Menjernihkan ‘jawi-phobia’

Timbul kegusaran sebahagian segmen masyarakat berkenaan pengenalan jawi dalam subjek Bahasa Malaysia. Kegusaran seperti persoalan sama ada tindakan memperkenalkan huruf jawi bakal menambah beban murid dalam mendalami mata pelajaran atau beban guru dalam mengajar tidak salah dibincangkan atas semangat mahukan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Akan tetapi, keadaan boleh bertukar parah sekiranya kegusaran itu berlebih-lebihan berdasarkan sangkaan buruk daripada kurangnya maklumat atau ketakutan tanpa asas jelas.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Saya merupakan bekas pelajar yang menuntut di sekolah vernakular (Cina) sejak tadika sehinggalah sekolah menengah. Saya amat menghargai mata pelajaran yang meskipun diajar dalam Bahasa Mandarin namun mengetengahkan tentang budaya masyarakat lain yang terdapat di Malaysia. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana saya pertama kali tahu tentang kisah asal usul Minangkabau (walaupun nenek saya merupakan orang Minang) dalam teks Bahasa Mandarin. Semangat bersedia belajar pelbagai budaya yang diterapkan oleh sekolah vernakular ini sepatutnya terus dihidupkan, meskipun dalam soal melibatkan pengenalan huruf jawi.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan tulisan Rumi dan tiada halangan untuk menggunakan tulisan jawi dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Namun atas sebab praktikal dan keseragaman, kita jarang sekali menggunakan tulisan jawi. Ramai yang kurang memahami bahawa tulisan jawi adalah salah satu bentuk tulisan yang digunakan oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura sebelum merdeka. Kemudiannya, tulisan rumi diperkenalkan dan dijadikan sebagai tulisan rasmi dalam Bahasa Malaysia. Sekitar tahun 80-an, tulisan jawi turut pernah terkandung dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Malaysia.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Jika diteliti sejarah tulisan jawi, ia sememangnya berasal dari tulisan Arab akan tetapi tidaklah ianya diambil secara bulat-bulat. Sebaliknya terdapat beberapa penyesuaian agar menepati Bahasa Melayu. Terdapat huruf-huruf seperti ‘pa’, ‘nya’, ‘nga’ dan beberapa yang lain tidak terdapat di dalam tulisan Arab. Bagi mereka yang tidak pernah kenal akan tulisan jawi bolehlah membayangkan mana-mana teks Bahasa Malaysia yang dibaca dalam tulisan Rumi, jika ditukarkan kepada tulisan Jawi tetaplah membawa bunyi dan maksud yang sama. Ia bukanlah satu bahasa yang seluruhnya baru, sebaliknya hanya satu bentuk tulisan yang merupakan sebahagian daripada sejarah Bahasa Malaysia itu sendiri.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Pada satu ketika semasa tulisan jawi masih digunakan, kita boleh lihat bahawa ia telah digunakan oleh etnik-etnik selain Melayu terutamanya dalam mengiklankan perniagaan mereka. Malah kita boleh jumpa iklan minuman bir dalam tulisan jawi! Maka tidak keterlaluan juga untuk menyatakan bahawa tulisan jawi ini sebenarnya adalah satu warisan seni dan tulisan Malaysia yang unik. Jika ada mana-mana pihak cuba menggambarkan tulisan jawi ini adalah hak mutlak kaum atau agama mereka, yang bersalah adalah mereka dan bukannya tulisan jawi.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Pengenalan 6 muka surat mengenai tulisan jawi adalah semata-mata suatu pengenalan mengenai sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi sebagai skrip tulisan. Seperti mana kita belajar mengenai tamadun awal Asia Tenggara di dalam subjek sejarah, begitulah kita belajar sejarah Bahasa Malaysia yang pernah menggunakan tulisan jawi, yang sebenarnya masih digunakan pada hari ini meskipun tidak meluas seperti dulu.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Jika kita lihat 6 muka surat yang melibatkan pengenalan tulisan jawi ini daripada segi kaca mata pendidikan, jelas bahawa tujuannya bukan untuk penguasaan tulisan jawi. 6 muka surat itu tidak mencukupi untuk membolehkan mana-mana pelajar untuk memahami apatah lagi menguasai tulisan jawi. Pengenalan itu hanya sekadar modul sampingan subjek Bahasa Malaysia yang melibatkan unsur sejarah dan seni semata-mata. Tiada berlebihan dan mungkin juga sesuai untuk mengatakan ia lebih kepada pengenalan seni tulisan khat dan bukan penguasaan ejaan jawi sebenarnya.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Malah pengenalan jawi ini tidak langsung bertujuan untuk menguji pelajar dalam peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM, apatah lagi memaksa para pelajar untuk menguasai tulisan jawi sepenuhnya seperti yang telah diterangkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan. Jika kita memahami apakah itu tulisan jawi dengan hati yang lapang, sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan baik pelajar Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan. Jawi-phobia yang hanyalah berdasarkan sentimen yang telah meletus luar dari kenyataan realiti sebenar. Sewajarnya kita meraikan kepelbagaian dalam silibus pendidikan agar rakyat Malaysia mengetahui kemajmukan rakyat kita dan keunikannya. Selain mengetahui asal dan sejarah perkembangan bahasa Malaysia

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Saya mengajak rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada sebarang bentuk ketakutan yang tidak rasional. Tidak kiralah ketakutan tidak rasional pada lambang salib atau pun ketakutan tidak rasional terhadap tulisan jawi. Keharmonian hanya dapat dicapai sekiranya kita bersedia untuk mengendurkan keresahan kita dan saling belajar dan memahami. – Roketkini.com *Edry Faizal adalah Ahli Dewan Negeri DUN Dusun Tua merangkap Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan. Beliau juga merupakan bekas pelajar SRJK (C) Lai Meng dan SMJK (C) Confucian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *