Toleransi dan rundingan: Menuju bangsa Malaysia yang demokratik

Tanggal 31 Ogos dan 16 September, dua tarikh yang telah melakar sejarah penting dalam sejarah Malaysia. Malah bukan itu sahaja, kedua-dua tarikh ini menandakan Bangsa Malaysia mampu untuk berdiri sendiri tanpa mengharapkan penjajah untuk memimpin mereka. Cukup hanya dengan tubuh badan anak Bangsa Malaysia sendiri buat membina dan membangunkan negara tercinta ini. Saban tahun apabila mulai dekat dengan tarikh 31 Ogos, rakyat akan didendangkan dengan lagu-lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Setia, Tanggal 31 Ogos, dan Sejahtera Malaysia. Selain itu, lagu-lagu patriotik yang didendangkan oleh penyanyi terkenal seperti Aisyah, Sudirman, dan Faizal Tahir juga mampu menggamit jiwa para pendengar.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Jika kita amati setiap bait-bait lagu yang didendangkan itu, hampir kesemuanya memasukkan unsur “Satu Bangsa, Satu Negara”; Malaysia yang terkenal dengan sebuah negara berbilang kaum dan mengamalkan dasar akomodasi sangat menjunjung tinggi unsur Bangsa Malaysia. Oleh kerana demografi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Malaysia telah menjadi teladan kepada dunia, sehinggakan negara Jepun turut mengkaji dan menilai bagaimana Malaysia mampu mengadaptasi dan hidup secara harmoni. Jepun sejak dahulu lagi merupakan sebuah negara homogeneous (seragam) tetapi kini mula resah dengan pencampuran budaya asing yang kian masuk ke Jepun.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Lebih menarik, Jepun mula menjadikan Malaysia sebagai kajian kes untuk rujukan bagi negara mereka. Ini kerana Malaysia dilihat sebagai model negara berbilang kaum yang berjaya di mata Jepun. Berbeza pula dengan Indonesia, jiran nusantara terdekat Malaysia, masih dalam suasana pergolakan identiti yang mendasar misalnya isu kemerdekaan Papua dan lain-lain. Sementara di Malaysia kita masih lagi aman dan harmoni kecuali sedikit percikan-percikan api perkauman masih belum hilang sepenuhnya. Perkara ini menurut saya kerana sikap beberapa individu yang tidak bertanggungjawab cuba untuk meruntuhkan kerharmonian Malaysia.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Cuba dihayati lagu Setia ciptaan Datuk Ahmad Dassilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat; menonjolkan nilai-nilai keharmonian dan menimbulkan rasa sayang yang tinggi kepada negara yang tercinta. Bagi yang lebih kontemporari, lagu yang dibawa oleh Faizal Tahir, Altimet, SonaOne, dan Joe Flizzow iaitu Negaraku berjaya memperoleh sebanyak 7 juta tontonan di Youtube. Ini menandakan lagu-lagu patriotik seperti ini diminati oleh rakyat Malaysia akan tetapi bagaimana percikan api perkauman masih mendapat tempat di hati-hati rakyat Malaysia?

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Oleh itu, sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 wajib bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia merenung kembali apakah Malaysia hari ini menuju sebuah negara yang menuju ke arah “Satu Bangsa, Satu Negara” seperti yang seringkali didendangkan di corong-corong radio. Molek juga untuk kita menelusuri kembali sejarah Malaysia yang sudah acapkali diulang apabila mendekati Hari Kebangsaan.

Toleransi sebagai idea penyatuan

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang merdeka melalui jalan diplomasi (baca: rundingan). Setelah 62 tahun merdeka melalui jalan diplomasi dan kerjasama politik antara kaum seharusnya banyak perkara yang telah kita belajar dan dijadikan teladan. Maksud saya di sini adalah, seharusnya kita sebagai Bangsa Malaysia perlu membelek kembali bagaimana pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu mampu mencapai kata sepakat antara kaum untuk membangunkan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu). Tidak lain tidak bukan adalah sikap toleransi yang tinggi di antara semua kaum membolehkan tanah tercinta ini dimerdekakan dari kolonial British.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Kita sebagai Bangsa Malaysia sepatutnya berbangga kerana kemerdekaan yang dicapai tidak melalui buluh runcing berbanding negara jiran kita, Indonesia. Ini disebabkan perjuangan rakyat di Malaysia lebih bersikap diplomasi, wacana, dan memorandum. Segala proses-proses demokrasi moden masa kini telah diaplikasikan sejak awal proses kemerdekaan. Malahan, wacana-wacana tentang kebebasan dan nasionalisme rancak diperdebatkan oleh tokoh-tokoh sewaktu itu, seperti Mohd. Eunos Abdullah, Pendeta Za’aba, Abdul Rahim Kajai, pada tahun 1920; Ishak Hj. Muhammad, dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1940. Tambahan lagi, wacana ini juga dijunjung oleh tokoh-tokoh beraliran kiri dan berpengajian Islam seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Dr Burhanuddin Al-Helmy, dan Dato Ahmad Boestamam.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Mereka adalah sosok awal yang komited mewacanakan tentang kebebasan daripada penjajah. Walaupun begitu, setelah Malaysia mulai bebas daripada cengkaman kolonial, polemik bangsa sehingga kini masih belum mencapai kata putus. Hal ini kerana sewaktu sebelum kemerdekaan, konsep bangsa hanya diwacanakan dalam konteks Bangsa Melayu oleh tokoh-tokoh Melayu. Wacana sebuah negara bebas di Tanah Melayu tidak mengambil kira kehadiran masyarakat kaum India dan Cina. Tidak hairan untuk saya nyatakan elemen wacana bangsa hanya terbatas dalam perihal Bangsa Melayu. Hal ini berubah setelah kolonial British mula mengasaskan Malayan Union pada 1946. Tindakan kolonial British itu bertujuan untuk meletakan kuasa urus tadbir di bawah satu negara dan disatukan terus dari satu badan pengurusan; parlimen Britain.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Berdasarkan sejarah kebiasaan, perlawanan kepada Malayan Union dilakukan oleh pemimpin UMNO dan beberapa gabungan bersama gerakan Melayu yang lain. Walaupun begitu, tidak dinyatakan perlawanan yang dilakukan oleh gerakan pekerja bawahan. Gerakan pekerja yang turut sama memprotes Malayan Union datang daripada bukan sahaja kaum Melayu, tetapi juga kaum India dan Cina. Walaupun begitu, pada 1948 Malayan Union akhirnya dibatalkan kerana asakan yang begitu kuat daripada penduduk tempatan Tanah Melayu. Tindakan kolonial British untuk meletakan Tanah Melayu di bawah pemerintahan terus Parlimen Britain adalah bertujuan untuk menjaga sumber produksi ekonomi mereka; kilang-kilang, estet-estet getah, dan biji timah.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Selain itu, dengan pemberian kerakyatan kepada kaum lain secara lebih terbuka bukanlah bermakna kolonial British bermurah hati mengurniakan kerakyatan, tetapi kerana mengambil kira kesetian pegawai/pekerja kolonial dibawah selian kerajaan Britain. Hal ini akan memudahkan lagi kolonial British untuk menjarah hasil bumi Tanah Melayu. Walaupun begitu, pemimpin kita berjaya membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957 hasil daripada rundingan dan juga toleransi antara kaum.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Setelah tertubuhnya Perseketuan Tanah Melayu (PTM) yang pertama pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama setelah pilihanraya dilaksanakan dan memberikan kemenangan yang besar kepada Parti Perikatan. Kerjasama politik antara kaum ini menunjukkan kepada kita bahawa telah wujudnya toleransi yang kuat antara semua kaum atas tujuan untuk mencapai satu sepakat; MERDEKA! Toleransi politik antara kaum itu ditonjolkan sekali lagi pada gabungan PTM, Sabah, Serawak, dan Singapura. Gabungan yang telah membentuk Malaysia pada hari ini.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Kesemua kata sepakat yang berlaku di Malaysia adalah bersumbukan sikap toleransi. Toleransi antara kaum, etnik, dan pemimpin. Tidak saya nafikan, golongan elit-elit politik dan ekonomi memainkan peranan yang utama dalam pencaturan pembangunan Malaysia tetapi kesemua proses yang dilakukan mereka adalah berpijak pada idea toleransi. Sikap toleransi yang kian pudar dewasa ini. Bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan dalam lirik-lirik lagu, pemimpin-pemimpin politik terdahulu, dan tokoh-tokoh akademik Malaysia; tidak memberi kesan yang mendalam.

Percikan api perkauman

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Ada daripada kita lebih gemar untuk memilih bermain api perkauman. Lihat sahaja komen-komen di ruang Facebook penuh berbau rasisme dan kebencian. Bak kata pepatah pokok tiada bergoyang jika tiada angin; rasisme adalah penyakit, merebak hasil daripada prejudis dan diskriminasi yang telah berakar lama. Akarnya adalah daripada politik perkauman yang dimainkan oleh setengah-setengah politikus yang tidak bertanggungjawab. Saya meletakan satu kepercayaan bahawa apa yang perlu dilakukan oleh seorang ahli politik Malaysia adalah kembali melihat perjuangan ahli politik terdahulu yang berjaya bersepakat dan bermuafakat atas idea toleransi.

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Malaysia secara teknikalnya adalah sebuah negara yang demokratik dengan seperkara yang masih belum lunas iaitu pembentukan Bangsa Malaysia yang gah di mata dunia. Hari ini apabila disebut bangsa, kita lebih senang untuk mengatakan Bangsa Melayu, Bangsa Cina, dan Bangsa India, bagaimana pula dengan etnik lain seperti etnik-etnik di Sabah dan Serawak? Apakah hanya cocok hanya dengan panggilan Bumiputera?

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Setelah hampir separuh abad kita mencapai kemerdekaan dan menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, wacana tentang Bangsa Malaysia masih tidak mendapat tempat. Ibarat rintihan lagu nyanyian Aishah “Bagaikan melukut ditepi gantang begitulah ‘aku’ dalam hidupmu ada tiada tak memberi kesan”. Bangsa Malaysia hanya sedap didendangkan di corong-corong radio atau di artikel-artikel akademik tetapi tidak bibir-bibir politikus. Apatah lagi mahu ditanam di hati rakyat Malaysia.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Politikus lebih gemar untuk melemparkan kata-kata populis yang menyenangkan hati para pengundi mereka. Terutama berkaitan hal-hal perkauman dan identiti. Politik identiti ini bukan lagi asing dalam arena politik masa kini. Hal ini kerana politik identiti dilihat sebagai satu cara untuk memenangi pilihanraya, bukan sahaja di Malaysia malah juga berlaku di Indonesia, Myanmar, dan lebih malang di negara-negara yang mengklaim diri mereka sebagai liberal, bebas, dan demokratik seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Adakah kita negara yang terbina hasil toleransi ingin menjerumuskan diri kita ke dalam kancah politik identiti yang bakal merugikan semua pihak. Sebagai sebuah negara yang sudah Merdeka daripada kolonial, suka untuk saya melihat Malaysia terus teguh dan tidak bermain dalam arena politik identiti. Ingin saya mengajak kesemua ahli politik baik di pihak kerajaan atau pembangkang untuk kita menumpukan kepada pembinaan jati diri negara serta membangunkan ekonomi rakyat ke arah yang lebih maju.

Cadangan ke arah bangsa Malaysia

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Saya ingin cadangkan beberapa perkara yang harus kita lakukan untuk melihat Bangsa Malaysia itu mampu muncul mekar di persada dunia. Saya yakin proses memunculkan semangat Bangsa Malaysia bukanlah suatu hal yang mudah. Dengan meminjam konsep yang diangkat oleh Prof Shamsul Amri ingin saya pecahkan kepada dua perkara yang besar iaitu definisi autoriti dan definisi harian.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Dalam wacana tentang Bangsa Malaysia seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia memahami terlebih dahulu bahawa Bangsa Malaysia mempunyai pelbagai tanggapan dan definisi. Prof Shamsul Amri dalam kajian beliau tentang identiti realiti sosial Malaysia telah merumuskan kajian identiti kepada dua pendekatan; definisi autoriti dan definisi harian. Definisi autoriti adalah definisi yang dibawa oleh kerajaan, ahli akademik, dan wacana ilmiah. Dalam maksud yang lain, definisi autoriti ini sangat dominan dan lebih dijuarai oleh mereka yang berkuasa.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Manakala definisi harian pula adalah definisi yang berkitar dalam kehidupan seputar rakyat Malaysia. Apa yang ditanggapi di sepanjang kehidupan harian mereka berdasarkan pengalaman dan hubungan sosial. Definisi harian ini bersifat serpihan dan tidak sistematik berbeza definisi autoriti yang sangat berstruktur. Tambah beliau lagi, definisi harian ini juga dikenali sebagai budaya pop kerana sering dimunculkan dalam lagu-lagu, puisi, sajak, dan juga cerita-cerita pendek.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Berdasarkan pendekatan ini, pembaca boleh melihat apakah definisi autoriti tentang Bangsa Malaysia dan bagaimana pula definisi harian tentang Bangsa Malaysia. Adakah wacana Bangsa Malaysia (definisi autoriti) sampai di ruang-ruang awam atau sebenarnya hari ini definisi harian dipakai oleh politikus jahat untuk meraih undi? Kedua-kedua definisi ini saling berkait dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pemaksaan definisi autoriti kepada definisi harian akan mengganggu gugat kestabilan negara jika definisi autoriti itu bersifat kepartian.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Seharusnya definisi autoriti bersumberkan sesuatu yang telah kita persetujui secara bersama. Suka untuk saya nyatakan di sini, Perlembagaaan Malaysia wajib dijadikan sebagai asas pembangunan bangsa. Pendirian mengikut asas dan bukan sekadar perasaan. Segala definisi yang diwacanakan di ruang awam, juga di peringkat atas wajib bersumberkan Perlembagaan Malaysia. Segala ucapan politikus harus berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia. Jika ada hal yang tidak senada, maka seharusnya kita kembali ke meja bulat dan berbincang bersama.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Cadangan saya ini mungkin agak canggung untuk dilaksanakan, tetapi ia perlu bermula daripada political will yang kuat. Pembentukan sesuatu bangsa bukanlah sesuatu hal yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil. Ini kerana sejarah Malaysia membuktikan Malaysia mampu untuk merdeka tanpa menumpahkan darah. Tambahan lagi Malaysia tidak meminta kaum dan etnik lain berasimilasi dalam masyarakat majoriti (kaum Melayu) namun cukup sekadar menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Selain itu, saya juga ingin untuk mencadangkan agar ahli akademik turun bersama menyumbang dalam wacana bersama rakyat. Selalu kita dengar, “ahli politik tidak turun padang, tidak melihat penat jerih rakyat, elit politik ini hanya sibuk dengan pencaturan politik dan kerusi kuasa mereka”. Tetapi jarang kali kita dengar ahli akademik ingin turun padang, bersama tunjuk muka dan turun mencerahkan rakyat dengan ilmu-ilmu yang telah mereka kumpul. Seperti yang saya faham dengan penelaahan terhadap buku Intelektual Masyarakat Membangun, Syed Hussein Al-Attas, ahli akademik atau intelektual adalah golongan yang mengadunkan ilmu dengan semangat intelektual, mereka ini yang akan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Maka bertepatan dengan saranan ini, sewajarnya untuk membangunkan wacana Bangsa Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan kesemua lapisan masyarakat yang hadir daripada pelbagai status. Harus kita membuka kembali lembaran wacana tentang bangsa. Seperti yang pernah saya lakukan bersama Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dahulu, berbalas kritikan tentang persoalan “Bangsa Malaysia ataupun Rakyat Malaysia?” sehingga mendapat beberapa balasan daripada beberapa penulis lain. Budaya begini harus diluaskan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 nanti. Akhir kalam izinkan saya titip coretan lirik lagu Faizal Tahir, Malaysia di sini:

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku,

Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Ku Malaysia

Malaysia

Ku pertahan sepenuhnya Malaysia. – Roketkini.com

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

*Edry Faizal adalah Adun Dusun Tua dan Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *