Sistem tender terbuka kerajaan PH lebih baik, kata persatuan kontraktor Bumiputera

Sistem tender terbuka yang diamalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jauh lebih baik daripada kerajaan terdahulu, kata Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff seperti dipetik Sinar Harian, semalam. Beliau menyifatkan pengagihan kontrak secara terbuka dan saringan lebih telus kerajaan PH memberi peluang yang adil kepada kontraktor di negara ini, sehinggakan tidak timbul isu kontraktor Bumiputera terpaksa gulung tikar.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

“Sekarang kontraktor hanya perlu masuk tender dan sekiranya memenuhi spesifikasi yang betul, peluang mereka untuk dapatkan projek pasti cerah. “Saya rasa mereka (kontraktor) lebih selesa dengan dasar baharu kerajaan sekarang yang mengamalkan konsep terbuka.”Banyak peluang dan projek diberikan kepada kontraktor kecil khususnya kelas G1 dan G2 di semua negeri dan daerah termasuk kawasan pedalaman,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa lebih banyak tender akan dibuka untuk dimanfaatkan semua kelas kontraktor. “Penambahbaikan yang dibuat kerajaan kini dapat memberi manfaat kepada semua kelas kontraktor apabila projek besar dipecah-pecahkan kepada kecil.“Jadi, semua kelas kontraktor dapat bahagian masing-masing mengikut kepakaran dan kemahiran yang mereka miliki,” katanya sambil menambah sistem tender terbuka juga berjaya mengekang sikap tamak sesetengah kontraktor yang mahu membolot semua projek. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *