Perpaduan, keharmonian negara perlu terus dipertahan

Menjelang 31 Ogos 2019 yang jatuh pada hari esok, maka genaplah sudah 62 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan. Dengan menelaah sejarah perjuangan untuk kemerdekaan negara kita, saya percaya rakyat Malaysia harus menyedari bahawa perjuangan untuk meraih kebebasan daripada cengkaman penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam menghargai erti sebuah kemerdekaan.

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Walau apa jua ideologi dan pegangan kita, pengorbanan tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun VT Sambathan harus terus diingati sebagai sebahagian daripada sejarah kemerdekaan negara. Merdeka bukan sahaja sekadar mengibar Jalur Gemilang kebanggaan negara, tetapi fakta dan sejarahnya harus betul-betul difahami dan didalami maksudnya. Politik perkauman yang mewarnai ruang lingkup era politik masa kini adalah perlu dielak sama sekali.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Umumnya, pemilihan tema yang sama seperti di peringkat Persekutuan iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” cukup menggambarkan harapan kita semua untuk terus melihat aspek perpaduan terus diperkukuh dan diperkasakan.Di kaca mata saya, Malaysia terutamanya Pulau Pinang adalah amat istimewa. Malaysia unik kerana kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai kepercayaan serta tradisi tersendiri.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Justeru, sebagai seorang warganegara Malaysia, apa sahaja yang dilakukan seharusnya tidak menyentuh sensitiviti serta kepercayaan kaum dan bangsa lain. Keharmonian serta perpaduan sedia ada adalah wajar dan wajib dikekalkan. Sebagaimana hasrat ingin merealisasikan Visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, keharmonian serta nilai perpaduan yang bermula daripada institusi keluarga akan menjadi intipati serta teras utama untuk mencapai kemenangan yang digariskan.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Kemenangan sebenar bukan sahaja untuk melihat rakyat negeri ini terus hidup dalam suasana yang penuh harmoni, tetapi kemenangan sebenar adalah melihat pembangunan negeri terutamanya dalam aspek infrastruktur demi percambahan ekonomi bagi manfaat semua pihak.Dalam kehidupan yang bergerak pantas ini, kita tidak ingin melihat anak cucu kita berdepan dalam kesesakan lalu-lintas, sebaliknya berharap mereka dapat menaiki aliran transit ringan (LRT) untuk tiba ke destinasi dalam tempoh masa singkat; mempunyai kerjaya yang bagus; mampu memiliki rumah sendiri; perkhidmatan kesihatan yang efisien dan tahap keselamatan yang optimum.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Tidak dilupakan keperluan membekalkan tahap pendidikan yang bermutu; memperjuangkan kesaksamaan gender; hidup di dalam suasana hijau dan sihat tanpa mengenepikan nilai-nilai warisan sedia ada kepada generasi pelapis negeri.Marilah menjadikan Pulau Pinang sebagai simbol perpaduan kebangsaan dan saya menyarankan agar rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di dalam diri kita.

Selamat Hari Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! – Roketkini.com

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

*PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-62 OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG PADA 30 OGOS 2019 DI KOMTAR, GEORGE TOWN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *