Kes Beng Hock: DAP minta penjelasan peguam negara

DAP memohon penjelasan Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung arahannya kepada polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau terkejut apabila mendapat tahu kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi penahanan secara salah. “Saya terkejut apabila mendapat tahu pihak polis sedang menyiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penahanan secara salah, seperti yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Berikutan perkembangan ini, saya telah menulis satu lagi surat kepada (peguam negara) Tommy Thomas pada 25 Jun dan kami sedang menunggu jawapan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 memutuskan bahawa terdapat elemen jenayah dan pembunuhan serta pihak yang bertanggungjawab dalam kematian Beng Hock. Siasatan kes itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, beliau sebelum ini telah menulis surat kepada peguam negara pada 23 November 2018 bagi memohon supaya kes kematian Beng Hock dibuka semula selepas mendapat persetujuan Kabinet pada 20 Jun tahun lalu. “Peguam negara telah menjawab dalam suratnya pada 4 Disember 2018 bahawa dia telah menulis kepada ketua polis negara pada 17 Julai 2018 untuk berbuat demikian. “Dalam jawapannya, ketua polis negara menyatakan rasa kesal kerana tidak ada perkembangan dan dia akan menekan polis untuk meneruskan siasatan,” katanya sambil menegaskan kes kematian Beng Hock adalah melibatkan kepentingan awam.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Menurut Menteri Kewangan itu, meskipun telah dibangkitkan beberapa kali dalam mesyuarat Kabinet, tidak ada perkembangan terbaharu dalam siasatan kes itu. “Walaupun perkara itu dibangkitkan dalam kabinet beberapa kali, iaitu kali terakhir pada 15 Mei 2019, masih belum ada perkembangan baru,” katanya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *