Kenyataan hina mahkamah: Zahid Hamidi digesa mohon maaf

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana membuat kenyataan yang dianggap menghina mahkamah dalam ceramahnya di Tanjung Piai pada Rabu lalu. Terdahulu, Presiden UMNO itu mendakwa kerajaan bersikap “double standard” dalam kes jurujual wanita yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Baharu daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak. Kenyataan Zahid Hamidi itu juga dilihat cuba memberi gambaran yang salah bahawa kononnya terdapat campur tangan kerajaan dalam keputusan mahkamah tersebut.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Tambah Kit Siang, kenyataan Zahid Hamidi itu memperlihatkan masalah kedaulatan undang-undang dan badan kehakiman di bawah pentadbiran terdahulu. Beliau turut menggesa calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Wee Jeck Seng menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Zahid Hamidi itu.“Jeck Seng juga harus berani untuk bersikap tegas dan menegur Zahid kerana melakukan penghinaan terhadap mahkamah dan meminta Zahid untuk menarik balik dan meminta maaf atas ucapannya yang melulu.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

“Ini adalah ujian untuk membuktikan sama ada Jeck Seng berani bersuara demi kebenaran dan keadilan, tanpa rasa gentar atau memihak,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. Malah, Siti Hajar berkata mahkamah mengambil kira beberapa faktor iaitu jalan yang gelap, berbukit dan berliku menyebabkan pemandu tidak dapat meramalkan bahawa akan ada kumpulan kanak-kanak di jalan raya pada jam tiga pagi. Tambahan pula, Majistret berkata bahawa kumpulan berbasikal itu meletakkan diri mereka dalam bahaya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *