Gaji penjawat awam: Tok Mat patut kritik Kelantan, bukan kerajaan Persekutuan

Tidak seperti kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS, kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan tidak perlu meminjam satu sen pun daripada sesiapa untuk membayar gaji penjawat awam. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kemampuan kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji penjawat awam dibuktikan dengan penarafan kredit berdaulat Malaysia yang kekal tinggi pada paras A3 dan A- dengan unjuran stabil. “Saya ingin tegaskan kerajaan mempunyai sumber mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan gaji dan tidak perlu meminjam untuk berbuat demikian. “Kerajaan juga sedang menepati sasaran merendahkan defisit fiskalnya daripada 3.7 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018, kepada 3.4 peratus untuk tahun ini.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

“Segala pinjaman kerajaan adalah untuk membiayai defisit fiskal dan perbelanjaan pembangunan, seperti yang biasa dilakukan oleh pentadbiran terdahulu. “Perbelanjaan mengurus seperti pembayaran gaji langsung tidak dibiayai melalui pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa kononnya kerajaan Persekutuan meminjam untuk membayar gaji penjawat awam. “Dakwaan beliau jauh meleset. Bagi suku ketiga 2019, emolumen kerajaan Persekutuan berjumlah RM19.9 bilion.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Sebagai perbandingan, pendapatan kerajaan dalam suku sama berjumlah RM68.8 bilion, bermakna pendapatan kerajaan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tanggungan emolumen,” katanya. Malah, kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, situasi tersebut berbeza dengan kerajaan negeri Kelantan yang terpaksa meminjam untuk memenuhi tanggungjawab kewangan termasuk membayar gaji penjawat awam. “Ini termasuk membayar gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri sehingga penghujung 2019. “Pada 2018, kerajaan Persekutuan juga mendahulukan wang sejumlah RM91.5 juta kepada kerajaan negeri itu bagi tujuan sama demi kesejahteraan penduduk Kelantan. “Dengan ini, jelas sekali kritikan Mohamad jauh tersasar dan sepatutnya dialihkan ke arah kerajaan Kelantan, bukannya kerajaan Persekutuan,” katanya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *