DAP cabar Omar buat laporan polis, kemuka bukti

DAP membuat satu laporan polis terhadap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berhubung dakwaan membawa masuk warga China ke negara ini. Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, dakwaan pemimpin UMNO itu tidak berasas dan fitnah jahat bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap DAP. “Kenyataan beliau tidak bertanggungjawab apabila menuduh DAP membawa masuk warga China selain memberi kad pengenalan Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum nanti.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Kenyataan ini tidak benar kerana DAP tidak pernah pada bila-bila masa melakukan perkara yang dituduh itu. Oleh itu, laporan dibuat bagi membolehkan polis mengambil tindakan tegas ke atas Omar,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, semalam. Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di George Town, Pulau Pinang. Rayer yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang turut mencabar Omar untuk membuat laporan polis dan mengemukakan bukti jika yakin dakwaannya itu bukan palsu.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Sekiranya dia ada bukti, sepatutnya dia buat laporan polis untuk siasatan terhadap tuduhan ini. Jika tidak benar dakwaan tersebut, maka kita berharap dia diambil tindakan tegas kerana tuduhannya itu serius. “Jika dia tak ada bukti, berhenti mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau ada (bukti), kami cabar (dia) buat laporan polis,” katanya. Omar dalam perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO mendakwa DAP kononnya membawa pelancong India dan China untuk mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP junjung Perlembagaan

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP adalah sebuah parti yang berpegang prinsip kepada demokrasi dan menentang sekerasnya perkara yang bertentangan dengan perlembagaan. “(Tuduhan) Itu jahat sekali hasut rakyat untuk rakyat saling benci membenci, ini palsu saya minta seluruh negara buat laporan polis ke atas orang jahat (Omar). “DAP tak akan buat jahat, tindakan akan diambil jika ada ahli bertindak demikian. Ini permainan perkauman yang jahat sebagai menghalang DAP berkhidmat mewakili suara rakyat berbilang kaum,” katanya seperti dipetik portal berita berkenaan. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *