Ambil tindakan tegas terhadap pihak sebar fitnah, apikan sentimen kaum – Kit Siang

Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Katanya, ini bagi memastikan negara tidak menjadi terkebelakang dan gagal disebabkan oleh kenyataan tidak bertanggungjawab yang sengaja berniat memecahbelahkan rakyat Malaysia.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Beliau merujuk kenyataan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Saifullah Baiduri bahawa peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang selagi Dong Zong wujud. Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut merujuk sebuah rakaman video yang memaparkan seorang “ustaz” mendakwa kerajaan Pakatan Harapan kononnya diresapi komunis.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Jika Saifullah dan ustaz berkenaan diberi kekebalan dan terlepas daripada sebarang hukuman kerana membuat kenyataan, tidak bertanggungjawab, tidak berasas, mengapi-apikan, bagi menyebarkan kebencian, rasa tidak percaya, ketaksuban dan tidak toleransi di kalangan rakyat Malaysia, Malaysia tidak akan berjaya sebagai sebuah negara yang bersatu padu, demokratik, progresif dan makmur, sebaliknya akan menjadi negara yang keterbelakang, gagal, berpecah-belah,” ujarnya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *