Kerajaan Negeri Melaka sokong penuh turun had usia belia kepada 30 tahun

Kerajaan Negeri Melaka menyokong penuh Keputusan Kerajaan Persekutuan menurunkan had usia belia daripada 40 kepada 30 tahun. Perkara itu dinyatakan Exco Komunikasi Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, kekurangan kepakaran dan pengalaman memimpin dalam kalangan orang muda tidak harus dijadikan alasan untuk menolak usaha menurunkan had usia belia tersebut.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Malah, memastikan bahawa pemimpin muda bersedia adalah sebab mengapa langkah (menurunkan had usia belia) itu perlu,” ujarnya. Katanya lagi, usaha untuk membantu golongan muda khususnya di negeri itu memerlukan penglibatan bukan sahaja pihak kerajaan, malah persatuan anak muda. Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, sebelum ini dilapor berkata berkata penetapan umur bagi golongan belia dalam lingkuan 15 ke 30 tahun dapat memberi impak besar, khususnya peluang untuk belia menyerlah serta terbabit dalam pembangunan negeri mahupun negara.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Justeru, kita menerima pakai penetapan umur ini sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana peruntukan program disalurkan kementerian itu berpandukan kepada dasar Kerajaan Persekutuan. “Di Melaka juga, kita mempunyai seorang pemimpin belia berusia 27 tahun, Kerk Chee Yee yang diangkat dalam pentadbiran negeri sebagai EXCO Komunikasi Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

VIDEO: 学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

学一个古老不通用的字体有什么用!马来教授教你什么是爪夷文!张念群答应找马智礼重新谈判!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Pada 3 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 688), yang bertujuan antaranya menurunkan had umur dalam takrif belia daripada 40 kepada 30 tahun. Ia juga bertujuan mengadakan peruntukan bagi had umur minimum dan maksimum seseorang pemegang jawatan suatu pertubuhan belia berdaftar, dengan tidak kurang dari 18 tahun serta tidak lebih 30 tahun pada tarikh pelantikannya. RUU itu dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *