Kit Siang tekankan kepentingan celik media lawan berita palsu

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengingatkan pengundi Tanjung Piai agar tidak terpengaruh dengan berita palsu. Menurut beliau, pengundi tidak akan mudah terpengaruh dengan berita palsu jika menjadi lebih celik media. “Kita kini berada dalam masa di mana terdapat banyak berita paslu. (Sebagai contoh) Di kawasan Melayu (ada orang) mengatakan Dr Mahathir adalah boneka DAP dan di kawasan Cina, mereka katakan Lim Kit Siang adalah boneka Dr Mahathir.

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

希盟讲到做到!政府将来还会收购更多条大道,之后就会废除收费!

Posted by DAP Taiping on Sunday, July 28, 2019

“Kami berdua bukan boneka, sebaliknya kami berdua sedang memainkan peranan masing-masing demi negara ini,” katanya pada ‘sesi kopitiam’ di Kampung Penerok, di Tanjung Piai. Beliau turut meminta agar pengundi Tanjung Piai menyokong calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini, 66 pada 16 November nanti. Karmaine yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai akan berdepan pertandingan enam penjuru.

VIDEO: 男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

男子臭鸡蛋丢火箭服务局被警方扣留,潇洒抛下这句话,网友甘拜下风!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 5, 2019

Karmaine yang merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Tanjung Piai akan berdepan Wee Jeck Seng dari MCA, Wendy Subramaniam (Gerakan), Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), serta calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula Sabtu dengan tarikh mengundi pada 16 November sementara pengundian awal akan dijalankan pada 12 November. Parlimen Tanjung Piai mempunyai seramai 52,986 orang pengundi berdaftar, dengan 56.88% atau 30,141 adalah pengundi Melayu, Cina (41.52% atau 22,000 pengundi), India (satu peratus atau 532 pengundi) dan Bumiputera Sabah (0.09% atau 47 pengundi). – Roketkini.com

????????????????????????????????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *