Hasrat rakyat dikhianati jika terus terima bekas pemimpin UMNO

Tindakan menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan.

Menurut Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh tindakan itu juga membelakangi hasrat rakyat yang mengundi PH bagi menghantar UMNO-Barisan Nasional (BN) ke bangku pembangkang.

“Lagi PH layan pihak-pihak yang melompat ini, lagi bertambah kecewa rakyat terhadap PH.

我們的地球上根本沒有樹

我們的地球上根本沒有樹

Posted by Kini YouTube on Sunday, March 3, 2019

“Perubahan tidak hanya bermaksud mendakwa bekas perdana menteri dan timbalannya dengan pelbagai tuduhan, namun apa yang lebih penting adalah menghapuskan dasar dan membanteras rasuah yang sejak sekian lama di bawah pentadbiran UMNO sedekad lalu.

“PH tidak memerlukan bekas wakil rakyat UMNO. Ia perlukan lebih ramai lelaki dan wanita yang berpegang kepada prinsip bagi meneruskan agenda murni reformasi,” katanya dalam kenyataan.

Magic Secrets of Britain's Got Talent Finally Revealed

Magic Secrets of Britain's Got Talent Finally Revealed

Posted by Kini YouTube on Sunday, March 3, 2019

Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai pemimpin UMNO keluar partii bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Media melaporkan hampir semua pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti, sementara bekas Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan menyertai Bersatu selepas hampir enam bulan menjadi wakil rakyat bebas.

偏個1公分就不對了!26張讓人「毛孔都舒暢」的極度整齊圖!

偏個1公分就不對了!26張讓人「毛孔都舒暢」的極度整齊圖!

Posted by Kini YouTube on Saturday, March 2, 2019

Mengulas lanjut, Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata Dr. Mahathir harus menangani rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan PH menerima penyertaan bekas wakil rakyat rakyat UMNO.

“Untuk menerima mereka menyertai PH sekarang merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat yang mahukan perubahan sebenar.

“Saya tertanya-tanya jika PH ditakdirkan kalah pada pilihan raya seterusnya, adakah wakil rakyat kita akan melakukan perkara serupa dan dengan mudah melompat ke pihak lawan?” soalnya.

it will surprise you

it will surprise you

Posted by Kini YouTube on Saturday, March 2, 2019

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu merujuk kenyatan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu yang mengelar pemimpin UMNO sebagai’ tidak berguna’ dan ‘sampah’ pada mesyuarat sebelum PRU14.

“Jika mereka sampah yang tidak berguna, saya sangat berharap yang anda tidak jadi pengutip sampah dan terima mereka masuk Bersatu,” kata Ronnie yang juga ADUN Sungai Pelek seperti dilapor media.

Jurnal Nature senaraikan Yeo Bee Yin antara 10 individu paling penting tahun ini

Nature, jurnal saintifik terkemuka antarabangsa menyenaraikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Yeo Bee Yin sebagai salah seorang individu paling penting tahun ini.

Jurnal yang mula diterbitkan pada tahun 1869 itu, menyenaraikan Bee Yin di tangga ketujuh senarai tersebut sambil menyifatkan beliau sebagai juara alam sekitar menentang pencemaran plastik.

LOOK WHAT HAPPENS TO THE OCTOPUS LOCKED UP IN A JAR

LOOK WHAT HAPPENS TO THE OCTOPUS LOCKED UP IN A JAR

Posted by Kini YouTube on Tuesday, February 19, 2019

Graduan Cambridge tersebut dilantik Tun Dr. Mahathir menyertai jemaah menteri Malaysia Baharu, bermula awal Julai lalu dan telah mengambil banyak langkah berani ke arah penambaikan pengurusan alam sekitar serta sains dan teknologi.

September lalu, kerajaan menyasarkan untuk menghentikan penggunaan plastik pakai buang menjelang 2030, menjadi Malaysia negara pertama di rantau Asia Tenggara mengambil langkah berani terhadap pencemaran plastik.

so funny

so funny

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 17, 2019

Sebulan kemudian, kerajaan mengehadkan import plastik yang mengakibatkan meningkatnya bilangan loji kitar semula haram di rantau ini.

Bukan itu sahaja, Bee Yin turut tegas melaksanakan amanahnya dengan membatalkan empat kontrak pengeluar tenaga bebas yang hampir pasti akan diusahakan oleh syarikat arang batu.

lol

lol

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 16, 2019

Bee Yin turut tidak gentar untuk berdepan dengan syarikat Lynas yang sehingga kini masih berdalih tentang sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan; malah bersedia untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Anak kelahiran Segamat berusia 35 tahun ini, membesar di tengah-tengah estet Gomali di mana ibunya bekerja sebagai kerani. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas sebelum melanjutkan pengajian ke universiti Cambridge di bawah Biasiswa Cambridge-Gates.

全球首款自动系鞋带的鞋

全球首款自动系鞋带的鞋

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 16, 2019

Kembali ke Malaysia, Bee Yin terlibat langsung dalam kempen media sosial DAP sekitar tahun 2012, sebelum menjadi calon dan menang di kerusi DUN Damansara Utama pada PRU ke-13. Beliau kini menyandang kerusi Parlimen Bakri.

Senator Lim Hui Ying, dari mana mahu ke mana?

Ceritakan latar belakang saudari dan sejarah penglibatan dalam politik

Saya dilahirkan pada tahun 1963, di Singapura. Ketika itu ayah saya bekerja sebagai wartawan New Straits Times. Tiga tahun kemudian, kami sekeluarga pulang ke tanah air dan menetap di Petaling Jaya; apabila beliau membuat keputusan untuk menjadi setiausaha politik Devan Nair.

Tiga tahun berikutnya, ketika tragedi 13 Mei tercetus dan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di kem tahanan Muar; kami sekeluarga memutuskan untuk kembali ke Batu Pahat, kampung halaman ibu bapa saya. Di sana sanak saudara ibu saya ramai, dan jarak ke Muar tidak begitu jauh. Sekitar 45 minit.

Funniest videos of 2019 年度最搞笑视频

Funniest videos of 2019 年度最搞笑视频

Posted by Kini YouTube on Monday, February 25, 2019

Maka lebih mudah untuk ibu saya dengan empat orang anak yang masih kecil untuk bertemu dengan ayah saya yang masih dalam tahanan. Pak cik saya akan membawa kami ke Muar setiap hujung minggu untuk melawat ayah. Jadi selama lima tahun saya menetap di Batu Pahat, saya mendapat pendidikan awal di sana.

Tahun 1975 kami berpindah ke Melaka apabila ayah saya menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka. Di sini saya menyambung persekolahan di peringkat menengah dan kami terus menetap di sana selama 15 tahun. Sementara itu saya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya sehingga graduasi pada tahun 1987.

TRY NOT to LAUGH

TRY NOT to LAUGH

Posted by Kini YouTube on Monday, February 25, 2019

Pada pilihanraya tahun 1986, ayah saya telah berjanji dengan pengundi Tanjong(Pulau Pinang) bahawa beliau akan berpindah ke sana. Takdir menentukan Ops Lalang berlaku dua tahun kemudiannya, kedua-dua ayah dan abang saya ditahan di Kamunting. Memandangkan Pulau Pinang terlalu baharu untuk ibu saya maka kami tak jadi pindah dan terus menetap di Melaka.

Kami hanya berpindah ke Pulau Pinang apabila kedua-duanya bebas pada tahun 1989. Kami masih menetap di sana sehingga sekarang. Saya membesar dalam suasana politik. Ketika meningkat usia dan memahami persekitaran, ayah saya sudah pun giat berpolitik. Pun begitu saya hanya menyertai parti pada tahun 1999.

Kenapa buat keputusan untuk menyertai parti pada tahun itu?

Why Some Countries Are Poor and Others Rich

Why Some Countries Are Poor and Others Rich

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 24, 2019

Ketika Guan Eng menyertai politik, beliau berdepan masalah dilabel sebagai anak lelaki Lim Kit Siang. Jadi saya sedikit tertahan-tahan. Saya tidak kisah membantu tapi saya sebenarnya saya hanya membantu ayah saya.

Saya betul-betul terlibat dalam politik pada pilihanraya umum tahun 1999, di mana ayah saya bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bendera dan DUN Kebun Bunga; dan beliau tewas di kedua-duanya. Selepas dikaji, parti mendapati bahawa kekalahan yang berlaku disebabkan kurangnya gerakerja organisasi. Ketika itu saya buat keputusan untuk terjun dan bergiat secara aktif.

you laugh you lose

you laugh you lose

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 24, 2019

Mendiang Karpal Singh juga tewas dalam PRU itu, lalu meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP negeri Pulau Pinang. Beliau digantikan dengan Sdr Chow Kon Yeow yang ketika itu menjadi setiausaha. Perubahan itu memberi ruang kepada saya ditarik masuk ke dalam jawatnkuasa negeri.

Selain mengepalai program-program mencari dana untuk parti, saya mulakan ‘Rocket Taskforce’ untuk menjual akhbar parti di rumah-rumah pangsa, pasar-pasar, di medan selera; menjual The Rocket dari meja ke meja. Ketika itu memang ada banyak tentangan. Kita cuma ada satu kerusi DUN. Pada pilihanraya tahun 2004, saya ikut berkempen di Ipoh Timur.

Ketika Tsunami pertama melanda pada Mac 2008 dan kemudian 2013, apa yang saudari lakukan?

How your leftover McDonalds is recooked and sold by this family to survive.

How your leftover McDonalds is recooked and sold by this family to survive.

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 24, 2019

Ketika Lim Guan Eng membuat keputusan untuk bertanding di Pulau Pinang, kewangan parti tidak begitu kukuh. Saya menghabiskan masa untuk membantunya berkempen di DUN Ayer Putih, sebuah kawasan kubu kuat parti Gerakan. Dalam keadaan kewangan yang mencabar dan berhadapan kubu kuat Gerakan; kita berjaya mengambil alih kerajaan Pulau Pinang.

Pada PRU 2013, saya menjadi pengarah pilihanraya. Bagi saya itu suatu pengalaman yang menyeronokkan. Saya menerima banyak sokongan daripada jawatankuasa negeri, yang ketika itu saya menjadi setiausahanya sehingga kini.

Dan meskipun ketika itu, Guan Eng adalah Ketua Menteri dan Setiausaha Agung, beliau tidak masuk campur dalam urusan jawatankuasa negeri. Apa sahaja keputusan parti di peringkat negeri akan dituruti oleh ketua menteri tanpa bantahan.

Samsung Galaxy S10 vs iPhone XS! Which Should You Buy?

Samsung Galaxy S10 vs iPhone XS! Which Should You Buy?

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 23, 2019

Apa sebenarnya yang mendorong saudari untuk menyertai politik? Adakah sebab semua orang pun sudah masuk politik maka saudari tidak mahu ketinggalan?

Saya cuma mahu membantu parti. Ketika Lim Kit Siang tewas pada tahun 1999, saya terus buat keputusan untuk membantu parti. Bukan sahaja kita memerlukan calon yang kuat, tetapi juga pasukan yang kuat untuk menang pilihanraya. Kalau seorang ikon seperti Lim Kit Siang juga boleh tewas dan bukanlah kerana faktor peribadinya sendiri; maka harus disedari bahawa kita tewas kerana kelemahan dari sudut organisasi.

Dari situ kita terus bekerja. Saya cuba untuk tidak terlalu terampil, tetapi akar umbi rasanya sudah kenal benar dengan saya mengatur konvensyen negeri, majlis makan malam dan acara-acara lain.

world record for construction speed

world record for construction speed

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 23, 2019

Namun akar umbi tidak memandang saya sebagai anak Kit Siang atau adik Guan Eng. Mereka lihat saya sebagai seorang individu, setiausaha DAP negeri Pulau Pinang. Mungkin mereka yang di luar Pulau Pinang tidak melihat sudut pandang itu. Saya tidak boleh mengubah identiti diri.

Sokongan padu daripada Sdr Chow juga mendorong saya untuk maju terus ke platform seterusnya, setelah parti berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya bersama rakan-rakan Pakatan Harapan. Saya sedikit bergelut saya tahu apa orang kata, tetapi apa yang penting ialah prestasi. Jadi saya teruskan sahaja.

DAP tertubuh ketika saudari berusia tiga tahun. Apakah perubahan paling ketara dari pendapat saudari sepanhang tertubuhnya DAP sehingga sekarang?

Saya membesar mengenali pemimpin-pemimpin vateran parti termasuk Lee Lam Thye, Fan Yew Teng, dan apatah lagi Dr Chen Man Hin. Mereka sangat hampir dengan keluarga kami. Mesyuarat parti pun berlangsung di rumah.

NEW TECHNOLOGIES THAT WILL BLOW YOUR MIND

NEW TECHNOLOGIES THAT WILL BLOW YOUR MIND

Posted by Kini YouTube on Friday, February 22, 2019

Sudah banyak perubahan berlaku dari segi kepimpinan parti, dan sudah banyak krisis yang dilalui, termasuk gerakan menjatuhkan Kit Siang sendiri. Namun impian yang digambarkan oleh Kit Siang adalah antara faktor saya masih lagi bergiat cergas dalam parti.

Impian itu tidak pernah berubah. Setiap kali kita mengeluh keletihan saya selalu mengajak rakan-rakan agar memikirkan tentang Lim Kit Siang. Beliau tiada alasan untuk berhenti daripada perjuangan panjang ini. Keazaman yang beliau tunjukkan adalah antara perkara yang amat saya kagumi. Beliau tidak kenal erti putus asa.

Kini, nampaknya impian itu sedang menjadi nyata. Pastinya masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Ini baru permulaan kepada banyak lagi tugas yang harus dipikul.

全球首款折叠式智能手机 GALAXY FOLD

全球首款折叠式智能手机 GALAXY FOLD

Posted by Kini YouTube on Thursday, February 21, 2019

Sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Pulau Pinang, saya pastinya akan membawa isu-isu negeri dan rakyat. Selain itu, saya juga sangat berminat dengan isu-isu berkenaan wanita dan kanak-kanak dan perkara-perkara ini pasti akan saya bangkitkan di Dewan Negara.

Quo vadis DAP dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi?

Kita sedang bergerak di landasan betul. Namun supaya gabungan Pakatan Harapan dapat berfungsi dengan baik, pastinya jalan itu tidak mudah, tidak lancar dan banyak dugaannya.

Top 10 Richest Car Companies In The World

Top 10 Richest Car Companies In The World

Posted by Kini YouTube on Wednesday, February 20, 2019

Namun bagi saya, DAP dengan barisan kepimpinannya yang unik; ramai daripadanya datang dari latar yang tiada apa-apa; sekiranya DAP harus kembali ke asalnya yang tiada apa-apa, kita masih boleh melakukannya.

Jika suatu hari nanti rakyat menolak kita dan DAP kembali menjadi parti pembangkang, kita akan mampu bertahan. Kita akan terus berjuang. Kerana itulah asal-usul kita. Kerana itulah juga kita memahami derita yang ditanggung rakyat.

How Big is Toyota ?

How Big is Toyota ?

Posted by Kini YouTube on Wednesday, February 20, 2019

Kita di sini hanyalah untuk memastikan negara menjadi lebih baik untuk semua.

Perlu Ada Undang-undang Cegah Wakil Rakyat Berpaling Tadah

40 tahun lalu, pada 21 Mac 1978, Saudara Lim Kit Siang yang ketika itu Ahli Parlimen Kota Melaka telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang diberi nama Akta Ahli-ahli Parlimen (Pencegahan Memaling Tadah) 1978.

Ia bertujuan memastikan integriti politik Ahli Parlimen yang menuntut seseorang Ahli Parlimen mengosongkan kerusinya dalam tempoh 30 hari dan memberi laluan kepada pilihanraya kecil sekiranya beliau meletakkan jawatan atau dibuang daripada parti yang memberi tiket untuknya bertanding.

Vehicles Of The Future

Vehicles Of The Future

Posted by Kini YouTube on Friday, March 1, 2019

Bagi Kit Siang, undang-undang sedemikian adalah penting bagi memastikan integriti politik wakil-wakil rakyat yang dilantik serta bagi menghalang rasuah politik.

“Apa yang menjijikkan rakyat Malaysia ialah apabila mereka melihat Ahli-ahli parlimen atau Wakil Rakyat yang dipilih atas nama sesuatu parti mengkhianati parti tersebut serta juga kepercayaan rakyat dengan menukar parti. Mereka ini tidak beza dari ‘con-men’. Amalan-amalan seperti ini merendahkan politik dan hanya menguatkan pendapat umum yang’politik adalah kotor’ bilamana orang-orang yang kotorlah yang mengambil bahagian dalam politik untuk membuatkan politik kotor.

The Folding Era

The Folding Era

Posted by Kini YouTube on Friday, March 1, 2019

“Perkara defection yang dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen daripada parti atas nama mana ia dipilih pada asalnya adalah tidak senonoh dan tidak beretika kerana mereka ini dipilih bukan kerana sifat-sifat peribadi mereka tetapi kerana parti yang mereka mewakili dan amalan-amalan seumpama ini juga membolehkan ahli-ahli politik yang terpilih dibeli dan dijual seolah-olah mereka ini berada di pasar.

“Jika sekiranya seorang Ahli Parlimen yang dipilih meletak jawatan atau disingkirkan daripada parti atas nama mana ia dipilih pada asalnya, maka beliau hendaklah mengosongkan kerusinya dan mengakibatkan pilihanraya kecil diadakan. Jika perletakan jawatan atau penyingkiran itu disebabkan oleh sesuatu prinsip politik yang mendapat sokongan orang ramai, maka Ahli Parlimen berkenaan tidak patut ragu-ragu yang beliau tidak akan dipilih sekali lagi dalam satu pilihanraya kecil.”

10 Companies That Secretly Control The World

10 Companies That Secretly Control The World

Posted by Kini YouTube on Wednesday, February 27, 2019

“Saya berpegang teguh kepada prinsip di sebalik RUU yang saya perkenalkan di Parlimen 40 tahun lalu, “ujar Kit Siang dalam ucapannya mengenang kembali sejarah 40 tahun lalu.

“Namun, bukan sahaja tidak wujud undang-undang anti-lompat parti di Malaysia, malah terdapat peruntukan perlembagaan bahawa sekiranya seorang Ahli Parlimen atau ADUN meletakkan jawatan untuk sebarang sebab, beliau tidak boleh bertanding semula-suatu pindaan perlembagaan yang saya bantah di zaman 90’an,” ujarnya.

HUAWEI Mate X First Look

HUAWEI Mate X First Look

Posted by Kini YouTube on Tuesday, February 26, 2019

Bagi beliau, harus ada undang-undang anti-lompat parti di Malaysia. Namun sehingga wujud undang-undang sedemikian, kepimpinan politik tidak kira kerajaan atau pembangkang harus menunjukkan contoh integriti politik bagi memastikan sebarang tindakan berpaling tadah oleh mana-mana wakil rakyat bukanlah dilakukan dengan alasan peribadi atau oportunistik, yang akan menimbulkan persoalan integriti.

“Adakah semua Ahli Parlimen ADUN dan pimpinan politik di Sabah yang telah meninggalkan UMNO menjadi wakil rakyat bebas bersedia untuk memohon maaf secara terbuka daripada rakyat Malaysia bagi menebus kesalahan mereka menyokong Najib dan skandal 1MDB sepanjang beberapa tahun lalu”

Video : Kerajaan Pakatan Harapan berjaya menyiapkan Blok baru Hospital Besar Ipoh & sedia membantu rakyat. Syabas!! 👏🏼👏🏼

Posted by Kini YouTube on Monday, February 25, 2019

“Adakah mereka bersedia mengaku untuk menyokong semua usaha untuk mengubah Malaysia daripada sebuah kleptokrasi global menjadi sebuah negara contoh berintegriti sebelum memohon untuk menyertai mana-mana parti Pakatan Harapan?”

Kit Siang menegaskan bahawa gabungan Pakatan harapan tidak patut membenarkan mana-mana bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti komponennya sehinggalah mereka telah menebus kesalahan mereka menyokong Najib dan skandal 1MDB untuk beberapa tahun lampau.

Impress ANYONE With This Card Trick!

Impress ANYONE With This Card Trick!

Posted by Kini YouTube on Monday, February 25, 2019

“Bersekali dengan ikrar terbuka bahawa mereka kini menyokong tujuan mengubah negara daripada sebuah kleptokrasi global menjadi sebuah negara contoh berintegriti.”

Penjuru Kiri

Sudah masuk tahun baharu 2019. Lebih enam bulan sudah berlalu sejak perubahan demokratik yang kita semua nanti-nantikan selama lebih lima puluh tahun. Bukan sahaja perubahan demokratik, PRU ke-14 turut memicu demikian banyak perubahan dalam lanskap sosio politik Malaysia.

Selain menyaksikan berpindahnya tampuk kuasa daripada rejim UMNO-BN, kita juga diperlihatkan bagaimana sisa-sisa kepimpinan UMNO-BN yang tidak tahan daulat duduk di blok pembangkang, turut sama berpindah. ‘Hijrah politik’ kata mereka, cuba menjauh dari gelaran ‘katak’ yang sinonim dengan perbuatan melompat parti seperti yang mereka lakukan.

我們的地球上根本沒有樹

我們的地球上根本沒有樹

Posted by Kini YouTube on Sunday, March 3, 2019

Perubahan lain yang turut dipicu ombak PRU14 ialah semakin ke kanannya PAS dalam spektrum politik, demi memastikan deposit tetapnya dalam kalangan pengundi Melayu-Islam tidak berkurang bahkan bertambah, lantaran kekecewaan yang melanda ramai penyokong UMNO sehingga mencari kapal baru untuk berpaut.

Gelombang konservatisme yang ditunggang PAS sambil diekori UMNO ini justeru menjadi masalah besar kepada upaya-upaya untuk mengembalikan tumpuan negara kepada isu-isu pokok melibatkan urustadbir dan ekonomi-isu-isu sejagat yang menyatukan kita semua sebagai sebuah bangsa.

Magic Secrets of Britain's Got Talent Finally Revealed

Magic Secrets of Britain's Got Talent Finally Revealed

Posted by Kini YouTube on Sunday, March 3, 2019

Di sini kelihatan jelas bagaimana naratif Malaysia Baharu pasca PRU14 tidak ditulis oleh tangan-tangan yang menang. Bahkan penanya sudah dirampas penunggang gelombang konservatisme, menjadikan kerajaan Pakatan Harapan terperangah dan terkapai-kapai mencari kemudi komunikasi massa yang sudah semakin jauh terlepas dari genggaman.

Naratif Malaysia Baharu seharusnya membawa wacana demokratik yang melampaui politik Malaysia lama; politik yang marak dengan api perkauman, manipulasi pertembungan agama dan toleransi sesama budaya yang hampir tak ada.

偏個1公分就不對了!26張讓人「毛孔都舒暢」的極度整齊圖!

偏個1公分就不對了!26張讓人「毛孔都舒暢」的極度整齊圖!

Posted by Kini YouTube on Saturday, March 2, 2019

Naratif Malaysia Baharu seharusnya semakin rancak dengan gagasan perpaduan, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup segenap lapis masyarakat tanpa mengambil kira perbezaan latar keturunan, budaya, adat resam, kepercayaan dan kelas ekonomi.

Naratif Malaysia Baharu seharusnya keluar daripada wacana politik perbezaan yang memecahbelah, dan membawa masyarakat kembali ke tengah;membincangkan hal-hal yang menyatupadukan dan masalah-masalah sejagat agar dapat diselesaikan bersama.

it will surprise you

it will surprise you

Posted by Kini YouTube on Saturday, March 2, 2019

Malaysia Baharu adalah Malaysia tanpa UMNO, Tanpa politik perkauman, politik kebencian, apatah lagi politik yang meletakkan wang dan harta sebagai tujuan.

Sewajarnya anak-anak semua bangsa memasang azam agar Malaysia Baharu pada tahun baharu dapat menjauh daripada segala celaka yang akan menghancurkan perpaduan serta kasih sayang antara kita semua sebagai sebuah bangsa; Bangsa Malaysia.