Zahid Hamidi guna politik kebencian, perkauman di Tg Piai

Meskipun Barisan Nasional (BN) mengakui mereka tidak mengamalkan politik perkauman dengan meletakkan seorang calon dari parti Cina iaitu MCA, kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pula memperlihatkan sebaliknya. Ahmad Zahid di pentas ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai semalam, mempersoalkan tindakan Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Feb 2017 lalu.

VIDEO: 马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

马来男子开直播回呛敦马,强迫学爪夷文的就是“国家种族主义之父”!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Mengapa perkara ini dibangkitkan oleh Ahmad Zahid? Tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan kebencian antara kaum kerana wanita tersebut adalah Cina. Ironinya, BN sendiri meletakkan calon dari MCA yang merupakan seorang Cina. Yang lebih menghairankan, pemimpin MCA yang duduk sepentas dengan Ahmad Zahid hanya berdiam diri, seperti mana mereka berdiam diri sehingga kini berhubung skandal 1MDB yang membabitkan Najib Razak. Untuk rekod, Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Malah, Siti Hajar berkata mahkamah mengambil kira beberapa faktor iaitu jalan yang gelap, berbukit dan berliku menyebabkan pemandu tidak dapat meramalkan bahawa akan ada kumpulan kanak-kanak di jalan raya pada jam tiga pagi. Tambahan pula, Majistret berkata bahawa kumpulan berbasikal itu meletakkan diri mereka dalam bahaya.Majistret membuat penghakim berdasarkan undang-undang, tanpa mengira warna kulit seseorang. Tidakkah tindakan Ahmad Zahid mempersolakan keputusan mahkamah itu sebagai suatu tindakan menghina mahkamah? Tapi apa yang lebih buruk, kenyataan Ahmad Zahid itu membuktikan bahawa UMNO dan kuncunya PAS tidak akan sama sekali terpisah dengan permainan politik perkauman dan kebencian. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *