Kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji kukuh di bawah PH

Langkah penstrukturan semula yang dilaksanakan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mei lepas semakin menampakkan hasilnya. Kedudukan kewangan TH kini kembali kukuh selepas aset tidak berdaya maju dipindahkan kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (Urusharta Jemaah) – syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Sebelum usaha penstrukturan semula dilaksanakan, TH menanggung liabiliti melebihi aset sebanyak RM10 bilion.

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Akibatnya, TH tidak dapat membayar hibah kepada pendeposit berdasarkan berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 yang mensyaratkan hibah atau dividen tidak boleh dibayar jika tanggungan (hutang atau liabiliti) TH melebihi aset sedia ada. “Nilai aset yang dipindahkan tidak boleh dilihat secara berasingan tetapi dinilai secara menyeluruh kerana urus niaga tersebut bertujuan mengimbangi kembali jumlah aset dan liabiliti TH,” katanya seperti dipetik Bernama. Antara aset TH yang dipindahkan kepada SPV adalah sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Ia merupakan sama ada aset yang nilai semasanya di bawah kos pelaburan atau aset yang tidak menjana keuntungan dan aset yang memberi pulangan rendah kepada TH. “Walaupun sesetengah aset dilihat mempunyai nilai di masa hadapan, TH perlu melabur sejumlah dana yang besar untuk pembangunan aset seperti projek kediaman mewah atau kompleks komersial yang dilihat tidak sesuai dengan pasaran masa kini serta berisiko kepada dana pendeposit,” katanya. Menurut TH, Urusharta Jemaah juga telah memberikan pulangan sebanyak empat peratus atau lebih kurang RM800 juta kepada TH.

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

“Prestasi anak-anak syarikat TH adalah memberangsangkan terutama Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd,” kata TH. Bank Islam mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM437 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2019 dengan peningkatan sebanyak 9.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga mencatatkan rekod baharu bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan keuntungan yang dijana sebanyak RM322 juta meningkat 40 peratus berbanding angka yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Sementara itu TH berkata, TH Travel & Tours Sdn Bhd pula terus menjadi antara agensi pelancongan Muslim pilihan yang telah memberi khidmat kepada 1,044 orang jemaah haji dan 19,405 jemaah umrah pada 2018. Selain itu BIMB Investment Management Bhd juga memperkenalkan Dana ESG Syariah BIMB yang merupakan pengurus dana syariah Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) terbesar di Malaysia dengan saiz dana melebihi RM900 juta pada masa ini. “TH akan terus mencari peluang pelaburan baharu serta melabur dengan cara yang bersesuaian dan mengambil kira aspek profil risiko para pendeposit,” kata TH.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

TH mempunyai 9.4 juta pendeposit setakat Oktober ini dan bilangan pendeposit yang belum menunaikan haji telah meningkat kepada 8.7 juta dengan nilai deposit berjumlah RM42.6 bilion.“Bilangan pendeposit yang telah berdaftar untuk haji juga meningkat dan pada masa yang sama menarik lebih 50,000 pendaftaran haji baharu dalam tempoh tiga bulan lepas,” kata TH. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *