Nie Ching lawat SK Bukit Bangkong (A), sampaikan sumbangan buku

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semalam, melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) yang mempunyai 60 peratus murid Orang Asli suku Mah Meri. Menurut beliau, lawatan tersebut bagi menghargai Kumpulan Pelangi Publishing Group yang menyumbang buku kerja dan buku cerita kepada 40 sekolah Orang Asli di seluruh Malaysia, termasuk sekolah berkenaan.

VIDEO: “你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

“你责怪华人不学爪夷文,你为何不学华文?”马来男子骂部长是笨蛋!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

“Nilai yang disumbangkan oleh Kumpulan Pelangi adalah lebih daripada RM75,000 dengan 12,096 buah buku. “Sumbangan buku ini meliputi buku-buku bagi pelajar tahap satu iaitu buku rujukan dan buku cerita yang akan menjadi koleksi pusat sumber sekolah untuk kegunaan semua murid. “Tambahan itu, saya telah meminta Kumpulan Pelangi menyediakan buku-buku kerja serta buku-buku rujukan bagi murid darjah 6 sekolah ini sebagai sumbangan saya kepada murid-murid sebagai persediaan peperiksaan UPSR,” ujarnya.

VIDEO: 刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

刘特佐每月6万酬劳收买银行证人,被当面拒绝!”盗贼统治“记录片在全球播放了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Beliau berkata, usaha kerjasama dengan syarikat Pelangi merupakan usaha perkongsian awam-swasta (PPP) yang amat digalakkan. “Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pelangi Publishing Group atas inisiatif ini,” ujarnya. Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP juga berpeluang membacakan buku cerita kepada murid sekolah dan merasmikan projek madu kelulut di sekolah berkenaan. “Terima kasih kepada semua pihak termasuk Guru Besar Encik Azman, Pegawai JPN dan PPD, YB Tuan Borhan ADUN Tanjung Sepat, YB Ronnie Liu ADUN Sg Pelek yang telah menerima kunjungan,” ujarnya. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *