BN jual lebih RM4 bilion tanah milik kerajaan dalam tempoh 7 tahun

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik Kerajaan Persekutuan seperti yang didakwa pemimpin Barisan Nasional (BN), tegas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Sebaliknya, kerajaan terdahulu BN, katanya, telah menjual lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan antara 2010 hingga 2017. “Malah, kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Antara tanah milik kerajaan Persekutuan yang dijual pentadbiran sebelum ini adalah tanah di Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang berkeluasan lebih 20 hektar dengan nilai jualan RM1 bilion pada 2013. “Para pemimpin pentadbiran lalu yang terus-menerus menuduh kerajaan Pakatan Harapan menjual tanah dan aset kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta, dan akui bahawa ini merupakan satu amalan lazim Kerajaan yang mereka anggotai dahulu,” tambah Guan Eng. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *