara kaum dan agama yang dijana oleh bergunung berita palsu dan hasutan jahat yang disebarkan sepanjang dua bulan yang lepas untuk menghasut syak wasangka, kebencian dan ketakutan.Saya telah katakan berkali-kali yang ini adalah satu gambaran yang tidak benar mengenai Malaysia, turun ke peringkat akar umbi dan kita dapat lihat yang rakyat Malaysia hidup dalam aman damai dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka, kebencian, mahupun ketakutan antara satu kaum dengan yang lain.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Jadi siapakah yang mencipta gambaran palsu Malaysia “media sosial” ini?Mereka adalah orang yang sama berkaitan dengan kempen untuk memboikot produk bukan bumiputera. Saya nasihatkan kepada bekas Mentri Besar tersebut, yang kini menghampiri dekad ketujuh untuk menyedari yang rakyat Malaysia tidaklah terlalu naif untuk mempercayai penafiannya, dan beliau bersama-sama dengan sekutunya di dalam UMNO dan PAS sepatutnya cuba untuk memahami dan bermuhasabah diri dengan apa yang telah dititahkan oleh baginda Yang di Pertuan Agong, Sultan Perak, dan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai isu perpaduan negara, berita palsu, dan hasutan jahat.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Sultan Perak Sultan Nazrin Syah bertitah baru-baru ini bahawa selepas 62 tahun mencapai kemerdekaan, perbuatan untuk menghasut kebencian di antara kaum dan agama masih berlaku dengan kerap.Baginda berkata, pelbagai provokasi yang bersifat ekstrem telah dibuat, termasuklah melalui penyebaran fitnah melalui media sosial dan penghinaan Islam dan agama-agama lain di dalam negara ini, baginda memberikan amaran bahawa perbuatan seperti ini adalah seperti memasang suatu bom yang hanya menunggu masa untuk meletup.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah memperingatkan rakyat Malaysia untuk tidak mudah mempercayai berita palsu dan fitnah yang disebarkan di media sosial yang boleh merosakkan keamanan dan keselamatan negara. Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah bertitah bahawa Islam menggalakkan keamanan dan hubungan yang baik di dalam masyarakat, yang sepatutnya ditekankan di kalangan rakyat untuk memupuk perpaduan.Baginda berharap untuk melihat negara ini mencapai satu penghijrahan kepada semangat toleransi dan kerjasama yang lebih baik di antara rakyat yang pelbagai kaum yang merupakan kekuatan negara ini.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Sudah tentu sekali, segala kempen boikot, berita palsu, dan fitnah yang belegaran di media sosial ini berlawanan dengan penghijarahan kepada semangat toleransi, kerjasama, dan perpaduan yang dikatakan oleh baginda.Adakah bekas Mentri Besar ini mendengar titah Yang di Pertuan Agong dan Sultan Negeri Perak dan Selangor ini? – Roketkini.com

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa 3 September 2019

‘Cintai dan Belilah Barangan Buatan Malaysia’

Kempen boikot yang dicetuskan NGO pro-pembangkang bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama negara ini, malah turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan. Kata Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, boikot terhadap industri minyak sawit misalnya, akan menjejaskan pendapatan peladang yang bergantung kepada hasil tanaman berkenaan.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Berdasarkan contoh di atas, setiap rakyat Malaysia harus mempromosi dan berbangga menggunakan produk yang dihasilkan oleh semua rakyat Malaysia. Dengan cara itu, industri tempatan kita akan berkembang ke tahap yang lebih tinggi. “Kita, tanpa mengira warna kulit, melayari bahtera yang sama bernama Malaysia. Jadi saya menyeru semua untuk menghayati slogan “Cintai dan Belilah Barangan Buatan Malaysia”.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“Lupakan boikot berkenaan dan bergerak ke arah perpaduan. Tolak segala hasutan yang mahu memecah-belahkan negara tercinta kita ini dengan sentimen kaum dan agama. Sudah-sudahlah!” katanya dalam kenyataan, hari ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan menggesa agar kempen boikot barangan bukan bumiputera dan Islam dihentikan.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Gerakan itu, katanya, tidak akan berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain. “Mungkin ada orang yang cetek fikiran yang buat benda macam ini. Tetapi tak berkesan. Boikot itu senjata yang tak berkesan, tak guna buat (perkara) itu. “(Ia) cuma timbul kemarahan. Jangan boikot barang sesiapa pun, bumiputera atau bukan bumiputera,” katanya.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Berkongsi nada yang serupa, Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menyifatkan kempen boikot berkenaan sebagai langkah yang tidak sihat.“Kalau mahu promosikan produk halal, itu boleh diterima. Tapi kalau mahu promosikan kempen yang boleh menimbulkan pertengkaran semacam ini, isu-isu antara kaum, ia tak sihat,” katanya. – Roketkini.com

7 salah tadbir urus LTAT di bawah kerajaan UMNO-BN

Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran di Putrajaya, pengurusan baharu telah dilantik untuk menerajui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Pengurusan baharu LTAT melantik firma audit Ernst & Young (EY) untuk melakukan audit untuk tahun kewangan (TK) berakhir 31 Disember 2017 dan 31 Disember 2018. Laporan audit yang dibentangkan EY semalam mendapati wujud tujuh aspek ketidakpatuhan dan kelemahan tadbir urus kewangan yang ketara.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Berikut adalah tujuh aspek berkenaan:

1) Pendapatan tertangguh (retained earnings) telah terjejas akibat terlebih bayar dividen.

– Pulangan aset lima tahun LTAT dari Tahun Kewangan (TK) 2014 hingga TK2018 adalah lebih rendah daripada kadar dividen yang diisytiharkan.

– Ini telah menyebabkan dividen LTAT membayar pada kadar yang lebih tinggi daripada apa yang mampu.

– Untuk menguruskan keadaan ini, LTAT akan membangunkan dasar dividen yang munasabah, yang termasuk menentukan kadar pulangan minimum pelaburannya.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

– LTAT kemudiannya akan mewujudkan rangka kerja peruntukan aset strategik untuk memenuhi kadar dividen yang dijangka minimum.

2) Pengisytiharan aset LTAT yang berlebihan antara 2015 dan 2017

– Penjejasan nilai (impairment) yang tidak diambil kira bagi salah satu pelaburan besar LTAT yang mana kemungkinan untuk LTAT mendapatkan balik wang pelaburan adalah mustahil.

– Ini kerana penjual yang memberi jaminan untuk membeli balik sahamnya telah diisytiharkan muflis di Malaysia pada tahun 2015.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

– Kegagalan untuk mengambilkira penjejasan nilai bagi pelaburan terbabit telah menyebabkan pengisytiharan aset LTAT yang berlebihan antara 2015 dan 2017.

– Kesannya, jumlah pelaburan sebanyak RM55 juta kini perlu diisytiharkan sebagai penjejasan nilai bagi laporan TK2018 LTAT dan seterusnya mengurangkan nilai aset LTAT.

3) Usaha wajar (due diligence) tidak dilaksanakan dengan betul.

– Latihan usaha wajar kewangan dan teknikal tidak dilakukan oleh LTAT sebelum melabur dalam syarikat di atas.

– Ia bukan berdasarkan dasar dan prosedur pelaburan yang baik.

4) Aset harta tidak terjual.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

– Penilaian ini juga menemui beberapa masalah dengan aset hartanah tidak terjual bernilai RM45 juta.

– Ia berkaitan dengan 88 unit kondominium yang tidak terjual sehingga Disember 2018, walaupun transaksi disiapkan dalam TK2015.

– LTAT sedang berusaha untuk mempercepat penjualan unit-unit yang belum dijual.

– Melangkah ke hadapan, LTAT dengan berhati-hati mempertimbangkan potensi pulangan dan kepakarannya sendiri dalam pembangunan hartanah.

5) Risiko kebergantungan berlebihan dan kesukaran menjual balik saham sejak 2014.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

– Terdapat penjualan ketara ke atas saham-saham berpotensi dan peningkatan pegangan oleh LTAT dalam Kumpulan Boustead (BHB) dan syarikat-syarikat di bawah naungannya.

– Ini telah mengakibatkan penumpuan pelaburan yang amat berlebihan oleh LTAT. Pelaburan di dalam Kumpulan BHB telah meningkat sebanyak hampir 50% daripada RM2.1 bilion ke RM3.1 bilion manakala bilangan saham berkaitan meningkat sebanyak lebih 83% daripada 833 juta saham bagi tahun TK2014 ke 1.525 bilion saham bagi TK2018.

– Bagi penemuan ini, LTAT akan melaksanakan Kerangka Perumpukan Aset Strategik (Strategic Asset Allocation) seperti yang dinyatakan di atas.

6) Dividen tertunggak daripada anak-anak syarikat yang tidak diterima.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

– Dividen yang tinggi yang diisytiharkan untuk TK2017 oleh beberapa syarikat subsidiari tidak dibayar sepenuhnya dan masih tertunggak sehingga tarikh ini.

– Dalam menangani ini, LTAT menilai semula keupayaan anak-anak syarikatnya untuk membayar dividen, dengan mengambil kira prestasi dan kedudukan tunai masing-masing.

7) Tiada kawalan dalam unit amanah saham.

– Amalan membeli unit amanah agar ahli menerima bonus istimewa didapati merugikan kemampuan LTAT untuk mengawal dan menguruskan Dana secara aktif.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

– LTAT mahupun ahli-ahli tidak dapat menguruskan pegangan unit amanah sehingga titik persaraan.

– Melangkah ke hadapan, LTAT mungkin mempertimbangkan jalan pelaburan lain yang akan membolehkan Lembaga LTAT lebih baik memenuhi objektif utamanya. – Roketkini.com