Selepas 40 tahun, Lim Kit Siang kembali ke Universiti Malaya

Setelah empat dekad terhalang daripada menjejakkan kaki ke Universiti Malaya (UM), Lim Kit Siang akhirnya berjaya memecahkan tembok yang dibina kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) apabila dijemput untuk menyampaikan ucapan di institusi pengajian awam berkenaan 7 Disember lalu.

Peristiwa itu pastinya tidak akan berlaku sekiranya UMNO-BN terus duberikan mandat untuk pilihanraya umum yang ke 14 lalu. Mujurlah itu tidak terjadi dan Pakatan Harapan berjaya menguasai tampuk pentadbiran negara di Putrajaya.

VIDEO: 丹州苏丹律师:没证据指殿下是这名孩子的亲生父亲!

丹州苏丹律师:没证据指殿下是这名孩子的亲生父亲!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Beliau hadir bagi merasmikan buku berjudul ‘509 : The People Have Spoken’, sebuah antologi rencana seoutar isu dan peristiwa PRU14.

“Sebelum AUKU digubal, saya bercakap sendiri dengan Dr. Mahathir Mohamad di pentas yang sama, terdapat banyak perdebatan tentang ekonomi pada masa itu,tetapi ia berakhir satu atau dua tahun selepas AUKU.

“Kami banyak bercakap tentang isu politik, pendidikan dan ekonomi, ” ujarnya kepada media.

VIDEO: 堂堂首相户口常没钱支票弹回!前经理:令这位时任首相很丢脸!

堂堂首相户口常没钱支票弹回!前经理:令这位时任首相很丢脸!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Menurut beliau, universiti seharusnya mengalu-alukan pemimpin politik dari kedua-dua belah pihak untuk tampil berbahas dan berbincang secara terbuka.

“Universiti harus mempunyai lebih banyak kebebasan dan ruang untuk menyatakan pandangan mereka sendiri,” ujarnya.

VIDEO: 【SRC案】马银行经理:刘特佐下指示到纳吉家帮他开户口 !

【SRC案】马银行经理:刘特佐下指示到纳吉家帮他开户口 !

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Bukan sahaja Universiti Malaya, Kit Siang turut dijemput berucap di Universiti Kebangsaan Malaysia sempena mengenang ulangtahun ke-50 Debat Kebudayaan yang berlangsung pada tahun 1968 antara DAP dan Gerakan.

Debat tersebut menyaksikan beliau berkongsi pentas dengan intelektual ulung, Pro Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

VIDEO: 最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Kit Siang hadir menyampaikan ucapan pada program Sekolah Malam dengan tema’ Mahu Ke Mana Malaysia?” anjuran aktivis mahasiswa dari kolektif Diskopi dan Kawah Buku.

Beliau turut sempat melayan pertanyaan hadirin berkenaan isu-isu semasa politik negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *