公益金与财政部联手为全津贴华小提供一年2000万拨款

虽然距离2020年大马预算案还有两个星期的时间,但公益金现在已经为我们带来好消息,那就是公益金同意财政部长的建议,把华教的拨款从前朝时每年平均1000万令吉,提高至2500万令吉!

补选受到巫伊挡路! 马华寄人篱下,永远硬不起来!

补选受到巫伊挡路! 马华寄人篱下,永远硬不起来!

Posted by DAP Taiping on Saturday, September 28, 2019

我非常感谢公益金关心国内华教的发展,今天,他们将捐出2000万令吉给予404间来自全国各地的全津华小。而这些捐款也将会直接进入各校董事会的银行户头。虽然说这笔2000万令吉的义款未必能够完全解决华小目前的问题,不过,或多或少能够减轻一些负担。更令人期待的是,公益金将在今年年底,再次拨出500万令吉捐给华教,包括国民型华文中学与其他华校等。

中国国庆70周年!林冠英受邀见证历史性一刻!

中国国庆70周年!林冠英受邀见证历史性一刻!

Posted by DAP Taiping on Saturday, September 28, 2019

公益金自2011年起,平均每年拨出1000万令吉做教育用途,而希盟执政后,今年的拨款立刻提升至2500万,让更多的华校能够受惠!而且,2018年以前,有关的捐款是不能直接转到学校董事部的,但今年起,拨款将得以直接汇入学校董事部的户头。种种改变,将能减少学校的负担,让全津华小有一个新的开始与新的希望。

GPS与巫统在国阵倒台之后……….

GPS与巫统在国阵倒台之后,表面上是没有任何关系,但是却一直在暗地里卿卿我我,从GPS跟巫统还有回教党联手让联邦修宪还原砂拉越的原本地位失败开始,就可以很明显的看到GPS跟巫统依然是藕断丝连。砂拉越政府在国阵倒台后成立了砂拉越政党联盟(GPS),但想不到的是这个联盟的名字竟然还是巫统的前副首相,现任巫统主席阿末扎西亲口所钦点的。现在土保党还与回教党主席见了面商讨州选的事宜,虽然阿邦佐在否认并三缄其口,但是哈迪的积极态度已经把他们给出卖。GPS表面上已经退出国阵,但为什么还要继续听巫统说的呢?如果说不是顺从巫统的话,为什么要听巫统的话,巫统说GPS他们就用GPS?

Posted by DAP Taiping on Friday, September 27, 2019

希盟政府深知“教育为立国之本”,更知道再穷不能穷教育,因此在执政后马上纠正前朝政府的恶习,实践今年的拨款今年发放。这就是讲到做到,钱马上到!众所周知,前朝政府以前常常在财政预算案宣布之后,没有将今年的拨款今年发放出去,例如2016年华小的5000万令吉拨款,拖至2017年底才发放给学校。甚至是全国东西马81所国民型华中的拨款,也没在预算案中列明,有一年没一年。这已成为了教育工作者的恶梦。

华人从来不想要控制他人 华人要的是不被他人控制

华人从来不想要控制他人华人要的是不被他人控制不论是砂拉越的马来人或穆斯林抑或西马半岛的马来人和穆斯林行动党都不想控制我们要的只是政治自由、民族多元、社会公正和经济繁荣,这是哈迪阿旺的原教旨脑筋永远无法明白的硬道理。

Posted by DAP Taiping on Friday, September 27, 2019

教育部副部长张念群代领其余386所华小支票,并且在较后全数发放 。希盟政府要结束这些教育拨款的恶梦,所以2019年财政预算案宣布的教育拨款,包括华小5000万令吉、教会学校5000万令吉、淡小5000万令吉、宗教学校5000万令吉及华中1500万令吉,马上在今年年发放。同时,给予全国独中的1200万令吉拨款,及新纪元、南方、韩江三所大学学院共600万令吉的特别拨款,也都在2019年年初全部发放出去。

VIDEO: 【中文字幕】倪可敏霸气将屡劝不听的达祖丁赶出国会!

【中文字幕】倪可敏霸气将屡劝不听的达祖丁赶出国会!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, September 24, 2019

新政府善用科技有效改善华教教育拨款的效率,利用电子转账,一分不差拨给各校董事会的户头,让大家不必再面对干捞的问题。另外,财政部也批准了5年共一亿令吉的拨款,目前已拨出了4000万令吉给增建及搬迁的华校,这在国家历史上也是不曾见过的拨款。新政府尽心尽力去改善国家的华教问题,因为希盟政府要捍卫马来西亚人民在国家宪法之下,所拥有自由学习自己母语的基本人权。

VIDEO: 财长向中国谈判取回83亿!林冠英:纳吉比老鼠还要糟糕!

财长向中国谈判取回83亿!林冠英:纳吉比老鼠还要糟糕!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, September 24, 2019

我们也谴责种族主义和宗教极端主义者关闭华小的言论,这种恶意是不能被接受的。希盟在上台执政后,积极进行各式各样的改革,希望可以把马来西亚从贪污腐败、盗贼治理的国家带回民主正轨,良好发展。当我们谈及改革的时候,我们不以种族来做分野,而是以民主、人权、普世价值的原则角度出发,最重要的是——一切依据联邦宪法行事。

VIDEO: 前锋报跪求马哈迪打救!林冠英炮轰马华对巫伊默不作声!纳吉最喜爱希盟这两位领袖!

前锋报跪求马哈迪打救!林冠英炮轰马华对巫伊默不作声!纳吉最喜爱希盟这两位领袖!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, September 24, 2019

最后,容我做出总结:公益金的拨款从每年的1000万令吉增加到2500万令吉,将能造福更多华校。从今年起,捐款可以直接汇入学校董事部的户头。学校将能更方便地取得拨款。政府实施今年的拨款今年发放的政策,学校不必再苦苦等待钱什么时候下来。符合“讲到做到,钱马上到”的原则。

VIDEO: 丹绒比艾补选是国家重大考验!希盟不可以再输了!

丹绒比艾补选是国家重大考验!希盟不可以再输了!

Posted by DAP Taiping on Sunday, September 22, 2019

种种美好的改变将会令华教的发展更加有希望。我也鼓励私人界也多多学习公益金,关心我国教育的发展,和政府一起努力,让国家的未来主人翁能够好好学习,快乐成长,将来为国家做出贡献!

VIDEO: 马来教授惊爆令吉钞票有猪油!用了那么多年,穆斯林都急疯了!

马来教授惊爆令吉钞票有猪油!用了那么多年,穆斯林都急疯了!

Posted by DAP Taiping on Sunday, September 22, 2019

Rakyat diseru sokong kempen beli barangan buatan Malaysia

Rakyat diseru menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia yang lebih memberi kebaikan kepada negara berbanding kempen boikot barang keluaran bukan Islam di negara ini. Kabinet dalam mesyuarat semalam bersetuju bahawa kempen boikot seumpama itu adalah sangat tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan negara.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

“Jemaah Menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara. “Sebaliknya rakyat diseru untuk menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara,” kata kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Mesyuarat jemaah menteri itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, sebelum ini berkata kempen boikot tersebut boleh menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama negara ini, malah turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Kita, tanpa mengira warna kulit, melayari bahtera yang sama bernama Malaysia. Jadi saya menyeru semua untuk menghayati slogan ‘Cintai dan Belilah Barangan Buatan Malaysia’”.“Lupakan boikot berkenaan dan bergerak ke arah perpaduan. Tolak segala hasutan yang mahu memecah-belahkan negara tercinta kita ini dengan sentimen kaum dan agama. Sudah-sudahlah!” katanya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan menggesa agar kempen boikot seumpama itu dihentikan.Gerakan itu, katanya, tidak akan berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain. “Mungkin ada orang yang cetek fikiran yang buat benda macam ini. Tetapi tak berkesan. Boikot itu senjata yang tak berkesan, tak guna buat (perkara) itu. “(Ia) cuma timbul kemarahan. Jangan boikot barang sesiapa pun, bumiputera atau bukan bumiputera,” katanya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Berkongsi nada yang serupa, Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menyifatkan kempen boikot berkenaan sebagai langkah yang tidak sihat.“Kalau mahu promosikan produk halal, itu boleh diterima. Tapi kalau mahu promosikan kempen yang boleh menimbulkan pertengkaran semacam ini, isu-isu antara kaum, ia tak sihat,” katanya. – Roketkini.com

Exco Perak kesal kelab sukan guna fitnah sebar agenda sempit boikot

Adun Pasir Pinji, Howard Lee menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan gerakan kempen boikot barangan bukan Islam yang menggunakan pendekatan fitnah dalam menyebarkan agenda sempit mereka. “Beberapa hari yang lalu, kita melihat bagaimana Econsave Cash & Carry Sdn Bhd menjadi mangsa apabila pasar raya tersebut dituduh tidak lagi menjual barangan keluaran bumiputera Muslim.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Setelah laporan polis dibuat, pemfitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta. “Ini adalah satu contoh bagaimana kempen boikot didorong oleh manipulasi fakta yang melampau tanpa keabsahan fakta,” katanya dalam kenyataan, hari ini. “Amat duka cita, pemfitnah tersebut merupakan sebuah kelab sukan memanah yang beroperasi di Negeri Perak,” tambahnya yang juga Exco Belia, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Perak.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Beliau — dalam kapasiti selaku EXCO Perak — juga akan mengaturkan pertemuan dengan pengurusan kelab berkenaan demi menjaga nama baik persatuan sukan negeri Perak. Ketua DAPSY Kebangsaan itu dalam pada itu turut menasihati semua pihak agar tidak memainkan politik cetek yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Pesan saya, marilah kita pandang ke hadapan untuk melihat gambaran yang lebih besar iaitu kemakmuran bersama.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Usah keruhkan keadaan dengan mainan politik yang cetek. Usaha bina semula negara kita tidak boleh hanya dalam sidang dewan atau pejabat kerajaan, ia juga harus dipupuk di kejiranan kita dan tabiat kita di alam maya,” ujarnya.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Jemaah menteri dalam kenyataan semalam menyeru rakyat menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia yang lebih memberi kebaikan kepada negara berbanding kempen boikot barang keluaran bukan Islam di negara ini. “Jemaah Menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara.“Sebaliknya rakyat diseru untuk menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara,” kata kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri. – Roketkini.com

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Penegasan semula Perlembagaan, Rukun Negara sebagai dasar pembinaan Malaysia Baharu

Kerajaan Pakatan Harapan perlu dengan segera menyatakan semula prinsip-prinsip asas dalam Perlembagaan Merdeka 1967, Perlembagaan Malaysia 1963 dan Rukun Negara sebagai dasar pembinaan Malaysia Baharu. Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, penegasan semula itu dapat membendung penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian yang cuba memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Setiap etnik harus keluar daripada perasaan takut dan kebencian yang dibangkitkan daripada keyakinan palsu bahawa kononnya mereka berdepan dengan ancaman eksistensial. “Kerana jika setiap masyarakat, etnik dan budaya berdepan dengan ancaman eksitensial, siapa yang sebenarnya menciptakan kesemua ancaman ini terhadap setiap masyarakat, etnik dan budaya di negara ini?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Rukun Negara yang diwujudkan pada 1970 bertujuan mencapai satu pegangan atau pengertian terhadap aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan masing-masing. Konsep dalam ideologi ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Lima matlamat Rukun Negara ialah; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak serta Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Mengulas lanjut, kata Kit Siang, penggunaan berita palsu dan ucapan kebencian dalam menyebarkan politik toksik kaum dan agama bukan perkara baru di negara ini, namun semakin meningkat sejak dua bulan lalu sehingga memusnahkan keharmonian dan perpaduan nasional. Kata pemimpin veteran DAP itu, penyebaran berita palsu juga semakin memuncak beberapa bulan sebelum Najib Razak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Contohnya, apabila Najib tuduh kononnya ceramah Pakatan Harapan tidak dapat sambut orang Melayu, kononnya beribu-ribu yang hadir untuk mendengar ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, Gombak, Jerlun, Batu Katil, Putrajaya, Lembah Pantai, Pandan, Kuantan and Wangsa Maju adalah penyokong DAP yang dibawa dengan bas oleh DAP, sedangkan unit Cawangan Khas sendiri tahu bahawa dalam sejarah 52 tahun DAP, kami tidak pernah mengangkut penyokong DAP berbas-bas ke acara anjuran DAP atau Pakatan,” ujarnya. – Roketkini.com

Jangan sebar berita palsu, skim pencen tak dimansuhkan

Penyebaran berita palsu di media sosial semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Terbaru sebuah laman sesawang pro-pembangkang menggunakan tajuk berbaur fitnah berhubung Skim Pencen Perkhidmatan Awam. Laman sesawang, Cheese Cempedak, mengambil keseluruhan laporan Berita Harian dan memberikan tajuk yang jauh berbeza daripada isi dan maksud sebenar laporan asal.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Tajuk laporan yang diterbitkan Cheese Cempedak memfitnah kononnya “skim pencen perkhidmatan awam akan dimansuhkan tahun hadapan”. Hakikatnya, tiada pengumuman yang menyentuh mengenai pemansuhan skim pencen dibuat oleh pihak kementerian.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Sebaliknya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah hanya menyentuh mengenai kemungkinan bahawa lantikan baharu dalam perkhidmatan awam tidak lagi dilakukan di bawah skim tetap dan berpencen, tetapi digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik pada tahun hadapan. Dalam bahasa mudahnya, skim pencen yang sedia ada kekal untuk pesara yang telah dan sedang menerima pencen, dan kekal kepada penjawat awam yang sudahpun dilantik. Cadangan ini hanya tertakluk untuk penjawat awam baharu yang akan dilantik.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Justeru, pengguna media sosial disarankan menyemak dan menilai dengan bijak sebarang maklumat yang diterima. Jika tidak pasti bagaimana untuk mengenal pasti berita palsu, grafik di bawah mungkin boleh membantu anda. – Roketkini.com

Sebuah pengajaran tentang identiti nasional Malaysia

Kejadian malang dan menyedihkan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi — di mana tiga rakyat Malaysia telah tercedera selepas peminat bola sepak Malaysia dibaling dengan objek logam dan botol air dan gas pemedih mata selepas Harimau Malaya menjaringkan gol kemenangan terhadap Indonesia dalam Perlawanan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia Zon Asia — dapat memberikan kita pengajaran penting tentang identiti nasional Malaysia.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Pengajaran ini amat berguna dan tepat pada masanya kerana sejak dua bulan lalu, media sosial Malaysia dikuasai oleh berita palsu dan ucapan kebencian yang melaga-lagakan kaum dengan kaum dan agama dengan agama, malah membangkitkan prasangka antara kaum dan agama, rasa sangsi, permusuhan, ketakutan dan kebencian bagi mewujudkan fobia bahawa setiap etnik kononnya berdepan krisis eksistensial budaya dan pegangannya.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Ia merupakan suatu peringatan bahawa orang Melayu, Cina dan India di Malaysia, yang merupakan anak watan Malaysia, mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain berbanding orang Indonesia di Indonesia, orang Cina di China dan orang India di India.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat jahat untuk sesuatu pihak cuba menuduh bahawa kononnya orang India di Malaysia lebih menyokong Perdana Menteri India Narendra Modi daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu juga dengan dakwaan bahawa orang Melayu kononnya menganggap Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presiden mereka atau orang Cina di Malaysia menganggap Xi Jinping sebagai Presiden mereka sedangkan semua rakyat Malaysia taat dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong, sistem monarki berpelembagaan dan Perlembagaan Persekutuan.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Saya masih ingat pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad pada September tahun lalu, di mana beliau terkenang mengenai lawatan kerja pertamanya ke China sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan pada bulan sebelumnya, di mana terdapat ramai rakyat Malaysia bertemu dengan beliau dalam satu perjumpaan di Beijing, termasuklah mereka yang telah menetap di negara China selama lebih daripada 10 tahun.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Saya menyatakan kepada beliau bahawa orang Cina Malaysia ini bukan orang Cina China dan walaupun mereka telah bekerja di China untuk tempoh 10 atau 20 tahun, jiwa dan hati mereka tetap pada Malaysia, kerana mereka tetap menjadi rakyat Malaysia, menganggap Malaysia adalah rumah mereka, dan bukannya China.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Pun begitu, sejak dua bulan yang lalu, media sosial memberikan gambaran yang salah tentang Malaysia, kononnya negara ini kini diambang perpecahan kaum dan agama, dengan berita palsu dan ucapan kebencian disebarkan secara meluas menjadi-jadi untuk mengipas bara api perkauman dan keagamaan dengan membuatkan setiap etnik membenci etnik lain hanya kerana khabar-khabar angin palsu yang tidak berasas bahawa mereka kononnya berdepan krisis eksistensial — sedangkan apa yang berlaku di peringkat akar umbi menyerlahkan suasana yang sebaliknya di mana rakyat pelbagai kaum kekal hidup dengan semangat muhibah, persefahaman, toleransi dan harmoni.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Tetapi, jika racun berita palsu dan ucapan kebencian ini tidak ditangani, kehidupan realiti Malaysia akan turut teracun dan terikut-ikut dengan suasana “media sosial Malaysia” yang toksik, menjerumuskan negara ke dalam lembah perpecahan antara kaum dan agama. Kabinet harus diberikan pujian atas usaha mereka menolak agenda gerakan boikot barangan keluaran orang bukan Islam dan mengajak semua rakyat menyokong barangan buatan Malaysia.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Kita tidak harus termakan umpan pihak yang mahu melihat Malaysia berpecah, yang mencari-cari jalan untuk menghasut rakyat Malaysia supaya berpecah-belah. Ini sebabnya mengapa rakyat Malaysia harus berusaha untuk mencapai perpaduan, kesefahaman dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia dan meninggalkan permusuhan dan perpecahan antara kita. Mereka yang menyokong bahawa orang Islam harus undi dan sokong pemimpin Islam sahaja, meskipun mereka korup bukan sahaja menentang ajaran Islam, malah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan lima prinsip Rukun Negara khususnya “Kedaulatan Undang-undang” serta “Kesopanan dan Kesusilaan”.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Justeru itu, adalah menjadi kebimbangan apabila terdapat pengumuman beberapa hari yang lalu yang berlawanan dengan penekanan terhadap perpaduan nasional, sebaliknya berpotensi mewujudkan perpecahan yang lebih besar, yang mana perlu dipertimbangkan semula. Saya bersetuju bahawa perbuatan berdoa bersama penganut berlainan agama di atas satu pentas yang sama bukanlah satu cubaan untuk mencapur-adukkan agama. Sebaliknya, perbuatan ini adalah untuk mencari semangat solidariti dan persaudaraan sesama manusia atas nama cinta, belas kasihan dan keadilan bersama.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Baru-baru ini, masyarakat pelbagai agama di Malaysia bersama-sama berdoa bagi memperingati tragedi MH370 dan MH17, dan tragedi serangan keganasan di New Zealand dan Sri Lanka. Sebagai sebuah negara yang menjadi tempat tertumpunya empat tamadun agung dunia – Melayu/Islam, Cina, India dan Barat – kita haruslah memanfaatkan nilai-nilai terbaik daripada setiap tamadun ini untuk membina sebuah bangsa dan negara Malaysia — yang boleh dijadikan contoh kepada dunia sebagai bukti kejayaan Perikatan Peradaban.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak serta Sultan Selangor dalam titahnya menekankan kepentingan perpaduan nasional dan risiko penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian.Marilah semua rakyat Malaysia mempertahankan perpaduan nasional dan mengutuk penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian yang direka untuk mewujudkan prasangka, rasa curiga, permusuhan, ketakutan dan kebencian antara kaum dan agama. – Roketkini.com

 

Hayati Rukun Negara demi kestabilan, perpaduan negara

Oleh Lim Hui Ying

(Ahli Dewan Negara dan Setiausaha DAP Pulau Pinang)

Berita palsu berbaur perkauman dan politik fitnah telah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kalangan rakyat jelata ketika ini. Ia adalah kesan daripada tipu helah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang kononnya sentiasa mengutamakan perpaduan dalam kalangan semua kaum di Malaysia. Hampir setiap hari pelbagai berita palsu disebarkan di media sosial. Terdapat segelintir rakyat yang boleh dipedaya oleh permainan politik kotor pihak-pihak tertentu.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Lebih malang lagi, apabila isu-isu begitu dimainkan, ada pula sebahagian rakyat mengambil tindakan terburu-buru dan melatah dengan mengkritik kerajaan. Semua pihak perlu sedar, sebarang berita palsu dan dikaitkan pula dengan isu perkauman atau agama, ia hanya akan menghadirkan suasana kurang selesa serta membangkitkan kemarahan rakyat. Dalam era teknologi masa kini, ada juga segelintir individu yang sentiasa memberi komen melampau dalam media sosial. Jika tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka itu, ia hanya akan menyebabkan orang lain turut melakukan perkara sama.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Masa untuk muhasabah

Tindakan provokatif sebegitu sememangnya amat berbahaya kepada keharmonian negara kita. Penyebaran kandungan palsu, penghinaan terhadap agama dan kaum lain serta tohmahan yang dibuat beberapa pihak menunjukkan betapa jahilnya mereka yang terlibat. Sebagai rakyat Malaysia kita harus sentiasa memastikan sikap toleran dan rasional terus terpelihara dengan menghayati Rukun Negara yang menjadi paksi utama kepada kestabilan dan perpaduan negara sejak sekian lama.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Segala jenis polemik yang berbaur perpecahan dan membinasakan negara harus kita sanggah serta-merta. Pada masa sama, kita mesti memastikan keunikan kepelbagaian kaum, agama dan budaya di Malaysia dipertahankan serta dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-56. Oleh itu saya menyeru rakyat agar sentiasa bersatu padu menamatkan sebarang bentuk retorik yang merosakkan perpaduan negara. Kita juga perlu bermuhasabah untuk memikirkan usaha yang telah kita lakukan sebelum ini serta cabaran yang harus kita harungi demi membina semula negara yang kita cintai dengan lebih berjaya. – Roketkini.com

Pemimpin DAP ajak rakyat tolak politik kotor dan perpecahan

Menjelang Sambutan Hari Malaysia ke-56 minggu hadapan, semua masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan wilayah diseru menolak unsur perpecahan dan politik kotor yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab. Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, rakyat negara ini harus sentiasa berwaspada dan bersatu padu dalam menolak sebarang cubaan untuk memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Beliau mengajak rakyat untuk mengambil iktibar daripada kemenangan yang dilakar pasukan bola sepak Malaysia ke atas Indonesia baru-baru ini yang membangkitkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. “Ini mengingatkan kita pada era kemuncak pasukan bola sepak Malaysia pada tahun 1970-an dan 1980-an,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurut Lip Eng, pasukan bola sepak negara ketika itu diwakili pemain yang mempunyai latar belakang kaum yang berbeza, tetapi mampu bekerjasama demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Antara pemain itu adalah R. Arumugam, M. Karathu, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, James Wong, Hassan Sani, Chow Chee Keong, Abdul Ghani Minhat, Zainal Abidin Hassan dan Matlan Marjan. “Kemenangan ke atas Indonesia dan sokongan tidak putus-putus daripada pemain ke-12 Harimau Malaya iaitu penyokong sendiri amat menyentuh hati rakyat.“Saya justeru menyeru semua masyarakat untuk menyokong kempen “SAYANGI MALAYSIAKU: TOLAK POLITIK KOTOR DAN PERPECAHAN” menjelang 16 September 2019,” ujar Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan. – Roketkini.com

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Khaled tak suka usaha kerajaan PH jimatkan duit rakyat?

Oleh Sheikh ‘Umar Bagharib Ali

(Ketua DAPSY Johor, Adun Paloh merangkap pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Tujuan asal saya menjawab ulasan Khaled Nordin yang terdahulu hanya atas dua perkara, pertama nasihat beliau kepada Lim Kit Siang untuk bersara dan retorik Pakatan Harapan (PH) dalam agenda Malaysia Baharu. Saya telah mengulas dan juga memberi nasihat agar beliau perlu berlaku adil juga untuk menasihati mantan presiden dan presiden beliau untuk bersara atas skandal memalukan itu. Tetapi seperti biasa, beliau tidak mampu memberi nasihat itu. Maka persoalan itu telah saya jawab.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kedua, mengenai tuduhan beliau bahawa Malaysia Baharu hanya retorik. Perkara ini telah saya jelaskan. Soal dia mahu menerima atau tidak, bukanlah ada upaya saya untuk menentukannya. Tugas saya selesai untuk membantu beliau menerangkan duduk cerita. Kemudian beliau menjawab kembali penerangan saya. Dari kenyataan beliau, saya hanya mahu mengulas satu isi penting sahaja yang diketengahkan oleh Khaled Nordin berhubung kenyataan saya sebelum ini.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Begini, kejayaan menjimatkan wang rakyat adalah perkara pokok dalam pentadbiran kerajaan PH hari ini. Ini adalah asas bagaimana wang rakyat digunakan (dibelanjakan) secara optimum yakni secara cekap demi mencapai impak terbaik kepada semua pihak. Dalam ulasan balasnya, Khaled Nordin telah menempelak usaha kerajaan PH yang berjaya menyelamatkan wang rakyat ini. Bagi saya, ini amat menyedihkan. Pertama, beliau seolah-olah tidak suka atau tidak bersyukur apabila wang rakyat dapat dijimatkan (dalam keadaan negara kekurangan dana). Beliau sepatutnya bersyukur kerana kerajaan PH tidak sewenang-wenangnya membiarkan wang rakyat dibazirkan sepertimana yang kerajaan beliau lakukan sebelum ini.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Ya benar, penjimatan ini juga melibatkan rombakan teknikal dalam projek tersebut seperti binaan stesen dan jajaran projek ini. Soalnya, apa masalahnya jika rombakan teknikal yang dilakukan dengan kos yang efektif dan ia masih mengekalkan manfaat kepada rakyat? Mengapa pula ruang yang ada untuk dirombak tetapi tidak dimanfaatkan demi penjimatan berdasarkan keperluan projek itu kepada rakyat? Khaled Nordin seakan-akan anti penjimatan! Beliau seboleh-boleh mahu mengekalkan rekaan teknikal projek itu sedangkan ianya membazir!

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Saya percaya, inilah sikap UMNO selama ini. Gemar membazirkan wang rakyat dengan menggunakan hujah ‘teknikal’ untuk mengabsahkan ketamakkan mereka. Sedangkan banyak lagi ruang untuk kerajaan berjimat-cermat dalam projek ini, malah projek-projek yang lain. Dalam konsep penjimatan, kita boleh lakukan apa yang munasabah termasuk merombak perkara-perkara teknikal selagi projek itu dapat diteruskan, kos dapat dijimatkan dan nilai faedah kepada rakyat dapat dilaksanakan.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Inilah perkara ‘aula’ pada masa ini. Menurut Qardhawi, prinsip ‘fiqh al-aulawiyat’ itu antaranya ialah bertindak menolak ‘mafsadah’ terlebih dahulu sebelum meraih ‘maslahah’ atau ‘manfaah’. Dalam konteks Malaysia hari ini, membendung kebejatan ekonomi negara hasil peninggalan kerajaan kleptokrat BN adalah suatu keutamaan yang wajib dipandang serius. Pun begitu, UMNO tidak akan memahami asas ini kerana, projek-projek sebeginilah memberikan peluang keemasan kepada mereka untuk membazirkan wang rakyat atas kerakusan politik.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Lain-lain hujah Khaled Nordin, saya tidak mahu ulas kerana beliau boleh memesan soalan-solan tersebut kepada rakannya dalam dewan negeri atau dewan rakyat untuk ditanyakan secara rasmi. Tidak perlu saya ulas di sini kerana saya mengambil nasihat beliau untuk menumpukan usaha membangunkan negeri dan rakyat Johor. – Roketkini.com

DAP sambut baik cadangan Agong perhalusi konsep FELDA kepada Orang Asli

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji hari ini menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah agar kerajaan memperkemas kaedah membantu masyarakat Orang Asli serta golongan miskin negara ini. Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli melawat perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands baru-baru ini.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Menurut baginda, konsep Felda boleh diperhalusi dan diperbesarkan kepada kaum Orang Asli serta masyarakat miskin agar mewujudkan sumber jangka panjang generasi seterusnya.“Saya menyokong saranan bernas daripada Tuanku bahawa kebajikan serta taraf kehidupan Orang Asli mesti diberi perhatian oleh kerajaan melalui pelbagai pendekatan,” kata Tengku Zul kepada Roketkini.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata, masanya sudah tiba agar kerajaan memberi perhatian khusus membangunkan ekonomi masyarakat Orang Asli.“Saranan Tuanku amat tepat pada masanya demi menaikkan taraf hidup masyarakat Orang Asli dan golongan miskin di negara ini.” Selain konsep FELDA, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu menambah, kerajaan juga boleh memberi pendedahan dan latihan komprehensif bagi kegiatan pertanian kepada Orang Asli.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Saya melihat, banyak lagi usaha yang boleh dikembangkan seperti menggalakkan aktiviti pertanian secara komersil misalnya penanaman padi bukit, penternakan ikan dalam sangkar, ayam kampung dan seumpamanya,” kata beliau. Ujarnya, kepelbagaian sumber ekonomi akan menjamin masa depan dan taraf hidup masyarakat Orang Asli seiring perubahan zaman. – Roketkini.com