Usah berpolitik seperti ‘pimping di lereng bukit’

Tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an adalah dua tempoh genting dalam perkembangan sistem pendidikan negara ini. Peralihan pemerintahan yang dilalui oleh negara kita dari sebuah negara yang dijajah kepada sebuah negara merdeka, mendorong kepada pengekalan sistem pendidikan yang ada pada hari ini. Bermula daripada Laporan Barnes kepada Laporan Fenn-Wu, seterusnya kepada Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Razak, yang membawa kepada Ordinan Pelajaran 1957.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Berdasarkan latar belakang sejarah, Malaysia merupakan sebuah negara berkepelbagaian etnik yang telah melalui doktrinasi ‘pecah dan perintah’ oleh pihak penjajah. Aspek etnik dan masyarakat merupakan satu realiti yang perlu diambil kira justeru ia banyak mempengaruhi sistem pendidikan negara sehingga terbentuknya sistem pendidikan vernakular yang ada pada hari ini.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Negara kita ini telah dibina atas sikap solidariti dan kerukunan antara kaum sejak sekian lama. Justeru itu, tuduhan bahawa sistem pendidikan vernakular di negara ini tidak menyumbang kepada perpaduan kaum amatlah dangkal. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan manusia yang bercakap di dalam bahasa yang sama tidak akan berlaku zalim terhadap satu sama lain. Sama juga, dengan kelompok yang bercakap satu bahasa tidak semestinya sehati dan sealiran.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Terdapat beberapa kajian yang dibuat di peringkat UNESCO mengenai penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di peringkat pendidikan rendah. Laporan tentang Penggunaan Bahasa Vernakular di Sekolah yang diterbitkan oleh UNESCO, menegaskan “adalah jelas dan nyata bahawa pengantar yang paling baik untuk mengajar kanak-kanak ialah bahasa ibundanya” (Cummins 1979:223) dan “setiap usaha mesti dijalankan untuk memberikan pendidikan dalam bahasa ibunda” (Eastman 1983:83).

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Pada tahun ini sahaja, terdapat 16% ibu bapa daripada golongan Bumiputera menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan rendah di sekolah vernakular. Sebarang usaha untuk menafikan hak pendidikan mereka dan baki 84% pelajar-pelajar yang lain adalah tidak bertamadun dan harus dihentikan. Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS sendiri iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan menolak pandangan bahawa sekolah vernakular menjadi punca merosakkan perpaduan kaum di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kenyataan wakil Dewan Muslimat PAS harus dikecam kerana beliau berpolitik bagai pimping di lereng bukit.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Keutamaan sebenar kita adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara seperti yang sedang diusahakan oleh pasukan YBM Dr Maszlee. Kita tidak perlu membazir masa dan memberi perhatian kepada kenyataan ‘tin kosong’ yang langsung tidak membina seperti yang diutarakan oleh wakil Dewan Muslimat PAS ini. Jelas bahawa hujah dibawa perwakilan PAS ini, berniat menyemai kebencian antara rakyat dan mencetuskan permusuhan politik. Ia tidak membawa sebarang manfaat kepada perkara pokok/teras iaitu meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak kita.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kalau air di hulu sudah berlumpur, jangan harap air di hilir jernih; kalau niatnya tidak betul, mustahil hasilnya bersih. Semoga pihak polis dapat menyiasat tuduhan beliau yang sangat tidak wajar, malah bertentangan dengan pendirian kepimpinan parti mereka sendiri. Mungkinkah konsep wala’ tidak terpakai dalam isu-isu seperti ini dalam PAS? Ini membawa kepada satu persoalan yang harus dijelaskan oleh kepimpinan PAS. Apakah tindakan susulan kepimpinan PAS dalam memulihkan pemikiran terpesong Dewan Muslimat PAS yang semangnya berbaur hasutan dan mengundang permusuhan? – Roketkini.com *Howard Lee adalah Ketua DAPSY Kebangsaan, Adun Pasir Pinji dan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Ambil tindakan tegas terhadap pihak sebar fitnah, apikan sentimen kaum – Kit Siang

Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Katanya, ini bagi memastikan negara tidak menjadi terkebelakang dan gagal disebabkan oleh kenyataan tidak bertanggungjawab yang sengaja berniat memecahbelahkan rakyat Malaysia.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Beliau merujuk kenyataan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Saifullah Baiduri bahawa peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang selagi Dong Zong wujud. Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut merujuk sebuah rakaman video yang memaparkan seorang “ustaz” mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kononnya diresapi komunis.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Jika Saifullah dan ustaz berkenaan diberi kekebalan dan terlepas daripada sebarang hukuman kerana membuat kenyataan, tidak bertanggungjawab, tidak berasas, mengapi-apikan, bagi menyebarkan kebencian, rasa tidak percaya, ketaksuban dan tidak toleransi di kalangan rakyat Malaysia, Malaysia tidak akan berjaya sebagai sebuah negara yang bersatu padu, demokratik, progresif dan makmur, sebaliknya akan menjadi negara yang keterbelakang, gagal, berpecah-belah,” ujarnya. – Roketkini.com

Usah terikut main isu kaum, sentimen kebencian

Saya merujuk kenyataan media yang diterbitkan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ahmad Bilal Rahudin dan saya telah mengambil maklum segala macam tohmahan dan tuduhan beliau yang pada hemat saya adalah tuduhan yang tidak berasas kepada DAP. Ingin saya tegaskan di sini bahawa Pakatan Harapan menjunjung tinggi konsep musyawarah dan segala keputusan yang diputuskan harus mendapat persetujuan daripada kesemua pimpinan parti komponen.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Di peringkat negeri Melaka, sungguhpun DAP mendapat jumlah kerusi undi yang tinggi berbanding rakan komponen Pakatan Harapan yang lain, namun atas dasar kesepakatan yang utuh dan erat, kami bersetuju memilih Pengerusi Pakatan Harapan Melaka iaitu Adly Zahari untuk memimpin Kerajaan Negeri Melaka pasca PRU-14. Saya amat kesal dengan tuduhan, fitnah dan hasutan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS berkaitan beberapa isu seperti pengiktirafan kerajaan negeri Melaka terhadap lepasan UEC, hal ehwal sumber manusia di Hospital Pakar Putra dan juga pemberian jawatan kepada kroni dan ahli keluarga.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Saya yakin Ketua Pemuda PAS seorang yang cerdik dan cakna terhadap isu semasa. Adakah beliau tidak membaca dan peka terhadap pendirian kerajaan negeri bahawa pengiktirafan UEC ini diperakui selagi mana pembelajaran Bahasa Melayu tidak dipinggirkan atau diutamakan? Selain itu, segala tuduhan berkaitan Hospital Pakar Putra milik kerajaan negeri Melaka perlulah disokong dengan fakta yang jelas dan bukan hanya cakap kosong semata-mata. Berkenaan isu pelantikan kroni dan dan kaum keluarga pula, ingin saya jelaskan bahawa pelantikan-pelantikan yang dibuat adalah berdasarkan merit dan bukan pelantikan tangkap muat sahaja.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Saya mencabar Ketua Pemuda PAS Melaka supaya tampil ke hadapan dan memberikan bukti dan fakta yang jelas terhadap kesemua tuduhan memandangkan tanggungjawab dan beban pembuktian terletak di atas bahu beliau. Usahlah bermain sentimen kebencian dan memanipulasi isu perkauman untuk menunjuk jaguh dalam membela nasib rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional sehingga ke hari ini. Kerajaan Pakatan Harapan melalui kesemua parti komponen khususnya DAP amat menyokong usaha untuk mengembalikan semula kewibawaan tadbir urus yang lebih bersih, cekap dan bermaruah untuk Melaka dan Malaysia yang lebih baik. – Roketkini.com *Muhamad Danish Zainudin adalah Setiausaha Politik Adun Duyong, Exco Pemuda Pakatan Harapan Melaka, Ahli Jawatankuasa DAPSY Negeri Melaka.

Kes Beng Hock: DAP minta penjelasan peguam negara

DAP memohon penjelasan Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung arahannya kepada polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau terkejut apabila mendapat tahu kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi penahanan secara salah. “Saya terkejut apabila mendapat tahu pihak polis sedang menyiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penahanan secara salah, seperti yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Berikutan perkembangan ini, saya telah menulis satu lagi surat kepada (peguam negara) Tommy Thomas pada 25 Jun dan kami sedang menunggu jawapan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 memutuskan bahawa terdapat elemen jenayah dan pembunuhan serta pihak yang bertanggungjawab dalam kematian Beng Hock. Siasatan kes itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, beliau sebelum ini telah menulis surat kepada peguam negara pada 23 November 2018 bagi memohon supaya kes kematian Beng Hock dibuka semula selepas mendapat persetujuan Kabinet pada 20 Jun tahun lalu. “Peguam negara telah menjawab dalam suratnya pada 4 Disember 2018 bahawa dia telah menulis kepada ketua polis negara pada 17 Julai 2018 untuk berbuat demikian. “Dalam jawapannya, ketua polis negara menyatakan rasa kesal kerana tidak ada perkembangan dan dia akan menekan polis untuk meneruskan siasatan,” katanya sambil menegaskan kes kematian Beng Hock adalah melibatkan kepentingan awam.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Menurut Menteri Kewangan itu, meskipun telah dibangkitkan beberapa kali dalam mesyuarat Kabinet, tidak ada perkembangan terbaharu dalam siasatan kes itu. “Walaupun perkara itu dibangkitkan dalam kabinet beberapa kali, iaitu kali terakhir pada 15 Mei 2019, masih belum ada perkembangan baru,” katanya. – Roketkini.com

‘Jajaran LRT Bayan Lepas tak masuk walau sedikit tanah wakaf’

Tapak asal Masjid Sungai Nibong Besar dan tanah perkuburan Islam di situ tidak akan sama sekali terjejas dengan cadangan jajaran transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. Katanya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah bermesyuarat dan bersetuju cadangan jajaran LRT tersebut diletakkan bersebelah dan selari dengan jejambat Jalan Sultan Azlan Shah tanpa menjejaskan kawasan tanah wakaf.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Persetujuan ini mengambil kita jejambat LRT yang dicadangkan tidak memasuki walau sedikit pun tanah wakaf kubur dan juga wakaf Masjid (Jamek) Sungai Nibong Besar, baik yang berada di atas tanah, mahupun ruang udara kedua-duanya,” katanya dalam sidang media di Komtar, Pulau Pinang, hari ini. Katanya lagi, keputusan itu juga selari dengan fatwa dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“(Fatwa) itu antaranya, tidak memasuki tapak dan juga ruang udara kubur dan juga tapak masjid oleh sebarang struktur,” katanya sambil menambah projek pembinaan masjid di tapak berkenaan boleh diteruskan mengikut jadual asal. Ahmad Zakiyuddin yang juga Exco Hal Ehwal agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dan menghormati setiap garis panduan dan hukum hakam Islam yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek berkenaan.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan apa yang berlaku sekarang merujuk semua jenis penyebaran maklumat, kenyataan media dan sebarang bentuk sebaran melalui apa juga saluran media oleh sesiapa pun yang berniat jahat, bersifat fitnah dan tohmahan tidak berasas tanpa merujuk dan mendapatkan maklumat terkini yang sahih dan tepat dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” ujarnya yang juga – Roketkini.com

Adakah Zahid kembali semata-mata demi ‘Bossku’?

Dalam gaya penuh dramatik, Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengumumkan kembali menerajui UMNO selaku presiden setelah bercuti selama enam bulan. Adakah beliau akan mengalas semula tugas Ketua Pembangkang Parlimen atau mengakui bahawa Presiden UMNO tidak semestinya perlu menjadi pemimpin UMNO di Parlimen? Tiga perkara yang perlu diberi perhatian tentang berita kembalinya Zahid daripada bercuti, seperti berikut:

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Pertama, Zahid kembali mengemudi UMNO beberapa hari selepas beliau dikenakan tuduhan rasuah yang baharu, sekaligus menempa nama dalam sejarah perundangan Malaysia apabila dikenakan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah;
Kedua, penentangan pemimpin UMNO terhadap keputusan Zahid untuk menamatkan cutinya, seperti yang ditunjukkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilapor berkata bahawa Zahid perlu terlebih dahulu meminta pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum kembali menjalankan tugas presiden; dan
Ketiga, campur tangan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menolak suara-suara penentangan dan membuka jalan seluas-luasnya untuk Zahid kembali menjadi Presiden, malah bertegas bahawa Zahid tidak memerlukan keizinan MT UMNO untuk kembali menerajui UMNO kerana segala keputusan tertaluk secara mutlak kepada kehendak Zahid.
Adalah menarik untuk kita singkap semula peristiwa yang menyebabkan Zahid mengambil cuti sebagai Presiden UMNO pada enam bulan lalu.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Zahid merujuk syarat-syarat “hukuman” yang dikenakan terhadap UMNO dan penghinaan yang terpaksa dilaluinya dalam beberapa mesyuarat yang beliau hadiri. Katanya: “Bukan penolakan secara literal tetapi penolakan untuk penghinaan dan juga suatu tindakan untuk seolah UMNO ini berada di dalam najis mughallazah. Najis ini paling berat sekali, seolah seperti najis binatang-binatang haram,” katanya. “Ada dua permintaan. Pertama UMNO mesti dibubarkan, ahli-ahli UMNO mesti melompat ke sebuah parti baru.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Ertinya sejarah UMNO selama tujuh dekad itu mahu dipadamkan dan oleh kerana kononnya semua rakyat benci kepada UMNO. ‘UMNO rasuah, perompak, penyamun’.” Akibatnya, beliau terpaksa membayar harga yang mahal kerana bertegas UMNO tidak boleh dibubarkan. Adakah Zahid kini sudah sedar bahawa segala penghinaan yang diterima itu sebenarnya disebabkan oleh kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri, apabila mereka menggagalkan UMNO dan Malaysia serta bersengkongkol dengan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB dan skandal rasuah lain membabitkan Tabung Haji, Felda, Felcra dan MARA, yang mana membawa malu dan keaiban kepada Malaysia kerana digelar di seluruh dunia sebagai kleptokrasi global?

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Adakah Zahid kini memimpin UMNO untuk menunjukkan bahawa pemimpin UMNO sudah menyesal dan bertaubat di atas tindakan keji, malah khianat yang mereka lakukan terhadap negara! Atau beliau hanya kembali untuk memastikan UMNO kekal sebagai perkakas “Bossku” dan memainkan peranan sebagai proksi “Bossku”, lebih-lebih lagi setelah “Bossku” kini dapat menghidu yang beliau mungkin semakin hilang kawalan ke atas UMNO Dalam beberapa jam akan datang, rakyat Malaysia akan mengetahui sama ada Zahid akan kembali menjadi Pemimpin Pembangkang Parlimen dan konfigurasi pembangkang baharu di Parlimen! – Roketkini.com

Mengubah tabiat berfikir bagi membangun bandar berdaya tahan

Anda mungkin tertanya, kenapa seorang dari sektor pertahanan dijemput berucap di hadapan ahli-ahli Pertubuhan Arkitek Malaysia. Mungkinkah sebab Ahli-ahli Parlimen yang lain semuanya pulang ke kawasan masing-masing, dan kebetulan saya ada kerana saya tiada kawasan untuk pulang berkhidmat? Boleh jadi. Namun saya rasa pihak penganjur mengetahui bahawa saya secara peribadi sangat berminat dengan isu-isu berkaitan bandar dan persekitaran terbina. Malah sebenarnya saya sedang berbual bersama Azmar Ahmad dan teman lama saya Tan Loke Mun apabila undangan yang tidak diduga ini disampaikan. Saya bertemu mereka untuk mendapatkan sokongan PAM bagi beberapa pertandingan melibatkan ruang awam dan bangunan, yang saya mahu jalankan di beberapa bandar di Johor.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Saya berpendapat bahawa para arkitek harus seboleh mungkin dilibatkan dalam proses mereka dan konseptualisasi ruang awam dan binaan awam, dan sebab itulah saya sedang berusaha menjalankan beberapa pertandingan demi mendapatkan idea untuk ruang dan binaan awam. Melibatkan para arkitek yang bangga dengan ruang serta binaan awam yang direka, dibayangkan dan dibina oleh mereka sendiri adalah satu cara yang bagus untuk memperbaiki ruang dan binaan awam. Demi mencapai dan mengekalkan hubungan ini, sektor awam, terutamanya pihak berkuasa setempat serta Jabatan Kerja Raya, harus bersedia untuk melibatkan para arkitek seboleh mungkin apabila membangun ruang dan binaan awam.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Masyarakat kita perlu menghargai profesionalisme dan daya-kreatif para arkitek. Cara bagaimana ruang dan binaan awam dibentuk dan dicipta tidak seharusnya dibiarkan sahaja kepada pemimpin politik, pengkhidmat awam, pemaju swasta atau mana-mana pihak berkepentingan lain. Malah arkitek sebenarnya berada dalam kedudukan yang baik untuk bercakap bagi pihak masyarakat setempat, serta semangat zaman mereka. Dalam banyak sudut, selain daripada baris kata pada buku-buku, ketamadunan terbina dalam bentuk bandar dan bangunan.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Malaysia kini berada dalam suatu era baharu. Perubahan itu terjadi pada Mei 2018. Sepanjang dua dekad lampau, sudah ramai yang mencuba untuk menghentikan barah yang membusuk dan menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran. Hayat politik saya sendiri, sebagai seorang anak Kuala Lumpur yang bertanding di Pulau Pinang pada 2008, merantau ke Johor pada 2013 dan bertanding di kerusi paling rumit di Ayer Hitam untuk menggembleng sokongan akar rumput; semuanya itu adalah demi untuk Selamatkan Malaysia.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Namun sejak Mei 2018, kerjanya kini adalah untuk membina Malaysia Baharu. Secara tuntas, para arkitek di negara ini mempunyai peranan yang amat besar dari segi itu; dengan membangun bandar-bandar serta binaan demi masa depan kita bersama. Seperti yang sering saya sebut, kita harus mengambil sikap bahawa usaha membina-semula Malaysia adalah projek dua puluh tahun. Apa yang kita lakukan sekarang, keputusan yang kita ambil sekarang, harus dilaksanakan dalam rangka minda 20 tahun.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Peranan arkitek dalam hal ini sangat penting. Kita memerlukan sebuah visi baharu untuk urbaniti negara. Kebanyakan rakyat Malaysia kini tinggal di bandar-bandar – 76 peratus setakat ini, dan menjelang tahun 2050, 90 peratus daripada kita akan tinggal dalam kondisi-kondisi urban. Bandar-bandar kita kini tidak cekap-tenaga, dan dalam hal itu, kita mungkin dapat menyusunnya dengan lebih baik. Kita juga menerima kesan buruk akibat pemintasan bandar (urban sprawl). Ia menjejaskan sumber melalui proses perpaipan, pemasangan kabel grid elektrik, infrastruktur komunikasi, jalanraya dan sebagainya. Senarainya panjang.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Berahi masyarakat terhadap hartanah ‘landed’ suburban, perasaan bahawa semua orang perlu memiliki rumah, dan obesesi terhadap kenderaan persendirian yang dipandu berseorangan sangat-sangat membebankan alam sekitar dan membawa kepada guna sumber secara tidak cekap. Bukan senang untuk mengubah idea yang telah berakar dalam minda masyarakat sejak dekad 60-an. Sebelum itu, ramai yang menetap di kampung-kampung, manakala yang tinggal di bandar hidup di rumah kedai yang sempit, dikongsi beberapa keluarga. Di atas rumah, di bawahnya kedai. Jejak karbon, sifar.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Kita juga harus barangkali memeriksa idea semasa tentang pelingkungan (zoning). Kita membahagiakan aktiviti manusia kepada sektor-sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan perumahan. Namun dalam banyak segi, ini mempertingkatkan jejak karbon, dan tidak menguranginya. Kita wajar memikirkan semula ruang awam secara menyeluruh; jika kita harus tinggal, bekerja dan beriadah di dalamnya dengan rasa yakin dan selesa. Saya tidak kata kita perlu memutarkan kembali waktu. Namun sudah tiba masanya untuk berfikir tentang bagaimana untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk tinggal hampir ke pusat-pusat bandar supaya mereka lebih hampir kepada peluang pekerjaan dan tidak perlu mengharungi kesesakan lalulintas berjam-berjam demi berulang-alik ke tempat kerja.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kita harus mempertimbangkan semula idea kononnya semua orang mesti memiliki rumah. Selalunya untuk memiliki hartanah di pusat bandar adalah di luar kemampuan rakyat biasa, manakala mereka yang mampu memiliki selalunya tidak tinggal pun di rumah itu. Mereka malah selalunya tidak berminat pun menyewakannya. Pasaran sewaan kita tidak dilindungi dan dikawal untuk menjadikan langkah menyewakan sebagai satu pilihan yang menarik. Selalunya, unit-unit ini dibeli untuk tujuan pelaburan, atau lebih tepat lagi, untuk tujuan spekulatif.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Masyarakat secara keseluruhannya, akan kerugian dalam hal mengewangkan perumahan. Mereka yang bekerja di tengah bandar terpaksa membuang masa berjam-jam lamanya berulang-alik ke tempat kerja dari perumahan suburban melalui kesesakan jalan raya. Oleh itu kita harus berfikir untuk membangun perumahan awam dan swasta yang baik di kawasan pusat-pusat bandar untuk disewakan kepada orang muda. Secara serius saya katakan, bukan semua orang perlu memiliki rumah. Tetapi semua orang memerlukan tempat berteduh.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Suatu lagi obsesi yang harus ditinggalkan ialah keyakinan bahawa kononnya pemilikan kereta adalah ukuran kemajuan nasional, dan kejayaan peribadi. Penggunaan kereta panduan perseorangan sebenarnya membebankan negara. Saya sering (separuh) bergurau bahawa adalah lebih baik membayar orang ramai untuk menaiki bas daripada memberi subsidi kepada penggunaan petrol mereka. Dari sudut itu, cara kita mengatur dasar adalah penting. Tanpa menyediakan pengangkutan awam yang baik, menarik-balik subsidi petrol hanya akan menghukum golongan M40 marjinal yang akhirnya akan terpaksa memilih untuk menunggang motosikal, dan seterusnya meningkatkan bilangan kemalangan jalan raya.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Anehnya, rakyat Malaysia kini memikirkan tren, apabila mereka memikirkan tentang pengangkutan awam. Malang sekali, wujud prejudis hari ini bahawa bas adalah untuk kegunaan orang miskin dan pekerja asing. Hakikatnya, adalah lebih jimat untuk menguruskan bas berbanding tren, dan bas mampu mengangkut lebih ramai penumpang serta fleksibel dari segi destinasi.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Apa yang bijak untuk dilakukan ialah mencampurkan mod pengangkutan massa. Tren, bas, bas transit dan sebagainya boleh saling melengkapi satu sama lain dengan mudah. Kita harus menghindar daripada pemikiran bahawa memandu kereta adalah suatu keperluan. Sebagai sebuah masyarakat, kita patut mencipta suatu situasi di mana pengangkutan awam ‘multimodal’ berasaskan bas akhirnya menjadikan pemanduan kereta suatu kemewahan dan bukan keperluan. Sebuah negara yang maju adalah negara di mana mereka yang kaya dan berada di kelas pertengahan menggunakan pengangkutan awam.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Izinkan saya menghubungkan apa yang telah saya ucapkan dengan soal pertahanan, portfolio saya. Bandar-bandar yang disusun atur dengan elok adalah bandar-bandar yang berdaya tahan. Bandar yang mesra-iklim lebih mampu mendepani bencana alam dengan lebih daya tahan. Bandar yang mengatur dirinya dengan lebih baik dan menawarkan pengangkutan yang cekap dan boleh diharap serta mobiliti juga mampu untuk bertindak terhadap kecemasan seperti serangan pengganas dengan lebih baik.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Malaysia telah menikmati aman damai sejak Perjanjian Hatyai ditandatangani pada tahun 1989. Ramai masih berfikir bahawa jika berlaku sebarang pertempuran, ia hanya akan berlaku di dalam hutan. Namun seperti yang telah kita saksikan dalam tragedi Marawi di Filipina, konflik bersenjata harini berkemungkinan tinggi berlaku di kawasan urban. Kita harus bersedia untuk menangani pertempuran secara tidak konvensional pada masa akan datang.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Justeru itu, marilah kita menyusun bandar-bandar kita, supaya Malaysia mampu berdaya tahan dari segenap segi. – Roketkini.com *Ucapan oleh Liew Chin Tong di Majlis Makan Malam Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) pada 29 Jun 2019, di Petaling Jaya.

PAS cuba sebar fahaman radikal

Tindakan seorang pemimpin PAS mengeluarkan fatwa ‘wajib jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan’ hanya akan memecahbelahkan perpaduan rakyat khususnya umat Islam negara ini. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata kenyataan itu hanya akan manyuburkan budaya takfiri. “PAS sekali membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta ia mampu menjerumuskan fikiran rakyat khususnya orang Islam ke arah fahaman radikal dan takfiri.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Kenyataan ‘wajib jatuhkan kerajaan PH adalah tak bertanggungjawab dan berbahaya. Rakyat perlu waspada dengan mainan politik sebegini,” katanya yang juga Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli kepada Roketkini. Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataannya dalam muktamar PAS baru-baru ini yang “memfatwakan” wajib menjatuhkan kerajaan PH. Menurut Tengku, sebagai seorang Islam, hukum wajib, haram, sunat, makruh itu amat sinonim dalam kehidupan bermasyarakat.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Ia dekat di hati kita terutama orang Melayu dan Islam. “Perkataan itu adalah hukum yang mesti di patuhi. Jika tidak buat, maka ianya berdosa. Bila PAS gunakannya untuk kepentingan politik sempit, ia boleh timbulkan kekeliruan dan perpecahan,” kata Ahli Parlimen Raub itu. Tambahnya, PAS yang sering mendakwa memperjuangkan Islam seolah-olah cuba mempermainkan kesucian agama dan memperjudikan keamanan negara ini dengan ‘fatwa’ bahaya sedemikian. “Tibalah masanya pihak berwajib mengkaji balik kenyataan pemimpin PAS tersebut kerana kita tak mahu ia membawa mudarat kepada negara kita,” katanya lagi. – Roketkini.com

Kit Siang gesa UM henti sasar aktivis pelajar, tarik balik laporan polis

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Oktober 2019 Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Abdul Rahim Hashim patut menarik semula laporan polis yang dibuat pihak universiti dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes, sebaliknya beliau sepatutnya mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk menangani isu yang berbangkit.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan hak pelajar untuk berdemonstrasi, namun berpandangan bahawa majlis konvokesyen bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan protes berkenaan. Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak berniat untuk masuk campur dalam hal berkenaan. Maka, sebarang protes yang berlaku dalam majlis konvokesyen universiti atau hal yang berkaitan sepatutnya ditangani selari dengan semangat ini — bukan dengan cara yang keras yang akan memburukkan nama baik Universiti Malaya.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam kenyataannya berhubung kejadian tersebut — di mana graduan kejuruteraan, Wong Yan Ke telah melakukan protes semasa majlis konvokesyen universiti dan “tindakan yang tidak adil” terhadap Edan Kon Hua En yang dinafikan haknya daripada menghadiri majlis konvokesyennya — mengaitkan protes oleh aktivis pelajar tersebut dengan rasa tidak puas hati yang terpendam lama berhubung beberapa dakwaan “kesalahan dan salah tindakan” Naib Canselor Abdul Rahim Hashim.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Protes berkenaan berkemungkinan didorong oleh perasaan tidak puas hati komuniti pelajar berikutan banyak kesalahan dan salah tindakan naib canselor UM,” kata Setiausaha PKAUM, Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz dalam satu kenyataan. Tegas PKAUM, mereka menyokong hak untuk Wong menyuarakan rasa tidak puas hati, tetapi tidak bersetuju dengan platform graduan itu gunakan untuk berbuat demikian kerana ia mencemarkan majlis konvokesyen yang dihadiri graduan lain dan ahli keluarga mereka.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Kegagalan Abdul Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum di kalangan warga UM yang berbilang kaum dengan melibatkan diri dalam Kongres Maruah Melayu telah mencemarkan kepimpinannya di universiti berkenaan. – Roketkini.com

Azwanddin mohon maaf pada pemimpin DAP, kes saman fitnah selesai

Seorang pemimpin NGO pro-pembangkang hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok berhubung kejadian rusuhan di Subang Jaya pada Disember tahun lalu. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memfitnah Teresa kononnya Menteri Industri Utama itu mempunyai kaitan dengan pemaju One City Development yang dikatakan mempunyai kaitan dengan rusuhan berkenaan.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Saya membuat penyebaran permohonan maaf ini melalui media secara tiada paksaan dan menghormati keputusan dan perintah mahkamah yang mulia selari dengan prinsip saya dan JMM yang mendokong keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang,” katanya Azwamddin. Selain permohonan maaf, Teresa juga menuntut bayaran RM130,000 untuk penyelesaian kes di luar mahkamah. Azwanddin turut bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Azwanddin turut membuat permohonan maaf kepada timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong dalam kenyataan yang sama.Pada 28 Ogos lalu, Azwanddin dan Chin Tong sudah mencapai persetujuan untuk menye lesaikan secara baik di depan hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar. – Roketkini.com