100 Hari Zairil di DUN Pulau Pinang

Oleh IZMIL AMRI

Ketika nama Zairil Khir Johari mula meletup sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; saya mencarinya di Facebook dan menghantar mesej ringkas mengucapkan tahniah atas tindakan beraninya menyertai DAP sebuah parti yang dihantui persepsi ‘parti Cina’.

Dari kedudukan setpol Guan Eng, kemudian menyertai Jawatnkuasa Kerja Pusat(CEC) dan selanjutnya menjadi ahli Parlimen Bukit Bendera seperti tidak cukup nafas kita mengikuti jejak politik anak kepada Tan Sri Khir Johari ini.

VIDEO: 最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Zairil kini memikul tanggungjawab besar sebagi exco kerja raya, utiliti dan tabbatan banjir dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau sempat mengambil sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan bersempena 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

100 hari Malaysia Baharu, apa maknanya buat saudara, terutamanya sebagai Exco P.Pinang?

Era Malaysia Baharu ini sangat bermakna buat saya. Dari segi peribadi ia menandakan pencapaian matlamat yang sudah lama diperjuangkan-iaitu untuk menegakkan demokrasi dan pembaharuan di negara ini. Dari segi kerjaya sebagai Exco di Pulau Pinang, ia bermakna bahawa Kerajaan Negeri dapat mengharapkan kerjasama dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang selama ini dinafikan

VIDEO: 别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Apa benda baharu di Pulau Pinang yang akan membezakan pentadbiran pasca 9 Mei?

Yang paling ketara adalah dari segi infrastruktur. Selama ini banyak projek infrastruktur yang dihalang atau sengaja dilambatkan oleh Kerajaan Persekutuan atas kepentingan politik semata-mata. Contohnya RTB Sg. Pinang yang telah diluluskan dalam RMK-9 lagi.Setelah hampir 20 tahun tiada pelaksanaan. Kini Kerajaan Persekutuan baharu telah pun mengumumkan bahawa tender akan dilakukan bagi projek tersebut dalam masa terdekat. Kita juga boleh mengharapkan kelulusan untuk projek LRT dan sebagainya.

VIDEO: 【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Melayu dan Muslim dalam Malaysia Baharu berdepan banyak cabaran, apa cabaran yang paling menggugat dan bagaimana ini boleh ditangani?

Cabaran paling besar adalah naratif UMNO dan Pas yang akan cuba untuk meracun pemikiran orang Melayu-Islam. Mereka akan cuba menggambarkan seolah-olah hak Melayu dan status Islam terjejas dalam pentadbiranPakatan Harapan. Kerana ketandusan modal dan bagi menutupi segala kerakusan dan salah guna kuasa mereka selam ini, sentimen ini akan dimainkan. Adalah penting rakyat tidak terumpan dengan tohmahan tidak berasas mereka.

VIDEO: 刘特佐父亲4800万存款遭政府充公!警爆出充公幕后的真相了!

刘特佐父亲4800万存款遭政府充公!警爆出充公幕后的真相了!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Bagaimana ideologi DAP berfungsi dalam merangka dasar Malaysia baharu?

Ideologi DAP dalah berdasarkan persaudaraan dan kesaksamaan sosial. Ini bermaksud membantu golongan terbawah, golongan tertindas dan memastikan kekayaan negara diagihkan secara saksama. Dasar Malaysia Baharu saya percaya akan merangkumi prinsip-prinsip yang sama. Kerana itulah GST dimansuhkan manakala bantuan sara hidup diteruskan. Sebaliknya, dasar BN selama ini hanya mementingkan golongan elit, golongan kroni dan bertujuan untuk memperkayakan diri sendiri sahaja.

VIDEO: 法庭允许政府充公刘特佐父亲银行资金

法庭允许政府充公刘特佐父亲银行资金

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Apa pendapat tentang masa depan DAP dalam gabungan Pakatan Harapan ?
Orang mendakwa DAP dalah MCA dalam Harapan, apa respon?

Bagaimana pula DAP boleh disamakan dengan MCA sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum. MCA adalah parti orang Cina semata-mata. Didalam Pakatan Harapan, semua pihak adalah setara dan kita bergerak berlandaskan penghormatan antara satu sama lain. MCA hanya kuda tunggangan UMNO selama ini dalam BN.

VIDEO: 【SRC案】银行家再揭案情!刘特佐在说谎,形容他是骗子!

【SRC案】银行家再揭案情!刘特佐在说谎,形容他是骗子!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Apa pedapat saudara tentang keterlibatan orang muda dalam membangun dan mengisi Malaysia Baharu?

Malaysia adalahnegara milik orang muda. Hampir 45 % populasi negara kita berusia kurang daripada 25 tahun. Ini bermaksud orang muda mempunyai tanggungjawab yang amat penting. Kerana itu saya menyokong penglibatan orang muda bukan sahaja dalam politik tetapi juga dalam aktivisme sosial.

Boleh kongsikan tempat makan paling sedap yang orang tidak tahu di Pulau Pinang?

VIDEO: 最新消息【纳吉给阿鲁甘达的花红简直让人不可思议】所有人都愤怒了!纳吉居然给出这样的理由!

最新消息【纳吉给阿鲁甘达的花红简直让人不可思议】所有人都愤怒了!纳吉居然给出这样的理由!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Mmm kari kepala ikan Pak Din di Tanjong Bungah.

Ada pesanan untuk para peminat di luar sana?

Pembaharuan yang berlaku pada 9 Mei 2018 bukan hasil usaha ahli politik semata-mata. Ia adalah hasil harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia yang mahukan masa depan yang lebih baik. Don’t stop believing.

VIDEO: 最新劲爆【纳吉拨4亿7000万巨款给了他们?】原来他们也有份!

最新劲爆【纳吉拨4亿7000万巨款给了他们?】原来他们也有份!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *