Video didik kanak-kanak tentang gangguan seks perlu disebar luas pemimpin masyarakat, agama

Matlamat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya video mengenai sentuhan selamat dan sentuhan jahat yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah agar mengena sasaran 150,000 kanak-kanak tidak mungkin dapat dicapai tanpa penglibatan secara menyeluruh oleh pemimpin agama dan pemimpin komuniti serta masyarakat untuk menyampaikan pesanan yang mustahak ini.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Cadangan untuk memperkenalkan sukatan pendidikan seks yang lebih mampan dan praktikal di peringkat sekolah secara keseluruhan serta inisiatif untuk mempromosikan bahan-bahan publisiti bagi mendedahkan kanak-kanak kepada jenis-jenis sentuhan dan ruang serta platform untuk membuat aduan telah banyak kali dibangkitkan oleh saya dan Ahli-ahli Parlimen yang lain di Dewan Rakyat sebelum ini dari zaman pemerintahan Barisan Nasional namun ketiadaan iltizam politik untuk menyahut cadangan Ahli Parlimen pembangkang menyebabkan kewujudan lompong dalam struktur pendidikan seks dan mesej perlindungan yang sepatutnya disampaikan dahulu.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Kini dengan keazaman politik yang baru dan komitmen untuk meletakkan kepentingan dan keselamatan kanak-kanak sebagai agenda kebangsaan kerajaan Pakatan Harapan, perjuangan untuk mewujudkan kesedaran awam bermula dengan tanggungjawab masyarakat untuk melindungi kanak-kanak dan perjuangan ini bukanlah hanya terletak di bahu kerajaan sahaja. Walaupun wujud beberapa video yang amat efektif yang menceritakan jenis bahaya yang wujud di luar dan keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual telahditerbitkan oleh NGO-NGO yang khusus untuk penonton kanak-kanak, namun ini merupakan usaha yang amat signifikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Pemimpin-pemimpin dalam struktur-struktur masyarakat seperti Tok Batin bagi komuniti Orang Asli dan Orang Asal, Tuai Rumah di Rumah Panjang, Ketua Kampung, Penghulu, Jawatankuasa MPKK, KRT, Persatuan Penduduk, JMB, JMC, Ahli Majlis dan wakil rakyat serta pemimpin agama sebagai imam di surau dan masjid, paderi dan pastor di gereja, sami di kuil Hindu dan tokong Cina, granthi di Gurdwara, serta pemimpin keagamaan yang lain yang mempunyai pengaruh yang luas harus menggunakan peluang ini untuk berganding bahu dan menggembleng tenaga dan menguatkan semangat untuk menguar-uarkan kelima-lima video keselamatan ini kepada anak-anak kita dan kepada golongan ibu bapa supaya mereka juga peka kepada risiko dan bahaya yang wujud di luar sana.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Dua minggu yang lalu, Ahli-ahli Parlimen dari 7 negara ASEAN telah bermesyuarat di Malaysia dalam Mesyuarat Kaukus ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) dan telah menyokong sebulat suara satu senarai semak yang dipersetujui oleh kesemua 7 negara ASEAN akan usaha bersama untuk membanteras jenayah eksploitasi kanak-kanak dalam industri pelancongan dan semasa perjalanan atau “Sexual Exploitation of Children in Travel and Tourism (SECTT)”.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Dengan kerjasama negara-negara ASEAN pemangsa seksual akan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan pemangsa seksual yang lain dengan usaha pengawasan dari badan penguat kuasa serta persefahaman dan permuafatakan antara Interpol dan negara-negara ASEAN dapat diasaskan. Namun demikian, usaha bersama antara negara ASEAN dan dalam negara untuk memerangi jenayah seksual kanak-kanak tidak mungkin tercapai tanpa penglibatan oleh semua pemimpin agama dan pemimpin komuniti serta masyakarat dengan menggembleng tenaga untuk membina satu benteng yang kukuh untuk melindungi anak-anak kita. – Roketkini.com

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

*Kasthuri Patto adalah Ahli Parlimen Batu Kawan, Setiausaha Antarabangsa Wanita DAP Kebangsaan dan Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *