Kerajaan digesa giatkan usaha banteras aktiviti pengedaran dadah – Lip Eng

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa kerajaan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah secara menyeluruh termasuk mengesan dan menangkap tokan dadah. Ini selepas kerajaan memutuskan untuk tidak melihat penagih dadah negara ini sebagai pesalah jenayah sebaliknya pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan. “Sementara kita memuji langkah kerajaan untuk memulihkan penagih dadah, adalah wajar untuk kerajaan turut menggiatkan usaha membanteras aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Dari mana penagih-penagih ini mendapatkan dadah mereka? Bagaimana mereka boleh membeli dadah dengan begitu mudah di negara kita yang dikatakan mempunyai hukuman yang paling berat di dunia terhadap pengedar dadah?” Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu memaklumkan bahawa kementeriannya dan Kementerian Kesihatan bersetuju melaksanakan ‘decriminalization‘ ke atas penagih dadah. Menurut beliau, pelaksanaan ‘decriminalization‘ itu akan melibatkan program rawatan dalam komuniti dengan memperkasakan peranan ahli keluarga dan masyarakat.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“KDN akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam program harm reductionmelalui terapi dadah gantian methadone dan joint management kes-kes dual diagnosis yang dijalankan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Tampoi dan Hospital Permai di Johor,” katanya. Mengulas lanjut, Lip Eng yang Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan turut mencadangkan penggunaan undang-undang tertentu terhadap tokan dadah yang dilihat licik memadam jejak jenayah mereka. “Seperti yang dinyatakan Muhyiddin, mereka yang ditangkap berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara kebanyakannya adalah penagih dadah atau lebih buruk lagi, keldai dadah.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

“Adakah tokan dadah begitu licik menyembunyikan jejak mereka, atau beban pembuktian begitu berat sehingga begitu sukar untuk menghukum mereka? “Wajarkah kita menggunakan undang-undang seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Activity Haram 2001 (AMLA) terhadap mereka?” soalnya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *