Kit Siang gesa UM henti sasar aktivis pelajar, tarik balik laporan polis

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Oktober 2019 Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Abdul Rahim Hashim patut menarik semula laporan polis yang dibuat pihak universiti dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes, sebaliknya beliau sepatutnya mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk menangani isu yang berbangkit.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan hak pelajar untuk berdemonstrasi, namun berpandangan bahawa majlis konvokesyen bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan protes berkenaan. Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak berniat untuk masuk campur dalam hal berkenaan. Maka, sebarang protes yang berlaku dalam majlis konvokesyen universiti atau hal yang berkaitan sepatutnya ditangani selari dengan semangat ini — bukan dengan cara yang keras yang akan memburukkan nama baik Universiti Malaya.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam kenyataannya berhubung kejadian tersebut — di mana graduan kejuruteraan, Wong Yan Ke telah melakukan protes semasa majlis konvokesyen universiti dan “tindakan yang tidak adil” terhadap Edan Kon Hua En yang dinafikan haknya daripada menghadiri majlis konvokesyennya — mengaitkan protes oleh aktivis pelajar tersebut dengan rasa tidak puas hati yang terpendam lama berhubung beberapa dakwaan “kesalahan dan salah tindakan” Naib Canselor Abdul Rahim Hashim.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Protes berkenaan berkemungkinan didorong oleh perasaan tidak puas hati komuniti pelajar berikutan banyak kesalahan dan salah tindakan naib canselor UM,” kata Setiausaha PKAUM, Noraishah Mydin Haji Abdul Aziz dalam satu kenyataan. Tegas PKAUM, mereka menyokong hak untuk Wong menyuarakan rasa tidak puas hati, tetapi tidak bersetuju dengan platform graduan itu gunakan untuk berbuat demikian kerana ia mencemarkan majlis konvokesyen yang dihadiri graduan lain dan ahli keluarga mereka.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Kegagalan Abdul Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum di kalangan warga UM yang berbilang kaum dengan melibatkan diri dalam Kongres Maruah Melayu telah mencemarkan kepimpinannya di universiti berkenaan. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *