Kerajaan PH sambut baik ABM hentikan caj transaksi mesin, kaunter

Kementerian Kewangan menyambut baik kesediaan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) menghentikan caj transaksi yang dikenakan bagi penggunaan cek dan bayaran tunai untuk pembayaran kad kredit serta pembiayaan melalui kaunter dan mesin deposit tunai (CDM). Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, tindakan ABM menerima baik saranan kementeriannya serta orang ramai berhubung caj berkenaan wajar diberikan pujian.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“Caj urus niaga tersebut mula dikenakan pada Disember 2017 bawah pentadbiran kerajaan terdahulu bagi mempromosikan peralihan kepada e-pembayaran. “Namun, caj tersebut membebankan golongan berpendapatan rendah dan mereka yang kekurangan akses kepada internet untuk menjalankan perbankan atas talian, dan secara mudah alih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Penghentian caj yang berkuatkuasa semalam itu, kata Guan Eng menunjukkan komitmen bank komersial untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menggunakan teknologi terkini tanpa membawa bebanan kewangan. “Pada masa yang sama, ABM menunjukkan bahawa mereka tidak obses dengan mengaut keuntungan daripada yuran dan caj tersebut dengan memansuhkannya untuk kali pertama sejak diperkenalkan pada tahun 2017,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan. Semalam, 26 bank di bawah ABM bersetuju untuk menghentikan caj 50 sen bagi mesin pengeluaran tunai (CRM) dan mesin deposit cek (CQM) dan RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *