Undi 18 dan pendidikan politik

Tahniah rakyat Malaysia kerana berjaya membuat satu lagi sejarah bersama – menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Pindaan Perlembagaan adalah suatu yang sukar berlaku sejak 2008 kerana tiada kerajaan yang menguasai Dewan Rakyat melebihi majoriti dua pertiga. Begitu juga pada kali ini. Namun usul ini berjaya juga dilaksanakan kerana pembangkang turut bersama-sama menyokongnya. Pada mereka yang sangsikan #YouthPower, inilah antara buktinya – rupa-rupanya begitu dasyat kuasa anak muda ini, mampu menyatukan Dewan Rakyat!

VIDEO: 建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

建议马智礼关注华社心声 倪可敏:早日承认统考

Posted by DAP Taiping on Friday, August 9, 2019

Pindaan Perlembagaan ini yang juga disekalikan dengan pendaftaran pengundi secara automatik bakal menyaksikan pertambahan 7.8 juta pengundi baru atau peningkatan sekitar 50 peratus daripada jumlah pengundi sedia ada, iaitu 14.9 juta orang. Jika PRU ke-15 dijalankan dalam tempoh empat tahun dari sekarang, kemungkinan mereka yang kini berusia 14 tahun bakal menjadi pengundi pada masa itu. Maka apakah langkah kita untuk mempersiapkan bakal pengundi kita ini agar mereka membuat keputusan yang terbaik untuk negara?

VIDEO: 马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

马哈迪太厉害了!原来他3年前受过纳吉这样的耻辱,这次回来报仇了!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

Barangkali inilah masanya untuk kita bercakap tentang pendidikan politik. Akan tetapi, sebagaimana dengan pendidikan seks, pendidikan politik juga antara subjek yang seakan tabu untuk dibincangkan. Kedua-dua subjek ini ada persepsi yang sangat negatif. Seolah-olah apabila anak-anak kita diajarkan dengan pendidikan seks, maka akan berleluasalah pembuangan bayi dan jika kita mendidik anak kita dengan pendidikan politik, mereka akan saling berpecah-belah dan caci-mencaci. Hal ini sangatlah aneh kerana matlamat kedua-dua pendidikan ini adalah untuk mengatasi masalah yang kita khuatirkan itu.

Asal persepsi

VIDEO: 与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

与孩子离开大马吧!达祖丁教授:还有什么想说?国家没有希望了

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 31, 2019

Reaksi songsang ini menunjukkan masyarakat kita tidak memiliki konsep yang betul mengenai dua bentuk pendidikan ini. Persepsi kita dibentuk hanya daripada tanggapan kasar terhadap berita-berita sensasi di media massa. Kita memilih untuk tidak memeriksa bagaimana mata pelajaran ini dilaksanakan di sekolah di negara-negara demokrasi maju yang lain. Jangan-jangan apabila kita bersikap demikian itu menunjukkan cara sebenar kita dalam berpolitik. Kita merasakan politik adalah tentang jatuh-menjatuh serta saling membenci. Sedangkan ini bukanlah tujuan kita berpolitik. Kita berpolitik kerana mahu mendapatkan keputusan yang terbaik buat masyarakat terbanyak. Apakah sebenarnya pendidikan politik ini harus kita mulakan dengan diri kita terlebih dahulu?

VIDEO: 攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

攻击大马华人,如重伤全马人!扎基尔完蛋了!敦马请下台救国!

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 15, 2019

Jadi, apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan pendidikan politik? Berdasarkan disiplin Sains Politik, pendidikan politik secara mudahnya ditakrifkan sebagai pembinaan keupayaan seorang warga untuk terlibat dalam proses membuat keputusan pada tingkat yang berbeza, baik dalam politik formal mahupun tidak formal. Ia termasuk pemahaman bagaimana kerajaan berfungsi dan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat, serta kemahiran berfikir kritis untuk menilai pandangan yang berbeza.

VIDEO: 跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

跟内阁翻了脸,也要帮人民做这件事情,知道真相后感到惊讶!林冠英幸苦你了!

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 3, 2019

Maka, pendidikan politik ini seringkali ditindan-tindih dengan pendidikan sivik, pendidikan kenegaraan, pendidikan moral serta pemikiran kritis. Ada juga yang menyatakan bahawa pendidikan sejarah serta kajian tempatan juga sebahagian daripada pendidikan politik. Malah banyak pengkaji meletakkan matlamat pendidikan itu sendiri, selain daripada menyediakan pelajar untuk menyertai dunia pekerjaan, juga memiliki fungsi politik iaitu membentuk warga yang bertanggungjawab – sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dengan jelas menyatakan:

VIDEO: 马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

马来西亚有7个苏丹,为什么偏偏选彭苏丹做国家元首?

Posted by DAP Taiping on Thursday, August 1, 2019

“Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.” Nah, ertinya telah dinyatakan dengan jelas mengenai tujuan politik dalam pendidikan negara kita. Namun persoalannya, jika pembelajarannya telah dibuat, apa perlunya pendidikan politik ini ditimbulkan lagi?

Kecelikan Politik

VIDEO: 很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

很多人连马来文都学不好,还怎么去学爪夷文!安华表示掌握其它语言更重要!

Posted by DAP Taiping on Monday, August 19, 2019

Pendidikan politik bukan menyuruh pelajar kita menghafal sejarah parti politik atau pemimpin-pemimpinnya (walaupun sedikit sebanyak ini yang dilakukan sebelum ini) tetapi lebih penting adalah bagaimana membina kemahiran berfikir serta mengartikulasikan idea mereka. Pendidikan politik juga bertujuan untuk mendidik pelajar dengan semangat demokrasi; merayakan kemajmukan pandangan, menghargai perbezaan serta menghormati keluhuran Perlembangaan.

VIDEO: 马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

马哈迪你错了!董总不是“种族主义”!这四个字送回给你!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 14, 2019

Pendidikan politik tidak harus menjurus pelajar untuk menyanjung atau memuja mana-mana parti mahupun pemimpin tertentu tetapi pada masa sama masih berlaku adil terhadap sumbangan serta bakti mereka. Malah, matlamat pendidikan politik adalah untuk membebaskan rasa kebergantungan (dependency) ini yang merupakan saki baki nilai neo-feudalisme yang masih melekat dalam diri kita.

VIDEO: 马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

马来人真的无法竞争,举出这4个例子!网民看了都拍手大赞

Posted by DAP Taiping on Saturday, August 17, 2019

Pendidikan politik juga harus menekankan penggunaan rasional dalam menimbang hujah serta pandangan. Hanya dengan ini, anak-anak kita dapat membezakan antara retorik dan logik. Mereka juga mesti memahami aspirasi negara – bukan parti pemerintah – contohnya melalui pengertian Rukun Negara (yang kadang-kala pada kita hanyalah hafalan mentera semasa perhimpunan mingguan di sekolah). Secara mudahnya, pendidikan politik inilah yang bakal menghasilkan warga yang matang ataupun dalam disiplin Sains Politik sering dirujuk sebagai political literacy (kecelikan politik).

VIDEO: 没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

没天分就别强迫人学爪夷文书法!你自己也会拿0分!铁娘子向政府开炮!

Posted by DAP Taiping on Wednesday, August 7, 2019

Maka saya sangat setuju dengan pandangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini bahawa sekolah bukan tempatnya untuk berpolitik (kepartian) tetapi memperkenalkan mekanisme demokrasi bagi membolehkan warga hidup secara bersama dengan aman. Oleh itu, pendidikan politik di sekolah tidak semestinya dengan pengenalan mata pelajaran baru. Ia boleh sahaja dengan pemantapan mata pelajaran sedia ada. Apa yang penting adalah melahirkan bakal pengundi atau warga yang matang dalam berpolitik. Bukankah kematangan ini yang banyak dipersoalkan oleh kita terhadap anak-anak muda? – Roketkini.com *Sheikh ‘Umar Bagharib Ali alah Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh; Pengerus jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi’ dan Ketua DAPSY Johor *Atikel ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *