Berlapang dadalah Khaled, akui sahaja kerajaan PH lebih baik dari UMNO-BN

Saya merujuk laporan oleh Malaysiakini bertajuk “Just retire YB, Khaled tells Kit Siang” di mana Datuk Seri Khaled Nordin yang juga naib presiden ketiga UMNO dikatakan telah menasihati Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk bersara berdasarkan hujah bahawa ‘Malaysia Baharu’ hanya sekadar suatu retorik.

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Saya menyifatkan pandangan Khaled sebagai sangat selektif sekali. Beliau lebih gemar mencari kelemahan dan ‘menjualnya’ sebagai publisiti murahan berbanding tampil memberi pandangan untuk membantu menyelesaikan ‘bala’ yang diwariskan oleh kerajaan BN yang sedang membelenggu kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memerintah 15 bulan yang lalu. Ya 15 bulan lalu, bukan 15 tahun.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Beliau juga enggan melihat prinsip dasar dalam kerangka lebih besar, yang ingin diperkenalkan oleh PH dalam konteks mengeluarkan Malaysia dari kleptokrasi tinggalan UMNO. Dalam siri-siri serangan beliau, beliau begitu ghairah. Sebaliknya Khaled enggan menerima fakta dan hakikat bahawa pelbagai perkembangan yang memberansangkan telah dilakukan oleh kerajaan PH.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Sebagai contoh, Khaled enggan menerima hakikat bahawa kos projek ECRL telah dapat dijimatkan sebanyak RM25.1 billion hasil rundingan semula kerajaan PH dengan pihak China.Khaled juga enggan menyebut, apatah lagi bersyukur bila mana kos projek MRT2 dapat menjimatkan wang rakyat sebanyak RM8.8 billion. Khaled juga tak mahu menyebut bahawa kos projek LRT3 juga berjaya dijimatkan oleh kerajaan PH sebanyak RM15 billion. Dalam semua perkembangan ini, Khaled juga enggan menerima hakikat bahawa laporan jumlah hutang yang ditanggung oleh kerajaan PH yang diwariskan oleh UMNO itu jauh lebih besar dari yang dijangkakan.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Semua fakta-fakta ini tidak ada nilai bagi seorang pemimpin seperti Khaled. Beliau lebih ghairah melihat dari dalam tempurung, seolah-olah PH ini terlalu naif untuk mentadbir. Selektif sekali pemikiran Khaled. Kasihan.Senarai kebobrokan UMNO Jika saya ingin senaraikan pula kebobrokkan kerajaan UMNO-BN, pasti saya akan dituduh cuba mengungkit kisah silam yang penuh gelap dan menyedihkan itu. Namun, jika kita senaraikan nama-nama yang sedang beratur dengan kes-kes di mahkamah akibat skandal-skandal yang dilakukan, pasti ia dapat membuka mata Khaled dan ahli-ahli parti beliau bagaimana segala bala yang ditanggung oleh kerajaan PH dan rakyat pada hari ini adalah dari dasar yang tempang tajaan pemimpin UMNO-BN.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Berdasarkan senarai nama para pemimpin UMNO, dari mantan presiden, isteri mantan presiden, presiden, ahli Majlis Tertinggi, semua ini telah membawa bahana kepada rakyat termasuk faktor yang menyebabkan kekalahan Khaled sendiri. Sedarkah beliau?Justeru, mengapa Khaled tidak sanggup untuk memberi nasihat agar pemimpin-pemimpin UMNO ini bersara dari politik? Sebaliknya, mengapa pula Lim Kit Siang dinasihat untuk bersara? Apakah skandal yang Kit Siang telah lakukan? Boleh Khaled senaraikan?

VIDEO: 马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

马哈迪欢庆国庆月,回应爪夷文事件,这番话震惊全场!

Posted by DAP Taiping on Sunday, August 4, 2019

Saya fikir, Khaled harus berlapang dada dan cuba menerima hakikat bahawa usaha-usaha kerajaan PH hari ini sedang berjalan, malah antara perkara yang beliau sepatutnya tumpang bangga dan bersyukur adalah apabila parlimen meluluskan RUU 668 untuk membolehkan anak-anak muda bukan sahaja dapat menjadi pengundi seawal usia 18 tahun, malah menjadi pengundi berdaftar secara automatik. Tak perlu susah-susah lagi semacam zaman Khaled dulu.

VIDEO: 终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

终于来了!纳吉彻底崩溃!良辰吉日选好!洗定八月十五进去蹲!

Posted by DAP Taiping on Tuesday, August 27, 2019

Bukan itu sahaja, malah anak-anak muda kini boleh menjadi calon bagi memimpin parti dan rakyat. Mereka inilah yang akan menggantikan pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang lain.Ini satu perkara paling asas dalam demokrasi yang tidak pernah mampu dibuat oleh UMNO sejak 62 tahun memerintah negara, saya ulangi – 62 tahun, bukan 15 bulan.

Berlaku adil kepada diri sendiri

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Bayangkanlah Khaled, mengapa benda paling asas ini pun kalian dan rakan-rakan ketika berkuasa, gagal menunaikannya. Kemudian, dituduh pula kerajaan PH hanya retorik. Retorik apa Datuk Seri?Jika Khaled menuduh kerajaan PH sekadar beretorik, sedarkah beliau bahawa semua projek-projek kerajaan hari ini menggunakan dasar tender terbuka? Apakah ini bukan rangka asas ‘good governance’?Sedarkah Khaled bahawa kerajaan PH telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah? Kita juga telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Selain daripada itu, kita juga sudah memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam. Kita turut menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).Malah, kerajaan PH juga telah melaksanakan dasar Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH.Sekarang, tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak. Termasuk memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees) malah Jawatankuasa Kira-kira wang Negara itu dipengerusikan oleh ahli dari parti Datuk Seri Khaled sendiri. Sedar atau tidak?

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

Justeru, ada baiknya Khaled berlaku adil kepada diri dan parti beliau sendiri. Itu sahaja nasihat kecil daripada saya insan kerdil ini. Saya tak minta pun Datuk Seri Khaled bersara. – Roketkini.com

*Tulisan ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini

*Sheikh ‘Umar Bagharib Ali adalah Ketua DAPSY Johor, Adun Paloh merangkap pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *