Agenda Pemerkasaan Peneroka dan Generasi Baharu FELDA

Skim pengurusan aset canggih(SPAC)- Menggantikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. Bantuan pinjaman berdasarkan keperluan peneroka untuk elak kebergantungan kepada hutang yang tinggi dalam tempoh panjang. Kadar bayaran balik akan ditentukan berdasarkan pendapatan peneroka.

Penambahbaikan infrastruktur sosial dan fizikal- Mempertingkatkan kualiti hidup peneroka dan taraf sosioekonomi desa melalui usaha membandarkan FELDA. Usaha sama dengan semua kementerian dan agensi kerajaan.

VIDEO: 最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Tingkat kualiti pendidikan dan jati diri generasi baharu FELDA-Pelaksanaan skim pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional(TVET) bagi membangunkan sumber manusia dalam kalangan generasi baharu dan wanita. Libatkan kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) dan syarikat swasta.

Perkukuh peranan kepimpinan tanah rancangan-Peranan majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) akan diselaraskan. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,FELDA dan Agensi berkaitan akan membangunkan pelan pembangunan sosioekonomi peneroka. Ia meliputi aspek pembangunan usahawan, prasarana, modal insan dan sahsiah dalam kalangan belia.

VIDEO: 别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

 

Pelaksanaan Projek Perumahan-Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PBGF) akan segera disiapkan yang kini berada pada tahap kemajuan kerja lebih 70%. 4,794 keluarga generasi baharu akan terima manfaat daripada projek ini. Generasi muda juga dibenarkan bina rumah sendiri di atas tapak yang sama milik peneroka asal.

Penyediaan Skim Pewaris Tanah untuk peralihan lancar-Program kemaskini data pemilikan tanah sedang dilaksanakan untuk memuktamadkan maklumat pewarisan. Projek rintis telah selesai untuk data pemilikan FELDA Mempaga 3, Kampung Serik dan Lurah Bilut serta akan diperluas ke 314 Rancangan FELDA lain.

VIDEO: 【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *