Naib Ketua DAPSY selar sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ pemimpin PAS

Naib Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer Mohideen menyelar sikap “baling batu sembunyi tangan” yang ditunjukkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Shakir, Timbalan Presiden PAS itu telah berkali-kali menyerang DAP dan Steven Sim dalam kenyataannya, tetapi tidak berani menyahut tawaran berdebat. “Baru-baru ini Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim mencabar Tuan Ibrahim untuk berdebat setelah berkali-kali Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan bertulis menyerang Steven dan DAP.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

“Malangnya, yang menampilkan diri untuk berdebat adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari. “Apakah Tuan Ibrahim tidak berani untuk menyahut cabaran Steven sehingga perlu menghantar orang lain untuk menggantikan tempat beliau?” soalnya dalam kenyataan, hari ini. Menurut Shakir, alasan yang diberikan Tuan Ibrahim untuk menolak tawaran debat itu juga dangkal. “Alasan bahawa Steven bukan dalam pimpinan pusat DAP adalah alasan tidak munasabah PAS, sedangkan Steven merupakan seorang Timbalan Menteri kerajaan pusat.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Tambahan pula, Tuan Ibrahim sering mengeluarkan kenyataan menyerang Steven termasuk menggesa siasatan polis terhadap beliau dan baru-baru ini menggesa agar DAP diharamkan.m“Justeru, daripada berselindung di sebalik kenyataan lebih baik Tuan Ibrahim memberanikan diri berdebat dengan Steven. Jangan pula ibarat membaling batu sembunyi tangan,” ujarnya.Tambah Shakir, reaksi pemimpin PAS terhadap tawaran debat tersebut menunjukkan mereka tidak berani untuk berdepan dengan pemimpin DAP dan bimbang rakyat Malaysia akan tahu kebenaran tentang bahaya politik PAS dalam negara Malaysia yang majmuk. – Roketkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *