Azwanddin mohon maaf pada pemimpin DAP, kes saman fitnah selesai

Seorang pemimpin NGO pro-pembangkang hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok berhubung kejadian rusuhan di Subang Jaya pada Disember tahun lalu. Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memfitnah Teresa kononnya Menteri Industri Utama itu mempunyai kaitan dengan pemaju One City Development yang dikatakan mempunyai kaitan dengan rusuhan berkenaan.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

“Saya membuat penyebaran permohonan maaf ini melalui media secara tiada paksaan dan menghormati keputusan dan perintah mahkamah yang mulia selari dengan prinsip saya dan JMM yang mendokong keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang,” katanya Azwamddin. Selain permohonan maaf, Teresa juga menuntut bayaran RM130,000 untuk penyelesaian kes di luar mahkamah. Azwanddin turut bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Azwanddin turut membuat permohonan maaf kepada timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong dalam kenyataan yang sama.Pada 28 Ogos lalu, Azwanddin dan Chin Tong sudah mencapai persetujuan untuk menye lesaikan secara baik di depan hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *