Kita jumpa di mahkamah, kata Kit Siang pada Apandi

Rakyat Malaysia akhirnya akan mendapat peluang untuk mendengar sendiri jawapan daripada bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali tentang mengapa beliau ‘tidak aktif’ bertindak terhadap skandal 1MDB meskipun selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat menfailkan saman pelucutan hak berhubung kes itu. Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata demikian sebagai respons terhadap saman yang difailkan Apandi terhadapnya.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

“Saya akan cabar saman Apandi. “Tetapi ia sesuatu yang amat melegakan rakyat Malaysia apabila mereka kini akan berpeluang untuk mendapat jawapan mengapa Apandi tidak aktif sama sekali sebagai peguam negara selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman pelucutan hak kleptokratik terbesar (AS$1.7 bilion daripada AS$4.5 bilion aset berkaitan 1MDB) berhubung skandal 1MDB,” kata pemimpin veteran DAP itu dalam satu kenyataan, hari ini.

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Kit Siang turut membangkitkan beberapa peristiwa sejak minggu lalu yang menurutnya membangkitkan persoalan tentang ketiadaan tindakan daripada pihak Apandi selaku peguam negara semasa skandal 1MDB meledak. “Semua tiga peristiwa sejak lima hari lalu membangkitkan persoalan yang sama, mengapa Apandi tidak bertindak terhadap skandal 1MDB semasa beliau masih peguam negara.

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Beliau antara lain memetik laporan Bloomberg bahawa pengasas bersama Red Granite Pictures, Joey McFarland memulangkan beberapa hadiah yang diterima daripada anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana 1MDB yang dicuri. Untuk rekod, Riza Aziz turut mengasaskan Red Granite Pictures bersama McFarland. Tambahnya lagi, Yayasan Rahah juga, cuba mencari penyelesaian dengan kerajaan Malaysia selepas ia disenarai sebagai satu daripada 41 badan yang mendapat dana dari 1MDB. Kit Siang juga memetik keputusan DoJ untuk menyiasat Deutsche Bank mengenai pembabitan bank berpangkalan di Jerman itu dalam skandal 1MDB. – Roketkini.com

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *