Fakta Tentang Tabung Haji Yang Tidak Diceritakan Najib dan Pemimpin BN

“5 sen kalau tidak cukup, tak boleh pergi haji tahu”.Demikian dialog yang sering kali kita dengar dari kecil sehingga menganjakdewasa. Setiap umat Islam yang memasang niat untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu faham bahawa wang sekecil itu amat bernilai sekali.

Perjalanan untuk menunaikan haji memakan belanja yang tidak murah. Bagi yang kurang berkemampuan tidak ada cara lain selain menyimpan secara bulanan wang tersebut. Maka dengan itu, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada 1962, sebelum dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang pada 1969 dan kemudiannya dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji bagi menyimpan wang bakal jemaah haji di negara ini.

Sejak itu, Tabung Haji menjadi suatu entiti kewangan yang kukuh hasil daripada wang yang disimpan oleh pendeposit yang merupakan bakal jemaah haji. Bagaimanapun, pentadbiran kerajaan Barisan Nasional(BN) di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa titik hitam kepada Tabung Haji.

Masalah Tabung Haji tinggalan BN
Tabung Haji rupa-rupanya mempunyai masalah yang begitu berat. Ia perlu diselamatkan. Segala masalah yang dialami Tabung Haji ini disapu kesemuanya di bawah karpet oleh pentadbiran BN, bagi menampakkan yang indah-indah sahaja, sedangkan Tabung Haji mengalami masalah yang begitu meruncing. Mujurlah Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan di Putrajaya, jika tidak masalah ini akan terus disorokkan oleh pemimpin BN.

Semua masalah ini dikenal pasti oleh barisan pengurusan baharu Tabung Haji yang dilantik oleh Kerajaan PH. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat mendapati aset Tabung Haji kurang daripada liabiliti sebanyak RM4.1 bilion. Dalam bahasa mudahnya Tabung Haji sebenarnya mengalami kerugian sebanyak RM4.1 bilion.Jumlah itu mencecah RM10 bilion oleh kerana banyak faktor yang berlaku dan jurang pasaran.

Semua ini berpunca daripada pelaburan yang tidak menguntungkan dibuat Tabung Haji. Sebagai contoh Tabung Haji beli saham Felda FGV pada harga RM4.60 seunit pada Julai 2018, namun apa yang jadi? FGV juga mengalami kerugian apabila sahamnya merosot kepada 78 sen seunit sehingga kini. Akhirnya Tabung Haji menanggung rugi.

Perkara sama terjadi apabila Tabung Haji beli saham Malakof. Semasa TH beli, harga saham seunit adalah RM1.80 namun setakat Disember 2018, saham berkenaan berjumlah 80 sen, ini bermakna Tabung Haji rugi RM500 juta.

Namun, semua ini tidak diberitahu pentadbiran BN yang sebelum ini menguruskan Tabung Haji. Malah, segala kerugian berkenaan tidak direkodkan langsung, semata-mata untuk tunjuk Tabung Haji masih kukuh, sedangkan ia menagalami masalah begitu berat.

Kerajaan Pakatan Harapan selamatkan Tabung Haji
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kerugian Tabung Haji kini sudah mencecah RM10 bilionn. Ia bukan suatu angka yang kecil. Tabung Haji harus dikeluarkan daripada masalah tersebut. Justeru, pengurusan Tabung Haji yang baharu melaksanakan pelan pemulihan Tabung Haji. Antara pelan tersebut adalah dengan memindahkan aset yang kurang berdaya maju, sama ada hartanah atau saham yang disenaraikan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) ke bawah Syarikat Tujuan Khas(SPV).

SPV adalah milik penuh kerajaan . Aset Tabung Haji itu dijual kepada SPV dengan harga RM19 bilion. Selepas perpindahan aset yang kurang membuat untung untuk Tabung Haji itu dipindahkan ke SPV, kini Tabung Haji mempunyai nilai aset yang lebih tinggi berbanding liabiliti. Ini sekali gus menyelamatkan Tabung Haji daripada terus menanggung rugi. Dalam masa yang sama aset TH yang tidak membawa untung akan diuruskan SPV sehingga aset-aset berkenaan pulih. Ini membawa situasi menang-menang kepada semua pihak. Akhirnya kewibawaan Tabung Haji dikembalikan.

Apa akan jadi jika langkah berkenaan tidak diambil oleh kerajaan PH? Menurut Zukri Samat jika Tabung Haji tidak disusun semula, tidak ada SPV, Tabung Haji mungkin tidak mampu membayar hibah.

Hibah ikut kemampuan Tabung Haji
Bakal jemaah haji yang menyimpan wang mereka dalam Tabung Haji harus faham bahawa Tabung Haji terikat dengan undang-undang atau akta dalam soal pembahagian dividen atau hibah. Mengikut Akta Lembaga Tabung Haji 1995, hibah hanya boleh diberikan jika nilai aset Tabung Haji melebihi nilai liabilitinya. Maknanya, Tabung Haji tidak boleh rugi untuk beri hibah, jika rugi bagaimana hibah boleh diberi?

Ini yang perlu difahami oleh para jemaah Haji yang mencarum dengan Tabung Haji. Tetapi timbul pula persoalan mengapa Tabung Haji sebelum ini boleh memberikan hibah yang begitu tinggi sehingga mencecah 6%? Ini kerana pengurusan Tabung Haji semasa era Barisan Nasional sebelum ini telah melanggar Akta Lembaga Tabung Haji 1995 apabila tetap memberikan hibah walaupun Tabung Haji sebenarnya mempunyai aset kurang daripada liabiliti.

Seperti yang dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, akibat daripada tindakan itu, Tabung Haji mengalami kerugian sebanyak RM4.1 bilion. Pada 16 Januari lalu, Tabung Haji membuat laporan polis berhubung penyata kewangan 2017 dan bagaimana representasi yang dibuat beberapa eksekutif membawa kepada pengisytiharan bayaran hibah yang melanggar Akta Tabung Haji 1995.

Menurut pengurusan baharu Tabung Haji berdasarkan penyata kewangan tersebut, Lembaga Pengarah Tabung Haji membuat cadangan kepada menteri yang bertanggungjawab, yang kemudiannya meluluskan pengisytiharan hibah yang dapat diagihkan bagi tahun kewangan 2017 sebanyak 4.5 peratus dan Hibah Haji sebanyak 1.75 peratus yang bertentangan dengan seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995.

“Penyata kewangan TH yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 ditandatangani pada 3 April 2018 oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Johan bagi pihak lembaga TH dan Rozaida sebagai pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas kewangan pengurusan dan rekod perakaunan TH,” kata kenyataan yang dikeluarkan pengurusan baharu Tabung Haji. Malah pada 30 November tahun lalu, Tabung Haji turut mengeluarkan kenyataan berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap pengurusan lama.

Mengapa hibah hanaya 1.25%
Nilai berkenaan mungkin dianggap terlalu kecil oleh para bakal jemaah haji. Namun itu yang termampu diberikan oleh Tabung Haji mengikut Akta Lembaga Tabung Haji 1995. Zukri Samat dalam wawancara bersama Berita Harian menjelaskan:

“Kami jual (aset Tabung Haji yang tidak menguntungkan kepada SPV milik penuh kerajaan, jadi lebihan antara RM19 bilion dengan RM9 bilion itu ada RM10 bilion yang kita berjaya tutup lubang defisit. Selepas berjaya dilakukan, aset TH melebihi liabiliti RM1 bilion pada akhir tahun 2018. Dengan berjayanya pelan pemulihan, aset TH ada RM76 bilion manakala liabiliti RM75 bilion, lebihan adalah RM1 bilion. Walaupun tahun sama, TH catat keuntungan berakhir 31 Disember 2018 ialah RM1.6 bilion tetapi lebihan liabiliti hanya RM1 bilion sahaja, jadi ikut Akta TH maksimum hibah kita boleh bagi ialah RM1 bilion sahaja. jadi kalau kita ada deposit RM74 bilion untuk beri hibaj 1 peratus ini perlu RM740 juta. Jadi kita ada kelebihan RM1 bilion yang menjadikan maksimum kita boleh bagi hibah hanya 1.25 peratus sahaja supaya kita tidak langgar Akta TH.

UMNO guna isu kaum untuk tutup isu sebenar
UMNO iaitu parti komponen BN, cuba menutup kelemahan tadbir urus Tabung Haji dengan menyasarkan kepada SPV yang mempunyai CEO bukan orang Melayu Islam. Namun kebimbangan yang sengaja dicetuskan UMNO ini tidak berasas sama sekali. Tuduhan mereka bahawa aset Tabung Haji diuruskan oleh orang bukan Melayu Islam adalah fitnah berniat jahat untuk menutup usaha murni kerajaan Pakatan Harapan dalam menyelamatkan Tabung Haji.Zukri Samat dalam wawancara sama menjelaskan:

“Tiada kena mengena (dakwaan UMNO). Yang pertamanya aset yang kita pindahkan kepada SPV itu bukan lagi hak TH. Ia sudah menjadi hak SPV iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki 100 peratus oleh kerajaan dengan semua ahli lembaga pengarahnya Melayu.

“Prokas hanya sementara sahaja untuk menguruskan harta SPV. Contohnya saya ada satu rumah, saya hendak pergi ke luar negara selama setahun dan bagi orang lain uruskan sewa dan bayar bil. Itulah Prokas. Dia tidak boleh jual kerana rumah itu milik SPV. Prokas cuma uruskan sahaja. Prokas adalah pengurus sementara sahaja. Namun orang politikkan, kata aset TH diuruskan orang bukan Islam. Hakikatnya tidak kisah siapa pun yang uruskan sebab aset itu bukan lagi milik TH sebab kita sudah jual jadi ia tiada kena mengena lagi.”

Suntikan Dana RM6.23 Bilion : Bukti Tekad Kerajaan PH Pulihkan FELDA

Pembentangan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)” di Parlimen membuktikan omitmen dan tekad kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan agensi berkenaan ke tahap yang lebih baik. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih tersebut memaklumkan bahawa kerajaan akan menyuntik dana sebanyak RM6.23 bilion untuk lembaga terbabit. Peruntukan itu akan disalurkan dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat bagi memulihkan kembali FELDA.

Kerajaan juga katanya bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan kepada peneroka dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion. Skim Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil juga diubah di bawah model baharu diperkenalkan kerajaan PH dengan menjanjikan pinjaman berasakan keperluan dan sistem bayaran balik berdasarkan pendapatan peneroka. “Langkah ini merupakan usaha kerajaan untuk membela nasib peneroka yang terbeban dengan hutang yang tinggi memandangkan kebanyakannya sudah lanjut usia,” kata kertas putih.

Sehingga 2011, peneroka mendapat pendapatan berdsarkan hasil daripda tanah mereka dan dividen pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA. Dalam tempoh itu, FELDA menguruskan semua pelaburan dan tanaman koperasi. Bagaimanapun, semasa era pentadbiran Najib Razak sejak 2012, segala urusan FELDA diserahkan kepada Felda Global Ventures Bhd (kini FGV Holdings Bhd) dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). Pun begitu, model yang digunakan pakai pentadbiran BN dibawah Najib itu gagal mendapatkan hasil yang dijangka meskipun telah disenaraikan di Bursa Saham dengan nilai RM10.5 bilion. Sebaliknya FELDA menanggung ruf=gi sejak 2013 hasil daripada keputusan penyenaraian tersebut. Melalui penyenaraian tersebut, FELDA telah memperoleh tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya dimiliki FGV.

Bagaimanapun, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh FELDA melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap.”Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum,” ujar Azmin. Antara sebab kerugian tersebut, menurut kertas putih itu adalah, FELDA melalui syarikatnya FGV dan FIC melakukan pelaburan “agresif” dan ” tidak terkawal”.Menerusi FIC, FELDA yang ketika itu di bawah kepimpinan Mohd Isa Abdul Samad membuat perjanjian yang boleh dipersoalkan berdasarkan audit forensik oleh Ernst & Young.

Kerajaan PH mendapati terdapat lapan transaksi meragukan yang kini di bawah penelitian FELDA. Ia melibatkan pelaburan di Grand Plaza Kensington, Pansapuri Service Grand Plaza, Eagle High, Kuala Lumpur Vertical City(KLVC), Grand Felda House,Dataran Aras Sdn Bhd (DASB), Felda Wellness Corporation Sdn Bhd (FWC), dan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd. Kertas Putih juga menyatakan bahawa hutang FELDA telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100% daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107%.

“Manakala keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590% dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada FELDA. Sebaliknya pinjaman yang dibuatoleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan FELDA,” ujar Azmin. Kerajaan turut menegaskan bahawa penstrukturan kedudukan kewangan semasa FELDA dilakukan segera menerusi penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan dan rasionalisasi aset.Antara penyusun semula yang dilakukan terhadap FELDA adalah melantik kepimpinan baru FELDA yang terdiri daripada golongan profesional, berwibawa dan berintegriti.

“Kegagalan memstrukturkan semula pinjaman FELDA akan mendedahkan FELDA kepada pembayaran pinjaman dan kadar faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019,” kata Azmin. Kerajaan PH akan memperkenalkan model baharu yang akan membolehkan tanah peneroka diusahakan secara cekap, berskala besar dan mampu mengurangkan kos operasi. Mengikut model perniagaan baru, lembaga itu akan menyewa dan menggunakan tanah daripada peneroka secara jangka panjang. Menurut kertas putih, pengenalan model tersebut akan memberikan keuntungan kepada semua pihak khususnya peneroka.

Bagaimanapun, peneroka diberi peluang untuk mengusahakan kebun mereka sendiri jika ada keupayaan dan kemampuan untuk berbuat demikian, tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan. Ia diperkenalkan bagi menangani masalah demografi peneroka yang kebanyakannya berumur 60 tahun ke atas dan diketahui sudah tidak berkeupayaan mengurus ladang ditambah dengan hutang yang tinggi. Pasaran industri kelapa sawit yang bergantung kepada pasaran dunia yang tidak menentu dan terdedah kepada permintaan yang rendah memaksa kerajaan mencari alternatif bagi meningkatkan pendapatan peneroka. Menerusi kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor swasta, FELDA akan mengenal pasti program tanaman alternatif dan ternakan yang mampu memberikan hasil tuaian dalam tempoh yang singkat dan berpotensi untuk menjana aliran tunai dengan cepat dan konsisten.

Antara tanaman termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan kenaf yang akan mengurangkan kebergantungan kepada hasil kelapa sawit dan getah.Program ini telah dijalankan di FELDA Bukit Rokan dan akan diperluas ke tanah rancangan lain dengan kerjasama pemegang taruh serta syarikat swasta menerusi tanaman integrasi ladang industri hiliran. Kerajaan PH menyedari kepentingan peneroka generasi baharu yang akan menjadi pemagkin kepada kemajuan FELDA di masa akan datang. Justeru itu, pelbagai inisiatif telah ditawarkan kerajaan antaranya menyiapkan projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang berada pada tahap kemajuan kerja 70% dan ke atas.

Untuk tujuan ini, kerajaan meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019. Usaha ini akan memberi manfaat kepada seramai 4,794 keluarga generasi baharu untuk memiliki rumah. “Pada masa yang sama, usaha-usaha pembinaan perumahan di kawasan FELDA akan dilaksana oleh entiti berkaitan Kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad dan lain-lain,” kata kertas putih. Generasi baharu akan dibenarkan untuk membina rumah sendiri di atas tapak yang sama dengan peneroka asal. Menurut kertas putih, ini adalah untuk mewujudkan “penglibatan dan kesepaduan antara generasi akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan bagi meningkatkan kesejahteraan peneroka yang majoritinya warga emas.

“Aspek warisan dan hubungan saling menghormati dan bantu-membantu antara generasi akan dipertingkat.” Selain itu, FELDA juga akan menyediakan Skim Pewaris Tanah bagi melancarkan proses peralihan pemilikan tanah peneroka. Menurut kertas putih, FELDA telah selesai mengemas kini data pemilikan tanah peneroka FELDA Mempaga 3, Kg Sertik dan Lurah Bilut dan akan diperluas ke 314 Rancangan FELDA yang lain.

“Pelan pewarisan perlu dilakukan segera kerana profil umur peneroka terkini menunjukkan bahawa 88.0% peneroka berumur melebihi 56 tahun,” tambah laporan itu. Kerajaan juga melihat kepentingan pendidikan sebagai medium untuk memacu produktiviti FELDA. Oleh itu, kerajaan juga akan mewujudkan skim baharu untuk membantu pendidikan anak peneroka menerusi kerjasama dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta dengan tumpuan khusus kepada aspek pendidikan teknikal dan vokasional(TVET).

Nga Kor Ming Santuni Masyarakat Islam, Mahu Jadi Pejuang Budaya Melayu

Begitu banyak salah faham yang timbul berhubung perkataan “taliban” yang dirujuk Nga Kor Ming bagi menggambarkan kebimbangan beliau terhadap peningkatan fahaman ekstremisme dan sikap fanatik melulu sesetengah pengikut dan pemimpin parti politik di negara ini. Dalam wawancara bersama Roketkini baru-baru ini, Ahli Parlimen Teluk Intan itu menjelaskan kebimbangan itu terzahir daripada sikap UMNO dan PAS yang seringkali memainkan sentimen kaum dan agama bagi menyerang Pakatan Harapan, khususnya DAP, dengan pelbagai fitnah.

Fitnah itu kemudiannya dijaja di kalangan rakyat dan diulang-ulang-meskipun pelbagai penjelasan telah diberikan dan banyak kes saman telah dimenangi oleh pemimpin DAP. Sebagai contoh, baru-baru ini Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri yang menagkui terkhilaf kerana memfitnah Penolong Bendahari DAP Kebangsaan Ngeh Koo Ham dengan tohmahan anti-Islam telah diarahkan membayar pampasan RM80,000 selain kos RM5,000 oleh mahkamah pada 1 April lalu. Namun, Ismail Sabri yang disifatkan Koo Ham sebagai “bukan seorang yang berkaliber”, masih tidak bertaubat, apabila sekali lagi mengulangi dakwaan tersebut dalam sebuah program anjuran UMNO.

Sikap pemimpin UMNO dan kini PAS yang mengulang-ulang fitnah dan tohmahan berniat jahat terhadap DAP (meskipun telah dihakimi di mahkamah) inilah yang membantutkan penyaluran maklumat yang benar dan tepat berhubung dasar DAP yang sememangnya mesra Islam dan orang Melayu. Namun begitu, DAP tetap teguh meskipun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah, masih tetap menyampaikan mesej yang jelas bahawa DAP adalah parti mesra Islam dan orang Melayu.

Jelas Kor Ming,” Apabila saya keluarkan kenyataan, maksud saya adalah sekiranya politik fanatik dan fahaman ekstremisme tidak dibendung, saya amat khuatir tanah air kita yang tercinta ini akan menjadi seperti taliban.
“Ini adalah maksud saya. Saya merujuk kepada fahaman ekstremis,” katanya sambil menambah kenyataan itu tidak merujuk secara khusus kepada UMNO dan PAS sebaliknya sikap sesetengah pemimpin kedua-dua parti tersebut yang cuba menyebarkan politik fanatik dan fahaman ekstremisme di kalangan rakyat.

MCA tuduh DAP anti-Cina

Selain serangan bertali arus daripada UMNO dan PAS, DAP juga tidak terlepas daripada dilabel oleh parti kaum Cina, iaitu MCA. Menurut Kor Ming, MCA menuduh DAP anti-Cina atas alasan DAP begitu mesra dengan mayarakat Islam. Ini gara-gara komitmen yang ditunjukkan DAP melalui pentadbiran di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Mutiara itu sejak mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri telah menyalurkan sumbangan RM62 juta lebih, iaitu bersamaan tiga kali ganda daripada apa yang diperuntukkan BN bagi pembangunan Islam.

Malah, tambahnya, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP juga menaikkan pelbagai elaun, antaranya elaun untuk guru KAFA. Bukan itu sahaja, pelajar yang meghafaz Al-Quran juga diberikan insentif.
“Pelbagai dasar ini membuktikan bahawa pentadbiran DAP adalah mesra Islam.
“Malahan DAP menjaga Islam lebih daripada UMNO dan BN, sehingga dikutukk oleh MCA hanya menjaga (kepentingan) orang Islam dan meminggirkan orang bukan Islam.

“Tapi di sebelah sini (UMNO)-oleh kerana politik talam dua muka-UMNO kutuk kita anti-Islam, MCA pula kutuk kita anti-Cina, ini bermaksud DAP adalah parti yang menjaga semua (kaum).
“DAP tidak anti-Islam dan tak anti-Cina kita cuma anti rasuah sahaja. Ini adalah pendirian yang perlu saya tegaskan,” ujarnya.

‘Ustaz Nga Kor Ming’

“Sekarang orang panggil saya ustaz,” seloroh Kor Ming.
Katanya gelaran itu diberikan penduduk di Teluk Intan, kawasan parlimennya.Beliau sering memberikan sumbangan kepada masjid di Teluk Intan, malah menaja secara konsisten majlis berkhtan sejak 10 tahun lalu.

“Sejak saya jadi ahli parlimen, saya perlu tegaskan bahawa Nga Kor Ming adalah penaja utama program berkhatan di masjid-masjid, saya bukan anjurkan satu tahun, saya dah anjurkan selama 10 tahun.
“Dan saya adalah ahli parlimen DAP Malaysia yang pertama yang menjadi penaja di masjid. Sejak 2009 sampai tahun ini. Saya bagi tajaan. Guna duit sendiri. Dulu pembangkang mana ada peruntukan. Saya potong gaji, untuk menjadi penaja majlis berkhatan,” ujarnya.

Kor Ming yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak lokek dalam menyumbang peruntukan kepada masjid-masjid yang memerlukan.
“Tahun lepas, semenjak saya jadi Ahli Parlimen Teluk Intan. Peruntukan yang terbesar saya bagi adalah untuk masjid. Masjid At-Takwa, menghadapi masalh pemendapan tanah,10 tahun tak selesai di bawah zaman BN.Dalam tempoh 10 bulan, saya siapkan peruntukan RM1.6 juta, bukan kah ini mesra Islam? Minggu lepas lagi RM150,000 untuk Masjid An-Naim Teluk Intan.

“Sekarang ada lagi. Tengah dalam proses, RM500,000 untuk masjid Taman Desa Bakti Teluk Intan. Tidak sampai satu tahun, Ustaz Nga Kor Ming-orang panggil saya ustaz sekarang-sudah beri lebih dua juta untuk pembangunan masjid sahaja. Sampai tokong marah saya, mengapa tokong bagi 20 ribu, tapi masjid bagi 2 juta,” katanya.

Kor Ming bimbang warisan Melayu digugat. Bagi Kor Ming, Kelantan mempunyai budaya yang cukup unik. Beliau yang merupakan anak Kelantan dan dilahirkan di Kota Bharu begitu memandang tinggi warisan seni budaya Melayu khususnya Mak Yong dan Wayang Kulit yang diiktiraf sebagai warisan dunia oleh UNESCO. Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa kesal kerana pentadbiran PAS masih tetap mengharamkan persembahan kesenian tersebut dengan memberikan takrifan mereka sendiri, tanpa mendengar pandangan yang lebih bersifar sederhana.

Sikap seumpama itu juga, katanya, membawa kepada budaya mentakfiri, seperti yang pernah dilakukan PAS terhadap DAP dengan melabel pemimpin DAP sebagai “kafir habri”.
“Kita mesti ambil jalan tengah iaitu konsep wasattiyah. Selaras dengan kitan suci al-Quran. Nabi Muhammad ajar kita, kita harus berlandaskan hidup kita pada konsep wasattiyah,” katanya. Kor Ming juga berpendapat bahawa PAS harus fokus kepada tadbir urus yang baik di Kelantan, daripada menghabiskan masa mentakfiri pihak lain yang tidak sehaluan dengan agenda politik mereka.

” PAS selama 30 tahun mentadbir Kelantan. Akhirnya apa jadi?Gagal bayar gaji. RM80 jutatidak dapat bayar gaji kakitangan awam kerajaan negeri, terpaksa buat pinjaman daripada kerajaan Persekutuan.
“Dia (PAS) patut fokus pada good governance (tadbir urus baik), ini adalah sebahagian daripada prinsip maqasid syariah.
“Tapi kita lihat Kelantan antara negeri termiskin, baru minggu lepas Kelantan disenaraikan sebagai negeri termiskin berbanding Sabah,” ujarnya.

DAP parti untuk semua kaum

Meskupun DAP dikafirkan oleh PAS(meskipun terdapat ramai ahli dan pemimpinnya dari kalangan Muslim belaka) dan dituduh sebagai komunis, DAP tetap teguh memperjuangkan dan membela nasib semua kaum.
“DAP adalah parti mesra Islam. Kami tidak mengkafirkan orang lain. Tidak. Tetapi kita berada di landasan untuk menegakkan keadilan.
” Dan kita (DAP) adalah untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. DAP adalah pilihan utama seluruh rakyat Malaysia. Saya sekarang ini lawan dengan fakkta, semua ini fakta,” ujarnya.

马哈迪已告知拉蒂花: 两年内确保有罪的人受到制裁!

马哈迪已经向拉蒂花告知她作为反贪会领导人最重大的挑战:在她接下来两年的任期内确保窃国者和“鲨鱼”能够受到法律制裁。首相敦马哈迪医生已经向拉蒂花告知她作为马来西亚反贪污委员会领导人最重大的挑战:在她接下来两年的任期内确保窃国者和贪污的“鲨鱼”能够受到法律制裁。

马哈迪昨天在马六甲野新被问及,数名前高级官员以及前部长是否会为着被卷入在2015年7月/8月的“长刀之周”而受到调查时,表示他目前缺乏人手调查以前的政府的每一名被怀疑涉案的人士。马哈迪是这样说的:“我们发现这个被击败的政府还有许多犯罪的人士,但目前来说,我们不可能去专注在所有人身上,因为我们人员短缺。目前起码我们能够专注在非常严重的案件上,比如导致退休基金机构(KWAP)损失惨重的(前)首相。”

我已经表达我的期盼,正如希望联盟政府在布城执政的第一年里有以前首相纳吉为首的窃国者被以贪污罪名提控,希望联盟政府在执政的第二年(这也是拉蒂花就任反贪委首席专员的第一年)就有其他贪污之“鲨”也被绳之以法,面对法律的裁决。马来西亚人民为着由前高级公务员所组成的G25组织所发布的,支持拉蒂花在“非比寻常的情况下”受委为反贪委领导人的声明所震动,因为贪污已经达到紧急的程度,所以首相得马上填补这个职位的空缺。

这份声明写道:“我们尽管祈望能够审查整个委任过程的按照宪法召开的国会会议的出现,而我们也对于这样的程序的欠缺感到悲伤。但我们也得承认这次的委任严谨地遵守法律。” 它说道马来西亚的贪污状况已经来到紧急的程度,渗透了社会的所有阶层,而这个职位的空缺也必须尽快填补。G25还表示:“我们必须支持能够促进良好管治和妥当的法律程序的决策。这些也无非是完成目标的手法”。

毋庸置疑的是,反贪委官员在他们的反贪污调查上已经自顾不暇,没有任何一名最高领袖应该豁免于受到贪污调查和检控,因为贪污罪行在法律上是没有时限的。即便反贪委因为自顾不暇要处理其他窃国者和“鲨鱼”的案件,而没有能力处理以前政府的一些特定领袖的事情,但这些“鲨鱼”不应该逃过法律的制裁。马来西亚不能再继续成为贪污状况已经达到“紧急的程度,渗透了社会所有阶层”的国家——就连G25里的前高级政府官员也承认这个事实——如果我们真的要把马来西亚从一个环球贼狼当道国家转变成一个廉正国家的话。

有鉴于此,人民公正党主席兼波德申国会议员安华呼吁希望联盟领袖支持首相的决策,以及给新任反贪委领导人和反贪委空间履行他们的职务的声明,应该受到推崇。马来西亚人民绝不能无视于马来西亚在未来的贪污民调中的国际排名上升到国家史上最佳排名的挑战和可能性,而这是马来西亚全民应该支持的。或许现在就是想要看见马来西亚从一个环球贼狼当道国家转变成一个廉正国家的国家管治、廉正及反贪污中心(GIACC)、反贪委和马来西亚人民开始考虑宽赦那些归还贪污所得的贪污者的计划的时候了,以此作为杜绝马来西亚贪污状况的一个计策。

民主行动党依斯干达公主城国会议员林吉祥于2019年6月11日(星期二)在吉隆坡所发布的媒体文告