Peruntukan pembangunan Islam di Pulau Pinang meningkat sehingga hampir 40 peratus tahun ini

Peruntukan untuk pembangunan syiar Islam di Pulau Pinang meningkat saban tahun sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada 2008. Tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Chow Kon Yew dari DAP telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.482 kepada guru dan institusi pendidikan Islam di negeri itu.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Jumlah peruntukan tahun ini meningkat 39.32 peratus berbanding tahun lalu (2018) RM1.78 juta,” katanya Chow dalam kemas kini di Facebook, hari ini. Selain peruntukan tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan elaun kepada imam dan imbuhan kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran. – Roketkini.com

Jika guna hujah Tuan Ibrahim, PAS dan UMNO pun patut diharamkan

Kenyataan Media oleh Ketua DAPSY Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali

Berhubung cadangan PAS agar parti DAP diharamkan berdasarkan tiga sebab yang diberikan oleh Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man, saya menyifatkannya sebagai suatu cadangan yang sangat tidak beretika. Dari ketiga-tiga contoh yang beliau berikan itu, ia tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk cadangan tersebut kerana dakwaan beliau itu boleh disiasat, malah ianya kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Kita perlu menunggu laporan siasatan, ada undang-undang yang perlu dihormati oleh semua pihak.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Parti PAS seharusnya menumpukan usaha kerjasama politik mereka dengan UMNO, daripada sibuk mengganggu tugas-tugas pihak berkuasa yang sedang menyiasat, sebaliknya PAS seolah-olah sedang mendahului tugas polis. Ini sangat tidak beretika. Jika saranan PAS mahu mengharamkan DAP atas hujah-hujah itu, saya kira UMNO dan PAS juga boleh diharamkan jika kita mengupas kembali sejarah parti-parti ini yang juga pernah menghuru-harakan negara. Kita dapat lihat bagaimana kesan ‘Amanat Haji Hadi’ kepada ahli parti, penyokong dan masyarakat hingga hubungan masyarakat dan keluarga menjadi retak dan rosak akibat pengaruh ‘amanat’ itu. Hingga berlaku solat dua imam, perpecahan hubungan suami isteri, hingga berlaku serangan-serangan fizikal ketika itu. Kerajaan boleh saja mengharamkan PAS, tetapi tidak berlaku sedemikian.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Begitu juga dengan UMNO, kita semua dapat lihat bagaimana pemimpin-pemimpin elit mereka menggunakan kedudukan mereka menjarah harta rakyat hingga licin-licau. Elit-elit parti UMNO ini jugalah yang dipeluk oleh PAS, mereka ini juga yang membiakkan fahaman-fahaman perkauman sempit dalam setiap aktiviti politik mereka, di sekolah, di universiti hatta dalam jabatan kerajaan. Doktrinasi perkauman sempit UMNO ini membuat anggota masyarakat jadi kacau-bilau. Tetapi dari sejarah-sejarah ini, adakah wajar UMNO dan PAS juga diharamkan? Kita berpolitik ada etika. Ada perkara bersifat politik yang hanya berbeza pendapat dan pendekatan. Berlawan pun ada etika didalam gelanggang, hormatilah etika itu. Apatah lagi kita muslim, ada tauladan yang boleh kita ambil contoh iaitu Nabi SAW. – Roketkini.com

Najib mahu rakyat lupa tentang skandal 1MDB untuk penuhi impian jadi kleptokrat semula – Kit Siang

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata Najib Razak melakukan segala usaha untuk kembali menjadi seorang kleptokrat dan membawa Malaysia menjadi negara kleptokrasi global semula. Menurut Kit Siang, mantan perdana menteri itu tidak mahu rakyat terus mengingati apa-apa tentang skandal 1MDB dan berbagai peristiwa yang menyaksikan institusi negara dicabuli supaya mudah bagi Najib untuk kembali berkuasa.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“The Week of Long Knives” sebagai contoh adalah operasi yang dirancang Najib untuk menyerang doktrin pemisahan kuasa, tadbir urus dan integriti awam yang baik di samping melakukan serangan sistematik ke atas kebebasan, keadilan dan profesionalisme institusi-institusi utama seperti parlimen, Jabatan Peguam Negara, polis, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, peristiwa yang berlaku pada 28 Julai 2015 itu menyaksikan peguam negara, Gani Patail dipecat dan digantikan dengan Mohamad Apandi Ali selepas heboh Gani mahu mendakwa Najib atas kesalahan rasuah berkaitan 1MDB. Bukan itu sahaja, Institusi negara seperti Jabatan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara dilumpuhkan serta ‘dijinakkan’ dengan pembubaran Pasukan Petugas Khas mengenai 1MDB.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Malah, pihak yang lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB seperti mantan timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin (kini Menteri Dalam Negeri) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (kini Ketua Menteri Sabah) Shafie Apdal dipecat.“Inilah sebabnya saya mencadangkan agar satu laporan polis perlu dibuat supaya polis dapat menyiasat dan merungkai jenayah buruk yang dilakukan Najib dan juak-juaknya pada 28 Julai 2015 dan ‘Week of Long Knives’,” tegasnya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Malah, Najib menggunakan kempen “Malu Apa Bossku” untuk membina semula imej “bersih” di kalangan generasi muda supaya mereka tidak tahu atau ingat tentang skandal rasuah 1MDB yang dikaitkan dengan sosok mantan perdana menteri itu. “Masa depan akan menentukan sama ada Najib akan berjaya dengan kempen “Malu Apa Bossku” yang tidak tahu malu itu,” katanya. – Roketkini.com

????????????????????????????????????

Najib tak ada hak buka mulut soal kredibiliti

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membidas Najib Razak yang menuduh beliau telah “hilang kredibiliti” kerana menarik diri dari berdebat dengan mantan perdana menteri itu. “Kalau ikut logik Najib, Najib sendiri tak ada hak untuk buka mulut kerana dia sendiri telah ‘hilang segala kredibiliti’ apabila dua kali mengelak untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program ‘Nothing-to-Hide’ bagi merungkai skandal 1MDB, malah menjadi pengecut di persada antarabangsa apabila tidak hadir untuk memberikan ucaptama pembukaan dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang disertai lebih 1,000 peserta dari 130 buah negara pada 2 hingga 4 September 2015, malah cuba lari semasa sedang diwawancara oleh wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley, pada Oktober tahun lalu,” ujarnya.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menarik diri daripada berdebat dengan Najib selepas menerima maklum balas daripada ramai pihak yang menasihati beliau agar tidak melayan pemimpin kleptokrat itu. Tambah beliau, ada kemungkinan perdebatan itu akan dimanipulasi menjadi konflik perkauman. “Memandangkan besar kemungkinan debat “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini,” katanya. Kit Siang berkata, beliau sedar dan sedia akan menerima pelbagai tuduhan berikutan keputusan berkenaan.“Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat,” ujarnya. – Roketkini.com

Matrikulasi: Merit saja tak cukup, status sosioekonomi keluarga pelajar juga penting

Mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang telah ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018, kini cuba menjadi wira kaum dalam isu matrikulasi dan STPM dengan memutarbelitkan pendirian DAP. Kata Naib Presiden UMNO itu dalam tulisannya yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 26 Mei 2019, “program matrikulasi bukan tentang merit akademik secara mutlak dan jumlah A semata-mata”. Tentu dia berharap orang Melayu akan marahkan DAP kerana menganggap DAP hanya mementingkan merit semata-mata.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Sebenarnya DAP berpegang kepada prinsip menolong orang susah dan golongan memerlukan tanpa mengira kaum, agama atau wilayah. Dalam hal meritokrasi, DAP menegaskan bahawa bahawa meritokrasi memang penting untuk menentukan kelayakan akademik tetapi ia tidak cukup jika tidak mengambil kira latar belakang dan pendapatan keluarga pelajar. Ia juga melibatkan keputusan berasaskan jurang di antara kaya dan miskin. memerlukan gabungan kesemua faktor tersebut untuk menentukan kelayakan masuk ke pusat pengajian tinggi.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Malah, Khaled sendiri berkata: “Benar, merit dan kecemerlangan mesti menjadi nadi pendidikan. Tetapi peluang membetulkan jurang dan memperbaiki diri serta susun atur masyarakat adalah perkara yang tidak boleh diketepikan sama sekali.” Memang inilah prinsip DAP. Tak kan itu pun Khaled sampai sekarang tak faham? Atau sekadar mahu melemparkan fitnah untuk mencari publisiti murahan? Rakyat tahu dasar DAP dan Pakatan Harapan untuk mengutamakan golongan terbawah iaitu B40. Ini menuntut kepada perubahan dan reformasi dan pastinya bukan hanya retorik kosong semata-mata seperti yang didakwa oleh Khaled.

Kementerian Pendidikan utamakan B40

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Kementerian Pendidikan telahpun memulakan usaha untuk mengutamakan golongan B40 di dalam pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tiada lagi sebarang surat sokongan yang mampu membawa anak-anak kroni yang tidak layak untuk masuk ke SBP. Ini jelas menunjukkan dasar berasaskan keperluan akan terus menjadi tunjang kepada dasar-dasar di bawah kerajaan. Sedangkan pada zaman Khaled dan rakan-rakan UMNO serta BN menguasai kerajaan, mereka hanya menjaga kepentingan kelompok elit dan kaya. Orang-orang Melayu B40 dan rakyat kebanyakan yang tidak mempunyai kabel dan kroni tidak menikmati dasar-dasar yang sepatutnya membela golongan berpendapatan rendah.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Untuk persediaan masa hadapan, kita perlu bertanya sekarang: Apakah STPM dan Matrikulasi bersedia membawa golongan mahasiswa kita ke alam yang baharu? Ekonomi global tidak peduli tentang warna kulit, kepercayaan, adat resam kita. Jika kita tidak bersedia untuk berubah dalam era Revolusi Perindustrian Ke-4, kita akan jauh ketinggalan. Kita perlu bersedia, berinovasi dan pantas menerima serta membuat perubahan. Tidak ada makna untuk kita bertegang urat tentang kaum dan bangsa jika Malaysia tertinggal jauh di belakang pentas dunia.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Perbahasan tentang Matrikulasi ini adalah permulaan kepada transisi Malaysia Baharu kepada wacana dasar yang lebih segar. Perselisihan pendapat adalah perkara biasa. Ia juga bermakna kerajaan Pakatan Harapan prihatin kepada perubahan- kita tidak pernah dan tidak akan menyembunyikan yang hakikat yang hodoh dan membisukan suara benar yang kurang sedap didengar. Kita tidak akan secara semberono menjalankan dasar yang separuh masak. Itu cara BN dahulu yang kita tidak mahu ulang lagi.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Cadangan tentang Matrikulasi dan STPM yang dikemukakan oleh DAPSY sebelum ini telah disambut baik boleh Menteri Pendidikan. Alangkah baiknya sekiranya Khaled selaku mantan Menteri Besar turut sama memberikan pandangan bernas, dan bukannya memesongkan wacana segar yang telahpun dibincangkan sebelum ini. Era Malaysia Baharu meraikan rakyat dan kerajaan untuk memberikan hujah-hujah dan memperdebatkan soal dasar. Berhujahlah dengan idea-idea yang lebih membina untuk kepentingan rakyat. Hentikanlah hasutan perkauman. – Roketkini.com

Parlimen Iskandar Puteri sumbang RM1 juta baiki kuarters polis

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyumbangkan peruntukan kawasannya sebanyak RM1 juta bagi membaik pulih kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tampoi, Johor Bahru. Menurut pemimpin veteran DAP itu, peruntukan itu sebagai tambahan dana yang disalurkan Kerajaan Pusat bagi membaiki kuarters polis di Taman Kenanga, Melati dan Melur. “Kerajaan Pusat sudah menyalurkan RM20 juta peruntukan bagi membaik pulih kerosakan di tiga kuarters polis yang menempatkan 960 keluarga di 1,148 unit kediaman.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Walaupun RM1 juta bukanlah jumlah yang besar, saya harap ia dapat dimanfaatkan untuk membaiki kerosakan di tiga kuarters berkenaan. Sebanyak 188 unit kediaman lagi langsung tidak dapat digunakan kerana mengalami kerosakan yang teruk. “Saya harap Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memohon peruntukan tambahan dalam Bajet 2020 bagi membaik pulih kesemua kuarters polis dengan sempurna,” katanya seperti dipetik Berita Harian, semalam. Beliau ditemui pemberita selepas meninjau kuarters PDRM di Taman Kenanga, Melati dan Melur.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din. Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata Polis Johor menzahirkan penghargaan atas peruntukan RM20 juta yang disalurkan Kerajaan Pusat dan akan memanfaatkannya bagi menaik taraf kuarters di Tampoi. “Walaupun permohonan awal kami RM70 juta dan diberikan peruntukan RM20 juta, ia akan digunakan sebaik mungkin termasuk membaiki 188 unit yang rosak dan tidak boleh didiami itu. “Ketika ini, proses tender sedang berjalan dan kerja membaiki kerosakan akan dilaksanakan selepas semuanya dimuktamadkan tidak lama lagi,” katanya dipetik akhbar berkenaan. – Roketkini.com

Jangan lepaskan mana-mana ‘jerung’, kata Kit Siang pada SPRM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membiarkan mana-mana ‘jerung’ terlepas daripada ditahan dan dibawa ke muka pengadilan. Ini selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengejar setiap pemimpin dalam kerajaan lalu yang disyaki melakukan salah laku. “Sekalipun SPRM tidak dapat membentangkan kes pemimpin-pemimpin tertentu lalu kerana sibuk berurusan dengan kes kleptokrat dan ‘jerung’ lain, tidak ada ‘jerung’ yang harus diselamatkan daripada dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri sebelum ini menggesa pihak berkuasa menyiasat peristiwa Minggu Pemecatan Besar-besaran yang berlaku pada Julai dan Ogos 2015. Ketika ditanya media mengenai gesaan itu Mahathir menjawab: “Kita dapati kerajaan yang ditewaskan (pada PRU lalu) mempunyai ramai yang melakukan jenayah, tetapi pada waktu ini tak mungkin kalau nak tumpu kepada semua kerana kita kekurangan tenaga (kerja). “Pada waktu ini, kita tumpu kepada kes-kes yang amat serius umpamanya (bekas) perdana menteri yang menyebabkan wang KWAP (Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan) lesap,” katanya.

Program pengampunan dengan syarat

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu, Latheefa Koya memikul tugas yang berat dalam dua tahun akan datang. Beliau juga memuji Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang menyeru supaya semua pemimpin Pakatan Harapan menyokong keputusan pelantikan Latheefa dan memberi ruang kepada beliau untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan. “Rakyat Malaysia haruslah sentiasa berazam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani di mata dunia dalam indeks persepsi rasuah, yang berada di tangga tertinggi kaji selidik persepsi rasuah dalam sejarah negara ini.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Mungkin masanya sudah tiba untuk Pusat Governans, Integriti, dan Anti Rasuah Kebangsaan (GIACC), SPRM, dan rakyat Malaysia secara amnya, yang mahu melihat Malaysia berubah daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara yang berintegriti untuk mempertimbangkan satu bentuk program pengampunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah, dengan syarat mereka memulangkan semula semua harta yang diperolehi secara haram tersebut,” ujarnya. – Roketkini.com

Menjawab fitnah PAS terhadap DAP

Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menfitnah DAP dan menyatakan DAP patut diharamkan. Saya sudah pernah menjelaskan isu “kingdom of God” sebelum ini, iaitu ucapan saya dibuat di dalam Gereja untuk orang Kristian menjadi warganegara yang baik, tanpa menyentuh agama lain. Ini merupakan hak kebebasan agama Rakyat Malaysia. Adakah PAS ingin menghapuskan kebebasan agama orang bukan Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Berkaitan isu Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) Sri Lanka, pertama, tiada pemimpin mahupun ahli DAP yang disabit bersalah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan termasuk melalui LTTE.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Keduanya, berdasarkan prinsip yang sama dengan tuduhan tidak berasas terhadap DAP dalam isu LTTE, adakah Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan melabelkan Najib Razak sebagai penyokong LTTE dan turut mengharamkan parti UMNO serta MIC? Pada tahun 2012, Najib Razak melalui MIC pernah menghulurkan sumbangan berjuta-juta ringgit kepada warga Tamil di Sri Lanka yang menjadi mangsa perang saudara di sana. Berkaitan isu komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama” didakwa sebagai mempromosikan komunisme, saya berharap Tuan Ibrahim Tuan Man melihat kepada rakan kongsinya UMNO yang kerap kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan Parti Komunis China (CPC) malah wakil UMNO pernah berucap sempena Kongres CPC pada tahun 2017. Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor mewakili parti tersebut berkata:

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Malaysia strongly agrees with the new governance concepts, thoughts and strategies of the CPC Central Committee with General Secretary Xi Jinping at the core, and believes that Xi will certainly lead China to greater achievements and more contributions to world development.” (Sumner: http://www.xinhuanet.com/english/2017-10/24/c_136702868.htm) (Terjemahan: Malaysia sangat bersetuju dengan konsep urus tadbir baru, pemikiran dan strategi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dengan Setiausaha Agung Xi Jinping di pusatnya, dan percaya bahawa Xi akan memimpin China ke arah pencapaian yang lebih hebat dan sumbangan yang lebih banyak kepada pembangunan dunia)

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Adakah ini bermakna kerajaan Malaysia pada tahun 2017 dan UMNO secara khususnya, bersetuju dan telah mempromosikan komunisme? Berbalik kepada prinsip yang diguna oleh Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menfitnah DAP; ada ahli-ahli malah pemimpin PAS yang pernah ditahan kerana penglibatan dalam kumpulan keganasan seperti Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Al-Mau’nah, dan Al-Qaeda. Adakah DAP menggunakan kaedah seperti Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyeru kepada pengharaman PAS? Sudah tentu DAP berfikiran lebih rasional dan tidak akan menggunapakai politik hasutan dan kebencian seperti itu.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sendiri pernah menyatakan bahawa DAP satu-satunya parti politik yang mempertahankan PAS ketika kerajaan Barisan Nasional ingin merampas kuasa PAS dalam kerajaan Negeri Kelantan melalui pengisytiharan darurat pada tahun 1977. Pada masa itu, DAP bukan parti yang bekerjasama dengan PAS, namun atas prinsip demokrasi, DAP menyatakan tentangan keras terhadap tindakan tidak demokratik UMNO-Barisan Nasional. Bukan setakat itu, DAP baru-baru ini pernah mempertahankan UMNO supaya tidak dikenakan tindakan pengharaman walaupun pemimpin-pemimpin UMNO terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Di satu pihak Tuan Ibrahim Tuan Man dan PAS sanggup bersengkokol dengan perasuah dan kleptokrat, di satu pihak lagi mereka membuat fitnah terhadap DAP. Pandangan Tuan Ibrahim Tuan Man yang sempit, serong dan bersifat menghasut amat dikhuatiri. Jika belum menjadi kerajaan PAS sudah tunjuk taring menindas pihak yang tidak bersetuju dengan mereka, apalah agaknya akan terjadi jika PAS diberi kuasa? – Roketkini.com

Ada pihak guna imej Kit Siang untuk sebar kepalsuan

Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan imej pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang tanpa kebenaran untuk membuka beberapa akaun Twitter bagi menyebarkan kepalsuan. Syahredzan Johan yang merupakan Setiausaha Politik kepada Kit Siang berkata, pihaknya akan terus memantau dan mendedahkan percubaan untuk menyebarkan kepalsuan seumpama itu. “Kit Siang juga sering menjadi mangsa kepalsuan atas talian. “Sebelum ini, beliau telah difitnah kononnya beliau ajen asing, lahir di negara China, akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dan pelbagai kepalsuan lagi,” katanya dalam kenyataan.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Syahredzan dalam pada itu, turut menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan, individu dan badan korporat untuk bersama-sama menentang ancaman penyebaran maklumat palsu khususnya di atas talian. “Sebagai individu, kita harus saling ingat-mengingati untuk menyemak fakta sebelum menularkan sesuatu isu. Sektor swasta pula boleh mempromosikan penggunaan media sosial yang lebih bertanggungjawab. “Usaha melawan kepalsuan atas talian ini hanya akan berjaya sekiranya semua pihak menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memastikan kepalsuan ini tidak menyebabkan perpecahan masyarakat dan mengganggu-gugat keharmonian negara,” ujarnya. – Roketkini.com

Kerajaan PH komited pertahan perpaduan nasional

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited menjaga perpaduan rakyat tanpa mengira etnik, agama, wilayah dan usia bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Tegas Majlis Setiausaha Pakatan Harapan, sebarang usaha menganggu gugat perpaduan rakyat akan melambatkan agenda pembangunan ekonomi negara dan menyebabkan kerajaan kleptokrasi kembali berkuasa. Tambahnya, usaha mengganggu perpaduan rakyat dengan isu perkauman semakin rancak dimainkan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 15 November nanti.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“Meskipun PH mengakui PRK Tanjung Piai agar sukar, namun kami percaya rakyat mempunyai pilihan antara sebuah Malaysia yang lebih baik atau politik berasaskan kebencian,” ujarnya dalam kenyataan. Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Wira Haji Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Amanah, Datuk Wira Anuar Tahir; dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Sokong penuh Belanjawan 2020

Majlis Setiausaha PH dalam pada itu menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Menurut mereka, Belanjawan 2020 mencerminkan komitmen kerajaan PH untuk memacu pembangunan ekonomi negara berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Belanjawan 2020 bukan sahaja mampu merangsang pertumbuhan dan memperkemaskan struktur ekonomi, tetapi turut mempersiapkan keperluan bagi setiap rakyat Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan sejagat, pekerjaan yang bernilai tinggi dengan gaji yang setimpal, pendidikan berpaksikan ilmu dan akhlak yang murni.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Matlamat besar Belanjawan 2020 ini adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan agama dapat merasai kemakmuran bersama, mengukuhkan perpaduan rakyat dengan mengangkat prinsip keharmonian berteraskan semangat perlembagaan persekutuan, dan bertolak ansur supaya keamanan negara dapat diwarisi oleh anak cucu kita dengan penuh harapan dan peluang masa hadapan yang lebih cerah,” ujarnya. – Roketkini.com