Dewan Rakyat lulus pindaan perlembagaan turunkan had umur mengundi 18 tahun

Rang Undang-undang meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan umur minimum mengundi diturunkan kepada 18 tahun diluluskan di Dewan Rakyat petang ini. Usul berkenaan mendapat sokongan 211 ahli Parlimen, sementara tiada yang menolak dan tiada juga yang berkecuali. Sementara itu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan keputusan itu sebagai lakaran sejarah untuk semua rakyat Malaysia kerana dapat meluaskan penglibatan anak muda dalam proses demokrasi negara.

VIDEO: 扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

扎基尔被抓进警局录口供!马哈迪:兄弟保重!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

“Pindaan ini amat penting kerana ia satu langkah ke hadapan dalam perkembangan demokrasi Malaysia. Ini adalah satu langkah untuk negara kita berada di fasa ketiga demokrasi. “Fasa pertama demokrasi ialah ketika kita mula-mula mengamalkan demokrasi, iaitu selepas kemerdekaan. Fasa kedua pula ialah apabila kita mengukuhkan institusi-institusi demokrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau juga berharap pindaan itu akan mengubah pandangan semua pihak dan pendekatan terhadap penghakupayaan anak muda.

VIDEO: 苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

苏丹与林冠英国庆日向人民喊话!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

“Definisi penghakupayaan belia ialah ‘anak muda bebas menentukan sendiri keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang berkaitan dengan dirinya, persekitarannya dan masa depannya’. Tetapi, selama ini, terdapat kekeliruan, manipulasi dan eksploitasi tentang konsep ini. Contohnya, ialah apabila perkara-perkara yang bertentangan dengan penghakupayaan belia, seperti menyalah gunakan kedudukan dan/atau pertubuhan belia untuk perkara-perkara yang tiada kaitan dengan belia tetapi dikatakan sebagai dilakukan atas nama belia.

VIDEO: 希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

希盟不要过于自大!若单独上选一席都拿不到!末沙布:学中文你也不会变佛教徒!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

“Justeru, adalah diharapkan dengan pindaan ini, maka, konsep penghaupayaan anak muda akan benar-benar difahami dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” ujarnya. Ia adalah pindaan pertama perlembagaan sejak pentadbiran bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Seramai 59 ahli parlimen mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang tersebut sepanjang tempoh lima jam sebelum ia diluluskan petang ini. – Roketkini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *