Adakah ‘deep state’ akan gagalkan pindaan SOSMA?

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menyambut baik pengumuman kerajaan untuk meminda peruntukan zalim dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan kebimbangan bahawa usaha itu akan digagalkan oleh “deep state” seperti yang berlaku dalam beberapa peristiwa baru-baru ini. “Sebagai contoh, Pakatan Harapan baru-baru ini mengecam percubaan Hishammuddin Hussein untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“SOSMA digunakan untuk mensabotaj kerajaan dengan memangsakan pemimpin DAP yang didakwa kononnya pengganas. “Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 ditangguhkan meskipun Ketua Polis Negara dan anggotanya menzahirkan sokongan. “Kaum dan agama diperguna untuk membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurut Poay Tiong, usaha terancang “deep state” itu adalah untuk menjadikan kerajaan PH tidak stabil dan membantutkan proses pembangunan serta pembaharuan yang ingin dilakukan kerajaan PH.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Justeru, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus menyokong kerajaan PH, khususnya Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, supaya pindaan ke atas SOSMA dapat dilaksanakan segera. “Kita harus kekal bersatu padu bagi menghalang anasir kelompok minoriti ‘deep state’ daripada menjejaskan proses demokrasi di negara kita. “Moga ia menjadi amaran keras terhadap ‘deep state’ bahawa mereka tidak lagi selesa di dalam persembunyian, dan tindakan keras akan diambil terhadap mereka jika mereka berterusan cuba mengagalkan kerajaan,” ujarnya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *